salam sejahtera
hampir setiap hari aku mendengar cakap cakap kosong yang berbau politik di sekitar dun tioman dan parlimen rompin, kelihatan resah dalam pemimpin UMNO mengenai calun yang dipilih dan keresahan penyokong PAS mengenai paradigma pengundi dikawasan ini. aku mendengar dengan penuh prihatin dan melihat sudut tingkahlaku serta emosi mereka, seolah penganalisis politik ler pulak. tiada sebarang komen yang keluar dari mulut aku dan aku lebih berperanan menggalakkan mereka bersuara memberikan pendapat.
fikiranku melayang jauh mengenang nasib anak anak dan cucu aku nanti selepas dari aku pergi menghadap Allah, bagaimana mereka nak survive dalam kehidupan mereka? pemimpin yang diharap menjadi petualang bangsa, mengendurnya sikap mahu maju dan berdikari, bangsaku masih mengamal sikap suka mengemis dan meminta minta hingga mereka menjadi babu suruhan orang yang manis janji janjinya. aduh...kesian mereka nanti.
aku berazam membina prasarana untuk 6 orang anak aku untuk mandiri dalam kehidupan mereka nanti, sebelum aku menutup mata meninggalkan mereka. aku berazam mengisi dada mereka dengan pengisian rohani dan jasmani agar mereka lebih berdikari , berprinsip dan bermoral tinggi....semoga tuhan mempekenankan hajatku ini
aku mendapat berita ani dan yati ada di IAB, ani dgn memperkasakan sekolah kebangsaan dan yati dgn sekolah klusternya...semoga mereka dapat pengalaman baru disana, aku baru selesai mengurus tuan rumah sofbol daerag disekolah dan esok menguruskan beberapa hal di JPN
kawan kawna lain? masih belum menggunakan jambatan perhubungan ini dan group yang aku bina untuk kebaikan semua...aku percaya satu hari nanti akan digunakan juga..
salam untuk semua, jumpa di fasa tujuh nanti untuk kali ini suka aku umumkan Timbalan Penghulu Fasa 7 ialah Abdullah bin Hashim. Aku pilih dia sebab dia dormate aku dan kawan baik aku, kuat kerja dan dapat bantu dan kemana kami pergi selalunya bersama, maka jawatan timbalan tu aku rasa sesuailah sangat....dan semua orang kenal dollah, pegawai JPN yang skema dan rajin. Harap semua setuju
sekian
admin
No comments:
Post a Comment