kawan kawan
kenal tak cikgu zalila? dari graoup B. Ceria, selalu senyum dan bergaya juga. Aku biasa panggil Datin kerana ketrampilannya. Selama dia berkawan dengan kita, aku tidak pernah ada masalah dengannya, sikapnya yang peramah dan mudah tersenyum memudahkan saluran komunikasi antara aku dengan dia.
Tadi jam 9.30 pagi aku mendapat sms dari Che Hassan, ayah Pn Zalila, telah pergi buat selamanya, dan sebagai kawan kawan kita sama seperjuangan dari IAB hingga ke UPSI, aku diri aku dan keluarga aku serta semua kawan dari kumpulan A mengucapkan takziah kepada Pn Zalila sekeluarga dengan ucapan bersabarlah menempuh dugaan tuhan ini, setiap yang bernyawa semuanya akan pergi menghadap tuhan dan mana yang tinggal perlu redha dan banyaklah beramal salih, kerana amalan anak yang salih akan sentiasa memberikan kesenangan kepada yang pergi.
Al Fatihah
[ salurkan berita tuan2 dan puan2 kepada saya dan contributor untuk di siarkan dalam blog ini dari masa kesemasa...agar kita terus berkongsi suka dan duka bersama -admin]
Ayahku turut menerima sms daripada openschool mengenai pemergian allahyarham bapa Kak La (pn.zalila) dari groub B. Cuma apa yang boleh diperkatakan ialah ucapan agar Kak La bersabar dengan dugaan Allah ini, kerana setiap sorang antara kita akan menghadapi peristiwa yang sama, dan kekuatan kita sebagai orang Islam dan mukmin wajib percaya akan qada' dan qadar, kerana adalah kepercayaan itu maka ketenangan jiwa memihak kepada kita.
ReplyDeleteSetiap sesuatu yang berlaku sama ada buruk atau baik tetap akan ada hikmah dan cabaran disebalik itu. Oleh itu hendaklah kita berhati-hati dengan setiap tindak tanduk kita terhadap apa yang dianggap baik dan apa yang dianggap buruk itu.
Diiringi doa agar allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal solah. Amin.