tajuk kali ni ialah Sabah Sabah Muar
3 orang yang mendapat 1sr class dari group kita adalah Shelley { Sabah } Chong Yee Lan { Sabah } dan Soh Meng Cun { Muar } nanti masa jumpa mereka jangan suruh mereka belanja, tetapi kita belanja dia orang..cuma masih ramai lagi kawan kita yang tak mahu beri info pointer terakhir yang dapat mereka kumpul. Tak Syok lah macam ni kan...
Jaga diri, Jumpa Mac nanti dengan keluarga...konvo kita, aku lepas konvo akan ke Utara menziarahi dua abang aku di sana, di Sg Petani dan Alor Star. Kemudian ke Perlis hingga padang besar lepas tu ke langkawi sehari. Saja bawa isteri dan anak anak aku makan angin.
Jumpa nanti.
Apa yang ada pada diorang dan apa yang tak ada pada saya atau sebahagian kita orang?
ReplyDeleteDia orang ada dua senjata, iaitu kerajinan dan kesungguhan, dan apa yang tak ada pada saya dan sebahagian daripada kita ialah perkara yang sama. Bagi orang-orang yang sudah ada dua perkara itu diucapkan tahniah kerana anda sudah berubah paradigma. Tetapi bagi saya, perlu kepada perubahan paradigma untuk mencapai sesuatu yang cemerlang dengan mewujudkan 2 senjata itu. Di sebalik itu juga kita juga boleh nilai mengikut jenis-jenis manusia yang dikatakan cemerlang. Contohnya ada orang cemerlang teori, ada orang cemerlang praktikal, ada orang cemerlang memberi komen, ada orang cemerlang sebagai penonton. Cuma kadang-kadang kita tak tahu nak bezakan perkara berkenaan, iaitu ketika orang nakkan A kita buat B, sudah tentu tak sampai maksud. Walaubagaimanapun masih juga ada benda yang boleh saya banggakan dalam hidup ketika belajar, iaitu mendapat 4.0 (four flet) ketika di IAB tempoh hari. (jangan jelous!!)
Walaubagaimanapun sekalung Tahniah kepada yang telah membuktikan kejayaan mereka.
Tahniah kepada Shelley, Meng Chun dan Choong (Coolling down). Memang layak. Kita semua tahu kelebihan depa ni. Yang dua tu, anak dara, dan Shelley masih muda. Sepanjang kenal Shelley, aku kagum dengan cara dia belajar. Buku notanya, bukan saja siap tulis tranlate bahasa cina, tapi siap ada stiker berwarna untuk mudah dirujuk. Dia boleh ingat apa yang dia baca, tak faham dia cuba tanya kwn2 sehingga dia betul2 faham dan hafal. Ini contoh Masteri Learning.
ReplyDelete