Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
6 comments:
Sop,
Terima kasih bebanyak. 30 tahun dahulu, aku tidak mampu untuk memilih jodohku sendiri. Namun aku bersyukur kerana dikurniakan jodoh yang baik walupun tidak memenuhi semua kriteria yang kau senaraikan. Alhamdulillah.
alhamdulillah kak
Nak kawin lebih tu adalah hak orang lelaki. Isteri tak suka pun tak boleh nak buat apa. Allah dah beri keizinan tapi BERSYARAT. Biasanya yang BERSYARAT tu yang tidak diikut...Apa-apa pun tanggunglah sendiri...apa yang dibuat akan dipersoalkan diAkhirat nanti.
KK.....aku rase le sifat2 tu ada pada diri ku ini...
1. aku bukan org sukan,jadi tak pakai seluar pendek...solat setiap waktu kdang berjemaah kekadang tidak(sebab berjemaah dgn keluarga)cuma amalan agama bkm kuat lg.
2.aku seorg yg lemah lembut ....hehe
3.eeee tempat maksiat aku tak pernah jijak.nauzubillah...
4.tak salah guna kuasa,tapi kuasa yg salah guna aku aje
5.tak boros sebab duit tak cukup,kedekut tu ada tapi tak bakhil.
6.aku mmg takut tengok wanita. eeee seramnya.
7.pergaulan bebas langsung tak tahu..sebab aku tak bebas..hehee
8.rakan2 aku semua baik2 termasuk kau.tak kan kau tak baik kut.
9.tanggung jawab...memang le ada.banyak yg ditanggung banyak le kena jawab.
10.aku mmg sentiasa kooooooolllll.
aku la ciri2 idaman wanita...hehheeee terperasan plak....soriiiiii cop rompin.
aku sokong ko kokek
ko rasa aku layak ke tidak sof....???
hehe
Post a Comment