Aku meneruskan perjuanganku disem 2/masters/Pengurusan Pendidikan/UPSI. Aku membawa keretaku dan sampai di Kompleks Proton City dan terdengkut dengkut menuju ke PC1, Prof Dr Omar telah memulakan Pengajarannya 15 minit. Aku kini disahkan mengidap penmyakit radang tumit. Tumit kaki kananku terasa amat sakit sekali...dan kekadang aku terpaksa bertongkat untuk kemana mana, terutama bila bangun tidur.
Selpas itu aku terus berkejar mengisi perutku yang lapar sebab aku masih belum makan tengahari sehingga jam 5.30 petang. Aku makan di Aman Gado Gado dan aku makan gado gado dengan lahapnya, Kemudian aku ke hotel muslim menunaikan solat dan kemudian terus ke kedai komputer untuk installs SPSS versi 17 untuk kuliah esok.
Selepas solat magrib dan isya secara jamak aku ke PC14 untuk kelas Dr Jamal dan berakhir pada pukul 11 malam, aku port dengan kumpulan aku berbincang mengenai tajuk Globalisasi dan Implikasi pada pendidikan yang akan di bentang pada 14 jan depan, Jam 12 15 aku ke restoren sebab Che Hassan mengajak aku minum air dan bersembang.
Selepas sejam aku berundur dan menuju ke hotel muslim, dan disana sudah ada 12 perjuang yang sudah bergelimpangan di lantai melepaskan penat. Aku berkemas, dan menulis tugasan dalamlaptop dan menulis blog yang telah lama aku tinggalkan. Namun demi kawan kawan aku kirimkan juga tulisan ini. Hotel Muslim ini banyak memberikan manafaat pada UPSI dan disinilah pelajar masters menumpang tidur. Hotel Muslim tetap akan aku kenang seumur hidupku...Surau Lama UPSI
Esok kuliah SPSS bersama Prof Hariri dan kalau ada rezeki Kuliah POP dengan En Ibrahim Tamby Chek. Jam 2 petang aku akan pulang kerumah dan mengurus anak anak pula dirumah.
Kalau takut pada rintangan jangan bicara tentang perjuangan. Ketika kawan kawan dalam zon selesa aku pulak dalam zon siksa...dan semoga aku diberikan kekuatan dalam fisabilillah ini. Amin

7 comments:
Hotel Muslim?? Kat mana ya?? Rupa-rupanya 'surau hijau'..kat situ dulu waktu peksa, sebelum atau selepas solat, sempat baca atau bincang spot2 soalan. huh, tension betul kalau dikenang2 saat itu..syabas sop, teruskan perjuangan sahabatku!
Mengapai impian dan menunjah nolstagia. Itulah saya dan Usop hari ini. Berbicara bersama dan selang-seli lontaran idea anak2 muda rakan sekualiah, rasanya, kumpulan kita dulu terlalu empuh dengan pelbagai kerenah dan kematangan pengalaman. Apapun di mana sahabat semua, saya dan usop berjuang bagi pihak anda semua. Syabas Sop.
Selamat berjuang rakan2 kumpulan A. Saya dah nak hampir ke garisan penamat. Teruskan semangat juang tanpa mengenal jerit payah kerana dalam menuntut ilmu tiada mendatangkan kerugian.Go go go go ...... Sop dan Che Hassan.
Kawan-kawan yang sambung belajar adalah mereka yang hebat. Sanggup menghadapi cabaran. Walau apa pun Sop jagalah kesihatan tu. Perjuangan masih jauh lagi...
I salute your semangat. Keep it up.
anda semua hebat...kita ibarat pendaki gunung.kami ni dah mengalah di check poit awal. anda pejuang krn masih teruskan pendakian.kejayaan anda kejayaan kami juga.
terima kasih hasse, faris, ani, anony dan goooo....ramai lagi yang belajar ..tengku, hassan embong, shelley dan shima...sekarang dah ada abu dll...yang terhenti sejenak...pun masih belajar...tetapi belajar secara tidak formal...kita adalah dalil ilmu Allah...salam
Post a Comment