Martivi semasa berkunjung di SK Janglau semasa hari guru 2008 dahulu.
Sekarang sudah menjadi Guru Besar
Kawan kita paling muda, Guru Besar, Bendahari kita yang cantik, sekarang sedang membuat masters di UUM bersama Simah. Gambar semasa di UPSI 2008
Siti Dayang GB DG 34 KUP 41 di ranau, masih mesra dan baru kembali dari umrah bersama keluarganya sebelum puasa itu hari...dan yang lelaki tu aku tak kenal siapa...tetapi dia adalah antara lampu kemeriahan dalam kelas kita...Kak Pah, GPK1 di SK Tanjung Lalang Temerloh...boleh pergi sekolah berjalan kaki dan Kak Hasmah..aku selalu hello dengan dia dari masa kesemasa...
Macam macam perkembangan yang berlaku dikalangan kawan kawan kita, ramai yang dah jadi guru besar dan ada juga yang masih terus menjadi GPK. Ada yang masih saling berhubung dan ada juga yang senyap seribu bahasa. Namun Jalinan Kasih Seribu Kenangan antara kita tidak akan hilang begitu sahaja.
Semalam aku call martivi dan dayang. Kedua duanya telah menjadi Guru Besar di Ranau. Mereka sehat dan masih mesra macam biasa...dan menyampaikan salamnya kepada kawan kawan semua melalui blog ini...aku juga ada telefon mawi dan simah...semuanya ok, shelley juga selalu mengirim sms kepada aku...dari semasa ke semasa....aku rindu kepada semua kawan kawan . Dan sering tertanya...bilakah kita akan berkumpul semula?pada aku....marilah kita terus berkawan, jangan membawa diri kerana sesungguhnya menyambung silaturahim itu amat dituntut oleh agama.
Adakah harapanku nampaknya tinggal harapan....?
salam rindu.
Adakah harapanku nampaknya tinggal harapan....?
salam rindu.
5 comments:
Sedih jugak aku mengenangkan rintihan mu Sop. Begitulah adat dunia, masing-masing dengan kehidupan sendiri. Yang dekat pun jarang berhubung, apa lagi kita semua ni jauh. Apapun teknologi mampu menghubungkan kita jika kita seiring dengannya.
biasalah san...org tak sama...walau pun rambutnya sama hitam...jumpa mu nanti...
aku sentiasa rindu semua kwn2
dah tukar wajah...nampak blog ni ceria...harap kawan2 yg lain tu dapat jenguk selalu untuk bertanya khabar...thanks sop!
Assalamualaikum,
Sop, dah lama tak singgah di blog kita ni. Terpaksa mengurus sekolah kerana GB sakit dan selalu cuti.
Dah berubah.... Cantik dan berseri. Terima kasih kerana masih update blog.. Tempat penghilang rindu.
Sop bile ke Negeri Sembilan singgah lah kat rumah akak.
Rasa rindu ngan kenkawan. Bile lah agaknya boleh berkumpul seperti dulu.
Post a Comment