Aneh, cuti tetapi sibuk. Cuti sekolah yang panjang ini tidak banyak ertinya cuti kepada kepala sekolah. Bukannya ruang untuk bersantai, berehat menunggu sesi persekolahan yang baru. Sebaliknya, setiap hari sentiasa stres, dikejar waktu dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan sebelum sesi baru bermula. Selagi belum siap sedia, pertanyaan anak-anak tentang rancangan bercuti ke mana-mana, sukar dijawab. Pertanyaan "makan angin ke mana cikgu, cuti sekolah ni?" oleh rakan-rakan dan jiran2 sukar dijawab, kerana kadang-kadang jawapanku yang mengatakan banyak lagi kerja belum selesai di sekolah, menjadi sesuatu yang melucukan kepada mereka. Mungkin sejak dulu lagi, masyarakat membuat tanggapan, bila sekolah bercuti, semua guru enjoy bercuti panjang. Mereka tidak pernah mengambil tahu, bagaimana sekolah perlu diurus dan dijaga pada zaman yang serba kompleks ini. Alangkah baiknya, jika media arus perdana, sesekali mengetengahkan apa yang berlaku di sekolah, ketika cuti sekolah. Sekurang-kurangnya masyarakat tahu dan tidak membuat tanggapan yang negatif kepada guru dan sekolah, bahawa cuti sekolah, cikgu2 seronok, gaji buta, makan angin dan bersantai sepenuhnya. Paling menakutkan kepada seorang kepala sekolah, apabila sesi persekolahan baru sudah hendak bermula, tetapi perancangan sekolah masih belum siap sedia.
Menyediakan perancangan sekolah bagi tahun berikutnya bukanlah sesuatu yang senang jika mengambil kira pencapaian tahun sebelumnya dan sasaran unjuran tahun berikutnya. Semua perkara perlu diberi perhatian, sumber manusia, kewangan, swot analisis sekolah dan sebagainya. Ini kerana sekolah hari ini, bukan seperti sekolah zaman dahulu yang boleh dicopy paste sahaja. Kredibiliti seorang pemimpin boleh juga dilihat daripada perancangan yang disusunnya mengikut faktor-faktor tadi, bukan sekadar menyusun tugas guru dengan sedikit perubahan dari tahun sebelumnya. Inipun bergantunglah kepada citarasa dan keupayaan seseorang pemimpin sekolah.

2 comments:
Bercuti Tu sememangnya seronok untuk dinikmati , tetapi jika bercuti dapat dimanfaatkan untuk pergi belajar lagi seronok Dan tidak bosan Kerana asyik dengan cerita sekolah yang setinggi gunung....
bukan senang nak senang.san. aku dah tamat..bab menjadi kepala sekolah ni..aku mengorak langkah baru..yang lebih mencabar
Post a Comment