Showing posts with label komentar. Show all posts
Showing posts with label komentar. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Kuliah Masters...sudah bermula...

Semua orang sibuk..kalau tak sibuk pun,...kita kata sibuk sebab ini akan menghalang orang datang menyibuk kat kita...

Sekolah sedang buat perancangan, keluarga pula sedang prepair menyekolahkan anak anak dalam pelbagai aras...dalam masa yang sama pihak U memperingatkan takwim terbaharu sem masing masing. Aku, Che Hassan, Tengku Hassan , Faris dan Simah..malah ada lagi kawan-kawan kita yang lain yang sedang meneruskan pengajian pasca siswazah akan memulakan 'kesibukan' tambahan....iaitu meneruskan perjuangan...untuk mengamit segulung lagi ijazah...ijazah sarjana.

Blog akan sunyi kalau aku sibuk dan kawan kawan yang lain boleh menjadi penulis blog jika sudi. Caranya mudah saja...sila email kepada aku di alamat waibim@gmail.com. ...emailah apa apa...send gambar ke , tulis hi ke apa ke...aku akan membalas satu jemputan sebagai contributors...accept jemputan aku...dan selepas itu kawan kawan akan menjadi penulis blog ini...

lagi ramai penulis blog ini, lagi panjang jangkahayatnya...kekadang kita perlu bertanya.
' apa sumbangan kita kepada kumpulan kita? ' bukannya bertanya...
'apa sumbangan kumpulan kita kepada kita.

Salam
Mantan Penghulu
Juragan

Monday, January 26, 2009

muhibbah dulu dan sekarang

Kalau aku katakan semangat muhibbah antara kaum orang orang dulu jauh lebih baik dari sekarang..mungkin ramai yang tidak setuju atau ramai juga yang setuju. Terserahlah sebab aku bukan amhu mencetuskan polimik, blog ini juga bukan mahu meraih perhatian sesiapa..ini adlah satu blog yang aku gunakan untuk mencetuskan idea, kenangan lama, pandangan aku sahaja. tidak pernah terukir di dalam memori aku untuk menghasut sapa sapa.

Kawan Cina dan India aku dari aku kecil sampai sekarang...masih akrab dan amat baik, bermula di sms johor aku berkawan dengan Wong, Boo, Kew, Ragu, Vijayan dll [ sekadar sebut beberapa nama ] masa form six pulak aku kawan dengan Jason Tan dan Samy..sama sama pergi Kursus Bina Semangat di mersing lagi...terus jadi kawan sampai sekarang. Bila di maktab, aku ada Lau, Magartha Mani, Lim, dan ramai lagi..malah aku mengunjungi rumah Mani di tampin dan Anjalay di Penang. Bila kat U, kawan kawan cina dan india aku juga dapat menerima aku dan aku juga dapat menerima mereka sebagai kawan, Soh meraikan aku di Muar, Teah, Teo, Chong dan Soh datang beraya di rumah aku. Kami boleh share, kami join semua program bersama, kami bincang dlm study group dan kami juga hormat menghormati antara satu sama lain. Malah kalau ada masalah kami sama sama selesaikan masalah dan bantu membantu.

Aku pernah melawat rumah parent di Kg Baru Cina..bertanya kepada uncle, kenapa anak tak datang sekolah, aku pernah mengajar anak cina dan india di seolah menengah di Selangor dengan tiada rasa perkauman sebab aku melihat mereka semua berhak mendapatkan ilmu. Malah hingga sekarang , mereka masih mengenali aku jika aku ke Selangor atau KL.

Pada aku, kaum cina dan india adalah kawan kita yang amat hebat dan banyak boleh kita belajar dari mereka. Semangat ingin terus maju di kalangan kaum cina amat baik untuk kita contohi, semangat kekeluargaan yang rapat di kalangan kaum india benar benar baik untuk kita teladani. Pemikiran kita akan bercambah dan strategik dalam masa yang sama kita tak lupa kaum keluarga kita. Toleransi [ melayu ] kompeten [ cina ] brotherhood [ india ] akan menjadikan modal dan aset kepada kita untuk lebih cemerlang. Segalanya akan dapat kita asimilasi dengan semangat muhibbah.

Sekarang? Di mana silapnya? Siapa yang memecahkan telur perpaduan yang dihasilkan di sekolah dan para guru serta pensyarah? Mengapa semangat muhibbah antara kita semakin luntur?

Inilah jadinya jika tiada koloborasi antara kementerian di negara kita. Pendidikan menelurkan perpaduan, Media dan ahli politik mengambil kayu memecahkan telur perpaduan itu dengan gaya yang sengaja atau tak disengajakan. Atas tiket populariti dan survival. Yang tinggal hanya harapan. Keperluan selalu menjadi anak tiri kepada kepentingan dan materialisma. Semangat perpaduan menjadi tebusan. Bila Aruah Datuk On mahu mengasaskan parti politik pelbagai kaum..dia di singkirkan..Setelah 60 tahun? Idea itu disebut kembali. Idea yang besar memang akan selalu di tertawakan.
Lihatlah dunia...sekali lagi idea ikhlas akhirnya mendapat tempat juga akhirnya.

Selagi TV, Radio dan media lain tidak meletakkan agenda perpaduan sebagai agenda utama...selagi itu kita akan lambat mencapai matlamat. Sebab Media adalah Guru dalam comunity learning yang paling berkesan!

Aku akan terus berjuang dengan cara aku sendiri. Aku suka kedamaian.

Tuesday, December 23, 2008

orang melayu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

aku org melayu..apa nk jadi ngan bangsa aku..kembalilah kita kepada suruhan nya dan tinggal lah apa yg di larang nya..minta lah keampunan kepada Allah s.w.t
akhir nya kita pasti kembali kepada nya.. fikir-fikirkan lah!

Sunday, November 2, 2008

P.O

P.O adalah singkatan dari satu kaedah...operasi provokasi...ini adalah satu kaedah yang paling pantas mendapatkan maklumat dan respon, kerana dalam p.o kita akan mengada-ngadakan cerita, menyakiti hati dan perasaan orang dan membesarkan perkara kecil dan tidak perlu.

entri sebelum ini adalah satu P.O

terus sahaja mendapat 7 respon. suka atau tidak kita kena faham menggunakan p.o ini, terutama dalam menyiasat disekolah, sebagai GB atau GPK, kenalah membiasakan diri dengan pendekatan p.o kerana BPR, Nazir, Polis, SB dan JPN atau PPD akan menggunakan p.o dalam mengendalikan kes di sekolah.

anda pernah kena p.o?

aku pernah kena dua tiga kali semasa aku hidup ini, kesannya amat melukakan hati, tetapi setelah aku belajar dengan abng angkat kita...baru aku tahu itu adalah satu m.o [modus operandi ] dalam mendapatkan maklumat.

dalam entri yang lepas, satu sudut pandangan negatif...yang memang berlaku namun disimpan di dalam hati..siapa yang lakukan tidak penting, pencemaran nama baik kumpulan bukan matlamat entri itu ditulis...tetapi kalau orang itu hendak berusaha membaiki diri...dia mesti bersedia mendengar kritikan dari orang lain, mengenai bahasa yang digunakan...tidak ada seorang pun dapat memuaskan hati orang lain dengan lenggok bahasa yang digunakan...kalau aku guna laras sastera, orang jiwa sains kata mat jiwa jiwa, kalau aku guna laras sains, orang sastera kata bahasa yang kaku dan tiada keindahan, kalau aku guna bahasa kampung, orang bandar rasa aku ni anjur sangat...jadi sesiapa yang nak kritik laras bahasa aku gunakan..silalah..tak ada masalah, namun aku tetap aku, begitulah laras bahasa aku, malah kadang kadang orang yang inginkan kita guna bahasa halus , dia pun tidak sehalus mana bahasanya. Biasalah permintaan orang...semua nak yang terbaik... [ aku faham ]

ruangan komen juga jelas menunjukkan siapa kita, nak letak nama pun tidak berani..suka menyamar agar tidak dikenali, itu lagi ler pulak..baling batu sembunyi tangan. kalau ikhlas perlulah jelas...berani buat beranilah tanggung, jangan berlindung disebalik sehelai benang.

maaf
aku agak kasar sejak beberapa entri ini...supaya blog kita agak panas dan menarik perhatian dan terasa dipanggil untuk memberikan respon. namun tetap ada kebaikan disebalik segala kejahatan, dengan adanya penjahat, polis dapat naik pangkat...dengan adanya pesakit, hospital dibesarkan dan ditambah kemudahan..begitulah lumrah alam

salam

Thursday, October 30, 2008

dewasakah kita?

pelbagai cara orang menafsir istilah dewasa. ada yang mengatakan umur, ada yang meletakkan kematangan, ada yang meletakkan jiwa dan tidak kurang pula mengambil keutuhan pegangan agama.

dewasakah sesaorang itu jika mudah lupa kepada orang yang berjasa kepadanya, seperti tidak hormat ibubapa, abang dan kakak, atau tidak menghormati orang tua-tua, atau tidak menghormati guru yang memberikan mereka ilmu dan panduan hidup?

patutkah sesaorang itu di hormati, jika dia sendiri tidak pernah dan tidak suka atau kurang menghormati orang lain?

dewasa, matang, sikap, keilmuan yang digunakan, latarbelakang hidup dan kesan psikologi masa silam...banyak yang perlu kita debat dan bahaskan...tetapi yang simple..jika sesaorang kurang menghormati orang lain, jangan harap dia akan dihormati...itu adalah kesan dan tindakbalas yang normal dalam kehidupan kita.

sekarang kita seorang guru....lepas tu ditentukan tuhan pula kita menjadi golongan pentadbiran sebuah sekolah [organisasi pendidikan] ditangan kita ada pelbagai kuasa dan amanah yang berat..kemudian allah melindungi dan merestui kita belajar hingga tamat dan bakal menggenggam ijazah pengurusan pendidikan dari universiti, walaupun kita sebenarnya kurang berkemampuan dan tidak percaya pada diri sendiri pada mulanya, takdir menyebelahi kita...kita terus maju kehadapan...dan bakal menikmati kehidupan yang lebih tinggi di dalam sosialisasi kita..namun masih ada antara kita yang kurang dewasa...tua, tetapi masih berperangai sumbang dan sumbing disana sini, berlimu tetapi menggayakan langkah yang melambangkan kejahilan, ketua dan berkuasa tetapi masih sanggup menyelewengkan amanah yang ditanggung.

percaya atau tidak...hanya kita yang menentukan kerana jawatan kuasa untuk mengukur kedewasaan kita ialah hati, perasaan dan jiwa kita sendiri...tanpa perlu mencari jauh... marilah kita mencari di dalam diri kita sendiri.

mutiara yang hilang
mutiasa yang bernama kedewasaan

jangan kita malukan keturunan, bangsa, agama, ilmu, guru dan ibubapa kita kerana kekurangan kita.

salam

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY