Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Friday, August 13, 2010

12 Jun 2010....daftar masters..wakil ke2 PPGB A


Pendafataran masters Pengurusan Pendidikan adalah satu yang memenatkan jugak...sehari...pergi dari kaunter ke kaunter
lepas dengar taklimat demi taklimat.

Pesanan Prof Dr Omar...Jangan ada yang syahid dipertengahan jalan....

Sem.1......RM 1655
Sem.2,3,4......RM 1195 satu sem

Jom ...kawan kawan....jangan mengalah dipenghujung usia....Pembelajaran Sepanjang Hayat.


Monday, December 22, 2008

dimana nak cari ramai orang melayu?

Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kampong orang melayu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Wednesday, December 3, 2008

kehebatan

kawan kawan

ingat, "kehebatan sesaorang tu bukan kerana kuat marahnya, tetapi kerana ketajaman akalnya dan keikhlasan hatinya serta keteguhan imannya"

salam

Keras Beras Waras

Kawan kawan

Di Johor, ramai kawan kawan aku adalah keturunan Jawa, masa aku sekolah menengah, anak anak jawa merupakan majoriti ler pulak, jadi aku dari keturunan melayu ni kena buli pulak dengan anak anak jawa ni. tetapi satu yang baiknya aku dapat sesuatu dari mereka, kebaikan hati, keluhuran jiwa, keras semangat dan sikap tolong menolong mereka.

ada satu gurauan dari orang2 tua keturuan jawa, dia orang kata...orang perempuan tidak akan lari kalau kau jaga ...keras, beras, waras. aku tak mahu mendalami setiap maksud tersirat dari 3 perkataan yang puitis itu satu persatu, hari ini aku nak mengajak kita melihat pesanan pada perkataan keras.....sebab ada juga maksud sebaliknya

keras- bukan saja pada di maksudkan kepada #@$%#@ tu sahaja, yang tu mestilah kena keras....kalau tak keras..memang lelaki itu [ maaf cakap ] akan diperlekehkan dan tidak disukai oleh pasangannya......namun perkataan keras itu membawa maksud ada juga keras yang tak di[perlukan...seperti cara kita bercakap, menulis berdebat, verbal dan non verbal kita. aku selalu ditegur oleh kawan kawan kerana aku agak keras dalam bergurau, bersembang, menulis dll, ada guna perkataan menyakat, ada kata aku brutal, ada kata lembutlah sikit sop... ada yang belasah aku balik, ada yang menjauhkan diri dan berkata, orang kata ke dia tak boleh, dia kata ke orang boleh....usop tu beranginlah...Jadi ramai orang orang [perempuan terutamanya...] tak suka pada keras. kekerasan dan di keraskan. [ wah...ni dah melalut dah ni...] yang lain fikirlah sendiri kan...

sekarang kita dah tamat belajar, dan balik kelubuk masing masing...ada jamuan perpisahan .
adakah tamat segalanya? masuk kelubuk ertinya tidak mahu lagi mengingat kawan kawan sepermainan? perpisahan yang dijamukan itu perpisahan yang sebenar benar berpisah?

blog ini penyambung ikatan silaturahim kita....pernah satu ketika aku dah mati angin, blog tak ada sambutan....namun ramai kawan kawan yang menafikan hal ini ialah seperti, Low Pulau Ketam, Choong Muar, Che Hassan OS, Yati R, Dollah JPN, Nafa, Tengku, Hasmah, Ani, Chan Tai Ko [ KFC], Ct Dayang..kawan kawan group B seperti Usop sipan, Faris, mpmn, teropong, simantan guru, waruna, dan ramai lagi...[ termasuk penulis blog, graoup B, pengunjung blog dll ] memberikan semangat dan menyabarkan aku...terima kasih semua

lantaran itu aku terus bersemangat menulis dan meneruskan blog ini walaupun kadang kadang tidak bermaya....kemunculan che hassan dan dollah sebagai contributor menceriakan lagi blog ini [ cuma che hassan ni kadang kadang pemanas sikit...]aku tidak suka memaksa, sebab aku tak suka dipaksa. kawan kawan ....

kesimpulannya....jangan keras sangat...berilah kerjasama.....dan tepuk dada tanya selera

nanti kita cerita pulak bab beras dan waras

Friday, November 7, 2008

sehaluan tak sebahtera, terkadang dialun gelombang bersama, dengan arah yang satu,tetapi berbeza, hanyalah kenangan manis, agar dapat kita bersapa

dulu
sama sama masuk IAB dan UPSI namun begitu dimana kita pergi, apa kita lakukan kita perlu akui bahawa sistem kasta masih tetap wujud antara kita.

ingat tak masa kita di minggu orientasi kita menjalani 'perasa'. kita happy...tiada kasta... kemudian atas nama sejarah silam...pentadbiran IAB mula mengkastakan kita , kelas 29, 32,34 dan 41 [ 41 pindah ke utara] hingga ...ada dua kawan kita salah masuk kelas..dia sangka dia di kelas 34,

sejak itu mula ada pertandingan dan kegiatan sosial...kasta semakin menebal...29 anjur, 32 dan 34 sokong secara minimum...32 anjur..29 dan 34 pula begitu...34 anjur..32, dan 29 sok sek sok sek....minimum jugak....tak kiralah...kejohanan sukan, kegiatan sosial, sambutan merdeka...jeling menjeling mula ketara...jarang dan amat kurang dikalangan kita yang dapat merentasi semua kumpulan...sedikit, sedikit.

kemudian pendekatan dan penilaian oleh pensyarah...terhadap kita secara tidak lansung memberikan impak....terbit pula....persepsi antara peserta, kata mengata, sembangan yang kadang kala penuh kepura puraan mula menular...maka sistem kasta semakin terasa kesannya.

projek baju batik..kad nama..pada dasarnya amat mulia dan murni, namun disalah erti, diselaputi egois..kau sapa nak suruh aku? kita buat batik lain...batik tu tak bermutu, mana boleh paksa paksa....aku tak mahu, segalanya menjadi hangat. sedar atau tidak kita mula menghidupkan kasta antara kita....sistem kasta sudah mula mengambil tempat, kemesraan dan adik beradik sudah mula tidak menjadi penting. rasa ke aku an semakin menjalar.

tamat IAB

kemasukan ke UPSI melebarkan lagi sistem kasta..ada beberapa kawan mahu bertukar kumpulan kerana ketidakserasian.. tidak semua terima cadangan penghulu ...agarada pula menerima kawan baru, mereka cepat cepat sesuaikan diri...perbezaan waktu kuliah, kemahiran meng adjust jadual, ada yang balik awal, ada yang balik malam dan lewat, berbezanya pensyarah yang mengajar.... kaedah dan layanan, menjadi gurauan dan kadang kala sebutan dan serius... persaingan juga mula ketara, kemuliaan kadang kala menjadi hina dek gurauan...belajar namun tetap berbeza...semuanya kerana sistem kasta yang direlakan dan terpaksa dilalui...

jangan tak percaya ada kalangan kita tidak kenal dan tak pernah tau siapa dibilik sebelahnya..
kita cuba satukan dalam satu anjuran bersama walau dalam kepayahan...kita berjaya namun tetap ada luka dan cedera disana sini. wahh...amat sukar mengurus cikgu, manusia dan gologan terpelajar..lantaran sistem kasta ini..sindir dan gurau menjadi biasa, kumpulan a suka menukar tok penghulu pun jadi bualan..kumpulan b tetap pada penghulu yang sama pun jadi sendaan.

kenapa?
itulah manusia..
cuba kita renung disekolah..kalau ada pengalaman sekolah menengah...lagi darsyat...pengkelasan pelajar banyak menakibatkan kerosakan dari sudut psikologi pelajar, pelajar kelas 'bawahan' selalu menerima hinaan dan ditinggalkan...hatta, kalau kekurangan buku teks, kelas hujung hujung lansung tak merasa buku teks..di sekolah rendah...pun ada fenomena ini.

adakah kita berani mengubah senario...di sekolah kita? sistem kasta ini? adakah kita boleh buat kelas campuran tanpa mengasingkan mereka yang pandai dan kurang pandai? setelah kita sendiri melalui..kekurangan sistem kasta ini...

di U..pensyarah sesama pensyarah pun berkasta kasta, lepasan dr lain, dr luar negeri lain, dr dalam negeri lain [ diceritakan sendiri oleh seorang kawan..penyarah UKM dalam bulan puasa tempuh hari...] dalam pendidikan, 29, 32, 34, 38, 41, 44, 48, 52...semuanya mempunyai kasta tertentu...dalam polis, hari ni naik pangkat, esok ...kau sapa? panggil aku apa?...[ walaupun tak semua...]

orang kata sistem kasta hanya dalam masyarakat hindu zaman dahulu....tolong sikit, renung betul betul...disekeling kita sistem itu masih segar dan hidup ...

siapa yang menyegarkan dan menghidupkannya?
hawa nafsu jahat dan syaitan yang menghasut diri kita

nampak macam sehaluan namun kita tetap tidak sebahtera..

marilah kita renungkan

Thursday, November 6, 2008

bukan mudah mengamit bintang

manusia memang pelik dan ajaib. manusia selalu inginkan sesuatu yang tiada di dalam tangannya dan mudah mengabaikan sesuatu yang sudah dalam genggamannya

sesuatu yang menjadi milik orang, itulah yang diingin dan dicitakan sedangkan sesuatu yang sudah pasti miliknya dipermudah dan dipandang ringan.

contoh? lu pikir lah sendiri....kata nabil
kenapa jadi begitu?

amat mudah meramal keadaan cuaca dari meramal tabiat manusia...lemah namun bila bila masa boleh menjadi gagah. gagah peliknya boleh bila bila masa menjadi lemah. pandai bercakap, sekelip mata boleh menjadi bungkam. pendiam, dalam sesaat boleh berhujah kemas.

itu belum kita terokai pemikirannya yang mistik.

sebab itu kita harus berbangga dilahirkan dan diberikan kesempatan untuk berladang didunia ini agar kita dapat menuainya di akhirat.

Monday, October 27, 2008

minta pendapat kawan kawan

salam sejahtera
semoga semua ok dan gembira, selamat bercuti juga...
disini aku mohon pendapat...jangan baca saja, sila berikan komen di ruangan bawah..
...apa kata kita set up satu pertemuan secara tidak formal...semas akonvo nanti..bayangkan kita dgn keluarga kita semua dah alang alang hadir ke upsi..kita set upkan satu perjumpaan santai, sembang sembang...makan makan...dan minum minum bersama...ada dua cara yang aku rasa terbaik...[ kalau che hassan ...kita jumpa kat kl lah...hahahahhaa] pertama kita berada di penginapan yang sama...macam kita semua menginap di kalumpang training centre [ tempat kita jamuan tu...] cadangan kedua kita berkumpul di tempat makan yang luas dan besar..masing dengan keluarga dan duduk di meja masing masing...habis satu restoren tu kita booking....contoh di di dusun bay ke atau rest house slim ke dan sebagainya...kalau setuju kita serahkan kepada shadan atau kupayee...untuk booking bagi pihak kita...

pertemuan mac adalah pertemuan terakhir kita [ secara akalinya ] namun bukanlah berakhir persahabatan kita...ini adalah satu permulaan..namun untuk berjumpa secara beramai ramai bukan mudah walau tidak mustahil...so, terserahlah kepada kita semua untuk fikir fikirkan...dan aku mencadangkan atas kapasiti sebagai blogger sahaja bukan sebagai penghulu...mandat penghulu dah tamat....

atau cadangan ketiga...kita setup sendiri mengikut kawan kawan rapat dan yangbaik dgn kita...tu lagi senang...macam aku akan setup dgn dollah ...habis citer...

salam

Monday, August 18, 2008

Dimana silapnya? Kita? Atasan? Pelanggan?

salam semua
semoga gembira, aku ingin lontarkan kepada kawan kawan, kenapa kita perlu adakan kelas tambahan, kerja sampai sabtu dan sejak akhir akhir ini cuti sekolah pun kena kerja.

Pada aku, p&P dalam kelas yang berkesan dah cukup dgn sedikit peneguhan (kerjarumah) berilah dia orang (budak2) enjoy masa kecil mereka.

falsafah pendidikan negara nak kita dapat seimbangkan JERI tapi, nampaknya penekanan pada Interlek yang menjangkau 70%, Jasmani adalah sikit sikit, bagi budak sekolah tu letih...Emosi? Pelajar semakin tertekan dan emosi mereka tidak disuburkan, rohani? lagi out.. maka GB yang mencapai 100% upsr jangan terlalu mendabik dada mengatakan telah menyempurnakan FPN. Renungkan. Adakah anda telah melahirkan insan yang seimbang?

Tak Boleh buat apa, sebab begitulah kehendak pelanggan kita. Jadi bukan saja nak sedarkan Guru, namun GB nak kena sedarkan PPD, JPN dan KPM? wow...teruklah macam tu...
Inilah masalahnya.
Dimana Silapnya...

Pak Lah (PM) kata kerja 5 hari cukuplah
GB sekolah rendah kata TAK CUKUP
Cikgu? Muka masam
Murid? Diam dan dendam

Apakah akhirnya outcomes yang dihasilkan selepas 17 tahun?
Mana yang excellent...cekal....tabah.....JADI ORANG
Mana yang tertinggal...lemah....putus asa JADI?
MAT REMPIT
BOHSIA
BOHJAN
PERAGUT
PENAGIH Dll

Adakah kita terlepas dari dakwaan mereka nanti di Akhirat? Sama sama kita fikirkan.

Salam

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY