Jenis Monitor
Tedapat empat jenis monitor iaitu Monitor MonoChrome, Monitor Warna, Monitor Multisync dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap satu mempunyai sejarah tersendiri. Di sini hanya dibicarakan monitor biasa yang kita gunakan iaitu Monitor Warna.
Kualiti sesuatu monitor bergantung kepada beberapa sebab. Diantaranya ialah bilangan titik (pixel) yang dipaparkan oleh skrin monitor komputer tersebut. Lebih banyak bilangan titik (pixel), lebih tajam dan lebih berkualiti teks dan grafik yang dipaparkan.
Terdapat empat jenis monitor warna di pasaran. Monitor CGA (Color Graphics Adapter) memaparkan dua jenis resolusi iaitu resolusi sederhana yang mempunyai 320x200 pixel dan resolusi tinggi yang mempunyai 640x360 pixel berbanding jenis EGA (Enhance Grapik Adapter) pula mempunyai 320x200 pixel sahaja.
Buat masa ini dalam spesifikasi penjualan komputer, monitor yang biasa dibekalkan adalah jenis VGA (Visual/Video Graphich Adapter) atau SVGA (Super Visual/ Video Ghrapich Adapter). VGA mempunyai resolusi 800x600 pixel. Manakala SVGA pula akan memaparkan resolusi setinggi 1024x768 pixel lebih baik dari VGA. Kualiti skrin monitor SVGA lebih baik dan menarik, seperti kita melihat television dalam jarak yang sesuai.
Terdapat 256 warna dibekalkan dalam skrin monitor SVGA. Pilihan warna yang banyak menyebabkan grafik yang dipaparkan pada skrin yang realistik dan menarik. Tentu anda pernah melihat video melalui komputer anda. Kualiti gambar video anda bergantung kepada beberapa pixel yang terdapat pada monitor anda. Lebih banyak pixel dibekalkan lebih baik dan menarik gambar video yang anda lihat.
Bagi mereka yang mempunyai komputer jenis laptop, palmtop atau note book, skrin yang dibekalkan selalunya jenis monitor ELD (Electro Luminscent Display). Skrin jenis ini adalah seperti skrin pada mesin kira yang mempunyai resolusi 800x600 pixel.
Paparan skrin terbaik setakat ini adalah monitor Multisync. Ia mempunyai resolusi setinggi 1280x1024pixel. Skrin monitor jenis ini dapat mengawal warna dan menghasilkan paparan yang tajam walaupun pada resolusi rendah. Dalam dunia multimedia, monitor jenis ini adalah pilihan yang terbaik.
Nanti aku masukkan tips lain pulak....saja kongsi kongsi...sambil baca blog dapat input, manalah tau nak beli monitor nanti..teringat kat blog kita..[ patut orang dapat A dalam IT citer ni...kan ]