Sunday, November 20, 2011

Cabaran menyiapkan tesis master

Menyiapkan tesis master bukan sesuatu yang senang. Belajar, datang kelas, siapkan tugasan semasa boleh dibuat sebaik mungkin wpun kdg2 banyak juga cabarannya. Tapi untuk menyiapkan tesis, lain pula jadinya. Saya, jika diikutkan jadual awal yang dirancang, tamat semester 3, selesailah master saya. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Tanpa kehadiran pensyarah, rakan-rakan sekuliah, mood untuk menulis tesis langsung tidak ada. Hilang semangat dan kekuatan untuk terus duduk menyiapkannya walaupun bahan-bahan sudah banyak dikumpul. Janji untuk menghantar lebih lebih awal dan konvo pada Julai lalu tinggal kenangan sehingga terpaksa meneruskan ke semester 4 dan wajib dihantar sebelum selesai semester 4, disember ini. Inilah akibatnya terlalu membiarkan diri dibuai dengan pelbagai perkara yang seterusnya menjadi cabaran yang sangat menakutkan. Malu dengan rakan2 sekuliah serta pensyarah penyelia. Semoga mereka faham dan membantu memberikan semangat untuk saya meneruskan misi menyiapkan tugasan penting ini.

Sunday, October 30, 2011

Satu Penemuan

Penemuan menakjubkan. .JANGAN MAKAN SARDIN
Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam

Friday, October 28, 2011

FIRZAN ZIARAH TERENGGANU

Sdr. Firzan bersama ipar dan birasnya sekeluarga telah datang ke rumah saya sehari sebelum cuti Depavali. Mereka sempat bermalam di teratak rumah saya buat satu malam. Kami sempat bersama-sama berjumpa Sdr. Ismail (imam) di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu, kemudian makan malam di Restoran.....depan Masjid Terapung, Kuala Ibai.

Antara hidangan sarapan pagi yang saya sediakan ialah nasi dagang, mee hun, kayu keramat, karipap, milo dan tea o. Turut meraikan ialah Sdr. Hassan Embong, walaupun masih penat selepas balik dari lawatan ke Langkawi membawa rombongan PKK. Selepas sarapan Firzan sempat singgah ke ruah Hassan dan meneruskan perjalanan balik ke Temerloh.

Semoga Sdr. Firzan berpuas hati dengan layanan yang tidak seberapa yang sempat kami berikan. Terima kasih kerana sudi singgah. Maaf tiada gambar (kamera rosak). Mungkin Sdr. Firzan boleh e-mailkan atau letakkan gambar ke facebook.

Thursday, October 6, 2011

Kunjungan ke KK Sabah.


Baru-baru ini aku dan keluarga berkunjung lagi ke Kota Kinabalu, Sabah. Aku sangat berterima kasih kepada rakan-rakan di Sabah yang selalu membantu. Hari pertama aku dan keluarga dijemput oleh Mawi di Airport dan hari kedua, beliaulah yang bawa kami jalan2 sekitar KK. Hari ketiga, aku dan keluarga dilayan pula oleh Sheley dan suaminya. Dibawa kami jalan2 sekitar Pasar Tamu, UMS dan Bandaraya KK kemudian belanja makan tengah hari dan malam. Paling menarik, sempat kami bertemu dengan Dr Shukri, bekas pensyarah kita di UPSI dulu yang kini menjadi orang penting di UMS. Siti Dayang juga sempat call dan mengajak ke Ranau. Pendek kata, kalau ke Sabah, rakan-rakan kita ini sentiasa bersedia membantu. Terima kasih semua.

Monday, October 3, 2011

Lawatan Muhibbah


Siti Dayang, Martivi dan Vinie...datang ke SK Pontian ,
bersama meraikan Hari Guru satu ketika dahulu...
Lawatan Muhibbah yang tidak mungkin dilupakan..

Wednesday, September 28, 2011

Maaf..lama tak menulis


Assalamualikum semua

Maaflah lamadah koi tak menulis dalam blog, bukan tak ada masa..cuma malas jer. Harap semua sehat dan dah hampir sebulan bula raya berlalu.
Koi baru jer nyambung belajor kek UPSI...kali ni semester 3...pendaftaran subjek kali agak kecuh sebab tak diurus oleh orang yang berpengalaman...koi ngambek..isu dalam perakaunan, kaedah pengukuran dalam kurikulum dan pengajaran berasaskan web.

Semua subjek memang best dan banyak lagi subjek yang seronok nak dipelajari macam, kemahiran berfikir, kaedah menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan dll, cuma aku dibenarkan subjek yang telah ditetapkan saja...rasa macam nak ambik macam macam dan kerja nya belajar je...malas nak kerja lain...

Kalau tak masuk upsi pun aku akan berulang alik ke IAB sebab aku memang suka duduk dalam bilik kuliah, dgr org cerita , chit chat dgn kekawan dalam bilik kuliah dan enviroment begitu amat serasi dengan jiwa aku...aku tak nak score A abat B tetapi aku nak cebisan cebisan ilmu tuhan tu...kalau ada masa dan ruang aku transfer balik kat kekawan yang sudi nak dengar.

Kuliah kali ni, mula dari malam...kemudian pagi sabtu..rehat kemudian sampai jam 6 petang sabtu..aku masuk dan port aku biasalah kat surau UPSI. Kompleks UPSI di proton city dah hampir siap dgn pintu gerbangnya yang melengkung dan masjidnya berkubah biru amat seronok kalau kau orang ada semua dan belajar bersama sama disitu kan...

Semoga kau orang sehat dan gembira di zon selesa tuh..tahniah yang dah jadik GB dan pada GPK tu..tak per...bukan pangkat atau gred yang menjadi buruan kita...keredhaan Allah yang kita cari dan sentiasa komited pada apa saja tugas yang diberi...supaya kita terus mengharumkan nama IAB, dan UPSI yang telah banyak membantu kita

Salam dari aku
YUSOF BIN MOHAMAD
GURU BESAR
SK FELDA BUKIT DAMAR
28500 LANCHANG
MENTAKAB, PAHANG

Siap bagi alamat penuh tuh...manalah tau nak jemput kenduri....

Tuesday, August 23, 2011

Friday, August 19, 2011

Jalinan Kasih Seribu Kenangan


Isteriku yang telah berkorban utkku, pengganti aruah mak yang telah meninggal dunia
anakku huda dan yayah menjadi saksi dimajlis itu.
terima kasih keluargaku..

Friday, August 12, 2011

Thursday, August 11, 2011

Vinie


Pernah sampai ke Rompin dan aku pernah sampai di ranau...itulah persahabatan

Sunday, August 7, 2011

EPDC Aceh Pasca Tsunami



13 - 16 Julai yang lalu, aku membawa rakan2 MGB melawat Banda Aceh, yang dahsyat dilanda Tsunami 7 tahun yang lalu. Wpun, sudah 7 tahun, masih terasa impaknya betapa berkuasanya Allah SWT. Daripada kesan2 yang kami lihat serta perkongsian orang-orang yang menjadi saksi, betapa Tsunami yang melanda Banda Aceh maha dahsyat, sehingga ada yang merasakan apakah itu hari kiamat. Menurut cerita orang aceh, selepas Tsunami, Aceh begitu banyak berubah termasuk perubahan sikap dan ketakwaan hambaNya. Ikhtibar kepada kita, apakah kita menunggu petaka melanda?

Thursday, August 4, 2011

Satu penghargaan

Konvensyen Majlis Guru Besar Kebangsaan telah diadakan di Kuantan, Pahang. Pelbagai acara dan pembentangan di berikan. Antaranya oleh Dr Shukri Zain, pensyarah kita dahulu. Dr Shukri kini mengjar di UMS dan dipenghujung pembentangannya keluar gambar aku dan dia semasa kami berjumpa di UPSI satu ketika dahulu. Aku ketika ini baru mengambil borang kemasukan masters.

Terima kasih Dr. Ini adalah satu penghargaan kepada diri saya...orang kecil di kalangan para Guru Besar Walaupun tak disenaraikan untuk hadir tetapi kehadiran gambar ini pun pada saya, saya rasa amat dihargai.

Wednesday, August 3, 2011

Jalinan Kasih Seribu Kenangan


aku dihadapan rumah martivi, di kaki gunung di ranau...satu ketika dahulu


Martivi semasa berkunjung di SK Janglau semasa hari guru 2008 dahulu.
Sekarang sudah menjadi Guru Besar


Kawan kita paling muda, Guru Besar, Bendahari kita yang cantik, sekarang sedang membuat masters di UUM bersama Simah. Gambar semasa di UPSI 2008


Siti Dayang GB DG 34 KUP 41 di ranau, masih mesra dan baru kembali dari umrah bersama keluarganya sebelum puasa itu hari...dan yang lelaki tu aku tak kenal siapa...tetapi dia adalah antara lampu kemeriahan dalam kelas kita...Kak Pah, GPK1 di SK Tanjung Lalang Temerloh...boleh pergi sekolah berjalan kaki dan Kak Hasmah..aku selalu hello dengan dia dari masa kesemasa...


Macam macam perkembangan yang berlaku dikalangan kawan kawan kita, ramai yang dah jadi guru besar dan ada juga yang masih terus menjadi GPK. Ada yang masih saling berhubung dan ada juga yang senyap seribu bahasa. Namun Jalinan Kasih Seribu Kenangan antara kita tidak akan hilang begitu sahaja.

Semalam aku call martivi dan dayang. Kedua duanya telah menjadi Guru Besar di Ranau. Mereka sehat dan masih mesra macam biasa...dan menyampaikan salamnya kepada kawan kawan semua melalui blog ini...aku juga ada telefon mawi dan simah...semuanya ok, shelley juga selalu mengirim sms kepada aku...dari semasa ke semasa....aku rindu kepada semua kawan kawan . Dan sering tertanya...bilakah kita akan berkumpul semula?pada aku....marilah kita terus berkawan, jangan membawa diri kerana sesungguhnya menyambung silaturahim itu amat dituntut oleh agama.

Adakah harapanku nampaknya tinggal harapan....?

salam rindu.

Sunday, June 26, 2011

Masuk sem 3: PNGK 3.72

Berita dari IPS, sem 3 akan mula pada 12.9.2011 dan aku akan mendaftar lagi 3 subjek dan mulakan project paper aku dgn penyelia En Mohd Khalib Musa.

Sem 2 aku mendapat pointer 3.82 dengan semua subjek mendapat A. Analisis data bersama Prof Hariri aku dapat A-, Seminar bersama Prof Omar aku dapat A penuh dan Pentadbiran bersama Dr Jamal aku mendapat A-. PNGK aku setakad ini 3.72

Tidaklah susah mana masters ni...cuma susahnya mengurus masa dan berulang alik ke UPSI. Membuat asingment dan mencari bahan sikit sikit.

Mudah mudahan ada kawan lain menyambung semula pengajian dan mudah mudahan aku habis sampai sem 4 dan mendapat segulung ijazah untuk agama, bangsa dan negara amnya dan pedoman anak anak aku khasnya.

Jom....kawan kawan...

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY