Wpun tak rasmi lagi, tapi saya tahu dan sangat yakin Usop akan jadi GB. Dari mula saya kenal kawan kita ni, dia antara pilihan tertinggi bagi saya mampu jagi GB yang hebat. 2 tawaran serentak, jarang berlaku kepada orang lain. Maknanya begitulah hebatnya usop rompin ni. Dari sembang-sembang dengan saya dia akan memilih jadi GB di SK Juara, pulau Tioman. Tergambar di minda saya bagaimana sek di Tioman ni kerana saya pernah sampai di SK Mukut. Dengan deruan ombak laut Cina Selatan dan pantai yang cantik, kita akan ada kawan yang boleh bawa kita berkunjung ke pulau Tioman nanti. Tahniah sekali lagi Sop, berkat usaha dan sentiasa di dalam persekitaran rakan-rakan (maksud saya network) peluang dan rezeki akhirnya tiba jua.
Usop yang saya kenal, anda adalah seorang yang sangat hebat dalam banyak perkara. Saya yakin rakan-rakan setuju dengan saya. Justeru, usop, jadilah GB yang baik dan hebat. Kita bersama-sama bangunkan pendidikan negara yang sedang dilanda banyak krisis ini. Harapan saya kumpulan kita dan kumpulan yang lain yang dilatih sebagai pemimpin pendidikan negara, antara orang-orang hebat yang menjadi wira pendidik. Selamat maju jaya.
Usop yang saya kenal, anda adalah seorang yang sangat hebat dalam banyak perkara. Saya yakin rakan-rakan setuju dengan saya. Justeru, usop, jadilah GB yang baik dan hebat. Kita bersama-sama bangunkan pendidikan negara yang sedang dilanda banyak krisis ini. Harapan saya kumpulan kita dan kumpulan yang lain yang dilatih sebagai pemimpin pendidikan negara, antara orang-orang hebat yang menjadi wira pendidik. Selamat maju jaya.
12 comments:
:) Hebat dan sesekali kuat menyakat! Tahniah cikgu usop. Saya pernah bekerja di bawah seorang penolong kanan yang pada hari2 biasa nampak mesra dan kelakar. tapi ade hari dia naik angin sampai satu sekolah terkedu dek ketegasannya....
terima kasih wan
tak boleh nak kata apa. aku tengah set up pemikiran, emosi dan fizikal ni. PPD dah briefing apa misi yang aku perlu lakukan.
next week aku berlepas. doakan aku
hassan
tinggi sangat kaulambong aku tu..nanti aku akan jadi terpesona pulak..aku biasa jer san..mu lagi hebat san..steady san steady
Sop, setinggi tahniah dari aku.
Moga kenaikan pangkat kau ini akan membuatkan kau lebih bersemangat bekerja dan berbakti kepada mereka yang memerlukan. Pesan aku bila menggapai gemerlapan bintang di langit usah lupa kehijauan rumput di bumi.Moga berjaya
Tahniah Sop, aku bangga dengan kau. Sememangnya kau layak menjadi GB. Semoga sekolah baru kau akan cemerlang di bawah kepimpinanmu. Pelantikanmu menjadi kebanggaan buat kumpulan kita. Bagi yang belum ada rezeki untuk merasa DGA 34..termasuk akulah.. sabor ajelah..entah-entah sampai pencen kot jadi penolong kanan..
Setinggi tahniah,usop. rupa-rupanya kita sama saja jadi gb di pulau! Moga kau jadi guru besar cemerlang, I hope will get good news from you next year, GURU BESAR CEMERLANG! Low
seri
kau cenderawasih aku cuma akar
low
sama sama lah kita membangunkan insan dipulau bersama hj azmi dll
tulis, - doest, cakap - talkest fikir - thinkest [ semua nya penting belaka ] yang penting seimbang tu...
jumpa nanti 16 di upsi
eh kau jadi pilih ke pulau ke sof? rupa2nya panggilan pulau tu lebih kuat ye....mana2 ler sof, asalkan kau bahagia dan dpt menjlnkan tugas dgn baik. sekali lagi aku ucapkan tahniah! kalau kau tak bwk anak2 dan isteri, kau jgn nakal2 kat sana....ada kesempatan nt aku dtg ler ziarah kau!
Rasanya dah ucapkan tahniah atas perlantikan GB tu tapi macam tak ade pulak.... Anyway tahniah sekali lagi. You will be the best GB and I'm sure a lot of inovasion will take place in your school.Kalau mabuk naik bot jangan lupa duduk atas surat khabar cina. Tu petua kot.... dengar orang kata macam tu....for sure you tak mabuk punya cuma jangan mabuk tenguk orang pulau...
Tahniah Sop. Aku tumpang gembira dengan rezeki yang Allah beri pada kau. Selamat maju jaya.
Tahniah sop! Selain daripada memberi perkhidmatan yang cemerlang demi membangun sekolah pulau, dapat juga u mancing setiap petang hingga ke larut malamlah.
TAHNIAH dan SELAMAT MENJALANKAN TUGAS. Bersabar dengan segala dugaan. Kadang-kadang jelous juga tengok kawan-kawan dapat jadi GB, dapat jadi orang NO 1 kat sekolah.
Mungkin Ayahku tak sempat memegang jawatan GB kat Teganu kerana ramai sangat senarai menunggu. Dulu, ketika Dato' Razali ada boleh juga menumpang kasih. Tapi, manalah tahu Tuhan tentukan di sebaliknya. Ya lah! Sebenarnya Ayahku taklah berminat sangat nak jadi GB kerana bertugas kat IPGM KDRI (Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Dato' Razali Iamail) dah memadai. -+ setahun lagi kita sama-sama dapat DG41 kemudian masing-masing akan berjuang pula untuk dapat tempat yang lebih tinggi. Walau apa pun kita tetap berusaha untuk mencapai kedudukan yang lebih baik, sebelum pencen.
Post a Comment