Showing posts with label bingkisan utara: Che Hassan Open School. Show all posts
Showing posts with label bingkisan utara: Che Hassan Open School. Show all posts

Wednesday, September 8, 2010

Menggapai bintang

Satu perkongsian untuk rakan2 ppgb agar meneruskan cita-cita 'menggapai bintang' dan merealisasikan belajar sepanjang hayat. Saya (Che Hassan, Openschool) sudah hampir selesai sem 2 program serjana di UPSI. Setiap hujung minggu ke kampus upsi, dan sesekali saya menjenguk dari jauh Kolej Aminuddin Baki yang menyimpan pelbagai cerita kita bersama itu, bukan saja mengubat rasa rindu dan nolstagia saya kepada anda semua tetapi juga menguatkan semangat saya meneruskan pengajian di upsi. Tahniah kepada Usop (KK) yang menyahut cabaran saya, hari ini wpun tidak sekelas saya, tetapi beliau sudah merasainya keseronokan belajar sambil bersantai. Walaupun hanya saya sendirian dalam kalangan kita dan dikelilingi anak-anak muda sebaya anak-anak saya di dalam sidang kuliah, tetapi tidak mematahkan semangat saya, bahkan memberi kelebihan kepada saya, bila sekali lagi bersama-sama rakan2 pensyarah yang hebat seperti Prof. Dr. Omar Karrim, Dr. Kuan, Tn Hj. Nazirmuddin, serta rakan-rakan pensyarah yang baru saya kenal tetapi begitu baik, rapat dan sentiasa memberi ilmu dan galakan yang baik sekali. Pengajian ini tidak sedikit memberi saya tekanan, bahkan saya jadikan sesi kuliah dan perjalanan ke upsi, sebagai salah satu cara saya menghilangkan tekanan di sekolah. Paling membuatkan saya teruja, cara pembelajaran yang berbeza ketika kita berjuang untuk ijazah pertama dulu. Hari ini, saya merasa sangat ghairah mencari ilmu melalui research journal seluruh dunia kerana ini salah satu cara pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Kesempatan ini saya guna untuk memahirkan Bahasa Inggeris kerana semua journal yang baik ditulis dalam bahasa Inggeris. Sehingga saat ini, saya sudah mula membuat penyelidikan dan menulis (tesis) dengan bimbingan Dr. Kuan Wai Bing, saya juga diberi galakan dan dibimbing menulis research journal sebagai satu kemahiran dan persediaan ke peringkat seterusnya. Jadi, saya menceritakan ini semua bukan niat menunjuk-nunjuk, tetapi untuk mengajak rakan2 yang seperjuangan saya sebagai pendidik, agar sentiasa di dalam dunia pendidikan. Mari kita menyahut cabaran negara menjadikan rakyatnya berilmu seperti negara Korea, antara negara yang mempunyai paling ramai pemegang ijazah dr falsafah (phd). Jadi tidak hairan, Korea sudah jauh meninggalkan kita sebagai negara maju di dunia. Sekian, salam rindu dan selamat raya.

Sunday, August 16, 2009

Asal-usul PPGB dan terima kasih MGB

Saya baru balik Konvensyen Pendidikan Rendah 2009 anjuran MGB Kedah di Langkawi. Dalam kesempatan ini, jumpa juga beberapa rakan PPGB, yang senior dan yang junior. Antaranya Hj. Azmi Langkawi, Hj. Hulmi YDP MGB Kedah dan lain-lain. Tertarik saya kepada intipati ucapan Tn. Hj. Hulmi tentang asal usul PPGB ni. Sebenarnya, gdaduate PPGB ni sama ada yang dah jadi GB atau belum, wajib berterima kasih kepada Gabungan MGB Malaysia yang memperjuangkan PPGB ni sejak beberapa tahun yang lalu dan hari ini ia menjadi kenyataan. Setengah daripada pejuang-pejuang ni, dah bersara dan tak sempatpun menikmati PPGB ni. Apa yang hlightkan oleh Tn. Hj. Hulmi ni ialah, ada sesetengah lepasan PPGB ni, macam tak sedar diri, kononnya dia hebat dah grad, tapi tak tahu rezeki yang dia peroleh itu, sebahagiannya perjuangan orang-orang kuat MGB seluruh negara. Katanya lagi, ada yang cuba menikam dan memporak-perandakan MGB dari belakang dan macam-macam lagi tak puas hatinya mereka. Sedangkan mereka baru setahun jagung jadi GB, baru grad PPGB, dah mula naik toncang. Inilah yang kita katakan buta sejarah. Mungkin IAB/UPSI kena masukkan dalam sukatan, sejarah wujudnya PPGB.

Kepada rakan-rakan sekalian, sama ada yang dah jadi GB atau belum, kita wajib berterima kasih kepada MGB yang sentiasa bukan saja memperjuangkan PPGB tetapi juga apa jua keperluan dan kebajikan GB serta rakan-rakan yang bakal menjadi GB. Kita seharusnya berdiri teguh di belakang MGB dan sama-sama membawa mandat pembangunan pendidikan negara. Tak payah nak komplain, sebab yang jadi guru ni, kalau ada rezeki dan cemerlang akan menikmati semuanya itu. MGB bukan saja memperjuangkan rakan-rakan yang dah jadi GB tetapi juga rakan-rakan yang bakal menjadi GB dan akan menikmati apa yang telah kita capai ini.

Wednesday, July 22, 2009

Terima kasih Sabahan

17 - 21 Julai aku dan rombangan 35 orang GBdan keluarga dari Kedah berkunjung ke negeri di bawah bayu, Sabah. Ini kali kedua aku ke KK, sebelumnya pada 26 Jun kerana ditugaskan oleh MGB untuk menguruskan rombangan lawatan ke sana. Yang nak aku ceritakan di sini, hebatnya rakan2 kita di sabah. Mawi antara yang paling banyak membantu aku, bukan saja ketika aku membuat servay dan tempahan tetapi ketika lawatan kami, Mawi sedia mengambil cuti dan bertanggungjawab sebagai pemandu pelancong. Aku berterima kasih juga kepada Siti Dayang dan Winie yang telah bekerjasama menyediakan sesi lawatan kami ke Ranau dan ke sekolah St. Benadict, sekolah Winie. Aku terkejut dengan sambutan yang dibuat Winie dengan warga sekolahnya serta makanan yang ditempah Siti Dayang, walaupun kami bayar tetapi makanan dan jumlah yang disediakan sangat memuaskan hati kami. Winie seperti biasa, wpun sibuk kerana terpaksa menghadiri kursus di Kundasang, tetapi beliau sempat balik dan meraikan kehadiran kami. Dengan keramahan dan keceriaan beliau, kami rasa begitu dihargai dan terhibur dengan bukan saja persembahan tarian Sumazau drp anak didiknya tetapi juga, kami turut diajak menari bersama. Terasa suasana yang sangat meriah sekali. Sayangnya Siti Dayang tidak dapat bersama kami pada pagi itu kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di KK. Pendek kata, lawatan singkat kami mungkin tidak akan berjaya tanpa Mawi, Siti Dayang dan Winie. Aku dan isteri sempat juga bertemu dan dinner bersama Sherly dan adiknya kerana kebetulan dia menghadiri PTK di KK dan sehari kemudian beliau bersama kami satu penerbangan ke Penang kerana bersama-sama kontinjen Sabah dalam pertandingan Syarahan BM SJK(C) peringkat kebangsaan di Sungai Petani. Jadi aku mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada gang Sabahan kita.

Wednesday, July 1, 2009

Alhamdulilah, selamat temu duga.

Pagi tadi saya (che hassan) telah selamat temu duga. Saya bersyukur penemuduga tu masih ingat saya ketika kami sama-sama di EPRD, Datin Norhayati Abd. Rashid, bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jab Pendidikan Teknik. Jadi taklah teruk sangat, just sembang2 pasal pengurusan sekolah. Beliau tanya juga sedikit sebanyak pasal PIPP, FPK, Teori Pembelajaran dan KBSR. Pada padangan saya rakan2 kena buat study sikit perkara2 tu, kerana saya tengok penemuduga ada menggunakan skema jawapan berkaitan perkara2 tadi. Saya percaya, penemuduga yang lainpun menggunakan salinan yang sama, sebab budak fresh teacher yang temu duga bersama saya, soalannya berkisar di situ. Cuma kita GB, mereka lebih banyak tumpukan kepada pengurusan sekolah dan implemen segala hukum hakam berkaitan pendidikan. Saya juga agak bernasib baik, kerana dalam kumpulan saya tadi, hanya saya seorang sahaja GB, maknanya tidaklah perlu bersaing dengan yang lain. Budak2 fresh teacher, macam2 ditanya dan perlu menghafal sepenuhnya berkaitan perkara2 tadi. So, saya dah lepas, kepada rakan-rakan yang lain, buat yang terbaik. Go41.

Tuesday, April 21, 2009

Terima kasih Faris

Ptg semalam saya berkesempatan bersama Faris di Kajang krn menghantar Surat Tawaran belajar IAB/Upsi yg tidak saya sertakan sebelum ini. Kesempatan berkursus di IAB saya ambil untuk ke Kajang bersama Uspo Sipan yang juga berkursus. Sempat juga kami pekena satay kajang. Apa nak saya perkatakan di sini, usaha yang telah dilakukan Faris. Sembang2 dgn dia, katanya dia menerima sambutan baik drp rakan2 A & B. Cuma masih ada rakan2 yang tak ambil kesempatan ini. Telahan kami mgkin ada yang tak dapat maklumat. Jdi kepada rakan2 yang dpt maklumat, cuba2lah hubungi rakan2 yang lain. Usaha yang baik, macam Faris ni pastinya diberkati Allah. Terima kasih Faris.

NPQEL

Dulu NPQH, tapi hari ini NPQEL. Semalam sebahagian para pemohon telah menjalani pentaksiran di iab induk dan mereka dijangka masuk menjelang Jun. Saya sempat berbual dengan rakan2 pensyarah tentang kelebihan NPQEL. Yang saya dapat ternyata NPQEL ni katanya lebih baik. Antaranya, para lulusan tidak perlu lagi mengambil PTK. Saya bertanya bagaimana halnya dengan NPQH? Mereka menjelaskan, SPP telah menolak permohonan untuk NPQH, jadi sebab itulah IAB telah mengubah kurikulum kepada NPQEL. Maksud NPQEL ni saya masih belum jelas.

Monday, April 20, 2009

Kembali ke IAB

Saya dan beberapa rakan PPGB kembali ke iab berkursus ICT. Tujuan saya mohon kursus ni untuk mendapat sebanyak mungkin maklumat tentang pengurusan ICT di sekolah sebab saya sedang bangunkan pengurusan dan perkhidmatan ICT di sekolah.

Melapor diri ptang ahad kelmarin agak nolstagia kerana kita lama di iab. Tapi menariknya ada sedikit perubahan di iab induk ni. Di tiap2 bilik sudah dilengkapi dengan TV dan set pemanas air. Kira oklah tu. Tapi, makan nampaknya tak banyak berubah. Biasalah, bila dinamakan asrama itulah gayanya. Apapun matlamat saya dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang ICT. Saya diperli Usop rompin, bahawa saya tak pandai2 lagi ICT ni. Memang betul, sejak dulu sampai sekarang masih terkial2, maklumlah tak pernah belajar secara formal. Tapi Usop banyak membantu saya dalam ICT, wpun dari jauh dia tetap bantu saya bila2 masa. Harapan saya juga, rakan2 pemimpin sekolah, cubalah bangunkan sekolah menggunakan ICT ke tahap terbaik. Bukannya suka2 dan syok sendiri. Buatlah sesuatu supaya sekolah kita bergerak seiring dengan kecanggihan teknologi. Melalui blog ini juga saya harap kita dapat berkongsi apa juapun untuk pembangunan diri dan sekolah.

Sunday, April 5, 2009

Memilih pemimpin dan jadi pemimpin

Di N25 Bukit Selambau ( kawasan kediaman saya) yang sedang rancak untuk proses memilih pemimpin menggambarkan kepada kita betapa penting pemimpin terutama untuk memastikan negara stabil dan berkembang maju. Peluang untuk memilih bermakna adanya demokrasi. Dan peluang ini harus digunakan sebaik mungkin untuk memastikan orang yang dipimpin dan memilih itu dijaga dengan baik dalam semua aspek keperluan dan hak sebagai warganegara.

Proses pemilihan pemimpin terdapat dalam banyak perkara yang melibatkan kehidupan kita. Ini termasuklah pemilihan kita sebagai pemimpin di sekolah. Kita sebenarnya bukanlah bernasib baik kerana untuk sampai ke tahap ini kita telah melalui berbagai proses. Tidak kira di mana kita, sebenarnya kita adalah sebahagian daripada pemimpin. Jika kita merasakan kita sebenarnya bernasib baik kerana 'terpilih' sebagai pemimpin, kita seharusnya kembali ke pangkal jalan untuk menilai diri adakah kita benar-benar layak sebagai pemimpin. Kerana kita mungkin bukan dipilih ramai seperti dalam pilihan raya untuk meletakkan kita pada tampuk no 1 atau no 2 di sekolah. Kajian menunjukkan tidak semua pemimpin dilahirkan sebagai pemimpin sejati atau mempunyai karisma untuk mempengaruhi pengikut yang terhad itu. Wpun dalam ruang lingkup yang kecil, kekuatan dan kebolehan pemimpin menjadi faktor utama kemajuan organisasinya.

Apa yang sering kita dengar jumlah pemimpin yang benar2 berkesan adalah terlalu sedikit. Ini terbukti sebagai contoh berapa buah sekolah yang kita dengar benar2 cemerlang dalam semua aspek pendidikan. Pemimpin sekolah silih berganti, tetapi sekolah tidak banyak berubah. Kepimpinan di sekolah dilihat sebagai lebih menjurus kepada keperibadian seseorang pemimpin, bukan menjiwai keperluan subordinat yang dipimpin serta output yang bakal dilahirkan. Hasilnya kita dapat lihat perkara-perkara yang wujud di sekolah menunjukkan ada pengaruh dari segi jantina, minat, cita rasa dan latar belakang pemimpin sekolah. Kadang-kadang apa yang dibuat dan diwujudkan di sekolah tidak banyak memberi manfaat kepada warganya walaupun menelan belanja yang banyak. Sebagai contoh menyediakan hiasan bunga2 tiruan di pejabat dan di bilik2 tertentu, sebenarnya tidak banyak memberi impak kepada keberkesanan sekolah seluruhnya. Saya sering membandingkan pejabat atau bilik GB di sekolah dengan ruang pejabat swasta atau di sebuah bank. Cuba bezakan keberkesanan fungsi dan matlamat yang dicapai antara keduanya. Inilah yang dikata kebijaksanaan mengurus dan memimpin. Saya percaya kita semua merasa sangat selesa ketika berurusan di bank walaupun mereka tidak menghiaskan bunga-bunga plastik di premisnya.

Pendekatan mengurus organisasi banyak bergantung kepada kreativiti dan sensitiviti yang mendalam seseorang pemimpin dengan persekitaran serta latar kehidupannya. Ini termasuklah nilai-nilai dan pengangan yang dibawa mereka sama ada lebih bercorak individu atau kesejagatan yang sesuai dengan keperluan organisasinya. Wpun pemimpin itu dilatih dan telah diiktiraf dengan anugerah sijil atau kelayakan akademik dalam bidang kepimpinan, ia masih belum cukup untuk meletakkan mereka pada satu garis pertemuan yang seimbang kepada keperluan sejagat. Lalu berlakulah yang dipanggil 'kecelakaan organisasi'.

Begitulah juga dengan apa yang berlaku di dalam kepimpinan negara. Wpun ianya dipilih ramai, tetapi ruang dan peluang untuk memilih dirasakan terlalu terhad dengan kongkongan dasar dan peraturan tertentu. Sehinggakan berlaku banyak krisis yang dilihat sebagai kecelaruan terhadap keupayaan pemimpin dengan cita rasa yang dipimpin.

Apa yang cuba saya kupaskan di sini, mungkin boleh kita diskusikan mengikut sudut pandang yang berbeza. Namun kita harus sedar keperluan persekitaran, kesejagatan dan hak semua dalam mendapatkan yang terbaik terutama pendidikan melalui institusi yang kita pimpin harus menjadi agenda utama bukannya lebih bersifat kepuasan peribadi.

Wednesday, April 1, 2009

Jadikan yang terbaik

Saya agak terkilan bila Usop berehat menulis di blog ini. Tapi saya yakin dia akan kembali. Berbloger pada saya merupakan satu seni menulis yang jarang disukai ramai. Ia memerlukan perhatian, sensitiviti dan kebolehan mengarang yang tinggi bukan saja untuk melahirkan idea tetapi juga menyusun bahasa agar pembeca memahami apa yang ditulis dan tidak menimbulkan polimik yang mengancam mana-mana pihak. Jujur saya katakan di sini, saya sangat menghormati Usop dengan kemahiran ICT dan seterusnya mewujudkan blog ini sejak kita masih lagi berkuliah di UPSI. Harapan beliau agar blog ini dimanfaatkan bersama sebagai insan pendidik dan pemimpin pendidikan seharusnya dipuji. Walaupun kadang-kadang tulisan usop merupakan monolog diri, tetapi ada yang boleh kita jadikan iktibar sebagai pendidik dan insan biasa di dunia yang fana ini.

Namun apa yang berlaku sehingga saat ini, blog ini masih jauh untuk mencapai matlamat yang mungkin itu dihasratkan usop. Wpun ada komen2 menarik dan kadang2 mengjengkelkan itu. tetapi itu masih lagi tidak menunjukkan adanya minat yang mendalam rakan2 ppgb untuk berkongsi pengalaman, kebolehan dan kepakaran terutama tentang bidang tugas yang sama kita tempuh di sekolah dan dunia pendidikan. Mungkin silapnya usop tidak membuka peluang rakan2 lain untuk menjadi constributor bagi merancakkan cerita dan entry pada paparan yang baik ini. Justeru harapan saya, rakan2 berminat bukan saja untuk memberi komen tetapi juga untuk menulis di sini.

Mohon usop memberi kesempatan kepada rakan2 yang lain sebagai rakan constributor. Harapan saya, jadikanlah blog ini, yang terbaik sebagai medan perkongsian rakan2 pemimpin pendidikan. Mungkin melaluinya jugalah kita sentiasa berhubung dan seterusnya sentiasa 'direunion' sebagai kolompok terbaik pemimpin pendidikan negara.

Friday, March 20, 2009

Semangat untuk terus belajar

Dalam hujan lebat lepas konvo 16 Mac yang lalu, ketika saya meredah hujan mencelah2 melalui perpustakaan UPSI untuk mendapatkan kereta di depan Auditorium, saya terserempak dengan beberapa orang pensyarah di ruang legar perpustakaan. Antaranya En. Omar Apai, Sukri Zain dan Dr. Kuan. Dek kerana hujan masih lebat, saya mengambil kesempatan berbual panjang dengan mereka ni. Dengan ucapan tahniah, macam biasa ketiga-tiga pensyarah ni begitu mesra sekali. Kebetulan ketiga-tiganya juga agak rapat dengan saya dan memberi A kepada saya dalam tugasan mereka.

Itu cerita lama, tapi apa yang nak saya kongsi di sini, mereka bertiga begitu bersungguh-sungguh mengajak saya untuk menyambung pengajian peringkat sarjana. Antara apa yang digambarkan oleh Dr. Kuan, sebenarnya untuk sampai ke tahap itu jauh lebih senang daripada peringkat sarjana muda. Cuma bezanya, perlu berulang alik setiap hujung minggu. Shukri juga turut memberi semangat. Tapi Omar Apai, macam biasa dengan gaya bersahaja asyik bergurau mengusik saya.

Jadi, saya tiba-tiba dihambat semangat untuk cuba meneruskan pengajian ke peringkat itu. InsyaAllah mungkin saya akan cuba.

Satu lagi yang ingin saya kongsikan dengan rakan-rakan, sejak saya grad, rasa hormat dan respect guru-guru kepada saya sebagai GB, semakin baik. Yang penting kita bukan menunjuk-nunjuk, tetapi sebagaimana yang kita belajar, keupayaan kepimpinan banyak bergantung kepada kebolehan dan kepakaran kita dalam menangani apa saja isu pendidikan di sekolah. Hari ini, kita sudah boleh bercakap berdasarkan fakta dan sumber ilmiah daripada apa yang kita belajar. Saya sangat merasa bangga, kita dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda ( Pengurusan Pendidikan ), bukan matematik, bukan sejarah atau lain-lain. Ini bermakna kitalah sepatutnya lebih arif drp pengawai2 ppd dan JPN dalam soal mengurus dan memimpin sekolah. Justeru, saya sangat berharap rakan2 dan semua lepasan UPSI (Ijazah Sarjana Muda - Pengurusan Pendidikan ) mewujudkan satu kesepakatan untuk kita saling berkongsi dan berpegang kepada prinsip pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik di negara ini. Kita bukan lagi GB pada era konvensional, tetapi kita adalah GB yang terlatih. Lebih menarik, kita juga mendapat pengiktirafan IAB melalui Sijil dan Diploma Kepengetuaan (NPQH) yang akan menjadi syarat utama suatu masa nanti untuk semua pemimpin sekolah.

Selamat Maju Jaya.

Wednesday, February 11, 2009

Pelik tetapi benar, IAB

Malam td saya semak permohonan kursus IAB online. Ada 4 kursus yang saya mohon. Masih tak puas berkursus dan ke IAB. Bukan begitu, sebab ada kursus yang rasanya perlu hadir. Seronoknya saya bila ada satu yang saya mohon ditulis BERJAYA. Saya klik untuk mencetak surat panggilan. Ternyata betul, surat itu untuk saya, tertulis nama saya. Saya cuba mencetak surat tu, tetapi malangnya printer di rumah saya seperti sudah kehabisan ink.

Pagi tadi, di sekolah, awal-awal lagi saya buka website IAB untuk printkan surat panggilan kursus itu. Alangkah terkejutnya saya apabila ruangan yang tertulis BERJAYA pada malam tadinya, sudah tertulis GAGAL. Tak sampai 24 jam keputusan itu berubah. Saya belum bertanyakan IAB berkaitan perkara itu. Mungkin ada yang tak kena, atau mungkin ada sebabnya.

Tuesday, February 10, 2009

Mengurus kewangan sekolah

Sesi 2009 dah hampir 2 bulan. Semua nampak ok. Mungkin tak ada isu pungutan yuran. Tapi di sekolah sebenarnya macam-macam isu apabila takda pungutan yuran. Ditambah dengan PCG yang lambat masuk, dan janji2 MSSM yang tinggal janji, kononnya nak dahulukan kos untuk acara sukan. Tapi siapalah GB untuk timbulkan isu. Nak dengar pandangan atau nak diajak berbincang pun, jauh panggang dari api. Maksudnya, sebagai GB, u buatlah apa yang patut. Silap, hangpa kena. Tu lah nasib GB.

La ni, bila tak kutip yuran, bayangkanlah apapun terbantut. Duit PCG, kalau masuk awalpun, itu untuk mata pelajaran, bukan boleh guna sebarangan. Contohnya, nak adakan kejohanan olahraga tahunan sekolah, mana nak cari duit untuk tampung kos semua tu. Tahun lepas sekolah kutip bayaran tambahan dan ada vot untuk sukan tahunan. Senang kerja dan banyak boleh dibuat ketika semangat dan momentum tengah memuncak pada awal tahun ini. Ikutkan bebal dan sakit hati, apapun saya tak mahu buat. Mai sekolah mengajar, habis, balik. Tapi dah dinamakan guru dan semangat guru, rasa tanggungjawab dan kasihan pada budak2. Mak bapak mereka, bukan tahu apapun, lagi seronok depa tahun ni tak payah bayar apapun.

Saya merasa sangat sedih dan kecewa. Bukan senang menguruskan kewangan sekolah. Yang kita belajar dengan Ibrahim Tamby Chik itu, hanyalah sebahagian. Banyak lagi perkara yang berkaitan dengan kewangan perlu diuruskan dengan baik di sekolah. Betullah, ada pendapat mengatakan jadi GB, sebelah kaki dalam penjara. Nauzubbilah.

Tuesday, February 3, 2009

Tahniah Tengku Adnan & Hassan Embong

Melalui blog Ayahku, khabar gembira, rakan kita Tengku & Hassan Embong akan melapor diri sebagai pelajar sarjana mulai 15 Februari ni di UMT ( Universiti Malaysia Terengganu). Hebat depa ni. Satu sikap proaktif yang sangat positif. Belumpun konvo sarjana muda, dah mula belajar peringkat sarjana dalam bidang kepimpinan pendidikan. Saya masih teringat cerita prof omar ketika kita mula fasa 1, dua tahun yang lalu. Bagaimana digambarkan apabila melepasi tembok antara siswazah dan bukan siswazah, ruang untuk maju seterusnya kembali terbuka luas. Jadi jangan terkejut, satu hari nanti ada di antara rakan-rakan kita yang akan tersohor namanya dalam bidang kepimpinan pendidikan. Apapun kita sangat berharap, networking yang kita telah bina sejak 3 tahun yang lalu, bukan saja akan terus utuh tetapi terus berkembang. Tahniah sekali lagi, Ku dan bang Hassan kita. Rakan2 yang lain mungkin, dalam diam-diam telah mendahului kita. Selamat maju jaya.

Saturday, January 31, 2009

Tahniah Usop

Wpun tak rasmi lagi, tapi saya tahu dan sangat yakin Usop akan jadi GB. Dari mula saya kenal kawan kita ni, dia antara pilihan tertinggi bagi saya mampu jagi GB yang hebat. 2 tawaran serentak, jarang berlaku kepada orang lain. Maknanya begitulah hebatnya usop rompin ni. Dari sembang-sembang dengan saya dia akan memilih jadi GB di SK Juara, pulau Tioman. Tergambar di minda saya bagaimana sek di Tioman ni kerana saya pernah sampai di SK Mukut. Dengan deruan ombak laut Cina Selatan dan pantai yang cantik, kita akan ada kawan yang boleh bawa kita berkunjung ke pulau Tioman nanti. Tahniah sekali lagi Sop, berkat usaha dan sentiasa di dalam persekitaran rakan-rakan (maksud saya network) peluang dan rezeki akhirnya tiba jua.

Usop yang saya kenal, anda adalah seorang yang sangat hebat dalam banyak perkara. Saya yakin rakan-rakan setuju dengan saya. Justeru, usop, jadilah GB yang baik dan hebat. Kita bersama-sama bangunkan pendidikan negara yang sedang dilanda banyak krisis ini. Harapan saya kumpulan kita dan kumpulan yang lain yang dilatih sebagai pemimpin pendidikan negara, antara orang-orang hebat yang menjadi wira pendidik. Selamat maju jaya.

Thursday, January 8, 2009

Minggu pertama yang memberangsangkan

Di Kedah, tamat minggu pertama sesi persekolahan 2009. Alhamdulilah, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Pada saya, semua minggu di sekolah merupakan minggu yang sibuk jika perancangan dan program sekolah disusun dengan teliti merangkumi semua aspek. Sebenarnya, setiap hari itu penting dan setiap aktiviti sekolah bermanfaat untuk semua murid. Justeru, tiada hari yang boleh dianggap hari bersantai. Begitulah besarnya tanggungjawab guru di sekolah. Hal ini harus dilihat sebagai satu amanah kepada para pemimpin di sekolah. Perancangan sekolah seharusnya dibuat sebaik mungkin sesuai dengan SWOT analisis sekolah. Dan perancangan ini boleh dianggap kayu ukur kepada kredibeliti seseorang pemimpin sekolah. Setiap tahun seharusnya menggambarkan perubahan pradigma sesuai dengan era teknologi dan keilmuan sejagat.

Saya merasa bangga dan berterima kasih kerana telah dilatih sebagai pemimpin sekolah hari ini yang sangat mencabar ini. Pada saya, pemimpin hari ini bukan lagi pengamal kepimpinan yang stereotype dan konvensional. Kita harus berubah dengan cara tersendiri dan berani berlandaskan ilmu dan amalan yang profesional. Budaya takut dan mengikut membuta tuli hanya merugikan ilmu yang dipelajari dan menjumukkan perkembangan yang sihat di kalangan guru yang semakin maju bersama arus teknologi ini. Peluang yang seluas-luasnya harus diberikan kepada sumber tenaga yang ada di sekolah untuk berkembang maju dalam pelbagai aspek pendidikan.

Saya merasa bersyukur minggu pertama ini berlalu dengan perkembangan yang sangat memberangsangkan. Evolusi ini sebenarnya dijana oleh persediaan yang rapi dan Pelan Tindakan Strategik Sekolah yang baik. Perkembangan yang baik ini memberi keyakinan yang tinggi kepada saya untuk terus berusaha ke arah mencapai visi dan misi sekolah, antara yang terbaik di Sungai Petani. Harapan saya juga, rakan2 ppgbupsi kohot5 sentiasa bersemangat memperjuangkan wadah pendidikan bangsa, agama dan negara yang kita cintai ini.

Tuesday, December 30, 2008

Azam, Matlamat dan Impian

Kedatangan tahun baru sinonim dengan azam. Di mana-mana kita dengar orang akan becakap tentang azam baru sempena tahun baru. Di radio, tv hatta di sekolah, kita juga selalu dengar guru-guru bercakap tentang azam baru. Tapi jarang kita dengar orang bercakap tentang matlamat dan impian. Apa lagi untuk memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan. Kebanyakan kita hanya melalui kehidupan seharian dengan rutin yang biasa. Kalaupun ada hanyalah angan-angan atau sedikit perancangan apa yang akan dibuat nanti. Tapi pastinya ada juga orang yang benar-benar serius membina impian, meletakkan matlamat dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Jika diteliti dan difahami dari segi maknanya, antara azam, matlamat dan impian ini pastinya ada perbezaan. Tapi jarang orang yang ambil peduli ini semua. Kata-kata berazam pada setiap tahun baru hanyalah sebagai penyedap hati atau boleh kita kata hanya angan-angan sahaja. Mengapa begitu? Kerana kebanyakan kita tidak faham makna-makna terminologi tadi dan jika faham pun kita tidak menulis atau menggambarkannya sebaik mungkin sebagai satu perancangan strategik diri.

Dalam usaha menentukan kejayaan, perkara paling utama ialah dream atau impian. Impian bermakna apa yang diinginkan oleh seseorang itu dalam hidupnya. Sebagai contoh, inginkan pekerjaan yang baik, kereta yang besar dan cantik, rumah yang besar dan sebagainya. Proses ini dipanggil 'membina impian'. Antara cara terbaik membina impian ialah dengan mendekati apa yang diinginkan tadi dengan cara menampal gambar2, melihat dengan lebih dekat seperti mengunjungi dan cuba duduk di dalam sebuah kereta mewah di bilik pameran jika seseorang itu berimpian memperolehinya. Secara psikologi, jika kita sentiasa melihat impian2 kita hampir setiap hari, ia akan mempengaruhi pemikiran bawah sedar kita untuk mendorong kita berusaha untuk mendapatkannya. Sebagai contoh, seseorang yang sering melihat dan memuja gambar kekasihnya, akan merasa dia akan mampu memilikinya walau apa juga cabaran yang akan ditempuh. Begitulah kuatnya pengaruh impian yang dibina berbanding kata-kata azam yang sering diucapkan menjelang tahun baru.

Impian yang tidak disertai dengan matlamat dan pelan tindakan serta usaha untuk mendapatkannya, akan hanya tinggal impian. Justeru, letakkanlah matlamat mengikut jangkaan kita sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Matlamat ialah tahap-tahap pencapaian kita ke arah kita mencapai impian.

Seterusnya, sudah semestinyalah usaha. Tanpa usaha pastinya akan gagal. Kadang-kadang kita kurang jelas maksud usaha wpun kita sentiasa berusaha untuk membuat sesuatu kerja. Usaha yang baik seharusnya didorong oleh matlamat dan impian yang jelas. Banyak antara kita, berusaha bersungguh-sungguh dalam kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Tetapi usaha itu tidak dibuat berasaskan impian yang sebenar. Jadi, apa yang kita buat hanyalah sebagai satu rutin biasa di dalam kehidupan.

Selamat tahun baru. Wahai anak-anakku, beranilah 'bermimpi'.

Wednesday, December 17, 2008

Cuba kita ubah, walaupun sedikit

Persiapan buka sekolah 2009 berjalan lancar. Berpandukan check list, semua persiapan dibuat sebaik mungkin, dengan harapan 2009 lebih baik daripada 2008. Sebagai pemimpin sekolah, GB dan PK2, seharusnya berganding bahu, berkongsi kebolehan, kepakaran dan pengalaman dengan niat yang satu, kecemerlangan pendidikan. Prasangka, salah faham, busuk hati, besar diri dan semua kelemahan ini seharusnya diketepikan demi tanggungjawab yang suci, mendidik. 2009 yang bakal mendatang semestinya menjanjikan dugaan dan cabaran yang lebih besar sebesar tanggungjawab yang kita pikul ini sebagai pemimpin pendidikan.


Hari ini, sekolah semakin dihambat pemodenan global yang sukar dibendung. Teknologi terkini berkembang sukar digambarkan dengan kata-kata. Namun, kebanyakan sekolah masih terkial-kial mencari indentiti dan harga diri. Pemimpin sekolah silih berganti dengan wawasan dan lenggok pimpinan yang tidak menentu, sehingga sekolah seperti yoyo, tanpa watak dan karisma, apa lagi harga diri yang diharapkan dalam visi dan misi. Kita tahu, bukan senang untuk membangunkan sekolah kerana di sekolah kita berhadapan dengan manusia yang pelbagai dari umur awal kanak-kanak sehinggalah rakan-rakan guru dan staf yang sudah hampir ke penghujung.


Bukan senang untuk membuat perubahan, tetapi kita masih berkesempatan dan kita berkemampuan. Untuk mengubah sesuatu, kita akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Tetapi untuk maju ke hadapan, kita mesti berubah.


Saya mengajak rakan-rakan untuk sama-sama membuat perubahan, walaupun sedikit. Kita sering melihat, banyak pemimpin sekolah yang stereotype dan tidak berani membuat perubahan. Hatta Perancangan Strategik Tahunan Sekolah, kebanyakan disalin bulat-bulat daripada tahun2 sebelumnya. Setengahnya pula, masih ada sekolah yang tidak bersedia dengan perancangan tahunan semasa, sebaliknya mengguna pakai apa yang digunakan pada tahun sebelumnya tanpa mengkaji, menyelidik dan membuat post mortem akan kesesuaiannya. Inilah contoh daifnya kepimpinan sekolah. Walhal hari ini, dengan teknologi IT yang canggih, kita boleh mempelbagaikan perancangan sekolah dan perubahan2 serta penambahbaikan yang boleh membawa guru-guru dan murid-murid teruja menghadapi sesi persekolahan baru. Inilah yang dikatakan perubahan. Apa maknanya seorang pemimpin, jika dilihat dan dinilai anak buah, kosong. Mesyuarat guru pertama, hanya cakap2 pemimpin yang berupa housekeeping, bukan mesyuarat yang berbentuk developmental. Sebagai pemimpin, kita sering dilihat dan dinilai perubahan yang akan kita lakukan. Jadi, kepada rakan-rakan GB, beranikan diri, buatlah perubahan. Duduk, berfikir, merancang dan bertindak. Gunakanlah ilmu yang telah dipelajari sebaik mungkin. Buktikan PPGB adalah berjaya dan terbaik. Kepada rakan-rakan PK yang belum jadi GB, jangan terlalu mengharap, berikan sepenuh komitmen dan tunjukkan kebolehan anda sebagai pemegang Ijazah Sarjanamuda Pengurusan Pendidikan. Bukan menunjuk-nunjuk. Aku sangat yakin, anda semua hebat dan berani membuat perubahan.


Bagi aku, banyak perubahan yang akan aku lakukan untuk tahun 2009. Antara lain, ialah e-pentadbiran, pengurusan prestasi, pengurusan pembangunan kualiti staf, dan Projek Gemilang 2012. Semua urusan pentadbiran sekolah akan diuruskan melalui eletronik seiring dengan dasar e-pentadbiran peringkat PPD dan JPN Kedah. Pengurusan prestasi akan diuruskan seawal Januari menggunakan makenisma dan instrumen penilaian semasa secara kendiri oleh guru dan staf. Pengurusan pembangunan kualiti staf akan dipertingkatkan melalui dasar LDP dan kelebihan yang ada sebagai sekolah PTJ. Projek Gemilang 2012 bagi kurikulum dan kokurikulum menggunakan modul-modul khas. Sehingga kini hampir semua persiapan telah dibuat. Walaupun jangkaan awal akan ada perubahan2 secara try & error, tetapi yang pentingnya adalah MEMULAKAN PERUBAHAN. Cubalah kita ubah, walaupun sedikit.


Aku sangat berharap kita semua boleh berkongsi idea yang baik dan berani menjelang sesi persekolahan baru yang bakal tiba.

Monday, December 15, 2008

TAHNIAH Yati Rasul

"Kalau tidak ah... ada yang punya,
Mari kita ah... jalan bersama...."

Begitulah dendangan Yati Rasul dalam pertandingan Nyanyian lagu P.Ramlee & Saloma, MSKPPK Peringkat Kebangsaan di Auditorium P. Ramlee, Penang. Aku, isteri dan 2 orang anakku antara penonton yang memberi sokongan kepada kawan kita ni.

Daripada 30 peserta seluruh negara, Yati berjaya meloloskan diri ke peringkat final. Dan malam tadi ketika final, aku bukan saja terpesona dengan suara lunak Yati dan lenggang lenggoknya, tetapi juga kehebatan semua 8 peserta akhir. Yang hebatnya Yati ni, wpun hanya kostum yang bersahaja jer, tapi dapat memikat hati para hakim sehingga memilih beliau untuk Naib Johan. Hebat tu, peringkat kebangsaan. Aku turut merasa bangga.

Nak jadikan cerita, salah seorang peserta saringan pada sebelah paginya itu adalah guru sekolah aku. Tapi di gagal ke peringkat akhir. Tapi aku bangga jugalah dalam bahagian wanita, wakil kedah Johan dan Yati naib Johan.

Lepas tamat acara tu aku ambil kesempatan melayan kawan kita ni dengan bawan makan ayam tandori special. Nak rasa, mailah penang. Habis makan, aku terus hantar Yati ke perkampungan di USM. Aku ni wpun tau jalan2 di penang, bila masuk USM sesat terpusing-pusing mencari kolej yang dijadikan perkampungan semua kontinjen. Dek kelewatan itu, hampir 1 pagi aku dan keluarga sampai di rumah Sungai Petani. Dari riak air muka Yati, aku tahu dia merasa puas dan seronok kerana ada kawan yang melayan dia. Tapi yang hebatnya, bini aku yang beria-ia benar nak tengok si yati ni menyanyi, bila aku khabarkan Yati ni hebat. Jadi, malam tadi dia enjoylah dapat jumpa dan kenal dekat dengan Yati. Jangan salah anggap, bini aku ni bila aku cerita pasal kawan2 semuanya dia respet. Jadi aku tak kekok bila bercerita. Aku harap yati merasa ok dengan layanan aku dan keluarga.

Friday, December 12, 2008

Kesihatan Eksekutif

Antara salah satu tajuk yang aku suka ketika NPQH di IAB. Aku percaya rakan2 masih ingat dengan Dr....Singh ( Aku tak ingat nama dia, nak kena check di IAB). Satu slide yang menunjukkan perut yang buncit, dengan telatah pensyarah ni yang mencuit hati, kelas jadi gamat dalam sinis yang jelas. Maksud aku, kita ketawa dalam diri yang tidak insaf.
Jarang antara kita yang benar-benar mengambil peduli akan kesihatannya. Pada dia, selagi dia boleh bernafas, bergerak dan bekerja, dia merasakan dia sihat. Gah dan bangga. Yang jadi pelik dan anehnya hari ini, dah ada penyakit (3 serangkai) tu pun diri masih merasa bangga. Dijajanya cerita dia sakit, makan ubat macam2, mahal-mahal, masuk hospital swasta dan bayar mahal2 dengan rasa gah dan hebat. Heran aku. Kadang-kadang, macam ada kelab, berkumpullah beberapa 'ahli' menceritakan pengalaman masing-masing dan berkongsi bagaimana treatment diambil, doktor mana, farmasi mana, hospital mana, lebih hebat daripada agenda yang dibincangkan di dalam meeting tadinya. Inilah gaya hidup hari ini. Jika kita tak dapat cerita kita masuk hospital swasta dengan bayaran mahal atau tunjuk kad medical yang mahal-mahal, macamlah kita ni hidup takda gaya.
Aku pernah membaca satu buku tentang gaya hidup sihat. Antara inti pati yang dapat aku kongsikan di sini ialah, 4 faktor kesihatan optimum ialah: Pemakanan yang seimbang, Senaman yang cukup, Rehat yang cukup dan sentiasa berfikiran positif.
Cuba kita renungkan, adakah kita amalkan dengan keempat-empat ini? Aku ingin mengajak rakan-rakan bukan sahaja berfikir, tetapi terus bertindak. Mengapa aku katakan begini, sepanjang 3 tahun bersama-sama kalian, berapa orangkah yang sanggup meluangkan masa berjogging atau bersenam dengan apa2 cara, baik di iab atau di upsi. Pengalaman aku, ketika sering berjoging seorang diri di upsi dan iab, kadang-kadang aku menjadi bahan sindiran rakan2. Tapi aku tidak kisah itu, kerana aku sudah biasa berjogging seorang diri. Pengalaman menarik aku juga ketika di iab, aku join gang iab bermain badminton bersama-sama dengan pensyarah dan staf iab termasuk dr. rafi dll, sehinggakan ketika aku menghadiri kursus seminggu di sanapun, aku sudah seperti sebahagian ahli kelab sukan iab dan boleh bermain bersama-sama mereka pada bila2 masa.
Apa yang nak aku kongsikan di sini, memang betullah dan sangat sesuai tajuk ini untuk kita pelajari dan menjadi sebahagian daripada amalan kita sebagai pemimpin eksekutif di sekolah. Sekolahlah sepatutnya melahirkan ahli sukan dan rakyat yang sihat. Jadi jika kita tidak sihat, aku percaya sekolah juga seperti tidak sihat. Pengalaman aku sebagai GB ketika bersama-sama guru menjalankan kokurikulum di sekolah, banyak guru terkejut bila melihat aku lengkap berpakaian sukan dan bersama-sama mereka serta murid-murid turut serta bersukan. Mungkin GB sebelum ni, mereka tak lihat macam aku. Kesannya, guru2 dan murid-murid menjadi sangat teruja dan bersemangat melakukan aktiviti sukan dan kokurikulum. Satu perkara lagi, di daerah aku sepanjang aku bersukan dan bermain badminton, hanya aku dan 2 orang rakan GB yang bermain badminton secara aktif. Yang lain, kata mereka, kami dah masuk kelab penyakit 3 serangkai. Jadi fikir2kanlah.

Sunday, December 7, 2008

Penilaian Prestasi 2008

Pagi ni, aku ke PPD hantar borang prestasi 3 orang PK aku, selepas aku buat penilaian dan bagi markah sebagai PPP. Sedang aku mengira-ngira markah depa ni, aku teringatlah kepada diri sendiri. Sejak tahun 1992 (tahun mula2 ssb), dan sejak aku terjerumus ke bidang kepimpinan ni, aku tak pernah walau sekalipun diberi APC. Seingat aku, kerja aku 'push' anak2 buah supaya dapat. Pada awalnya, aku ingat oklah, kerana selepas dapat melintang tahun 1992 tu, aku terus jadi Penyelia Petang wpun aku baru 8 tahun mengajar. Tapi, kira punya kira sehingga 2008 ni rupa-rupanya dah 16 tahun. Dan aku tak pernahpun dapat APC. Tak kisahlah, takda rezeki. Mungkin rezeki aku, cepat naik pangkat, dan cepat merasa dan dah lama merasa gaji yang lebih sikit banding dengan kwn2 yang sama mengajar dgn aku (1986).

Sembang pasal penilaian prestasi dan APC ni, aku teringat kepada En... apa dah nama dia, orang pahang tu, yang mengajar prestasi ketika kita di IAB. Kata dia, kalau cikgu tak perbetul kesilapan yang ada pada hari ini (cara pengurusan prestasi), maknanya sia-sialah cikgu datang belajar dengan saya di IAB dan lepas ni nak buat ijazah di UPSI.

Jadi, aku nak ajak kawan2 cuba renung balik dan beri komen pasal penilaian prestasi yang kita sedang buat hari ini. Pada aku memang banyak tak betul dan tak kenanya. Tapi malangnya kita mengiiiiikut juga. Pasal apa? Aku dah mula cuba2 buat penambahbaikan. Pertama, cikgu memang kena buat SKT berdasarkan senarai tugas, manual prosedur kerja dan fail meja. Kerana kalau tak buat SKT, mana hala tuju dan pelan (atau perancangan strategik) kerja tahunannya. Bukan saja cikgu tak tahu hala tuju dan pelan kerja tahunannya, kita sebagai pemimpin sekolah juga tidak tahu. Bila tidak ada dan tidak tahu, bagaimana nak menilai? Tidak ada perancangan, KPI dan matlamat kerja yang jelas.

Satu lagi, aku sedang merancang untuk menyediakan satu makenisme penilaian yang menggunakan instrumen khas merangkumi kerja dan tugas guru di sekolah yang sangat rencam itu dibandingkan dengan kaki tangan awam yang lain. Melalui instrumen ini, guru juga mudah membuat SKT dan perancangan kerja mereka. Sebagai pemimpin, kita dengan mudah melihat dan menilai perkembangan semasa setiap guru jika menggunakan instrumen ini. Dan rasanya adil, serta kita sentiasa boleh berbincang dengan guru tentang prestasi mereka dari masa ke semasa. Jika ada kawan2 yang dah buat apa yang aku tulis ni, bolehlah dikongsikan. Aku sudah merancang, hari kedua selepas mesyuarat pertama persediaan buka sekolah 2009 ni, aku akan bengkelkan dengan guru-guru untuk menyediakan SKT dan Fail Meja masing-masing.

Sebenarnya aku tak setuju dengan KPPK yang mengatakan cikgu tak payah buat SKT, cukup dengan buku rekod mengajar. Apa komen kawan2?. Pada aku, tak cukup, sebab orang boleh tulis BRM sebaik mungkin, tapi lain-lainnya tak seberapa. Sedangkan di sekolah, ada macam2 tanggungjawab yang memerlukan kebolehan, kepakaran dan komitmen guru. Inilah ruang dan peluang cikgu nak tonjolkan kecemerlangan.

Pasal penilaian prestasi GB, aku sangat kecewa. Sebab aku rasa banyak yang tak kenanya. Orang yang jadi penilai kita tu, sama ada PPD atau Pengarah, sekali setahun pun dia tak mai sekolah kita, tengok apa yang kita buat, tanya guru dan staf kita bagaimana kita bekerja dan tanya ibu bapa sekolah kita bagaimana hubungan kita dengan depa. Jadi bagaimana depa menilai? Adilkah? Tambah pula aku ni jenis suka bercakap bila meeting, dan bukan kroni MGB, jadi, jauh panggang dari api. Apapun aku tidak berdaya mengubah kuasa di atas, tapi alangkah baiknya, jika aku dapat membuat perubahan dan menilai bukan saja adil dan saksama, tetapi juga memberi kesan yang sangat baik kepada perkembangan staf dan sekolah seluruhnya. Renung2kanlah..

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY