Malam td saya semak permohonan kursus IAB online. Ada 4 kursus yang saya mohon. Masih tak puas berkursus dan ke IAB. Bukan begitu, sebab ada kursus yang rasanya perlu hadir. Seronoknya saya bila ada satu yang saya mohon ditulis BERJAYA. Saya klik untuk mencetak surat panggilan. Ternyata betul, surat itu untuk saya, tertulis nama saya. Saya cuba mencetak surat tu, tetapi malangnya printer di rumah saya seperti sudah kehabisan ink.
Pagi tadi, di sekolah, awal-awal lagi saya buka website IAB untuk printkan surat panggilan kursus itu. Alangkah terkejutnya saya apabila ruangan yang tertulis BERJAYA pada malam tadinya, sudah tertulis GAGAL. Tak sampai 24 jam keputusan itu berubah. Saya belum bertanyakan IAB berkaitan perkara itu. Mungkin ada yang tak kena, atau mungkin ada sebabnya.

2 comments:
che hassan
perkara itu terjadi juga kepada saya.
cheHassan, saya pun dapat satu kursus yg berjaya di IAB Utara dan setakat ini masih kekal status berjaya tu, surat tu pun dah print cuma lom maklumkan ke ppd lagi.
Post a Comment