Sesi 2009 dah hampir 2 bulan. Semua nampak ok. Mungkin tak ada isu pungutan yuran. Tapi di sekolah sebenarnya macam-macam isu apabila takda pungutan yuran. Ditambah dengan PCG yang lambat masuk, dan janji2 MSSM yang tinggal janji, kononnya nak dahulukan kos untuk acara sukan. Tapi siapalah GB untuk timbulkan isu. Nak dengar pandangan atau nak diajak berbincang pun, jauh panggang dari api. Maksudnya, sebagai GB, u buatlah apa yang patut. Silap, hangpa kena. Tu lah nasib GB.
La ni, bila tak kutip yuran, bayangkanlah apapun terbantut. Duit PCG, kalau masuk awalpun, itu untuk mata pelajaran, bukan boleh guna sebarangan. Contohnya, nak adakan kejohanan olahraga tahunan sekolah, mana nak cari duit untuk tampung kos semua tu. Tahun lepas sekolah kutip bayaran tambahan dan ada vot untuk sukan tahunan. Senang kerja dan banyak boleh dibuat ketika semangat dan momentum tengah memuncak pada awal tahun ini. Ikutkan bebal dan sakit hati, apapun saya tak mahu buat. Mai sekolah mengajar, habis, balik. Tapi dah dinamakan guru dan semangat guru, rasa tanggungjawab dan kasihan pada budak2. Mak bapak mereka, bukan tahu apapun, lagi seronok depa tahun ni tak payah bayar apapun.
Saya merasa sangat sedih dan kecewa. Bukan senang menguruskan kewangan sekolah. Yang kita belajar dengan Ibrahim Tamby Chik itu, hanyalah sebahagian. Banyak lagi perkara yang berkaitan dengan kewangan perlu diuruskan dengan baik di sekolah. Betullah, ada pendapat mengatakan jadi GB, sebelah kaki dalam penjara. Nauzubbilah.

3 comments:
Ayahku sangat setuju dengan Open School tentang masalah kewangan sekolah, bukan tentang pengurusan kewangan, kerana kewangan boleh diurus jika duitnya ada. Masalahnya tidak ada apa yang hendak diurus. Saya percaya Open School sangat mampu menguruskan kewangan sekolah, kerana OS dah banyak pengalaman dan ilmu tentang perkara itu. Tapi nak camno. Tak dapet den nak tolong eh! Sekadar tolong bagi semangat je le...
Terima kasih KU.
Post a Comment