Persiapan buka sekolah 2009 berjalan lancar. Berpandukan check list, semua persiapan dibuat sebaik mungkin, dengan harapan 2009 lebih baik daripada 2008. Sebagai pemimpin sekolah, GB dan PK2, seharusnya berganding bahu, berkongsi kebolehan, kepakaran dan pengalaman dengan niat yang satu, kecemerlangan pendidikan. Prasangka, salah faham, busuk hati, besar diri dan semua kelemahan ini seharusnya diketepikan demi tanggungjawab yang suci, mendidik. 2009 yang bakal mendatang semestinya menjanjikan dugaan dan cabaran yang lebih besar sebesar tanggungjawab yang kita pikul ini sebagai pemimpin pendidikan.
Hari ini, sekolah semakin dihambat pemodenan global yang sukar dibendung. Teknologi terkini berkembang sukar digambarkan dengan kata-kata. Namun, kebanyakan sekolah masih terkial-kial mencari indentiti dan harga diri. Pemimpin sekolah silih berganti dengan wawasan dan lenggok pimpinan yang tidak menentu, sehingga sekolah seperti yoyo, tanpa watak dan karisma, apa lagi harga diri yang diharapkan dalam visi dan misi. Kita tahu, bukan senang untuk membangunkan sekolah kerana di sekolah kita berhadapan dengan manusia yang pelbagai dari umur awal kanak-kanak sehinggalah rakan-rakan guru dan staf yang sudah hampir ke penghujung.
Bukan senang untuk membuat perubahan, tetapi kita masih berkesempatan dan kita berkemampuan. Untuk mengubah sesuatu, kita akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Tetapi untuk maju ke hadapan, kita mesti berubah.
Saya mengajak rakan-rakan untuk sama-sama membuat perubahan, walaupun sedikit. Kita sering melihat, banyak pemimpin sekolah yang stereotype dan tidak berani membuat perubahan. Hatta Perancangan Strategik Tahunan Sekolah, kebanyakan disalin bulat-bulat daripada tahun2 sebelumnya. Setengahnya pula, masih ada sekolah yang tidak bersedia dengan perancangan tahunan semasa, sebaliknya mengguna pakai apa yang digunakan pada tahun sebelumnya tanpa mengkaji, menyelidik dan membuat post mortem akan kesesuaiannya. Inilah contoh daifnya kepimpinan sekolah. Walhal hari ini, dengan teknologi IT yang canggih, kita boleh mempelbagaikan perancangan sekolah dan perubahan2 serta penambahbaikan yang boleh membawa guru-guru dan murid-murid teruja menghadapi sesi persekolahan baru. Inilah yang dikatakan perubahan. Apa maknanya seorang pemimpin, jika dilihat dan dinilai anak buah, kosong. Mesyuarat guru pertama, hanya cakap2 pemimpin yang berupa housekeeping, bukan mesyuarat yang berbentuk developmental. Sebagai pemimpin, kita sering dilihat dan dinilai perubahan yang akan kita lakukan. Jadi, kepada rakan-rakan GB, beranikan diri, buatlah perubahan. Duduk, berfikir, merancang dan bertindak. Gunakanlah ilmu yang telah dipelajari sebaik mungkin. Buktikan PPGB adalah berjaya dan terbaik. Kepada rakan-rakan PK yang belum jadi GB, jangan terlalu mengharap, berikan sepenuh komitmen dan tunjukkan kebolehan anda sebagai pemegang Ijazah Sarjanamuda Pengurusan Pendidikan. Bukan menunjuk-nunjuk. Aku sangat yakin, anda semua hebat dan berani membuat perubahan.
Bagi aku, banyak perubahan yang akan aku lakukan untuk tahun 2009. Antara lain, ialah e-pentadbiran, pengurusan prestasi, pengurusan pembangunan kualiti staf, dan Projek Gemilang 2012. Semua urusan pentadbiran sekolah akan diuruskan melalui eletronik seiring dengan dasar e-pentadbiran peringkat PPD dan JPN Kedah. Pengurusan prestasi akan diuruskan seawal Januari menggunakan makenisma dan instrumen penilaian semasa secara kendiri oleh guru dan staf. Pengurusan pembangunan kualiti staf akan dipertingkatkan melalui dasar LDP dan kelebihan yang ada sebagai sekolah PTJ. Projek Gemilang 2012 bagi kurikulum dan kokurikulum menggunakan modul-modul khas. Sehingga kini hampir semua persiapan telah dibuat. Walaupun jangkaan awal akan ada perubahan2 secara try & error, tetapi yang pentingnya adalah MEMULAKAN PERUBAHAN. Cubalah kita ubah, walaupun sedikit.
Aku sangat berharap kita semua boleh berkongsi idea yang baik dan berani menjelang sesi persekolahan baru yang bakal tiba.

No comments:
Post a Comment