Alhamdulillah. Tahniah kepada rakan2 yang telah menerima keputusan akhir UPSI. Apapun, aku sgt yakin dan percaya, semuanya sepadan dengan usaha yang diletakkan. Terima kasih kepada Ani, Nafa (yang baru menjenguk) blog ni dan menceritakan keputusan anda di sini. Tahniah sekali lagi.
Aku, tak macam korang. Lebih rendah, 3.46. Tapi aku sangat bersyukur, kerana usop kata dia malas, rasanya aku lagi malas. Sejarah 1 tahun iab, dan 2 tahun di upsi, aku tak pernah baca buku dan nota untuk persediaan exam. (Kecuali buat asgnment) Tak percaya tanya, Haji Lias, Lias Mantan, Raseli, Tengku dan Hassan Embong. Bahkan, sesekali aku 'mengganggu' gang serumah ni nak stady, dengan mengajak depa ni keluar ke KL hanya nak bersantai sambil makan2 pengat pisang dan bihun sup di Chow Kit. Bukan nak menunjuk2, dari masa aku sekolah, aku jadi rimas dan hilang tumpuan jika aku baca buku nak exam. Aku lebih suka bersantai. Aku masih ingat ketika suatu hari minggu, (kebetulan aku tak balik kedah) depa serumah ni sibuk baca buku dan discus, aku sengaja 'mengganggu' dengan berkemas rumah, mop lantai dan cuci bilik air. Aku cakap pada mereka, hari minggu, orang kemas rumah bukan baca buku. Lepas tu, sempat lagi aku 'menggoda' Hj Lias dan Lias mantan untuk ikut aku ke KL semata-mata aku rimas tengok kawan2 study. Tapi alhamdulillah, aku dipermudahkan Allah ketika exam. Aku masih ingat, ketika paper Sains, secara tak sengaja sebelum masuk tandas, aku 'tertengok' (tak bacapun) nota Chan (tauke balak), bila masuk exam, aku terkejut apa yang aku tengok nota Chan tu semuanya keluar, alhamdulillah. Aku juga terkejut satu hari, Hj. Lias, cakap pada aku, aku dapat keputusan yang lebih baik drp gang serumah kerana berkat aku selalu memberikan keselesaan kepada orang lain dengan setiap hari berkemas, bersih rumah dan cuci jamban yang tempat melepas tu. Terdetik dalam hatiku, mungkin benar juga kata Hj. Lias. Dan aku jadikan ikhtibar, kerana untuk menyumbang wang ringgit aku mungkin tidak ada. Begitu juga ketika jwb paper kewangan, aku tak pernah tele buat penyesuaian bank, tapi entah macam mana hari exam tu, sekali buat je, tele. Alhamdulilah, Paper Thamby Chik ni aku dpt A.
Keputusan akhir aku ni antara yang terbaik di upsi. (Aku la, bukan banding dengan korang, jangan salah baca) Pada aku di luar jangkaan, kerana aku memang tak study. Kewangan A, Perundangan A, Penyeliaan A, Projek 3 A, IT dan Kaunseling B+. Alhamdulillah.
Berkongsi kesukaran ketika menghabiskan study di upsi, aku rasa aku menghadapi pelbagai dugaan yang lebih teruk drp korang semua. Tapi, kerana pesen aku yang sentiasa kemas dan stedy, ramai yang tidak tahu apa yang sedang aku pikul, kecuali Hj. Lias dan Mantan Lias, yang aku anggap macam abang2 aku. Pernah aku memecut dari Sg. Petani ke UPSI sejauh 300km+ tu hanya 2jam sahaja kerana dikejar masa dan dugaan yang menimpa. Aku rasa tak payah cerita banyak pasal ni, kerana korangpun akan kata korang pun ada dugaan& cabaran juga.
Cerita pasal kemut keputusan ni, aku teringat kepada kawan kita, Hassan Embong. Bukan nak memburukkan dia, kalau dia baca blog ni pun, pasti dia senyum kambing. Si Hassan Embong ni, punyalah kemut keputusan dia sehinggakan dia sendiripun tak tahu, sebab kertas keputusan tu tak dibukanya. Kononnya nak buka ketika sampai keputusan akhir. Pada aku, biaq pi lah itu hak dia. Tapi aku jangkakan dia ni mesti lebih tinggi drp kami serumah ni. Satu hari, tuhan punya kuasa, ketika bersama Dr Zul (pemasaran), Dr Zul ni mintak keputusan semua orang melalui penghulu, ketika tu, Wazir. Jadi dia kelam kabut sebab, dia sendiri tak pernah tengok keputusan dia. Apa lagi, macam kucing hilang anak kawan aku ni, terpaksa menjenguk website upsi untuk tengok, result dia. Kebetulan, ketika Tengku membantunya aku sempat 'tertengok' dan dia nampak kecewa sekali, kerana resultnya tidak seperti yang dijangka, memandangkan dia punya asgnmnt sentiasa siap awal, dan nilainya, timbang kilo. Akupun terkejut sama, bila aku bandingkan dengan aku sendiri. Jadi, ini satu lagi ikhtibar yang aku belajar ketika di upsi. Hassan Embong, jangan marah, aku sekadar berkongsi suka duka ketika kita bersama di upsi. Dan jangan malulah, kerana bukan hang sorang yang kemut keputusan tak bagi kawan2 tengok, si Usop ni pun dia mengaku dia tak bagi kawan2 tengok keputusan dia, sehinggalah hari ni, dia diklere satu Malaysia melalui blog ni. Dan aku percaya ramai lagi kawan2 kita yang 'semacam' je bila time nak preksa dan dapat result. Dan aku yakin, kita dah tamat ni pun, akan ada rakan2 yang akan berahsia sampai mati. Aku pun tak tahu kenapa, korang fikirlah sendiri.
Sedang, aku turut gembira macam korang juga menerima result ni, aku sebenarnya terlalu sibuk menyiapkan perancangan sekolah untuk Tahun 2009. Aku tahu korang pun sibuk juga. Tapi aku punya alasan tersendiri, untuk buat yang terbaik kerana banyak sebab, antaranya sekolah yang aku jaga sekarang ni, satu masa dulu antara sekolah terbaik di Sungai Petani, tapi now agak ketinggalan. Jadi aku bertekad untuk 'menghidupkan' kembali sekolah ini. Satu lagi perkara, kerana aku rasa, aku tidak perlu lagi meninggalkan sekolah, setelah tamatnya upsi. Niat untuk buat master, aku rasa aku nak simpan dulu, memandangkan, 3 tahun lagi, insyAllah, bergerak ke DG44 bersama rakan2 yang lain. Wawasan aku adalah jadi GB terbaik berbekalkan ilmu yang aku warisi daripada pensyarah2 yang hebat di upsi dan iab. Terima kasih semua. Anda semua yang terbaik dan didoakan semoga diberkati Ilahi.
3 comments:
hasan
kau baca masa orang tido, kau keluar dna baca nyorok nyorok, macm kata abg haji, ada orang baca masa masuk jamban. [ gurau jer...]
any way entry keputusan aku, projek terganas akan hanya disiar 3 hari saja..esok aku akan delete, sebab dianya tidak bersifat umum. ianya agak spesifik, nanti tak syok pulak. sapa baca untung lah sapa tak baca nasiblah kan
Tahniah kepada semua!!! Aku masih lom dpt result laa....
ASLMKUM & slmt pagi,ptng atau Mlm buat rakan yg bkn beragama islam. Kini saya buat kali pertama membuka blog yg diusahakan oleh Adinda Usop.TAHNIAH atas keputusan yang dicapai usopyang sentiasa sibuk dpt ok juga dan buat semua rakkan seperjuangan yang telah menerima keputusan msg2. Buat Usop tak apelah tak kuasa nak layan utk memberikan alamat blog krna tak patut akak tak simpan alamat itu klu nak seribu daya ,melalui Ani Rompin maka berjayalah ,Dengan kemampuan spt kura-kura maka akak dptlah 3.32 itulah kemampuan yang dicapai bagi orang biasa-biasa spt saya.Yang pasti jasa semua pensayarah dari IAB hingga ke UPSI amat dihargai.Di samping itu rakan seisi rumah amat mmembantu saya yang seperti kura-kura merangkat tidak berjalan atau berlari seperti anda semua.Kepada guru awal ICT USOP, Wazir, Mala ,Tengku dan ramai lagi tidak dilupakan. Kerana anda semua kini kita sama-sama mengecapi Kejayaan. Alhamdulillah.(Hjh Halipah A.AZIZ)
Post a Comment