Wednesday, November 5, 2008

flash back

masihkah kita semua ingat, sahabat kita tiba tiba sakit dan dihantar kehospital, maarof dengan jantungnya, sahar pun begitu, wazir dengan gautnya, darah tinggi dengan kencing manis ni tak usah nak kiralah...yang tak pernah migrin mula migrin bila kita mula mula masuk upsi..

masihkah kita ingat...ada yang kehilangan keluarga tersayang, betapa sayunya hati mawi, ani, chim, aku sendiri dan beberapa kawan kita yang lain semasa kita sedang mengikuti kuliah..dan mendapat berita sedih itu?

masihkah kita ingat beberapa pensyarah kita juga menghadapi pelbagai masalah yan kita terpaksa kongsi bersama kesukaran mereka semasa kita sedang belajar dahulu?

adakah kita lupa, ada kawan kita jadi panic, sakit dan demam masa exam dan tidak bermaya semasa kuliah dan semasa membuat asinggmet?

adakah kita sudah lupa, betapa kita berbincang panjang, mencari kesepakatan dalam menyelesaikan masalah kita bersama...saling memberikan pendapat, saling mengumpul wang menguruskan sesuatu perkara...kita selalu tidak bersetuju tetapi akhirnya kita bersatu..

sesungguhnya perkenalan kita selama 4 tahun 2005-2008...walaupun terputus putus oleh masa namun cukup untuk kita jadikan minggu orientasi kita dan memulakan satu persahabatan yang kekal dan abadi...lebih tegar dan lebih mengenal hati dan budi

lantas, bagaimana kita hendak membuktikannya, adakah cukup disimpan didalam hati? atau apabila kita ada masalah...? salahkah kita saling hello antara satu sama lain atau dengan satu kiriman sms, tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan? sukar benarkan membaca blog dna menulis komen menceritakan kisah kita disana?

hai....entahlah

Tuesday, November 4, 2008

selembut sutera

dalam mengharungi denai hari hari, aku terasa amat sunyi dan gelisah..keluar dari zon belajar rupanya amat merisaukan hati yang sentiasa dahagakan ilmu dan sentuhan guru. belaian kawan kawan dalam masa menempuh gelombang bersama, amat mengesan jiwaku. bila aku tak balik dihujung minggu, ramai yang prihatin dan bertanya khabar..kenapa tak balik? u ada masalah ke? u tak sihat ke? tak rindu anak anak ke? semua ini masih terngiang ngiang di jendela telingaku..terima kasih ..getus hatiku, ramai yang simpati..aku pernah membawa rosli, dollah, dayang, martivi dan vinie datang ke rompin..barulah dia orang tau betapa jauhnya perjalananku ke tanjung malim...dan kenapa aku tak balik.

pada ketika laptop aku telah selamat aku semadikan dan kesukaran meng akses internet dari rumah..aku menjadi sedikit give up untuk meneruskan menjadian blog ini..namun belaian dan motivasi kawan kawan selembut sutera..menjadikan aku kembali bersemangat..

kemudian aku mengambil pendekatan yang agak kasar...ada abang dan kakak menegur aku selembut sutera...aku menjadi kembali kepada asal...terima kasih cikgu usop muo, cikgu wahab dan julia

hari hari mendatang aku akan cuba masukkan entri yang bermakna kepada semua, berita dan risalah baru untuk renungan kita dan jadikan blog kita lebih terbuka kepada semua pengguna..bukan untuk ahli sahaja..

kisah diri ku aku akan ketepikan dalam blog yang lain...

aku masih menanti kedatangan contributor untuk sama sama menulis dan memasukkan entri dalam blog ini..nanti masa bulan mac, datang bawa laptop biar aku ajarkan kaedah menjadi penulis blog ini secara kolektif

salam

Sunday, November 2, 2008

P.O

P.O adalah singkatan dari satu kaedah...operasi provokasi...ini adalah satu kaedah yang paling pantas mendapatkan maklumat dan respon, kerana dalam p.o kita akan mengada-ngadakan cerita, menyakiti hati dan perasaan orang dan membesarkan perkara kecil dan tidak perlu.

entri sebelum ini adalah satu P.O

terus sahaja mendapat 7 respon. suka atau tidak kita kena faham menggunakan p.o ini, terutama dalam menyiasat disekolah, sebagai GB atau GPK, kenalah membiasakan diri dengan pendekatan p.o kerana BPR, Nazir, Polis, SB dan JPN atau PPD akan menggunakan p.o dalam mengendalikan kes di sekolah.

anda pernah kena p.o?

aku pernah kena dua tiga kali semasa aku hidup ini, kesannya amat melukakan hati, tetapi setelah aku belajar dengan abng angkat kita...baru aku tahu itu adalah satu m.o [modus operandi ] dalam mendapatkan maklumat.

dalam entri yang lepas, satu sudut pandangan negatif...yang memang berlaku namun disimpan di dalam hati..siapa yang lakukan tidak penting, pencemaran nama baik kumpulan bukan matlamat entri itu ditulis...tetapi kalau orang itu hendak berusaha membaiki diri...dia mesti bersedia mendengar kritikan dari orang lain, mengenai bahasa yang digunakan...tidak ada seorang pun dapat memuaskan hati orang lain dengan lenggok bahasa yang digunakan...kalau aku guna laras sastera, orang jiwa sains kata mat jiwa jiwa, kalau aku guna laras sains, orang sastera kata bahasa yang kaku dan tiada keindahan, kalau aku guna bahasa kampung, orang bandar rasa aku ni anjur sangat...jadi sesiapa yang nak kritik laras bahasa aku gunakan..silalah..tak ada masalah, namun aku tetap aku, begitulah laras bahasa aku, malah kadang kadang orang yang inginkan kita guna bahasa halus , dia pun tidak sehalus mana bahasanya. Biasalah permintaan orang...semua nak yang terbaik... [ aku faham ]

ruangan komen juga jelas menunjukkan siapa kita, nak letak nama pun tidak berani..suka menyamar agar tidak dikenali, itu lagi ler pulak..baling batu sembunyi tangan. kalau ikhlas perlulah jelas...berani buat beranilah tanggung, jangan berlindung disebalik sehelai benang.

maaf
aku agak kasar sejak beberapa entri ini...supaya blog kita agak panas dan menarik perhatian dan terasa dipanggil untuk memberikan respon. namun tetap ada kebaikan disebalik segala kejahatan, dengan adanya penjahat, polis dapat naik pangkat...dengan adanya pesakit, hospital dibesarkan dan ditambah kemudahan..begitulah lumrah alam

salam

Friday, October 31, 2008

adakah anda juga begitu?

ada antara kita bercinta dengan isteri orang? memberikan harapan kepada ibu tunggal dengan harapan palsu...ada juga suka menyakitkan hati orang lain secara sengaja dan provokasi.
ada yang curang akademik semasa peperiksaan, membawa peranti dengan pelbagai cara.

ada juga antara kita, suka cakap merapu dalam kelas, berhujah dengan ilmu yang tohor, pengalaman yang tak seberapa...namun nak bercakap juga...ada yang suka menceritakan betapa pengalamannya dia, namun yang dapat ialah cebikan bibir kawan kawan...

ada antara kita mementingkan diri sendiri, tidak mahu berkongsi pada apa yang dimiliki tetapi hak orang cuba untuk dibolot..ada antara kita yang suka mengarah itu ini, macam dia dekat sekolah sedangkan dia tak ada apapun sumbangan kepada kawan kawan...ada yang suka jadi pemimpin dan dalam diam diam mengidam jawatan penghulu...dan ada juga sengaja menolak jawatan itu kerana nak rehat dan menyiksa orang lain.

ada yang suka manipulasi orang lain dgn gaya yang halus dan sukar dikesan. ada yang suka mengumpat dan menghina orang dari belakang dengan bahasa yang kesat macam dia begitu sempurna.

ada yang diam diam melobi pensyarah agar dia dikenali dan akhirnya dia diberikan sedikit ruang untuk sesuatu tujuan.

semua ini memang berlaku dan adakah anda begitu?
semua ini dari sudut negatif [ walau banyak yang positif] namun dari sudut inilah akan berlaku muhasabbah diri...adakah anda terasa?

salam

corat coret

salam sejahtera
semalam che hassan telefon, bertanya khabar...dan hari ini ini ada komen yang dia masukkan, terima kasih che hassan, aku baru saja invite kau sebagai contributor untuk blog, sila terima dan kemudian bila kau masuk blog kau akan nampak sign in, kau sign in dgn memasukkan user name email dan password email kau, lepas tu bila kau masuk blog kau akan nampak dipenjuru kiri kau ada icon new post...kau klik situ dan mula memasukkan tajuk entri, isi kandungan yang kau nak ceritakan dan last sekali kau klik publish selepas kau puas hati, kalau nak masukkan gambar upload gambar di icon add image, selamat mencuba.

aku juga mendapat sms dari rosli ..dia masih menganggap aku musuhnya bila aku kekuatan..aku sendiri tak tau kenapa

dollah ada call, dia mendoakan aku agar bersabar dan bekerja dgn cemerlang

ani? dekat tapi jauh, jauh tapi dekat...

aku ada juga menerima sms dari azmi langkawi...dia susah hati dgn kemelut politik masa kini..sabarlah mie, nak buat macamana...sepanjang tahun ini tak habis habis kisah parti politik ditanha air kita, kita tenggelam dgn isu dan hilang hala tuju..

aku juga menerima ucapan terima kasih dari kupayee dan rakan lain atas ucapan happy deepavali...aku entri kan gambar 3 guru besar india di kaki blog sempana deepavali...

aku ada berjumpa dengan yati dan minum bersamanya di tanjung api kuantan, isteri aku dan dia akan sama sama kurusus membuat kek di pekan sabtu ini nanti

blog yang diterima ramai ialah blog yang banyak dilawati..ada banyak komen dan ada ramai yang post entri ...jika ini berlaku...blog kita memang menjadi tempat kita berkumpul dan meluahkan perasaan serta berkongsi berita disana sini.

che hassan, aku akan ke sg petani dan alor star lepas konvo nanti bersama keluarga aku melawat abg aku disana...nanti kita jumpa.

kawan kawan lain...selamat menjalankan tugas dgn cemerlang

demikianlah corat coret dari kawan kawan kita
salam

Thursday, October 30, 2008

dewasakah kita?

pelbagai cara orang menafsir istilah dewasa. ada yang mengatakan umur, ada yang meletakkan kematangan, ada yang meletakkan jiwa dan tidak kurang pula mengambil keutuhan pegangan agama.

dewasakah sesaorang itu jika mudah lupa kepada orang yang berjasa kepadanya, seperti tidak hormat ibubapa, abang dan kakak, atau tidak menghormati orang tua-tua, atau tidak menghormati guru yang memberikan mereka ilmu dan panduan hidup?

patutkah sesaorang itu di hormati, jika dia sendiri tidak pernah dan tidak suka atau kurang menghormati orang lain?

dewasa, matang, sikap, keilmuan yang digunakan, latarbelakang hidup dan kesan psikologi masa silam...banyak yang perlu kita debat dan bahaskan...tetapi yang simple..jika sesaorang kurang menghormati orang lain, jangan harap dia akan dihormati...itu adalah kesan dan tindakbalas yang normal dalam kehidupan kita.

sekarang kita seorang guru....lepas tu ditentukan tuhan pula kita menjadi golongan pentadbiran sebuah sekolah [organisasi pendidikan] ditangan kita ada pelbagai kuasa dan amanah yang berat..kemudian allah melindungi dan merestui kita belajar hingga tamat dan bakal menggenggam ijazah pengurusan pendidikan dari universiti, walaupun kita sebenarnya kurang berkemampuan dan tidak percaya pada diri sendiri pada mulanya, takdir menyebelahi kita...kita terus maju kehadapan...dan bakal menikmati kehidupan yang lebih tinggi di dalam sosialisasi kita..namun masih ada antara kita yang kurang dewasa...tua, tetapi masih berperangai sumbang dan sumbing disana sini, berlimu tetapi menggayakan langkah yang melambangkan kejahilan, ketua dan berkuasa tetapi masih sanggup menyelewengkan amanah yang ditanggung.

percaya atau tidak...hanya kita yang menentukan kerana jawatan kuasa untuk mengukur kedewasaan kita ialah hati, perasaan dan jiwa kita sendiri...tanpa perlu mencari jauh... marilah kita mencari di dalam diri kita sendiri.

mutiara yang hilang
mutiasa yang bernama kedewasaan

jangan kita malukan keturunan, bangsa, agama, ilmu, guru dan ibubapa kita kerana kekurangan kita.

salam

Wednesday, October 29, 2008

apa kata kita melawat Dr Norlia masa Konvo

kawan kawan
Dr Nolia selalu email dengan aku dan kalau kita email kat dia, dia tak pernah tak balas tau. Beliau selalu ingin berjumpa dengan kita namun kesibukan kerja menghalang hajat dia berjumpa kita..

Masa rasa, Dr Nolia menghantar sms pada aku untuk mohon ampun dan maaf ..melambangkan suci dan luhurnya hati dia...

Lagipun dia Dekan Kita dan banyak membantu kita dibelakang tabir...

Apa kata kita melawat Dr Norliah selepas reahersel konvo nanti...kita sembang dan belanja dia minum....atau ke rumah dia beramai ramai...atau kita serang pejabat dia dengan membawa bunga..atau kita tangkap dia dan letak dia di restoran dan kenyangkan perut dia serta hilangkan hausnya...

cuba beri cadangan

Monday, October 27, 2008

minta pendapat kawan kawan

salam sejahtera
semoga semua ok dan gembira, selamat bercuti juga...
disini aku mohon pendapat...jangan baca saja, sila berikan komen di ruangan bawah..
...apa kata kita set up satu pertemuan secara tidak formal...semas akonvo nanti..bayangkan kita dgn keluarga kita semua dah alang alang hadir ke upsi..kita set upkan satu perjumpaan santai, sembang sembang...makan makan...dan minum minum bersama...ada dua cara yang aku rasa terbaik...[ kalau che hassan ...kita jumpa kat kl lah...hahahahhaa] pertama kita berada di penginapan yang sama...macam kita semua menginap di kalumpang training centre [ tempat kita jamuan tu...] cadangan kedua kita berkumpul di tempat makan yang luas dan besar..masing dengan keluarga dan duduk di meja masing masing...habis satu restoren tu kita booking....contoh di di dusun bay ke atau rest house slim ke dan sebagainya...kalau setuju kita serahkan kepada shadan atau kupayee...untuk booking bagi pihak kita...

pertemuan mac adalah pertemuan terakhir kita [ secara akalinya ] namun bukanlah berakhir persahabatan kita...ini adalah satu permulaan..namun untuk berjumpa secara beramai ramai bukan mudah walau tidak mustahil...so, terserahlah kepada kita semua untuk fikir fikirkan...dan aku mencadangkan atas kapasiti sebagai blogger sahaja bukan sebagai penghulu...mandat penghulu dah tamat....

atau cadangan ketiga...kita setup sendiri mengikut kawan kawan rapat dan yangbaik dgn kita...tu lagi senang...macam aku akan setup dgn dollah ...habis citer...

salam

Saturday, October 25, 2008

berita banjir

assalammualikum dan salam sejahtera
baru baru ni aku dijemput bersama bermesyuarat dalam majlis tindakan daerah rompin...sebab sekolah aku merupakan salah satu dari penempatan banjir2008

dalam mesyuarat tu, kami ditaklimatkan bahawa banjir tahun ini adalah lebih besar dari tahun lepas..daerah yang kemungkinan akan teruk dilanda banjir ialah..jerantut, bera, pekan dan rompin.
sesiapa yang hamil menunggu masa nak beranak, pesakit yang memerlukan rawatan berkala, hendaklah berada dilokasi yang hampir dengan hospital...kawasan yang biasanya terjejas oleh banjir hendaklah membuat persiapan pro aktif dan apabila banjir berlaku, keselamatan dan nyawa adalah lebih berharga dari segala-galanya..

rompin, sejak dua tiga tahun kebelakangan ini mengalami banjir yang amat teruk. semua jalan yang menghubungkan rompin ke luar terputus...dan dinaiki air. jalan ke segamat akan terputus di selancar, IOI dan berhampiran paloh hinai...jalan ke bera terputus di ladang tabung haji dan bera selatan...jalan muadzam ke rompin terputus di kg tanam dan leban chondong..rompin ke pekan akan terputus di leban condong, sungai puteri, bebar dan batu 16 dan jalan ke mersing akan terputus di mersing jamaluang dan sebagainya...kg yang akan menjadi laut sementara ialah seperti kg kurnia, kg kasing, sarang tiong dll...semua kawasan rendah akan dinaiki air dua atau lebih tiga hari...

sejak tsunami...memang ketara betul keadaan banjir ini.

aku dah mula menyimpan makanan, kerana kalau terkepong...makanan akan sukar didapati dan harganya pun naik mendadak...ramai yang ambil kesempatan di sebalik kesukaran orang lain..

yang membimbangkan...dua anak aku ada belajar diluar dan tak dapat balik ke rompin...harap semuanya selamat...kepada kawan kawan di kedah dan perak, semoga banjir tidak melanda tempat kau orang...kalau kena juga...semoga tabah dan sabar...nak buat macamana...takdir tuhan, orang tua tua pesan...kalau takut dilanda badai, jangan berumah ditepi pantai..

salam
soprompin

Friday, October 24, 2008

kenangan dihari lembaran


Kumpulan B: Kenangan semasa sambuatn hari raya 2007 di Dewan KZ

Kumpulan A : Kenangan semasa sambutan hari raya 2007 di Dewan KZ

Saja masukkan gambar penuh kenangan ini untuk tatapan kita bersama...sambil melihatnya kita akan terbayang waktu indah bersama di UPSI

Salam

khabar dari hasmah

salam sayang
ada email dari hasmah...satu satu nya peserta dari n9 dalam group kita sebelum kemasukan saras.
aku bila bicara dengan dia..tengok keadaan...kalau lama tak balik..aku panggil mah jer, kalau baru balik, sopanlah sikit aku panggil kak mah...
dalam kelas kita yang boleh sikit sikit speaking loghat minang dan N9 ini, aku jer...sebab ada pengalaman duduk 8 tahun dengan suku minangkabau di langat dulu...1990-1998 dan kerja kilang gotah di rasah pada tahun 1980an dulu..

baru baru ni, anak lelaki hasmah telah bertunang dan dia [ hasmah ] bertanya macamana nak buat jemputan melalui blog ini...ada dua cara...satu suruh aku buat kan entri untuk dia...kedua hasmah sendiri siarkan.

cara kedua lebih baik, tuan punya badan sendiri yang jemput.

caranya?
jadi contributor untuk blog ni.
macamana?
aku...as blogger akan invite melalui email hasmah, hasmah bukak email dan terima jemputan tu dulu...dah terima, maka kita akan mula belajar mcamana nak nulis dalam blog ni sebagai penulis jemputan..[ nanti aku terangkan...terima dulu, aku dah hantar pada raden, nuan, hasmah, serisuryati dan lovegoen....] terima dulu..invite aku tu

ok
sini dulu, tak leh ajar banyak banyak..penat dan memenatkan...slow slow...masuk baru sedap...eh kesitu pulak...slow slow baru paham. Salam

pro aktif dan persiapan awal ke dg 41

Terima kasih kepada Faris dari bilik sebelah.
aku re posting balik dalam blog ini sebagai memudahkan kawan kawan. sila ambil perhatian dan tindakan pro aktif secara persendirian dan jangan suka mengharapkan orang lain menguruskan sesuatu untuk kita...nanti kita akan selalu keciwa...sila baca siaran di bawah

ke DG 41....

DOKUMEN – DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN BAGI PERMOHONAN KE GRED DG41 OLEH CALON YANG TELAH TAMAT PROGRAM PENSISWAZAHAN SECARA PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR(PKPGB), PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU BESAR(PPGB), PROGRAM KHAS PENSISWAZAHANGURU(PKPG) DAN PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH(PJJ)

Dua (2) salinan Ijazah dari universiti tempatan / luar negara atau kelayakan yang iiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ( termasuk surat kelulusan nilai taraf ijazah, jika berkenaan dan terjemahan dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris bagi ijazah luar negara yang diperolehi selain daripada Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris )

Kelayakan Ikhtisas – Sijil Perguruan Asas / Sijil Kursus Perguruan Lepasan Diploma / Diploma Perguruan Malaysia / Diploma Pendidikan / Sijil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah / Keputusan Latihan Mengajar Sepenggal, jika disyaratkan dalam nilai taraf

Salinan Surat Kelulusan / Kebenaran mengikuti Kursus Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ ) / Sambilan dari Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ), Kementerian Pelajaran Malaysia

Alamatkan Permohonan Kepada :

Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 1-5, Blok E12
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p: Cik. Rosaliza Bt Adnan - ( KG1 – PJJ DG41) ( 03-8884 7714 )

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 03-8884 7714 / 03-8884 7768
En. Shahrizan ( Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya, Labuan, Sabah, Perlis, Kedah, Kelantan,Terengganu, P.Pinang)
Puan Rubiyah (Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak)

ARAHAN KEPADA CALON-CALON

Sila dapatkan Salinan Surat Persetujuan Penempatan SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SECARA ONLINE. Sila gunakan No.rujukan Surat tersebut semasa calon memohon PPPS Gred DG41 secara on line didalam laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Pegawai yang telah menghantar salinan dokumen yang diperlukan ke Kementerian tidak perlu menghantar sekali lagi ke Kementerian. Sila semak dengan Kementerian samaada salinan dokumen yang dihantar telah diterima atau tidak, kerana salinan dokumen tersebut akan digunakan untuk cadangan penempatan setelah calon lulus temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Semua salinan dokumen hendaklah diikat/dibinding bagi mengelakkan kehilangan atau keciciran dan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan. Sila catatkan NOMBOR TELEFON (HP) dan alamat tempat bertugas untuk dihubungi.
Segala perkara berkaitan status permohonan, tarikh temuduga dan status calon selepas di temuduga sila berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pihak Kementerian hanya akan menguruskan surat tawaran pelantikan ke Gred DG41 yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) setelah lulus interview. Surat Pengesahan Pelantikan ke Gred DG41 akan dikeluarkan dan diberi oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) secara terus kepada calon.
Untuk maklumat lanjut mengenai Urusan Pengambilan Bagi Calon-Calon yang Memohon Untuk Dilantik Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS) Gred DG41 Setelah Tamat Program Pensiswazahan.
Sila lujuk lampiran dan format berkaitan

Pautan berkaitan adalah seperti berikut :

1. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=proborang&unit=utama&info=37&bhs=my&mod=baca

2. http://apps.emoe.gov.my/bsm

Thursday, October 23, 2008

selamat depavali pada kawan kita

happy deepavalli
khas kepada angelie and famaily, kupayee and family, vairam and family, saras and family dan valar and family..tidak lupa kepada kawan kawan kita yang lain di Group 29 yang bersama kita dulu khasnya dan kepada semua kaum india di seluruh malaysia amnya...walau dimana anda berada dan bagaimana keadaan anda...semua orang berhak gembira bersama kaum keluarga, agama anutan dan budaya yang diwarisinya...

aku kursus di kuantan pada 27-29 oktober ni di grand cont. Ganti PK HEM yang sakit...Malas betul nak jalan jalan jauh bila dah mula duduk di zon selesa ni...rasa berat nak melangkah..namun dah tugas dan nak mencari makan sesuap nasi untuk anak anak ..aku gagah kan jugak

akhir kata...semoga semua kawan kawan berada di dalama keadaan yang gembira dan aman damai...ingat ..pesanan ustaz...dalam bekeluarga...kena aman damai...baru rezeki bertambah..kalau tak keadaan akan menjadi semakin parah...

salam

en shukri dan ppgb 4 ke parlimen

salam sahabat,
minggu lalu, aku menerima panggilan dari en sukri abang angkat kita...pelik lah jugak..siapa lah aku yang en shukri nak call..dan kemudian aku sms kat dia, adakah dia tersalah dail kut, tak rupanmya memang benar...dia call aku dan menyatakan dia sedang menuju ke parlimen untuk menghadiri rombongan bersama ppgb 4 ke sana...nak tau sikit sebanyak cara dan kaedah bila sampai disana..aku pun brieflah ke dia sedikit sebanyak pengalaman semasa di melawat dulu..

selepas itu, dalam menungan, terbayang betapa susahnya aku menguruskan rombongan untuk group aku dulu, aku betul betul one man show...tetapi berkat sokongan kawan kawan, motivasi abang angkat, pensyarah dan kawan kawan group b...aku cekalkan hati mengharungi kesukaran itu...alhamdulillah, diberkati Allah...semuanya berjalan lancar dan menjadi kenang kenangan yang sukar dilupakan...kertas kerja aku diguna pakai untuk kumpulan lain, pemantauan Prof Dr Ibrahim Barjunid...memberikan pujian kepada FPE kerana usaha seperti itu...jelas sekali...setiap usaha jika disertai dengan niat yang baik...natijahnya kebaikan jua.

tahniah kepada kohot 4 kerana usaha rombongan itu, tahniah kepada fpe kerana semakin menyokong usaha peserta ppgb...terima kasih kepada semua kawan kawan yang memberikan sokongan moral dan motivasi kepada aku dahulu...dan en shukri...u memang special kepada kami semua

salam

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY