Tuesday, January 31, 2012

Just for sharing

aku dapat no 4. Masa ni...di IAB

Nak tahu masa depan kita lihat adakah kita bekerja dgn fokus kepada hasil atau hanya aktiviti. Kebanyakan orang hanya nampak sibuk, buat sibuk untuk justify gaji yg dibayar. Akhirnya dalam hidup mereka apa yg dapat amat sedikit dan mereka mula merasa iri hati pada orang lain, semakin negatif fikiran dan hati semakin negatif hasil kehidupan dan ini jadi kitaran ganas yang memakan mereka dan keluarga. Jadilah kita manusia yg bermanafaat dan tanya apa manafaat saya boleh beri pada orang sekeliling dan organisasi kita. kerja akan dilakukan lambat jika terlalu banyak masa. orang berkesan mula dari hasil yang dinginkan dalam waktu yg ada dan work backwards. Bukan buat kerja sambil lewa dan menunggu habis waktu pejabat. PEngalaman sehingga ini sesiapa yg go the extra mile memang bahagia hidup dan mereka yg jadi passesnger akan sentiasa susah dan bermasaalah. TAhap pelajaran tiada kaitan dgn hasil kehidupan tetapi sikap menetukan hasil kehidupan- Prof Dr Muhaya

Cuba fikirkan 


Masih bernafas

Alangkah hebatnya sahabatku ini. Masih meneruskan sisa kehidupan blog ini. Syabas Sop, aku sentiasa kagum denganmu. Seorang sahabat yang sentiasa ada semangat dan kekuatan, bukan saja terus mencoret ilham di blog ini, tetapi juga sentiasa berani mencuba dunia baru dalam perkhidmatan. Tahniah, wpun tanpa rakan-rakan mengunjungi blog ini, ia masih bernafas, sekuat orang yang mencetuskan idea ini. Teruskan Sop, walaupun kadang-kadang, aku sentiasa bersamamu.

Thursday, January 26, 2012

sekilas kenangan semalam

Vinie, Dayang, Martivi berkunjung ke rumah Jamalaudin
bukan saja kita berjauhan dan kenangan semakin tiada teringatkan
sampai rumah rumah jamal tu pun  sekarang dah tak ada...Jamalkini  mendiami, bunglo 
baru di Paya Pulai
Jamal...Jamal.....orang marah..dia...dia peksa dapat A gak..

Tuesday, January 24, 2012

Rumah Rosli Perlis


Inilah rumah Rosli di Perlis...aku dah sampai dua kali, sekali dgn Azmi Langkawi, 
sekali lagi lepas konvo dgn famili aku. Menariknya, depan rumah dia ada restoren..
senang ajerlah nak makan makan

Tuesday, January 17, 2012

Terima kasih Nafsiah

Aku ucapkan terima kasih kepada Nafsiah dan suaminya kerana sudi menunggu dan melawat serta menziarahi aku di E2 Putra Jaya...maaflah naf..makan di anjung jer tadi...

Sahabat PPGB A yang pertama datang melawat, menziarahi pejabat dan berbual...rindunya nak jumpa kawan-kawan...sesiapa datang ke Putra Jaya, helo helo lah...aku masih pakai telefon lama lagi...

Aku teringat, nafsiah dgn lagu patriotiknya...suaranya...dan paling tak lupa masa melawat Dewan Rakyat...syyy...kita je tau kan..naf

Aku? Sangat gembira


Sunday, January 1, 2012

Pembetulan

burung pegar

Peribahasa, harapkan pagar, pagar makan padi...aku dah dgr hampir puluhan tahun, baru baru ni barulah masalah kekeliruan aku selesai. Selama ini, puas aku pikir kenapa pagar makan padi? pagar yang dipasang tu hempap pokok padi kut...rupanya bukan harapkan pagar...sebenarnya harapkan pegar...huruf jawi fa gha, ro..tu bukan pagar...tapi pegar.. sejenis burung..yang berupaya makan tikus dan serangga lain, bila lapar sangat burung pegar ni belasah padi yang ada tu...maka orang tua pun menulis dan ber peribahasa...harapkan pegar , pegar makan padi..

Perkara ni di terokai oleh pelajar dari brunei dan di highlight kan oleh student upsi dalam blognya, dipanjangkan oleh kawan aku melalui facebook dan aku sharekan kepada kekawan dalam blog ini. Terima kasih..dan mohon keizinan memanjangkan hal ini.Selesai masalah aku..puas mikir..zaman dulu org buat sawah pakai pagar ke? sekarang pun orang tak pakai pagar...kedua..macamana pagar boleh makan makan pulak..

Persoalannya,...dimana prof bahasa? pakar bahasa? munsyi dewan yang hebat hebat dalam negara kita ni? Cubalah perlahusi peribahasa yang menggelirukan ini.

aku? nak cari burung pegar...bela kat rumah..nak citer dgn anak cucu



Tuesday, December 27, 2011

Perkembangan terkini


Mawi dan Tengku


aku. meng cun dan cooling down, chong

aku bersama tengku semasa rombongan ke KT


Kenangan semasa belajar PJK dgn En Omar


Adakah ex PPLD yang belajar mendapat 3 tahun 41?
Adakah fast track utk Guru Besar utk ke 44 masih on?
Adakah kita akan mendapat kenaikan pangkat itu?
Apakah yang dikata PEST yang menggantikan PTK itu?
Mampukah kita meneruskan sisa sisa usia kita utk terus bekerja hingga 60?
Apa lagi tekanan yang dihadapi di Sekolah menjelang 2012?

Seribu satu soalan sileh berganti dalam fikiran aku? Aku merenung dan tertanya semua persoalan itu semasa aku kesaorangan, memandu menuju ke Putra Jaya.

Mulai tahun 2012 juga aku tidak lagi berada di sekolah, Kini aku berada di KPM, ada kawan kawan sudah tahu ada juga belum tahu...Sejak aku berada di KPM, aku tidak pernah rasa bangga diri dan memprojek diri aku...aku ini hebat dan sebagainya, kalau ada kawan kawan berkata begitu, aku terima saja keikhlasan mereka. Itu dah rezeki dan suratan. Mulai tahun 2012 juga aku akan berpeluang melawat seluruh tanahair kita dalam menjalankan tugasku sebagai Penolong Pengarah. Aku terima seadanya dan aku seperti biasa akan enjoy dimana saja aku berada.

Aku mencari keseronokan kerja dan bukan glamour atau populariti, aku tidak mengejar elaun amhupun pangkat. Pada aku semua itu akan datang selepas kita memberikan komitmen pada kerja dan niat dnegan ikhlas...kenaikan pangkat adalah anugerah rezeki dari tuhan bukan dari manusia. Apa guna pangkat dan darjat jika, hidup dibenci orang dan sentiasa mendengki orang lain, hidup penuh kegelapan hati dan kegelapan silaturahim...aku mahu aman dan gembira sambil bekerja. walaupun kekadang teringat ingat keseronokan bekerja di sekolah, namun kepelbagaian pengalaman dan tempat kerja yang aku perolehi ini adalah aset yang amat berharga.

Kini aku juga akan tamat semester 3 pengajian sarjana aku di UPSI, kali ini 3 paper yang aku ambil ada final dan masuk periksa...manalah ada masa nak baca buku, macam biasa aku tetap yakin dalam menjawab semua soalan...sebab aku cuma nak pangkat B saja, lulus sudah memadai, kalau dapat A tu satu bonus. Mulai tahun depan, kalau ada letter ofer dari mana mana, kita boleh bergerak dan pindah tanpa lagi perlu mendapatkan pelepasan dengan izin dari KPM. Mulai tahun depan juga JPA akan menyemak pemberian elaun, manalah tahu ada Univerisiti offer kerja pada aku tahun depan..atau kerajaan beri elaun kepada pemegang masters..kan dah untung tu...jomlah belajar...never said too late...masters lebih senang dari first degree...

oklah dah panjang aku berceloteh, semabg lagi nanti pada masa akan datang, sesiapa nak menulis di blog ini sila hantar email kat aku di waibim@gmail.com aku akan invite sebagai penulis atau author di blog ini.

Thursday, December 1, 2011

Cuti yang sibuk

Aneh, cuti tetapi sibuk. Cuti sekolah yang panjang ini tidak banyak ertinya cuti kepada kepala sekolah. Bukannya ruang untuk bersantai, berehat menunggu sesi persekolahan yang baru. Sebaliknya, setiap hari sentiasa stres, dikejar waktu dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan sebelum sesi baru bermula. Selagi belum siap sedia, pertanyaan anak-anak tentang rancangan bercuti ke mana-mana, sukar dijawab. Pertanyaan "makan angin ke mana cikgu, cuti sekolah ni?" oleh rakan-rakan dan jiran2 sukar dijawab, kerana kadang-kadang jawapanku yang mengatakan banyak lagi kerja belum selesai di sekolah, menjadi sesuatu yang melucukan kepada mereka. Mungkin sejak dulu lagi, masyarakat membuat tanggapan, bila sekolah bercuti, semua guru enjoy bercuti panjang. Mereka tidak pernah mengambil tahu, bagaimana sekolah perlu diurus dan dijaga pada zaman yang serba kompleks ini. Alangkah baiknya, jika media arus perdana, sesekali mengetengahkan apa yang berlaku di sekolah, ketika cuti sekolah. Sekurang-kurangnya masyarakat tahu dan tidak membuat tanggapan yang negatif kepada guru dan sekolah, bahawa cuti sekolah, cikgu2 seronok, gaji buta, makan angin dan bersantai sepenuhnya. Paling menakutkan kepada seorang kepala sekolah, apabila sesi persekolahan baru sudah hendak bermula, tetapi perancangan sekolah masih belum siap sedia.

Menyediakan perancangan sekolah bagi tahun berikutnya bukanlah sesuatu yang senang jika mengambil kira pencapaian tahun sebelumnya dan sasaran unjuran tahun berikutnya. Semua perkara perlu diberi perhatian, sumber manusia, kewangan, swot analisis sekolah dan sebagainya. Ini kerana sekolah hari ini, bukan seperti sekolah zaman dahulu yang boleh dicopy paste sahaja. Kredibiliti seorang pemimpin boleh juga dilihat daripada perancangan yang disusunnya mengikut faktor-faktor tadi, bukan sekadar menyusun tugas guru dengan sedikit perubahan dari tahun sebelumnya. Inipun bergantunglah kepada citarasa dan keupayaan seseorang pemimpin sekolah.

Sunday, November 20, 2011

Cabaran menyiapkan tesis master

Menyiapkan tesis master bukan sesuatu yang senang. Belajar, datang kelas, siapkan tugasan semasa boleh dibuat sebaik mungkin wpun kdg2 banyak juga cabarannya. Tapi untuk menyiapkan tesis, lain pula jadinya. Saya, jika diikutkan jadual awal yang dirancang, tamat semester 3, selesailah master saya. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Tanpa kehadiran pensyarah, rakan-rakan sekuliah, mood untuk menulis tesis langsung tidak ada. Hilang semangat dan kekuatan untuk terus duduk menyiapkannya walaupun bahan-bahan sudah banyak dikumpul. Janji untuk menghantar lebih lebih awal dan konvo pada Julai lalu tinggal kenangan sehingga terpaksa meneruskan ke semester 4 dan wajib dihantar sebelum selesai semester 4, disember ini. Inilah akibatnya terlalu membiarkan diri dibuai dengan pelbagai perkara yang seterusnya menjadi cabaran yang sangat menakutkan. Malu dengan rakan2 sekuliah serta pensyarah penyelia. Semoga mereka faham dan membantu memberikan semangat untuk saya meneruskan misi menyiapkan tugasan penting ini.

Sunday, October 30, 2011

Satu Penemuan

Penemuan menakjubkan. .JANGAN MAKAN SARDIN
Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam

Friday, October 28, 2011

FIRZAN ZIARAH TERENGGANU

Sdr. Firzan bersama ipar dan birasnya sekeluarga telah datang ke rumah saya sehari sebelum cuti Depavali. Mereka sempat bermalam di teratak rumah saya buat satu malam. Kami sempat bersama-sama berjumpa Sdr. Ismail (imam) di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu, kemudian makan malam di Restoran.....depan Masjid Terapung, Kuala Ibai.

Antara hidangan sarapan pagi yang saya sediakan ialah nasi dagang, mee hun, kayu keramat, karipap, milo dan tea o. Turut meraikan ialah Sdr. Hassan Embong, walaupun masih penat selepas balik dari lawatan ke Langkawi membawa rombongan PKK. Selepas sarapan Firzan sempat singgah ke ruah Hassan dan meneruskan perjalanan balik ke Temerloh.

Semoga Sdr. Firzan berpuas hati dengan layanan yang tidak seberapa yang sempat kami berikan. Terima kasih kerana sudi singgah. Maaf tiada gambar (kamera rosak). Mungkin Sdr. Firzan boleh e-mailkan atau letakkan gambar ke facebook.

Thursday, October 6, 2011

Kunjungan ke KK Sabah.


Baru-baru ini aku dan keluarga berkunjung lagi ke Kota Kinabalu, Sabah. Aku sangat berterima kasih kepada rakan-rakan di Sabah yang selalu membantu. Hari pertama aku dan keluarga dijemput oleh Mawi di Airport dan hari kedua, beliaulah yang bawa kami jalan2 sekitar KK. Hari ketiga, aku dan keluarga dilayan pula oleh Sheley dan suaminya. Dibawa kami jalan2 sekitar Pasar Tamu, UMS dan Bandaraya KK kemudian belanja makan tengah hari dan malam. Paling menarik, sempat kami bertemu dengan Dr Shukri, bekas pensyarah kita di UPSI dulu yang kini menjadi orang penting di UMS. Siti Dayang juga sempat call dan mengajak ke Ranau. Pendek kata, kalau ke Sabah, rakan-rakan kita ini sentiasa bersedia membantu. Terima kasih semua.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY