Ketika aku menghantar anakku melapor diri di Uitm Sri Iskandar, Perak pagi Jumaat, 26 Dec kelmarin, aku sempat berkunjung ke rumah kawan kita, Maarof. Kebetulan Sri Iskandar, hanya 40km dari Setiawan. Terima kasih Maarof, isteri dan anak2 yang melayan dengan baik aku 3 beranak walaupun kami hanya singgah untuk sembahyang jumaat. Walaupun sudah 4 bulan berpisah, tapi maarof macam biasa, mesra dan pandai mengusik. Cuma ketika kami rancak berbual, taklah dia mintak 'take 5' untuk solat Jumaat. Alhamdulilah, dia sekeluarga sihat walafiat. Inilah untungnya ada kawan, sekurang2nya tidaklah kosong jika kita sampai di mana2 di negara kita ini. Aku sangat berharap perhubungan begini diteruskan, satu hari aku akan sampai di Rompin, Muar, Kuantan, dll dengan disambut mesra rakan2 ppgb upsi.
22 tahun yang lalu, aku pernah berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Pantai Remis menggunakan jalan Lumut Setiawan ini. Aku sangat terkejut, bila melihat Sri Iskandar, sebuah bandar baru yang wujud di kawasan yang dulunya dipenuhi belukar, tanah bekas lombong tinggal. Tapi hari ini, Sri Iskandar semakin pesat membangun. Dulu, aku pernah melalui jalan ini pada waktu malam yang sunyi kerana menjalankan tanggungjawab kepada isteri yang baru dikahwini yang mengajar di Pantai Remis ketika mula2 posting dahulu. Aku di Kuala Lumpur. Jadi hampir dua bulan, aku berulang alik dengan kereta mitsubishi buruk yang aku pinjam drp abangku melalui jalan ini yang sunyi dan gelap. Dek kerana kasih sayang dan kehangatan perkahwinan, aku tidak sedikitpun merasa takut, walaupun jalan ke pantai remis semakin sunyi menjelang tengah malam.
Tapi hari ini, semuanya berubah. Tidak terfikir olehku akan membangun sebuah universiti di tengah belentara 20 tahun dahulu. Dan kita, semakin dewasa dengan perhubungan dan kehidupan yang semakin mencabar ini.

3 comments:
seronok dengar cerita dan pengalaman yang telah dilalui....
tahniah mini gathering {MG} antara makrof take 5 dan hasse open school
macamu lah kawan...sapalah nak pergi rompin...rompin ni jauh dihujung benua bang...yang hanya depan hanya laut cina selatan..
InsyaAllah aku sampai juga ke rompin nanti. Antara tempat yang aku nak p. Jangan pulak aku p hang takdak. Mcm saudara bol hassan, ketika aku bawa anak2 ke kucing tahun lepas, dia takda. Katanya berkursus,takpalah.
Post a Comment