Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas
Orang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk
Orang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka jahat
Orang jahat disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah (berbincang ) disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang cantik menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir
Mana tahu yang senyum itu kerana nak bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang cantik menawan itu kerana bersih hati dan minda
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdas
Jauhi sikap suka berprasangka
Kerana ia bakal memusnahkan persaudaraan
Seperti musnahnya kayu dimakan api
3 comments:
Pada pendapat aku, prasangka ni bagus jugak. Ianya sebagai ikhtibar dan cermin diri. Sebab bila prasangka pada orang lain, maknanya kita juga berhati2 takut apa yang kita buat itu, memang benar seperti yang diprasangka orang. So semua perasaan dalam diri yang dianugerah Allah ini, ada kebaikan dan keburukannya. Kita yang diberi akal, pilihlah yang terbaik.
Terima Kasih kepada Openschool kerana beri respon. Memang betul kata openschool tu.
tahniah hasan OS dan Tengku Ayahku,
terus berikan idea dalam blog..aku suspect kau orang..ramai kawan cina kita berikan aku pointer untuk kita kongsi. salam
Post a Comment