8.00 pagi 19 April 2008
lepas mandi,kami makan mee goreng kat rumah mawi...memang sedap..sangat, tak percaya jom kita pergi kerumah mawi, rumahnya teramatlah bersarnya dan telah diberikan gambar pada post yang lepas...lepas tu mawi membawa aku dan kawan aku ke stesen teksi kota kinabalu berhampiran padang merdeka...kemudian kami bertolak keranau...
perjalanannya mengambil masa hampir dua jam dan menaiki gunung ganang yang membina banjaran croker yang terkenal itu..kabus dan pandangannya amat menarik sekali. kami berhenti sebentar dipingiir jalan kerana mahu menikmati pandangan yang amat indah dan bergambar disana...kalau hendak lihat gambar dan koleksinya..silalah layari web album yang alamatnya seperti berikut
http://picasaweb.google.com/home
martivi mengambil "batton" tourist guide dari mawi...kami tinggal di hotel kinabalu di pekan ranau dan kami makan tengahari di restoren tanjung, ranau...maaf terorder banyak..niat nak belanja kawan kawan, tapi suami martivi pulak yang belanja..aduh malunya..selepas jamak zohor dan asar, martivi membawa kami ke kebun teh sabah, sungai luanti dan poring yang terkenal diranau itu..akhirnya jam 6.00 kami kerumah martivi..lihat gambar diatas..rumahnya dua tingkat, kemas, kayu dan separuh batu menghadap gunung kinabalu..indah sekali dan damai betul...rasa nak buat rumah kat kampung tu , duduk disitu dan beramal disitu...berkenalanlah kami dengan ibu mertua martivi. Kami ucapkan ribuan terimakasih kepada En Jasni atas kesudiannya menyambut kami sebagai tetamu dan kami amat terhutang budi...akhirnya martivi membawa aku kerumah dayang dan batton di serahkan kepada pn siti dayang
bersambung...