Sunday, December 26, 2010

Tahniah SOP

Aku macam tak percaya...tapi tulah dia kenyataan...bukan pulak aku nak membangga diri, cuma berkongsi satu peristiwa....agar kita sama sama senyum dan gembira pada khabar gembira dan sama sama sedih kalau ada khabar sedih....

Keputusan Sem 1 Masters dah kuar...Pengursan dan Kepimpinan aku dapat A- dan Pengurusan Kualiti aku dapat A- sementara Kajian Pendidikan aku dapat B+...pointer aku 3.6. Taklah terok sangat dan terasa gembira aku dan keluarga dgn keputusan itu....tak sia sia aku luangkan masa untuk studi semula...

Kekawan....Jom. Bulan dua ni Online dan nota sem 1 aku akan burn dalam CD. Relaks relaks kat UPSI ni hujung minggu..kejam celik...sementara menunggu 44. Mari kita sambungkan perjuangan.

Tahniah Sop.... Aku tabik kat Hang.... Semoga kau mendapat keputusan cemerlang.
Kepada rakan-rakan yang lain saya ucapkan selamat berjaya dalam segala bidang yang rakan-rakan ceburi.

Selamat menyambung tugas kembali, 3 Jan 2011 di Pulau Pinang.

Dari Pak Lah Penang.

Tuesday, December 7, 2010

Kenangan Semasa Dulu




Belajar dengan En Omar...PJK...

Tahniah jugak kepada Shahdan Dan Nafsiah yang telah pun memulakan tugasnya di PPD masing masing....kepada yang belum dapat DG 41 tu...usahalah dan sila ke SPP unit rayuan untuk mereka selesaikan masalah anda...

Sunday, December 5, 2010

3.6

Aku macam tak percaya...tapi tulah dia kenyataan...bukan pulak aku nak membangga diri, cuma berkongsi satu peristiwa....agar kita sama sama senyum dan gembira pada khabar gembira dan sama sama sedih kalau ada khabar sedih....

Keputusan Sem 1 Masters dah kuar...Pengursan dan Kepimpinan aku dapat A- dan Pengurusan Kualiti aku dapat A- sementara Kajian Pendidikan aku dapat B+...pointer aku 3.6. Taklah terok sangat dan terasa gembira aku dan keluarga dgn keputusan itu....tak sia sia aku luangkan masa untuk studi semula...

Kekawan....Jom. Bulan dua ni Online dan nota sem 1 aku akan burn dalam CD. Relaks relaks kat UPSI ni hujung minggu..kejam celik...sementara menunggu 44. Mari kita sambungkan perjuangan.

Tak ada yang terlambat...Never said too late.

Saturday, December 4, 2010

KEMBALI KE RAHMATULLAH

Buat semua rakan-rakan, saya baru saja terbaca dalam blog PPGB Kumpulan B tentang ayahanda Faris telah kembali ke rahmatullah pada 6 petang tadi.

Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah dan doakan semoga roh ayahanda Faris dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

Kepada saudara Faris, berbanyaklah sabar diatas dugaan ini.Setiap yang hidup pasti kembali kepada penciptanya.

ALFATIHAH..... AMIN.

Monday, November 29, 2010

Kuliah Masters...sudah bermula...

Semua orang sibuk..kalau tak sibuk pun,...kita kata sibuk sebab ini akan menghalang orang datang menyibuk kat kita...

Sekolah sedang buat perancangan, keluarga pula sedang prepair menyekolahkan anak anak dalam pelbagai aras...dalam masa yang sama pihak U memperingatkan takwim terbaharu sem masing masing. Aku, Che Hassan, Tengku Hassan , Faris dan Simah..malah ada lagi kawan-kawan kita yang lain yang sedang meneruskan pengajian pasca siswazah akan memulakan 'kesibukan' tambahan....iaitu meneruskan perjuangan...untuk mengamit segulung lagi ijazah...ijazah sarjana.

Blog akan sunyi kalau aku sibuk dan kawan kawan yang lain boleh menjadi penulis blog jika sudi. Caranya mudah saja...sila email kepada aku di alamat waibim@gmail.com. ...emailah apa apa...send gambar ke , tulis hi ke apa ke...aku akan membalas satu jemputan sebagai contributors...accept jemputan aku...dan selepas itu kawan kawan akan menjadi penulis blog ini...

lagi ramai penulis blog ini, lagi panjang jangkahayatnya...kekadang kita perlu bertanya.
' apa sumbangan kita kepada kumpulan kita? ' bukannya bertanya...
'apa sumbangan kumpulan kita kepada kita.

Salam
Mantan Penghulu
Juragan

Thursday, November 25, 2010

Dr Che Zulkifli Omar

Antara pensyarah yang sempoi, berkesan, senyum dan sangat disenangi oleh ramai peserta kita ialah Dr Zul. Sebagai tanda persahabatan kami menghadiahkan dia jaket yang kami tempah khas dgn tertulis namanya. Kenangan menyarungkan jaket kepada Dr Zul masih jelas dalam ingatanku..Tok Penghulu masa tu ialah Abg Wazir kita. Ko orang masih ingat tak peristiwa ini?

Monday, November 22, 2010

USOP KUNJUNG KE KT


Lewat petang semalam kami sempat makan roti tempayan bersama di Restoran mamak di Jalan Kamaruddin, KT sambil berbual-bual kosong. Bersama kami adalah rakan lama Usop iaitu Sdr. Zul. Usop datang ke KT kerana berkursus dan Majlis Perpisahan Pengarah JPN Pahang. Semoga ikatan ini akan berterusan.

Sabtu lepas Mawi dan tiga anaknya balik ke Terengganu. Abang Hassan pergi jemput di Lapangan Terbang Sultan Mahmud manakala saya menunggu mereka di Stesen Bas Kuala Terengganu untuk meraikan mereka. Dengan kesempatan yang ada kami sempat makan di perkarangan Stesen Bas je kerana mereka mahu segera balik ke Kijal, Kemaman. Abang Hassan sanggup hantar mereka ke Kijal kerana kebetulan kehabisan tiket bas.

Konvokesyen Diploma Pengurusan Kepimpinan


Gambar ni diambil selepas konvo di IAB. Aku rasa ketika inilah aku mendapat keputusaj yang terbaik dalam hidupku..aku mendapat NPQH 4.0 dengan markah 94% Rupanya aku ni makin tua makin cerdik?....ish ish ish...
anak dara depan tu semua bagus bagus resultnya...

Lagi kenangan kita bersama


Yati Aziz [ Selangor] Yati Rasul [ Pahang], Teah [Johor], Zainal [Perak] dan Aphong [Sarawak ]

Friday, November 19, 2010

aku dan zainal


dialah kawan
dialah lawan
zainal zainal...
lama betul tak jumpa ko..
jumpa nanti di Tanjung Malim
gurauan ko
selalu buat aku tersenyum sendiri nal

Thursday, November 11, 2010

Macam macam

Kadang kadang aku tertawa sendirian mengenangkan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam kehidupan disekelilingku.

Seorang guru mengatakan dia sibuk...tak sempat nak tanda kertas. Aku tanya cikgu ajar subjek apa? KH. Berapa kelas? 4. Soalan Objekif ke subjektif? Objektif. Cikgu ngajar dah berapa lama? 5 tahun. Kelas cikgu tadi paling ramai berapa orang? 25 orang. Soalan KH ada berapa soalan? 40

Cikgu...Saya mengajar dah 28 tahun, 20 tahun di Sekolah Menengah, Kapasiti kelas 40 orang sebanyak 5 kelas dan Subjek Sains..Objektif 75 soalan..saya boleh siapkan dalam masa sehari saja dan paling lewat...2 hari. Biasanya sekali duduk jer.. Cikgu....kalau cikgu kata jadi cikgu ni sibuk..saya dah jadi cikgu sebelum cikgu lahir lagi. Saya cukup paham kerja cikgu ni dan sibuknya macamana. Kalau cikgu kata budak budak ramai...saya dah ajar lagi ramai....sekolah saya mencecah 3000 orang. Agak agak cikgu perlukan berapa banyak masa untuk tanda kertas tu. seminggu? sebulan? Bila saya suruh siapkan menanda kertas jawapan tu, saya sudah mengira ruang dan keupayaan cikgu...bila cikgu kata tak cukup masa.....Saya tidak percaya sebab orang lain semua boleh lakukan kenapa cikggu seorang tak boleh? Apa yang saya nampak cikgu adalah seorang cikgu yang kurang daya usaha..kalau boleh cikgu nak selesa sepanjang masa..Beginilah...cikgu hantar semua jawapan budak tu dan skemanya kat meja saya...biar saya tandakan untuk cikgu. Dah siap nanti saya akan masukkan markah dalam buku rekod cikgu...cikgu tolobng key in je dalam system...boleh

Eh...tak perlah cikgu...tak per....cikgu tu pun berlalu sambil tersipu sipu...seorang guru pun masih perlu diberikan kesedaran.Apatah lagi murid. Aku tersenyum dan hati aku berkata...hai..macam macam..

Macam macam.

Thursday, November 4, 2010

Kan aku dah kata...ko orang degil...

Penggulungan bagi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) KPT

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia menimbang untuk mengecualikan atau mengurangkan yuran pengajian kepada rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di institusi pengajian tinggi awam.


Bagaimanapun Timbalan Menteri berkenaan Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditentukan serta akan dibawa ke kabinet untuk kelulusan.

"Ia selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan pemegang PhD seramai 60,000 orang menjelang tahun 2023," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 peringkat Dasar bagi Kementerian Pengajian Tinggi di Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan itu Saifuddin berkata kementerian akan membelanjakan sebanyak RM483.9 juta untuk program MyBrain15 bagi meningkatkan bilangan pemegang PhD dalam negara, seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2011.

Peruntukan itu akan digunakan untuk membiayai sejumlah 7,610 pelajar sedia ada selain menyediakan 11,170 tempat baru bagi pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana dan PhD, kata beliau.

Untuk memperkasa aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)di Institusi Pengajian Tinggi, Saifuddin berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM741 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10) bagi tempoh dua tahun akan datang.

"Peruntukan dana tersebut adalah merupakan satu peningkatan yang besar berbanding dengan peruntukan dana R&D (penyelidikan dan pembangunan) bagi tempoh lima tahun di bawah RMK-9 yang berjumlah hanya sebanyak RM315 juta.

"Ini tidak termasuk tambahan peruntukan R&D berjumlah RM400 juta untuk lima universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM)dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)," katanya.

Saturday, October 30, 2010

Pilihan ditangan anda

kalau ko orang nak maju dalam kerjaya...belajar lagi dan keluar dari kepompong sedia ada...banyak peluang untuk lulusan masters...dan tak rugi serta tak susahpun cuma perlukan sedikit disiplin dan pengorbanan.

Kalau ko orang nak jadi pegawai...sila sediakan resume dan offerkan diri di PPD, JPN atau KPM banyak ruang dan peluang ada disana...as DG 41...boleh cari pengalaman baru dan meluahkan pengalaman lama di kerja baru...lambat sikit dapat 44...4 tahun jer..atau 7 tahun

Kalau memada apa yang ada,....kerja elok elok dan buat sesuatu yang membanggakan sebab kita dah tak kemana mana...menanti pencen...takkiralah GPK atau GB.

Aku? Aku tak tau apa yang patut aku pilih...aku belajar tapi bukan nak kemana mana...aku dah duduk rumah sendiri dan sekolah pun tak jauh dari rumah...so memadalah apa yang ada.

Segalanya terserah pada ko orang...tepuk dada tanya selera. Asal jangan memalukan diri sendiri, orang lain dan lumpuh dalam kerja sudahlah...

Wednesday, October 27, 2010

Jika hendak beristeri dua...pastikan sikap ni ada padamu

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Tuesday, October 26, 2010

Hati hati mengurus kewangan sekolah

Laporan audit negara
1. Agihan wang KWAPM
2. RMT
3. Keceriaan Sekolah

Jangan sampai kita termasuk dalam fail yang di buka oleh SPRM

Monday, October 25, 2010

Bermula Perancangan 2011

Sekolah aku telah memulakan perancangan 2011. Bermula dengan meeting bersamasemua GPK. Aku mohon mereka mencadangkan agihan tugas masing masing sebelum aku finaliskan dalam meeting yang akan datang. Aku juga melakukan scanning 4 penjuru sekolah. Untuk analisis persekitaran dan kemudian merangka kerangka kerja tahun 2011. Takwim mula disusun dan aku akan bentangkan takwim tersebut pada meeting terakhir untuk semua orang bersiap sedia menghadapi 2011.

Untuk tahun 2010 cuma ada 4 agenda besar. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah,.Hari Ko kurikulum, Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Peperiksaan Akhir tahun. Meeting tinggal 4 jugak. Meeting akhir tahun, meeting majlis permuakatan Pra dan Meeting JK PIBG. Meeting kecil ada 4. Meeting kem bestari solat, meeting hari kecemerlangan sekolah, meeting, kewangan dan meeting gpk. kemudian sekolah akan di tutup dana takwim 2010 melabuhkan tirai.

Masa berlalu terlalu pantas...dan aku harap aku dapat memberikan sumbangan bermakna kepada sekolahku ini...sebagai pengganti diri setelah aku meninggalkan dunia nanti. Kepada kawan kawan yang hebat....ruangan ini boleh kita gunakan untuk bertukar fikiran dan maklumat untuk perkongsian pintar kita.

Friday, October 22, 2010

Syarat Kursus 7 Hari Setahun


Syarat kursus 7 hari setahun boleh digantikan dengan pembacaann buku. Buku-buku yang dibaca hendaklah ditulis dalam bentuk sinopsis dengan mengisi borang yang disediakan lebih kurang seperti Program Nilam je. Sinopsis sebuah buku yang dibaca sama dengan kursus 1 hari. 7 buah buku bersamaan 7 hari kursus. Harap menjadi panduan kepada rakan2 semua.

e-slip gaji

Mulai bulan Okt. 2010 pihak kerajaan tidak lagi mengeluarkan slip gaji seperti biasa. Oleh itu kakitangan kerajaan boleh mengakses ke http://www.anm.gov.my untuk mendapatkan slip gaji dengan mendaftar ke laman tersebut buat kali pertama dan dapat mengakses seperti biasa dengan memasukkan no KP dan password.

Wednesday, October 20, 2010

SKPM 2010

SKPM 2001...tambah baik SKPM 2003...kini menjadi SKPM 2010...dikuat kuasa pada 2011. Ada perbezaaannya dan apa tindakan kita sebagai pengurus sekolah??

Biasanya kalau atas kapasiti yang ramai...Pengetua dan GB plus GPK tempat taklimat ialah bangunan bersejarah Abu Bakar School ABS dibelakang PPD. Kalau di Rompin kami biasanya di Bilik Gerakan PPD. Aku ingat dah banyak kali aku bermesyuarat di sin... Tiada kemudahan wireless dan meja serta kerusi tangga kambing yang uzur. Itu yang yang terbaik untuk Pengurus sekolah di kala ekonomi negara sentiasa menunjukkan peningkatan positif.

Berkali kali timbalan Pengarah Nazir Negeri berucap tentang klim, satu kereta bukan satu tempat duduk teksi...walhal kami sepanjang tahun ni kemana saja kami bertugas tak pernah klim pon dan wang keraian GB pun di bekukan secara silent seperti kenaikan taraf eletrik dan air.

SKPM 2010 adalah secara online namanya e penarafan. GB kena buat Jawatan kuasa dan buat secara manual dulu baru online...semua PK kena terlibat sebab semua area adalah saling berkaitan. Urlnya ialah seperti ini
Tak boleh masuk sebarangan ada...id dan pw nya...yang akan diberikan nanti. Dah macam macam e dah sekarang...e perlu, e mis, e markah, SIP, Pra Sekolah, Linus... e itu e ini...kalau tak alert semua perkara ini kita akan dihanyutkan arus zaman...

Tuesday, October 19, 2010

Surat Tapisan Keselamatan

Aku baru saja menerima surat tapisan keselamatan dari Pejabat Keselamatan Negara, Jabatan Perdana menteri bersama 1533 nama yang lain di seluruh Pahang. Bersama dengan surat pengecualiaan induksi. AKu kini boleh uruskan confirm 41 tak lama lagi...Bulan Nov ni aku akan menikmati gaji baru dan tahun depan aku confim 41. Kemudian boleh daftar PTK atau PTK versi baru. Menjelang 2013 insya Allah aku akan mendapat gred DG 34 KUP 44 sebagaimana yang kita semua impikan...

Mana yang belum terima...rajin rajinlah hello pihak berkenaan...tak dapek den nak nolong....

Sunday, October 17, 2010

Projek Serlah Bacaan Temerloh 2010

Dalam kepayahan akhirnya berjaya juga aku melaksanakan PSB Temerloh 2010. Bermula dengan lontaran idea kepada Guru Pemulihan aku Pn Wari. Ditangguh sebab di sakit...kemudian di tangguh sebab dia berpindah...aku merancang untuk sekolah aku...ditangguh lagi sebab ada PTK yang melibatkan ramai ckgu...aku plan lagi...ditangguh sebab ada sekolah ganti yang di arah serentak seluruh Pahang....aku try lagi....di tangguh sebab Pegawai PPD tak ada ketika itu dan tak sempat masa...akhirnya pada 15,16 dan 17 oct berjaya juga dilaksanakan

Program yang asalnya ingin aku laksanakan untuk membasmi masalah tidak boleh menguasai asas bacaan Sekolah aku...untuk murid tahap dua seramai 15 orang akhirnya menjadi Program Daerah Temerloh dengan murid seramai 100 orang dari 12 sekolah.

Program yang hanya perlu sekitar RM 500 menjadi RM 5800. Bajet perlaksanaannya. Terima kasih kepada Tuan Hj Nazri atas persetujuannya mengeluarkan bajet membiayai PSB ini dan juga semua yang terlibat.

Mulanya 66 orang berada di tahap lemah asas bacaan 11 sederhana dan selebihnya ada asas yang tinggi. Dana di akhir program cuma tinggal 4 orang sahaja yang lemah asas bacaannya. dan 66 orang boleh membaca surat khabar...membaca lirik lagu dan ada yang menjadi pengacara majlis.Cahaya ilmu tersinar dihati...guru guru tekun berbakti walau hujungminggu dan pimpinan En Roslan Nikmat amat berkesan sekali.

Aku cuma tools saja dan hajat dihati membasmi buta baca dikalangan bangsa, agama dan negara kita...tiada yang lebih indah dariku...bila melihat anak anak didikku boleh membaca dengan baiak dan gembira...bila mereka berjaya...


Wednesday, October 13, 2010

Rebutlah Masa yang ada

Ada beberapa perkara kita kena cool...ada juga perkara kita kena pantas...Kurt Lewin bercerita tentang teori mengurus perubahan...walhal dalam alquran sudah lama Allah bicara tentang cara mengurus perubahaan...ada juga kita kena rebut dan ada juga kita jang berebut rebut...rupanya dalam hidup ini banyak 'do' and 'dont'nya....segala terserah kepda ilmu, kehendak dan kudrat kita.

Kita kena cool...bila mendengar fitnah...jangan melatah, panas hati dan sebarkan pula atau terus nak menyiasat. langkah pertama kita ialah siasat pembawa fitnah itu...siapa dia? kenapa dia begitu baik menyebarkan berita itu...gunakan triargulasi yang kita belajar...cari dua atau tiga sumber...agar dapat kita lihat sejauh mana kebenaran dalam statement yang di berikan itu. Jika tiada asas....cool...biarkan saja dan kalau ada asas pun cool....halakan respon anda ke natijah kebaikan...

Ada kita kena pantas...dan jangan bertangguh
1. Tetamu datang ..lekas sediakan minuman dan juadah yang ada
2. Masuk Waktu sembahyang...tinggalkan kerja dunia...cepat pergi sembahyang
3. Ada mayat dirumah...lekas kebumikan...jangan siksa mayat itu dengan kehendak waris
4. Ada hutang...lekas bayar...mungkin orang yang kita berhutang tu nak guna kembali wangnya
5. Ada anak dara..lekas kawinkan...jangan biarkan anak kita menderita dan beban menjaganya
Ini semua ada kebaikannya...namun selaraskan juga dengan kehendak syariat, adat dan akal..agar apa yang kta lakukan itu mendapat manafaat pada semua pihak.

Kurt Lewin kata nak mengurus perubahan ada tiga tahap...kita kena berubah mengikut persekitaran kita dan bla bla bla bla...dalam Al Quran...pula mengarahkan kalau nak mengurus perubahan bermula dari diri sendiri....bukan persekitaran...diri tu yang perlu berubah. Berubah dengan bijak dan maksud bijak ialah...berpindah dari point kurang baik kepada point yang lebih baik...kemudian kekalkan..mujahadah....jihad...kemudian..musyahadah.....istiqomah dan baqa'kan perubahaan itu. Disusun dalam satu latihan rohani....riadah dan sebagainya...pilihlah jalan yang sesuai dengan dirimu dengan bimbingan guru yang mursyid.

Akhir sekali..kita kena rebut
1. Waktu sehat sebelum sampai waktu sakit
2. Waktu lapang sebelum sampai waktu sempit
3. Waktu kuat sebelum sampai waktu lemah
4. Waktu hidup sebelum sampai mati.
ada satu lagi ,...lupa lak aku...ini kena rebut...dan kalau kita leka, kita akan kerugian pada masa yang diberikan kepada kita...demi masa manusia itu dalam kerugian...

Rebutlah masa yang ada atas kapasiti masing masing untuk berbuat baik demi agama, bangsa dan negara....

Salam

Monday, October 11, 2010

Maklumat Am untuk Ani...GB Baru..

SK Keratong1 adalah antara sekolah yang telah lama ditubuhkan...masa aku mengajar di SMK Keratong, SK Keratong1, SK Keratong 4 adalah sekolah rendah yang pertama di tubuhkan di gugusan keratong. DiIkuti SK Keratong 3 dan SK Keratong 2. SK Bandar Tun Razak adalah anak bungsu kepada sekolah rendah di situ. Masyarakat Felda Keratong mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai pelajaran dan ramai anak anak mereka telah berjaya dan keluar dari menara gading.

Mereka sangat membantu guru dan sekolah..jadi jangan salah faham pada keprihatinan mereka. Malah guru dan sekolah patut bersyukur dengan komitmen para ibubapa di Felda Keratong. Antara tokoh terkenal, juga sahabat baik aku ialah aruah Pak Hassan...beliau adalah antara peneroka yang amat mengambil berat kepada pendidikan di Felda Keratong 1.

Pernah beberapa kali SK Keratong1 muncul sebagai sekolah terbaik di Gugusan Bandar Tun Razak itu dan antara rujukan untuk mengetahui tentang SK Keratong 1 ialah Pn Rokiah GPK1 SK Keratong 2...anak peneroka Keratong1..dan Pn Shamsinar..yang mengajar belasan tahun di situ dan sekarang guru cemerlang di SK Rompin..referlah kepada mereka mengenai personal dan atitute staf di SK Keratong1.

Aku harap entri ini dapat membantu kawan kita yang menjadi GB disana dan selamat menempuh cabaran sebagai Guru Besar. Selamat juga menelan pahit manis menjadi GB dan kuatkan semangat dalam mengurus perubahan kearah kecemerlangan di SK Keratong1.

Selamat bertugas.

Sunday, October 10, 2010

Abang Jef

Sdr. Alias mendiamkan diri sekian lama. Tiada lagi panggilan telefon seperti biasa kami berhubung ketika bersama-sama kursus di IAB dan UPSI dulu. Dihubungi pun tidak menjawab. Akhirnya saya bertemu dengannya di suatu tempat yang dikenali sebelum ini sebagai Pusat Pupuk Semangat, Kemaman. Tetapi pada hari ini 9.10.10 ia dijadikan tempat Majlis Konvokesyen TatiUC pelajar-pelajar yang tamat pengajian di peringkat sijil dan Diploma.

Kehadiran kami bersama keluarga ke sana kerana menghantar anak masing-masing menerima Diploma HND. Tahniah kepada Sdr. Alias kerana anaknya menerima hadiah dekan.

Anak saya kini melanjutkan pengajiannya ke UniKL di Kulim. Manakala anak Sdr. Alias bekerja di sebuah syarikat di Kemaman disebabkan kesilapan teknikal untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Gambar di atas untuk mengubat rindu kawan-kawan kepada kami. Kalau rindulah...hehe..!!

berita penting

1. Banjir yang lebih besar bakal melanda di pantai timur hujung tahun ini.
- sila ambil tindakan segera.

2. UPSR dan PMR akan ikut format baru mulai 2016.

3. Takwim tahun 2011 sudah keluar..sila ke PPGB B.

Wednesday, October 6, 2010

sekadar berkongsi

"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah 2 : 255

Ilmu

Di dalam al-Quran ilmu dapat dimaksudkan dengan pelbagai makna, tetapi di sini cukuplah dengan membicarakan pengertian ilmu itu dalam Bahasa Melayu sahaja. Ilmu menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti ;

  1. Pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.
  2. Kajian dalam sesuatu perkara.
  3. Hadirnya makna dalam diri seseorang.

Dari segi pemahaman yang mudah, ilmu bermaksud suatu pengetahuan yang merangkumi pengetahuan yang diperolehi melalui belajar atau proses dan aktiviti pembelajaran seperti pemerhatian, kajian, eksperimen dan sebagainya serta boleh juga diperolehi melalui pengalaman.

Ilmu juga merangkumi pengetahuan mengenai perkara yang berasaskan kebenaran, kebatilan, keraguan (bimbang atau bingung) dan syak (was-was).

Selain dari itu, ilmu juga berbentuk umum yang meliputi pengetahuan mengenai hal-hal keduniaan dan akhirat, iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

Fardhu Ain: Ilmu yang wajib dipelajari seperti tauhid (mengesakan Allah yang Maha Agung), syariat (solat, mempelajari al-Quran atau mempelajari perintah dan larangan) dan tasauf (ilmu akhlak atau sifat-sifat terpuji dan sifat-sifat yang dikeji seperti adab berjiran, adab bergaul, adab selisih faham, adab makan, adab mandi dan lain-lain).

Keingkaran untuk mempelajari fardhu ain ini bagi setiap individu hukumnya adalah berdosa.

Fardhu Kifayah: Ilmu yang menjadi tanggungjawab sekumpulan tertentu bagi mewakili orang Islam, atau untuk mewakili masyarakat.

Andaikata tiada seorang pun di kalangan orang Islam yang mempelajarinya, maka semua ahli masyarakat berdosa. Contohnya, ahli tafsir, usahawan, saintis, doktor dan lain-lain.

bersambung........sian buka blog tak ada citer baru.....bacalah...ni baru siri 1


Sunday, October 3, 2010

tamat semester 1/sesi 2010

Falkulti Penrniagaan dan Ekonomi telah bertukar nama kepada Falkulti Pengurusan dan Ekonomi. Dekan dan timbalan Dekan telah bertukar tangan. Ramai pensyarah baru dan ada banyak bangunan baru di UPSI. Bangunan sebelah Falkulti Bahasa dah pun siap dan boleh diguna. Beberapa bangunan tersergam di tapak UPSI di proton city dan pintu gerbangnya tersergam menanti. Hala ke Behrang ada kedai makan Beriani Gam. Sepinggan RM 8..sedap dan berbaloi. Kedai angah IT telah berpindah ke hadapan pintu selatan. Kedai Midon Photostat ada jual burger pulak.

Minggu demi minggu berulang. 17 asingment untuk dua subjek. Iaitu Kepimpinan dan Kualiti. Dan tiada final. Subjek penyelidikan saja yang ada peperiksaan bertulis. Iaitu pada 8 Oct ni jam 8 malam. Ada tiket yang perlu di ambil di IPS sebagai pas masuk.

Selepas itu tamatlah sem 1. dan akan bermula pula sem 2 pada bulan dis nanti.Aku sempat menziarah Shadan Tok Penghulu, dan Yati Mother board. Mereka masih mesra dan welcome dan insya Allah akan turut sama dalam menuntut ilmu ke aras sarjana satu ketika nanti. Ilmu tak rugi kalau di tuntut....dan pengajian sarjana lebih mudah dari 1st degree...

Kepada yang naik pangkat...Ani rompin...SELAMAT MENJALANKAN TUGAS...berikan yang terbaik untuk anak bangsa dan tinggalkan legasi yang baik.

Friday, October 1, 2010

Berita

Ani Rompin naik pangkat jadi GB SK Keratong 1. Bandar Tun Razak, Pahang.DM

salam...wa sibuk sikit hari ni

Wednesday, September 29, 2010

Berita sana sini

Naik Pangkat

Nafsiah menjadi Pen Pegawai Daerah di PPD Gred 41: Unit Bahasa
Shadan menjadi Pen Pegawai Daerah di PPD Gred 41: Unit Bahasa

Kemalangan:

Nafsiah kemalangan jalan raya di mana kereta yang di pandunya melanggar penonggang motosikal, patah tangannya.

Kehilangan:

Pak Sedara aku meninggal dunia di Kuala Lumpur

Belajar Masters

Che Hassan kini menjadi pembantu penyelidik di UPSI
Aku- dua minggu lagi habis sem 1/ masters Pengurusan Pendidikan di UPSI

Rumah terbuka:

Aku dan Che Hassan akan kerumah Yati Aziz petang jumaat ini...jom join...

Sunday, September 26, 2010


Bicara kita Modal Insan. Bicara global Modal Sosial. Kita perasan kita maju wal hal kita mengundur dan menguncup atau terkebelakang. Apapun ..kemewahan adalah kemunduran yang terselubung.

Pihak yang berjawatan Menteri menjana kementerian masing masing dan antara niche kementerian di malaysia ialah melahirkan insan yang berkualti. Idea? Bagus....Contoh tauladan dari yang dikatakan pemimpin....3rd class. Mana bukti...? Kena buat kajian. Namun grownded theorynya banyak sekali. Ambik contoh sikap hormat menghormati. Bila sesaorang itu menang pilihan raya ...secara demokrasi...dia adalah pemimpin..tak kiralah sapa dia..kita yang kalah kena hormat kehendak majoriti. Bila wakil negeri bercakap...pihak media perlu siarkan ucapan MB bukan orang lain. Sebab dia MB yang sah, betul? Banjir di Johor...sila berikan ruang untuk Ghani Othman...dia MB. Bencana di pahang...berikan ruang pada Datuk Denan dia MB Pahang. TV sebagai media primer adalah Guru kepada masyarakat...TV dan radio adalah Guru dalam modal sosial. Media eletronik perlu memberikan tunjuk ajar yang baik...jangan jadi Guru yang tidak bermoral. Masalah di Kedah...Selangor dan Kelantan serta PP. Wakil kepada negeri itu tidak di berikan ruang...temubual dibuat atau di siarkan kepada bukan MB...kenapa? TV3 TV1 TV2 dan TV 9 tidak tau erti hormat malah mengajar masyarakat supaya jangan hormat kepada Intitusi Perlembagaan berpalimen. Temubuallah MB yang dipilih secara majoriti tu...Ini satu bukti bagaimana 'idea bercanggah dengan implementasi' Kata nak lahirkan insan berkualiti tetapi media mengajar supaya jangan hormat...kehendak majoriti...semua orang tau ini. Persoalannya sampai bila ...media akan memainkan peranan tidak wajar ini.

Di sekolah...proses sosialisasi mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Ada sekolah meletakkan sempadan atas nama jawatan dan kerja. Ada GB tergamak menyuruh pekerja minum ditempat lain semasa rehat...jangan bersama guru dan tetamunya,....sebab dia GB dan hanya layak minum bersama GB dan Guru...jangan tak percaya...memang ada. Sekolah mana tu...itu tidak perlu dihebahkan namun hakikatnya memang ada. Dah, bagaimana nak meningkatkan modal sosial jika minda masih ada persempadanan?

Antara sekolah tidak mantap jalinan dan smart parthershipnya...masih lagi menegakkan kaedah bersaing malah PPD juga secara sedar atau tidak sedar bersaing dan bertanding...menunding dan mengejar sesama mereka...walhal sudah ada perkeliling melarang dari berkelakuan begitu...melarang meletakkan ranking sebagai bitara dalam menjana kecemerlangan...akibatnya ada sekolah 'kemut mengemut' kepakaran, kemahiran, bahan dari sekolah lain yang berhampiran atas dasar 'ingin menang' dalam persaingan. Apani? Mana linking atau rangkaian akademik untuk meningkatkan lagi ruang sosial kita...Sekali lagi bukti kita cakap tak serupa bikin. Dan kita kecilkan modal dalam bersosial...

Ada juga mengamalkan dasar pintu tertutup....walhal agensi lain disekitar sekolah sangat sedia membantu...contoh etika takaful...menyediakan anugerah RM 500 pada murid yang berjaya mendapat 5A. Jika ibu bapa meninggal dalam tempuh...membayar insuran ...takaful akan jadi penyabung bayarannya...dan anak anak akan mendapat RM 500 di awal tahun...malah bila sudah besar...murid akan mendapat check dari simpanan yang dibuat. Bila sudah sampai tempuh matang....Bank? juga offerr macam macam untuk sekolah...asalkan berikan mereka ruang...Polis, Bomba, AADK, JKKK kampung , Pembekal dll. Berikan mereka ruang...dan ini menambahkan jambatan antara sekolah dengan dunia luar...Ada Universiti menjadikan sekolah sebagai anak angkatnya . Sekolah aku adalah anak angkat UMP...maka SKTB boleh pada bila bila masa dapat menggunakan bas UMP untuk kesana sini setelah memenuhi syarat minima dari UMP....kan senang tu...aku tidak faham kenapa ada GB menutup pintu pagarnya dan menjadi amcam firaum memerintah mesir...Dia anggap macam sekolah itu sekolah kepunyaaan dirinya dan keluarganya....Sekali lagi masih ada aksi terlampau seorang GB. Yang menongkah arus global malah menentang dasar sedia ada.

Kepada yang dah jadi GB...jangan malukan IAB dan UPSI...serta ilmu di dada tu. kepada yang bakal menjadi GB...bila diberikan peluang....ambillah peluang itu dan hentikan lah sikap dan legasi beberapa 'GB tolol" itu...memualkan dan memalukan...

Maaf . Kritikal sedikit.

Salam

Saturday, September 18, 2010

Terima kasih jugak kepada Usop Sipan dan Pirzan

Aku sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih pada Pirzan dan Usop Sipan datang bertandang ke rumah aku....berhari raya dan kami sembang sampai jam 1.15 pagi...terpaksa balik kerana black out....maaf sop..dan pirzan...lambat entri kau datang.

Friday, September 17, 2010

Terima kasih Jamal dan Mat



Jamal dan anak anaknya menikmati juadah di rumahku ..terima kasih Jamal dan Family yang datang kerumahku...


Mat SG Gau isteri dan anak sedaranya,...hala balik dari berhari raya dari rumahku...terima kasih mat...dan tanamlah pokok pinang tu kat rumah...

Tuesday, September 14, 2010

Thanks Yati Rasul

Aku sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yati Rasul dan anak anak serta cucu kesayangan datang kerumahku berhari raya...yang dekat tak datang....yang jauh dah sampai...dan sebenornya beraya ni..memang ikut keadaan, kedudukan dan sikap masing masing....Janganlah berkira sangat....yang muda mesti dulu ..jangan protokol sangat,.....aku harap..marilah kita saling ziarah menziarahi untuk mengeratkan silaturahim antara kita....

Lupalak nak ambik gambar...

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidil Fitri


Asss... w.t.h.

Saya pak Lah sekeluarga mengucapkan Selamat berpuasa (hanya tinggal 2 hari lagi) dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan PPGB(A) dan PPGB(B). Semua semua rakan-rakan bergembira disampai keluarga yang tersayang. Kepada rakan-rakan yang balik kampong tu..... berhati-hatilah dijalan raya, ingat orang yang tersayang yang menunggu kepulangan kita. kalau ngatuk tu jaga digagah... kerana anad bukannya gagah lagi.... rehat.... tidur kejap... ambil air sembahayang.... sembahayang... baru teruskan perjalanan.

Menggapai bintang

Satu perkongsian untuk rakan2 ppgb agar meneruskan cita-cita 'menggapai bintang' dan merealisasikan belajar sepanjang hayat. Saya (Che Hassan, Openschool) sudah hampir selesai sem 2 program serjana di UPSI. Setiap hujung minggu ke kampus upsi, dan sesekali saya menjenguk dari jauh Kolej Aminuddin Baki yang menyimpan pelbagai cerita kita bersama itu, bukan saja mengubat rasa rindu dan nolstagia saya kepada anda semua tetapi juga menguatkan semangat saya meneruskan pengajian di upsi. Tahniah kepada Usop (KK) yang menyahut cabaran saya, hari ini wpun tidak sekelas saya, tetapi beliau sudah merasainya keseronokan belajar sambil bersantai. Walaupun hanya saya sendirian dalam kalangan kita dan dikelilingi anak-anak muda sebaya anak-anak saya di dalam sidang kuliah, tetapi tidak mematahkan semangat saya, bahkan memberi kelebihan kepada saya, bila sekali lagi bersama-sama rakan2 pensyarah yang hebat seperti Prof. Dr. Omar Karrim, Dr. Kuan, Tn Hj. Nazirmuddin, serta rakan-rakan pensyarah yang baru saya kenal tetapi begitu baik, rapat dan sentiasa memberi ilmu dan galakan yang baik sekali. Pengajian ini tidak sedikit memberi saya tekanan, bahkan saya jadikan sesi kuliah dan perjalanan ke upsi, sebagai salah satu cara saya menghilangkan tekanan di sekolah. Paling membuatkan saya teruja, cara pembelajaran yang berbeza ketika kita berjuang untuk ijazah pertama dulu. Hari ini, saya merasa sangat ghairah mencari ilmu melalui research journal seluruh dunia kerana ini salah satu cara pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Kesempatan ini saya guna untuk memahirkan Bahasa Inggeris kerana semua journal yang baik ditulis dalam bahasa Inggeris. Sehingga saat ini, saya sudah mula membuat penyelidikan dan menulis (tesis) dengan bimbingan Dr. Kuan Wai Bing, saya juga diberi galakan dan dibimbing menulis research journal sebagai satu kemahiran dan persediaan ke peringkat seterusnya. Jadi, saya menceritakan ini semua bukan niat menunjuk-nunjuk, tetapi untuk mengajak rakan2 yang seperjuangan saya sebagai pendidik, agar sentiasa di dalam dunia pendidikan. Mari kita menyahut cabaran negara menjadikan rakyatnya berilmu seperti negara Korea, antara negara yang mempunyai paling ramai pemegang ijazah dr falsafah (phd). Jadi tidak hairan, Korea sudah jauh meninggalkan kita sebagai negara maju di dunia. Sekian, salam rindu dan selamat raya.

Sunday, September 5, 2010

selamat hari raya semua


di ucapkan selamat hari raya
maaf zahir bathin
halal makan dan minum

pada semua
pembaca budiman

admin

Friday, September 3, 2010

Balasungkawa

Al Fatihah untuk aruah suami Pn Rusma...PPGB B yang telah kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos jam 4.25 petang....semoga kak rusma tabah menghadapi dugaan ini.

Tuesday, August 31, 2010

Thursday, August 26, 2010

Seronoknya jadi Pegawai...

sebuah lamunan

Sedang aku menikmati take five yang diberikan oleh Hj Nazimudin, ada satu pertanyaan menerjah ke telingaku...hello cikgu yusof...tak jumpa dr khuan ke? aku terkejut, dan aku bertanya...secara spontan...kenapa u tanya macam tu....saja jer....dia menjawab...ni tentu banyak cerita yang dia cerita pada u tentang i ni....adalah jugak.....

Rupanya nama aku dan kumpulan kita agak popular di UPSI ni...aku tak pastilah pulak...cerita yang elok ke cerita yang tak elok....yang bercerita tu ialah seorang madam dari kohot 7...yang telahpun grade baru baru ni dan dia terus sambung masters

AKu mengelamun membayangkan betapa riuh rendah belajar bersama dr khuan dulu....ada saja yang nak di ketawakan bersama....

Dr. Khuan...u memang lucu, menarik....dan menggembirakan...sifu yang amat faham bab pembelajaran andragogi ni....rindu dr.

Tuesday, August 24, 2010

tugas yang masih belum selesai

dr kamaruddin [ kualiti ]
1. ulasan jurnal
2. mini buku tentang kualiti

prof jumaat [ penyelidikan ]
1. bab 1-5
2. jurnal yang berkaitan
3. seminar paper...

hj nazirmudin ..dah habis

exam minggu akhir...lepas tu tamatlah semester 1..ijazah lanjutan...semoga aku dapat habiskan sem ni sebaik mungkin...sambung lak bulan 12 nanti...sem ni, look and learn jer dulu...sem depan ..mula enjoy....my study....sem 3. start buat projek.....sem 4..cuma satu subjek...saja perakuanan. dan hantar projek.

berita terkini dari aku...

Monday, August 16, 2010

Surat Pengesahan Lantikan DG 41


Sesiapa yang masih belum menerima surat pengesaha perlantikan sila mengambil langkah proaktif dengan membuat aduan di SPP. Pergi ke web site SPP dan cari satu menu...aduan..buat aduan rasmi disitu dan nyatakan maklumat yang lengkap...seperti no ic, fail jpn no rujukan spp dan sebagainya....kalau berdiam diri...pun bagus jugak...tapi lambatlah sikit. Insya Allah aku akn menerika gaji 41 tak lama lagi bersama tunggakannya sekitar 6K....rajin berusaha, cepat lah berjaya dan jangan suka mengambil sikap 'keterbergantungan' dalam mengurus career path masing masing...yang terbaik ikut cakap makrop.....tu semua dunia....

Sama sama belajar, sama sama bergurau, sama sama periksa, sama sama susah dan senang, sama sama makan dan konvo...tapi pelik...tak sama masa dilantik...malah ada yang masih belum memohon secara online...ijazah dah naik basi...sebab menanti sesuatu yang lebih baik...

Kita tak ada akan dapat semua...we win some...we loose some.....redhalah pada rezeki masing masing.....aku nasihatkan saja....tuan tuan dan puan puan lagi bijak menentukannya.

Salam Ramadhan

Friday, August 13, 2010

malam

12 Jun 2010....daftar masters..wakil ke2 PPGB A


Pendafataran masters Pengurusan Pendidikan adalah satu yang memenatkan jugak...sehari...pergi dari kaunter ke kaunter
lepas dengar taklimat demi taklimat.

Pesanan Prof Dr Omar...Jangan ada yang syahid dipertengahan jalan....

Sem.1......RM 1655
Sem.2,3,4......RM 1195 satu sem

Jom ...kawan kawan....jangan mengalah dipenghujung usia....Pembelajaran Sepanjang Hayat.


Monday, August 9, 2010

bersedekahlah....

Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta ' ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"

Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Friday, August 6, 2010

somebody is leaving

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
AL MUBARAK...

tekanan pengajian sarjana sudah bermula

Dah lama faris pesan..urus masa elok elok...nanti kau stress...memang betul...tekanan membuat asingment memang dah mula menyerap di kepala aku....Hj Nazimudin ada 3 jurnal belum hantar, kualiti satu...minggu depan dah mula nak peembentangan pulak...dan ada satu penulisan ilmiah sampai 50 muka surat...mini buku untuk kualiti dan penulisan ilmiah untuk kepimpinan..

aku dah mula stress.....

demam pulak tu....

bulan posa pun masuk......selamat menyambut ramadhan.....

salam

Sunday, August 1, 2010

Berubah dan jaga jaga

UPSI dulu UPSI sekarang

Dulu kita belajar di TMU sekarang tak lagi..sekarang di TB [ Taman Bernam ]. Dulu bangunan berbalut dan sedang dubuat dekat DKM tu, sekarang dah tersergam indah...fully automatic lagi.. megah mengadap pintu selatan depan kedai mamak roti arab tu. Dulu masa kita belajar dulu tak ada restoren Beriani Gam dan Perahu Pecah, sekarang dah ada pilihan makan. Beriani gam tu jaga sikit, jangan salah terjah...speinggan 8.30 tu,

Dulu kita bincang dan sembang lepas kuliah jumpa sana sini, sekarang, macam nafsi nafsi..habis kuliah depa berlari ke kelas lain atau balik atau urus diri. Memang betul kalau si faris time management sangat penting dalam pengajian masters ni.

Dulu boleh main tiru tiru sikit sekarang...tak ada peluang lansung sebab semua tak boleh jawab dengan betul. Sorry...aku ada hutang 6 tugasan yang kena siapkan...aku rehat dulu dan kau orang sembanglah dalam c box kita tu...

Jaga jaga....

Penjawat awam ‘curi tulang’ dirakam

PUTRAJAYA 31 Julai - Awas! penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat membeli-belah pada waktu pejabat di sini.

Ini kerana gelagat anda akan dirakamkan menerusi kamera kompak oleh anggota dua skuad pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Skuad yang ditubuhkan itu akan berkeliaran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti antaranya Taman Warisan Pertanian dan Alamanda untuk merakam perbuatan seumpama itu.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan di JPA, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya memberitahu, pemantauan itu dilakukan ekoran aduan orang ramai terhadap sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di pusat membeli-belah semasa tempoh tersebut.

Waktu rehat bagi sektor awam adalah antara 1 hingga 2 petang sahaja tetapi kelonggaran diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai urusan rasmi pada waktu itu.

''Pegawai awam yang ditangkap semasa operasi dilaksanakan akan diambil maklumat peribadi mereka dan dipanjangkan kepada ketua jabatan masing-masing untuk diambil tindakan sewajarnya.

''Ketidakpatuhan waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah-Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974.

''Juga, menyalahi Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta Tatakelakuan Pegawai Awam di bawah Peraturan 4," katanya dalam surat Edaran JPA 2020 yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, susulan dari tindakan itu, ketua jabatan diminta menguatkuasakan peraturan mengenai pematuhan waktu masuk bekerja pada sebelah pagi dan tengah hari.

''Mereka juga perlu membuat pemantauan secara berterusan di kantin, kafeteria dan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pegawai di bawah seliaan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Korporat JPA, Nik Noraini Nik Ya berkata, meskipun waktu anjal bekerja diperuntukkan kepada penjawat awam namun ia bukan faktor atau alasan untuk duduk minum di kafetaria semasa waktu pejabat.

''Kita ada tiga waktu anjal bekerja iaitu antara 7.30 pagi hingga 4.30 petang, 8 pagi - 5 petang dan 8.30 pagi - 5.30 petang namun kakitangan tidak boleh sewenang-wenang keluar untuk sarapan pada pukul 9 pagi walaupun anda masuk 7.30 pagi.

''Bagaimanapun di sini, pengecualian tertentu bergantung kepada situasi misalnya jika penjawat awam itu dari kalangan guru. Dengan masa bekerjanya antara 7 pagi hingga 1 petang, takkan skuad berkenaan mahu menahannya atas kesalahan itu jika ternampak dia di Alamanda sekitar pukul 3 petang," katanya

Wednesday, July 28, 2010

Kenangan Mengusik Jiwa


beginilah keadaan kita orang...tapi akhirnya tamat jugak ngaji kat UPSI..
mana nak lupa...tuuuu..mamat sopi tu...bukan main garang orangnya...


muka muka sedih ..sebab dah tua baru nak angkat ikrar pelajar..kena paksa pakai baju UPSI yang kami hanya pakai sekali jer.....terutama tok imam mail kat belakang tu..

Sunday, July 25, 2010

Biarkan Gelora Melanda Hati


Shahdan...Kg Gumut Tambahan..banyak menolong kami semasa di UPSI
Rosli Rashid....Penyelia Kesihatan JPN Perlis...sering menghangatkan susasana kuliah
aku...biasa jer
Tengku Adnan...Penyelia Kanan di IPG Batu Rakit...pakar multimedia...

semua kenangan ni bergelora di dalam hati...

Saturday, July 24, 2010

minggu ke 6 pasca siswazah

Setelah aku harungi 6 minggu berulang alik ke UPSI, aku semakin kasih dan sayang pada UPSI. Minggu ni kami datang tetapi tak ada pensyarah yang mengajar. Kami berbincang dgn rakan rakan satu group dan mengambil nota di emerald atau abscohost. Jurnal dibaca dan diulas. Kemudian di nukilkan di dalam kertas.

Kumpulan ada 3 kumpulan dengan ahli yang berbeza. Subjek Asas Penyelidikan aku dengan 14 rakan mengaji di bawah bimbingan Prof Dr Jumaat. Memang power..dia explain pasal research, naik termuntah muntah aku nak ingat. Subjek Abg Haji ada 40 orang lebih, besar dan subjek abg aji subjek teras...mesti ambik....abg aji punya gertak naik pucat budak budak yang tak kenal dia...aku? relaks....jer.Macam biasa santai tapi otak aku ligat berputar mencari natijah kuliah nya. Bagi subjek kualiti Dr K. [ Dr Kamarudin ] kami dalam 30 orang lebih. Semua kumpulan ni ada penghulunya masing masing dan aku macam biasa mengelak jadi penghulu dan alhamdulillah taktik aku menjadi...

So untuk dapat masters cuma habiskan 9 subjek dengan 36 kredit jer...jauh lebih senang dan ringan. Yang berat ialah membuat tugasan dan berulang alik ke UPSI...tapi itu tak susah jugak, yang lebih susah mengurus kewangan dan mengurus masa...itupun tak berapa sukar yang paling wahid ialah urus kesihatan dan kekuatan jiwa. Kalau ada yang nak sambung silakan aku sedia menanti...bukan nak tunjuk ajar tapi nak ajak melepak kat kedai ..kita kena gado gado pak aman atau nasik lemak simpang 3 atau beriani gam yang popular di Tanjung Malim ni

Salam rindu dari aku...kembara kelana

Tuesday, July 20, 2010

Surat lantikan 41 dah mula di terima

Aku mendapat berita yang aku dilantik ke 41 dan ucapan tahniah dari SPP pada hari isnin 19 Julai yang lalu. Aku harap kawan kawan pun dah mula menerimanya...aku call BSM KPM apa citer surat pengesahan 34 aku tu dah lama dah dapat dapat...aku disepak amcam bola, aku kena cakap dengan pelbagai orang...Dianti, Ros, Azrul, Rohaya, Masitah...tapi semuanya hampa...aku telefon AG kuantan camana gaji aku dan situasi aku,... AG cadangakan RC aku tu dibuat sebaik saja aku terima pengesahan 34 barulah ,mudah dan senang...dari 332 hakiki memangku 34 kepada gaji 34 hakiki...dan buat tunggakkan...lepas tu dari 34 hakiki ke 41 KUP...buat kenaikan gaji dan tunggakan....tu baru senang nak urus...maka aku tiada pilihan lain...aku kena ke BSM KPM pada hari isnin 26 ni...semoga aku dapat surat 34 hakiki tu dalam misi aku kesana...ada sapa sapa kenalan yang boleh tolong?????...emmm tak ada tak perlah...aku akan berjuang sendirian..

Saturday, July 17, 2010

Melawat Che Hassan





Pada 10 Julai lalu saya sempat menziarahi Sdr. Che Hassan di Sg. Petani bersama isteri dan anak-anaknya yang sedang mengendalikan satu pertandingan Hoki. Kalau tak silap 12 pasukan dari 12 buah sekolah sekitar Sg. Petani menyertainya. Ini adalah gambar lewat petang setelah sempat kami menonton 2 pasukan bertanding di peringkat separuh akhir dan akhir. Selepas kami minum petang kami terus ke Hotel Nothern untuk menginap dan keesokannya sempat sekali lagi makan roti canai dengan Che Hassan di warung berdekatan tempat kami menginap. Kemudian kami terus ke Kulim untuk menghantar anak ke dua untuk melaporkan diri melanjutkan pengajian peringkat ijazah di UniKL. Terima Kasih kepada Keluarga Che Hassan menyambut kami walaupun sibut mengendalikan Pertandingan Hoki.

Ini adalah pasukan dari sekolah Che Hassan yang telah mendapat "Johan" dalam pertandingan tersebut. Tak sia-sia GB sendiri yang melatih pasukan ini...Murid-murid ucap terima kasih kat GB tu...

Friday, July 16, 2010

Martivi dan dayang

Berita terkini, Martivi sudah menjawat jawatan GB dan baru baru ini beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Dayang pula baru baru ini mendapat DG 34 mulai 1 Julai 2010. Tahniah. Dan Simah pula sudah memulakan pengajian masters mulai 5 Jun

Maklumat seterusnya tiponlah mereka

Wednesday, July 7, 2010

Salam Rindu

menjejakkan kaki semula di tanjung malim pada 12 jun tempuhari menerbitkan rasa rindu yang amat mendalam dihatiku. bila mataku terdampar dibangunan yang pernah aku dan kawan kawan berkuliah sama seolah masih terdengar suara ketawa mesra dan gurau senda selepas dan semasa kuliah....usikan dan keriuhan melepasi penat memang merentasi masa dan benua kenanganku.

kemudian bila aku mulai kuliah pada 18 jun yang lalu, aku bertemu kembali dengan kegigihan pensyarah UPSI yang memang prihatin dan berkompiten dalam menyampaikan syarahannya...aku terasa amat teruja bila belajar kembali di sini. Umur bukan ukuran, wang ringgit bukan taruhan, ilmu yang dicari menjadi impianku. walau aku cuma mendapat sedikit dan secebis, namun aku adalah antara mereka yang ingin mengecapinya...limpahan nur ilmu menjadikan diriku bernafas dalam lumpur kepenatan dan kelelahan....

kenalan baru...15 orang dalam subjek Asas Penyelidikan dibawah bimbingan Prof Jumaat, 29 orang dalam bimbingan Dr Rahman dalam Pengurusan Kepimpinan dan kira kira 35 orang dalam kelas Dr Kamarudin dalam subjek kualiti....tidur bergeladangan...kekadang di hotel sahara, kekadang menumpang di Kolej Harun Arrashid dan minggu lalu aku tidur lantai ruang tamu rumah kawanku...hanya beralaskan simen yang sejuk dan keras....

mula menyusun jadual dan masa agar yang dikejar dapat, dan digendung tak berciciran....aku juga amat mengerti erti kaphitan akibat bercatu di sana sini..dan aku tidak kesal...aku tak akan mengalah..aku hanya berdoa agar..aku, sehat tubuh badan dan terus mendapat sokongan keluargaku...kerana merekalah aku terus berjuang hingga tamat sebuah landas yang dipanggil pengajian...

Sini ada Che Hassan yang senior...dan Faris yang lebih senior malah adik kumpulan 29 kita dulu kini di sem akhir...aku lihat ....wajah mereka amat ceria sekali....

Tuesday, June 29, 2010

Tahniah: Chan "Taiko" naik pangkat GB

tahniah di ucapkan kepada Chan "Tai Ko" dari Pulau Pangkor kerana dinaikan pangkat kepada GB 34.....sekolah mana? Lu orang tanya dia sendiri ma..

Wednesday, June 16, 2010

18 Jun

Aku dilahirkan pada 18 Jun dan pada 18 Jun ini juga merupakan kuliah pertama aku di UPSI dalam pasca siswazah ini. Aku tahu perjalanan aku masih jauh. 56 minggu aku kena berulang alik ke UPSI dari rumahku...jaraknya lebih kurang 180 km...MP pada semester pertama ini cuma 3 kursus sahaja...Asas Penyelidikan, Kualiti dan Kepimpinan. Petang Jumaat, Malam Sabtu dan Pagi Sabtu. GPK dan cikgu, PIBG dan PPD semua aku dah maklumkan dan yang paling penting aku mendapat sokongan isteriku dan keluargaku...

Aku korbankan masa hujung minggu yang sarat dengan majlis perkahwinan, kenduri dan waktu bersama keluarga. Aku menongkah perjalanan usia dan perbelanjaan selesa. Aku pejam mata pada penat dan letih. Aku hanya fokus pada indahnya mencari sesuatu yang baru.....ilmu. I

lmu makin dikejar semakin miskin kita rupanya. Aku mencari kebenaran. Aku teringat pesanan En Ihsan...Bila kita berkata atau menulis, kita akan gunakan ilmu. Ilmu pula mesti benar. Kebenaran ilmu perlu ada pembuktian dan sokongan. Pembuktian dan sokongan perlu ada kajian. Aku ingin mencari ilmu membuat kajian....Agar aku dapat membuktikan kebenaran dengan cara yang betul...

Kepada kawan kawan....untuk pengetahuan Masters Pengurusan Sekolah ada di semua IPTA, yang paling murah ialah di USM yang kedua UPSI. Di UM satu kredit nilainya RM 150. So, Tepuk dada tanya selera, aku sebenarnya orang ke 5 selepas Kunan, Hassan Embong, Che Hassan, dan Simah....Dimanapun kita berada, apapun kita buat, masa berlalu begitu juga..duit habis serupa je....Doakan aku dan kawan kawna lain ...agar kami berjaya sampai kematlamatnya.

Friday, June 11, 2010

aku beranikan diri menyahut cabaran

Aku memberanikan diri menyahut cabaran dan mengikut jejak langkah Faris, dan Che Hassan dan kawan kita yang lain....mendaki pergunungan untuk mengapai bintang sarjana dalam pengurusan pendidikan di menara gading. Semoga aku dikurniakan oleh Allah kekuatan dalam mengharungi segala cabaran dan halangan yang bakal menanti.

Esok aku mendaftar diri ke Pengajian Masters di UPSI.Doakan aku.

Monday, June 7, 2010

sayang mengapa di rindu

Mengapa Dirindu

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

UJI RASHID

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY