Thursday, December 31, 2009

Nasib seorang Guru


aruah GB En Hassan Muda

Aruah En Hassan Muda, GB dua buah sekolah, dan akhirnya menghemburkan terakhir di sisi isterinya tidak berapa lama dahulu. Gambar ini aku ambil semasa lawatan dirumahnya sehari sebelum dia meninggal. Dengar khabar sakit misteri....[ maaf pic tu terbalik...sikit ]... Harga yang perlu di bayar oleh seorang pengurus perubahaan.

Cermatlah melangkah ke tahun 2010 ini.

Wednesday, December 30, 2009

Assamualaikum Kawan-Kawan


Assamulaikum.... betui kata Kunan tGau... orang dewasa ini bukan macam budak-budak. Kita jangan ambil hati sangat... Che Hassan kata tu betul juga... kita ada masa .. kita tulis... cerita kau menarik Sop... Gambar tu aku bersama teman-teman sebilik semasa di Mekah semasa mengerjakan ibadah haji.

Monday, December 28, 2009

aku letih but friendship.......unbreakable by distance.


semakin jauh dimata....apatah lagi orang sabah...

Terus terang aku letih nak ngurus blog PPGB ni, entahkan dibaca entahkan tidak, seletih kawan kawan nak nulis komen apatah lagi nak jadi penulis bersama...apapun blog PPGB akan kekal begini, kalau ada apa apa nanti aku entrilah berita berita pendidikan yang baru. Tunggu aku segar semula.

Apapun pada aku kita tetap berkawan..sebab ada falsafah mengatakan

friendship is a promise
made in the heart
silent.
unwritten.
unbreakable by distance.
unchangeable by time.

fikir-fikirkan...

Tuesday, December 22, 2009

Guru Nista

Kalau nak tau guru yang nista
berbuat baik ia tak suka
menanam budi mengambil muka
termakan budi ianya lupa
perangai buruk berkata dusta
halal dan haram di sama rata
menolong.....mengharapkan harta
membantu.....harapkan pusaka
berbuat baik.....ada maksudnya


Monday, December 21, 2009

Hi to LINUS bye bye for KIA

LINUS untuk Sekolah Rendah

Program terbaru KPM untuk diadaptasikan pada peringkat sekolah rendah.

Secara kasar LINUS adalah seperti berikut

  1. Best teachers will be allocated to Year 1 and 2. (Not exam year, i.e. Year 6)
  2. Previous remedial programme will not help students catch up when they enter mainstream education. LINUS is designed for students to be able to catch up to mainstream education
  3. Remedial teacher to student ratio to be 1:15, vs 1 per school currently
  4. Nurses in schools will screen for special needs students to identify those who require tailored special needs programmes
  5. LINUS programme to be driven at the district level by the PPD, with committed FasiLINUS (1 FasiLINUS : 20 schools)

Saturday, December 19, 2009

Penghulu

Sejak IAB hingga tamat UPSI, aku sering mengelak agar tidak terpilih jadi penghulu. Dan aku kagum dengan rakan2 yang terpilih dan dapat memimpin kumpulan kita hingga semuanya selamat grad, wpun takda tambahan markah kepada mereka. Itu semua jadi sejarah dan dikenang kepada orang-orang yang mengenang jasa pemimpin2 kita ini. Hari ini, aku mula kuliah pertama dalam siri perjuangan takda pasal cari pasal ni. Dan disebabkan oleh Dr Kuan yang mencanang kumpulan kita adalah kumpulan GB yang hebat ketika sesi bersama Ketua Jabatan minggu lalu, tempiasnya mengena kepada aku. Hari ini, aku dipilih sebagai penghulu kumpulan. Apa nak buat, terpaksalah pikul. Tapi nasib baiklah pengalaman ketika kita bersama dapatlah juga aku gunakan atau tiru2 style kepimpinan bekas penghulu2 kita dulu tu. Tapi satu lagi perkara yang pelik sikit, ahli2nya tak tetap mengikut kursus yang mereka ambil. Dalam kursus penyelidikan, ahli kumpulan kami ada 2/3 orang yang buat Phd. Jadi berbeza kursus berbeza ahli. Harap aku dapat memimpin kumpulan agar semuanya dapat sarjana nanti. Aku dengar, Faris juga penghulu kumpulannya. Itulah hebatnya PPGB.

NKRA part 1

3) NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya. Justeru, kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.

• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.

• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.

• Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.

• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

Friday, December 18, 2009

Monday, December 14, 2009

Saya kembali ke UPSI


12 Dec yang lalu saya kembali sebagai pelajar master di UPSI. 300 orang lebih mendaftar, seorangpun tiada kelibat yang kenal, baik daripada group kita (A,B dan 29) mahupun senior dan junior kita. Saya keseorangan. Sebahagian kecil sebaya saya, yang lain muda2 belaka. Yang mengkagumkan saya ada yang mendaftar Phd, masih muda remaja. Agak gementar juga saya dalam sesi sehari suntuk itu, bila terpaksa indefenden dalam semua hal. Bukan lagi macam pelajar prasiswazah PPGB yang boleh diurus secara kumpulan. Semuanya kena pandai2 sendiri dan kebanyakannya diurus melalui sistem. Sesi bersama dekan Institut Pengajian Siswazah dan ikrar pelajar serta nyayian lagu Ibu Kandung Suluh Budiman, meremangkan bulu roma saya sebagai pelajar tua yang cuba meneroka lebih jauh dalam dunia pendidikan. Kandungan ucapan Prof Omar Abdull Kareem, selaku dekan IPS, wpun ringkas tapi cukup memberikan semangat bukan saja untuk terus belajar tetapi juga untuk mengajak rakan2 melangkah lebih jauh. Kata beliau, bagaimana Korea begitu maju hari ini, sedangkan sekitar tahun 70an mereka sama dengan kita Malaysia, adalah kerana dunia pendidikan mereka begitu hebat berkembang. Korea antara negara yang mempunyai paling ramai pemengang Phd.

Rupa2nya baru saya tahu, warna latar belakang gambar kad matrik pelajar adalah membezakan antara pelajar prasiswazah, master/phd dan kpli. Dulu ketika kita sebagai pelajar prasiswazah ppgb, latar belakang gambarnya berwarna biru, tapi bila sebagai pelajar master/phd latar belakangnya kuning. Teringat saya ketika saya dan beberapa rakan disapa pelajar muda bertanyakan cikgu buat master?, ada yang mengangguk. Kalaulah pelajar tu tahu, bezanya warna latar gambar matrik itu, malunya. Itu semua sebahagian sejarah kita bersama. Cuma melalui nukilan saya ini, saya mengajak rakan2 marilah kita mencuba, melihat lebih jauh dunia pendidikan yang kita cintai ini sebagai satu wadah pembangunan negara yang kita sayangi ini. Peluang sentiasa ada dan terbuka.

Thursday, December 10, 2009

Mari kita bincang bersama

Rakan2 yang dihormati sekalian, mari kita bincang tajuk ini, 'Kita (guru besar) terlalu besar beban dan tanggungjawab, tetapi tidak ada kuasa'.

Sejak akhir2 ini, kita didatangi seribu macam tgjwab yang kadang-kadang pelik dan melucukan. Aku pernah sarankan, di sekolah, kita buka beberapa pejabat kecil, seperti pejabat kebajikan masyarakat dan lain-lain. Sebab sekolah sudah jadi macam pejabat pos. Tapi pejabat pos, semuanya ada masyuukkkk. Kita apa ada? Yang menunggu dengan segala macam resiko. Setiap tanggungjawab yang diberikan kepada kita, kuasanya tidak ada. Yang ada cuma punca kuasa. Bila berlaku sesuatu kes, kita yang kena.

Pendapat aku, GB merupakan satu2nya jawatan yang aneh dan pelik di dunia. Sebagai pengurus sekolah, kita tidak pernah diajak berbincang atau bermesyuarat. Yang ada hanya dipanggil untuk ditaklimatkan dan diarah itu dan ini. Kalau dipanggil bermesyuarat pun, hanyalah wakil2 MGB, itupun seperti melukut di tepi gantang. Jadi, mari kita bincang2 bagaimana cara terbaik kita nak uruskan sekolah tanpa kuasa yang hakiki. Bukan kuasa nak pecat guru, tapi kuasa mempertahankan hak sebagai seorang pengurus sekolah.

Wednesday, December 9, 2009

Perutusan Raja Sehari

Dijemput semua

kawan kawan dari kumpulan A, B dan Group 29
yang bersama sama belajar di IAB NPQH 9)
dan UPSI

kerumah

Puan Halipah

di Taman Cengal
Mentakab, Pahang

untuk meraikan majlis walimatul urus

pada 13 dis 2009 ini

seisi keluarga...

telipon

012 9516032


Sunday, December 6, 2009

SELAMAT HARI LAHIR 09



Kunan mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada rakan-rakan kita yang menyambut ulangtahun kelahiran yang kebetulan pada bulan yang sama dengan Kunan (1hb) iaitu Sdr. Alias Othman (16hb), Sdr. Che Hassan (1hb), Sdr. Chia Chee Kwong (15hb) dan Sdri Rofidah Majid (28hb).



Kunan hadiahkan gambar kek ini buat orang yang diraikan....



Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah jua...Amin


Mawi Raya Haji kat Terengganu.

Tanggal 26 November lepas, Mawi, isteri dan tiga anak perempuannya sampai ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira jam 3.00 petang disambut oleh saya (Kunan) dan isteri serta sdr. Hassan untuk bawa mereka ke tempat penginapan di Hotel Seaview. Pada sebelah malam seorang lagi anak sulung Mawi sampai kerana menaiki kapalterbang yang lain disambut oleh Sdr. Hassan. Setakat itu saja kami dapat bersua dengan Mawi dan Keluarganya kerana keesokannya mereka nak balik ke 'Kemamang' tempat Mawi dilahirkan dengan menaiki bas.




Inilah gambar kenangan yang sempat diambil.



Sesiapa yang ada anak lelaki bolehlah pilih yang mana satu antara tiga anak Mawi tu..untuk jadikan menantu. Ketiga-tiga comel-comel belaka.

Kepercayaan


Kesempatan saya melawat perkampungan orang2 Batak, Danau Toba, 2 bulan yang lalu, sesuatu yang menarik di sini ialah sejarah masyarakatnya. Yang paling 'menarik' pada saya ialah ukiran payudara wanita dan cicak pada bahagian hadapan rumah mereka. Mengikut kepercayaan mereka, kehebatan payudara wanita melambangkan kehebatan zuriat keluarga dan keturunan suku Batak. Sementara cicak pula menjadi pendinding kepada niat jahat dari luar yang cuba menyusup masuk ke dalam rumah dan keluarga mereka. Sekadar pengetahuan.

Saturday, December 5, 2009

Hak GB dan Hak GPK


Abng Haji...GB yang amat berpengalaman diPerak...
terpaksa selesaikan banyak masalah.

Menarik juga bila dengar ada GPK yang tak sabar nak jadi orang no.1. Dia lebih dominan dan berlagak seperti GB. Bayangkan ada GPK tumbuk GB di Pahang, sian orang tua tu. Namun GB tersebut sabar dan tak buat report polis pun, dia maafkan saja GPK [ dulunya kerja di KPM! ] kerana dia malas nak berenyah naik turun mahkamah sebab dia nak pencen. Sekolah tu adalah sekolah di kampong aku pulak tu...?

Ada GPK yang buat surat layang terhadap bossnya sendiri. Diam diam dan buat tak tau jer. Dia tersenyum bila bossnya di siasat dan disoal jawab dgn tuduhan fitnah yang dibuatnya. Di rompin ada GPK kerja dia buat aduan jer...tak berenti henti, naik lelah PPD dan JPN melayan aduannya. Akhirnya dia dimasukkan dalam kumpulan GPK bermasalah.

Tidak semua begitu, kebanyakan GPK adalah sangat baik dan sangat membantu GB. Kalau GB mendapat GPK yang 'power' dare segi kerjanya dan tahu akan haknya..GB tersebut GB yang amat bertuah. Mudah menjayakan misi untuk mencapai visinya.

Aku menjadi GPK1, GPK koko dna Penyelia HEM sebelum menjadi Guru Besar. Aku berhadapan dengan 4 Guru Besar, 2 PPD dan 16 Pengetua sebelum aku menjad Guru Besar. Aku memahami bagaimana perasaan menjadi pekerja sokongan dan orang bawahan ni.

Sebenarnya GPK ada tiga hak dan Guru Besar ada dua hak. Hak GPK ialah 1. mencadangkan 2. menasihat 3. memberikan pandangan sementara hak Guru Besar 1. membuat keputusan dan 2. membuat rumusan. Kalau semua orang tahu hal ini, faham dan hayati...masalah diatas tidak akan timbul sama sekali.

Bagitulah dunia. Kan maarof....semua tu dunia belaka...hahahaha

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY