Monday, September 29, 2008

selamat hari raya aidil fitri

assalammualaikum dan salam sejahtera
saya dengan ini menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maf pada segala kesalahan saya zahir dan bathin, minta hala makan dan minum dan semoga semua berada di dalam kesejahteraan dan saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua kawan kawan dan semua pensyarah UPSI dan Pensyarah IAB.

Panjang umur kita jumpa lagi.

Salam untuk semua
Yusof Mohamad
Kembara Kelana
Usop Rompin
waibi m

Saturday, September 20, 2008

blog ini akan di tutup. adios dan sayonara semua

asssalammualaikum, salam sejahtera dan salam bahgia.
kepada semua kawan kawan dan rakan rakan seperjuangan yang amat aku kasihi.

blog ppgb kumpulan a ni akan ditutup tidak lama lagi, kekurangan pengunjung, ketidaksudian menjadi penulis bersama (contributor) walau telah diperlawa, kekurangan comment dan respon..menjadikan blog ini seolah blog syok sendiri....lagipun aku kepenatan...

sebelum melabuh tirai, aku minta maaf kalau ada kata kata dan ulasan atau nasihat atau persepsi dari aku yang menyentuh hati dan perasaan tuan dan puan semua. Tidak terniat nak gunakan blog ini untuk nyakiti kawan kawan semua...aku hanya memberikan pandangan menurut hati dan perasaan aku sendiri...

kedua, kalau ada yang mahu artikel ditarik atau di delete..dont worry semua dan keseluruhan blog ini akan di delete...sebab aku rasa ianya sudah tidak diperlukan lagi oleh ahli semua dan barangkali akan muncul pulak blog dari kawan kita yang lain. Kita join saja lah, blog baru tu

akhir kata...maaf sekali lagi dipinta dan selamat menjalani kehidupan yang bermakna dan menjadi pemimpin yangberkesan dan berguna...kepad agama, bangsa dan negara..

salam sayang
kembara kelama

Thursday, September 18, 2008

berita baik

salam sayang semua,
pertama minta maaf kerana banyak salah ejaan dalam masa kau menulis...memang patut ditegur pun...kedua, tadi aku cucuk kad atm...tiba tiba ada masuk 400 dalam akaun...ni adalah duit makan fasa 7 kita...jadi dapatlah kita gunakan untuk menyambut hari raya...terima kasih IAB..dari PT sampai ke pengarahnya...
tekanan projek 3 dah reda...tekanan nak balik kampung mana masa raya pulak timbul...maka akan ada perbincangan dan perbahasan...namun aku percaya dalam usia matang, ilmu yang dah bertambah...harap semua selesai dengan baik...aku?
raya pertama kat lanchang, raya ke dua dirompin...raya ke 3 di muar..keempat dan seterusnya dirompinlah....so, sapa sapa lalu rompin, mesti call dan singgah rumah....tak singgah, jaga..

selamat bergembira dengan berita ini.

salam

Wednesday, September 17, 2008

amaran

salam sayang semua
tadi anak saudara aku, [ jurutera eletronik dan pakar IT] mengirim massagge yang penting untuk kita kongsi bersama


norashikin abdullah (17/09/2008 14:59:45): seseorang dengan nama ongbak_5608@yahoo.com hendak menambahkan anda di YM..jangan diterima, itu adalah virus yg paling power. beritahu semua orang yang ada dalam list YM Anda, sebab jika mereka menambahkan maka anda juga akan mendapat virus tsb. Beritahu semua orang dalam list YM Anda untuk tidak membuka kiriman apapun dari cikoi_sons, ha5rul dan frenzck2. Nama2 itu merupakan virus yang berfungsi untuk membunuh hard drive. Sampaikan surat ini ke setiap orang dalam list YM Anda. Klik kanan pada daftar group name dan klik Send Message to All....

hati harti dan ambil tindakan yang wajar bila membuka yahoo massengger...ramai penyangak dan penggodam yang suka menyusahkan orang lain..

salam

Tuesday, September 16, 2008

Che Hassan oh Che Hassan


sedang beradu kekuatan fikiran dgn che hassan


Salam Ramadhan
Selamat menyambut nuzul quran.

Kawan kawan
tadi aku dapat sms dari Che Hassan, dia pun tengah diperingkat hujung menyiapkan projek 3 dan akan hantar sendiri by hand dengan pensyarah dia....KJ kita, Dr Khuan Wai Bing.

Dari mula mengenali che hassan ni, nampak keunikkannya. bagi orang yang mudah terkena kesan halo, akan menganggap che hassan ni macam macam. tetapi bagi yang agak cermat sedikit memerhati dan menafsir sesaorang, akan nampak beberapa sinar dicelah daunan...ada banyak kekuatan dalam ledakan laser mulutnya atau gerak gerinya. Dalam mengemukakan pendapat che hassan meletakkan pendengar kesatu persepsi yang jarang difikirkan, dalam bersukan, che hassan ada keupayaan yang tinggi dan keazaman untuk menang, dalam perbincangan kumpulan che hasan minat melontarkan idea dan suka menjana kerja ( kalau boleh bagi dia jadi bosslah..) dalam mengurus diri, che hassan amat teliti dan tereni. Untuk mengalahkan che hassan kalahkan dia dalam berhujah dan memberikan idea, untuk mendapat hormat che hassan hormati dia dan idea nya dan buktikan...

aku sedih ada kawan dalam kelas kita sampai sudah menganggap che hassan pengacau lah, che hassan tak boleh buat kawanlah....malah ada sampai akhir, ada yang anggap che hassan orang yang patut dijauhi dan tidak bertegur sapa dengan che hassan...tetapi apakan daya, itu semua adalah kehendak dan pemikiran masing masing...pada aku, aku ok jer...aku ikut sapa jual, sebab aku darah pendekar...kalau jual mahal aku beli mahal, kalau jual murah aku beli murah kalau tak mahu jual, aku tak mahu beli....so far aku dgn che hassan sampai akhir tetap kawan baik dan dia selalu hubungi aku walau dimana dia berada...dari iab sampai sekarang...

kepada che hassan selamat maju jaya...kau pandang parlimen kau ingatlah aku....
salam

Sunday, September 14, 2008

Akhirnya Projek 3 aku....siap


...eloklah aku pergi mancing....








Lega..........itulah ungkapan yang dapat aku berikan, kerana tadi, 14 Sept 2008, akhirnya Projek aku siap jugak....Puhhhh...tentang markahnya? tak kisahlah tu...janji aku telah tunaikan tugasan aku dan hantar.

Aku tanya zainal, dia kata dia dah lama hantar dah dapat markah dah...punya lah belagak kawan aku ni...aku tanya yati, ani, jamal dan lain lain...semua kata dah hantar...jadi, aku antara orang yang lewat...

aku buat kajian tindakan untuk membuat cadangan terbaik bagi Guru Besar memperbaiki kepimpinannya supaya dapat mencapai matlamat sekolah dan dalam masa yang sama diterima oleh guru guru. Gaya macamana yang sesuai? Untuk itu digelung pertama ini aku melihat apa persepsi guru tentang gaya kepimpinan GB yang sedia ada..wah..interesting juga...macam macam respon aku dapat...dan bila dibuat kajian ni, barulah tau...rupanya sebagai pentadbiran kita adalah moving target orang bawahan...sampai ke pakai selipar pun cikgu akan ingat, aku kemukakan 50 soalan pendek.12 untuk gaya tindakan 13 untuk gaya proses, 12 untuk gaya kemanusiaan dan 13 untuk gaya idea...cikgu menjawab semua soalan dan 32 responden, seorang saja tak hantar...selepas di analisis....jangan tak percaya, memeranjatkan...dapatannya sungguh menggemparkan...macamana ek?

Itu kau orang kena tengok kertas projek aku, bahagian 6-dapatan kajian dan bahagian 7- perbincangan dan cadangan.

mulanya nak pakai spss...tapi aku naik pening explore spss, maka aku guna kan excell saja..takpa lah tahap ijazah pertama...terima kasih kepada semua yangmemberikan sumbangan idea dan sokongan bahan. budi baik tuan , tuhan saja yang akan membalasnya...

aku tak kisah dapat B- pun (asal jangan C...sebab memang aku buat, bukan tiru) aku tak kisah tak dapat A...( kalau bagi...alhamdulillah) tapi aku enjoy buat projek ni, mencari kefahaman maksud kebenaran dari kajian yang aku buat...aku enjoy berkongsi dengn kawn kawn yang tak dapat peluang belajar...aku sedia tunjuk ajar..agar semua orang rasa berguna...dan dalam enjoy itu barulah hasilnya juga akan sepadan dengan usaha...setakad ini result aku taklah mengeciwakan sangat....B-, B, B+ memang berlambak lambak..dalam masa tu ada jugak terselit A- dan A bulat....Ada yang mengeciwakan dan ada yang tak sangka...

kawan kawan,
percayalah...apa yang kita dapat adalah hak kita dan apa yang kita tak dapat...memang bukan hak kita, aku tak kacau hak orang tapi sapa kacau hak aku....aku istihar perang...

salam

Tuesday, September 9, 2008

ini masa yati..masa kita?kita tak tau

salam
kawan kita yang special, nor hayati aziz...baik hati selalu tolong orang dan mudah berunding..selalu tidak menghampakan kita...pernah aku mintak jahit kaki seluar..sebab panjang sangat...pun yati sanggup lakukan demi persahabatan..aku pernha kerumahnya dgn kawan kawan bersembang dgn suami dan keluarganya, makan tengahari dan ziarahi dia..kg rasa tambahan.

dalam saat kritikal sebegini tiba tiba ada sesuatu telah melanda yati aziz, menurut dari yati rasul

...Projek 3 dah 95% siap tinggal nak print saja lagi. Tiba-tiba laptop dicuri org..dikait melalui jendela di rumah. Kerja2 semua tiada back up, tidak di save di pendrive atau mana2.Bayangkanlaaaaaa...
Lebih malang lg dapat tau pula tubuh badan terkena kencing manis, asal petunjuk dari ibu kaki...kini saban hari pergi dressing...

dan dari sms pagi tadi...luka dekat ibu jari kakinya masih belum kering...sesiapa yang ada bahan mengenai pengurusan panitia...sila hantarkan bantuan softcopy pada yati... dialamat email nya hayaz_46@yahoo.com.my

sila lah berikan semangat,
atau bantuan yang sesuai,
atau kata kata simpati...
kerana ini masa yati...masa kita belum tahu

salam

Monday, September 8, 2008

biar tidak setuju tapi kami bersatu











biarpun kami kadang kadnag tidak bersetuju tetapi kami akhirnya akan bersatu. selamat maju jaya semua kawan kawan dimana jua anda berada dan apa jua anda lakukan
salam

Sunday, September 7, 2008

projek 3 : Anda Ada 10 hari Lagi

salam,
untukpengetahuan semua....dan semua dan tahu pun...mulaihari ini dah boleh count down....10,9,8,7,6,5,4,......pos.......3,2,1......16 sept2008.....sapa tak hantar projek....tak dapek nak nolong....aku yang cakap ni? tengah terkial kial.....
SELAMAT MENYUSAHKAN DIRI......
salam

Saturday, September 6, 2008

klim makan dari IAB

salam
baru baru ni ramai yang tanya tentang klim makan dan masuk ke belum...setahu kawan, klim fasa 7 dan fasa 8 belum kawan terima lagi...kemudian klim tambang dgn jabatan untuk fasa 8..kalau dapat sebelum raya ni memang baik.
kawan juga ada emailkan masalah klim ni kepada pengarah IAB dan beliau telah mengambil tindakan yang sesuai...jadi kepada yang belum mendapat klim [...dgr cerita dari fasa 1 pun belum dapat....ye ke?...] kalau yang ada masalah ..sila datang ke IAB dan berjumpa dengan penyelaras kursus kita...[ dont worry...pensyarah IAB semua baik baik dan rajin menolong...]

salam

Thursday, September 4, 2008

hari-hari yang meletihkan

salam
meniti hari hari dalam bulan puasa terasa amat meletihkan terutama heavy smoker macam aku ni, tak berupaya nak bercakap...tadi uruskan solat hajat, yasin dan majlis berbuka posa untuk ibubapa dan pelajar tahun 6 disekolah kemudian, update blog sekejab dan teringat projek 3 tak siap lagi...
aku kena post pada 10 nov ni, rupanya aku ada masa 5 hari jer lagi...mudah mudahan aku dapat capai matlamat aku tu...dapat c pun tak ape lah...
kawan kawan dah mula hantar ke pensyarah ..aku? masih bermain dengan angan angan aku.
keputusan fasa 5 dan 6 nampaknya amat memberansangkan kepada kawan kawan yang aku hubungi...aku ucapkan tahniah kepada semua...

en shukri dah tukar nombor telefon,

aku rindu nak pergi upsi...macamana ek?

aku rindu nak bergurau dengan usop sipan...tapi jauh...nak mengusik awal dan pirzan..dalam bilik aku tu..namun semuanya kini sudah menjadi semakin sayup dibawa angin...teruskan membaca blog ini dan aku akan jemput jadi penulis bersekutu (contributor)..asalkan ada email...apa apa email pun boleh...
sama sama tulis lagi baik
salam

Monday, September 1, 2008

10 orang dah tau

salam
sejak berita markah dibawa atau carry mark oleh cik asmaara tersebar ...sudah 10 orang menghubungi aku, yati, nafsiah, meng cuun, chan tai ko, goen, raseli, chung cooling down, rosli dll minta nak tau markah mereka...so ,aku beri taulah...memang hak mereka cuma aku nak publish dalam blog...tak wajarlah bang...tentu tak beretika macam tu

oleh kerana aku tak save nombor hb hang..masa hang pa mintak tu, sila berikan sikit hint sapa hang tu...supaya aku cepat faham, contoh....sop, aku dapat berapa? - open school. terus aku tau sapa punya sms tu...

oklah, aku penat nak ber blog blog ni...salam semua, selamat berehat
salam

markah untuk subjek IT Cik Asmara

salam
aku tak tau macam nana nak beri markah ni kat orang. markah yang dijanjikan oleh cik asmara kepada kita, beliau minta maaf atas keterlewatan itu...markahnya 60% dan 40 % lagi adalah markah final....soalan yang susah juga....

macamana nak dapat tau markah tu????
elok kau orang telefon aku rasanya bagus, kalau kau orang call aku akan baca kan kau orang punya markah...sesiapa yangtak baca blog ni, tak tau sesiapa baca tak telefon aku, pun tak tau...aku kena bawa dalam kocek hari hari lah macam ni..

aku dgn bangganya memberitau aku adalah no 3 dari bawah..entahlah aku pun tak faham kenapa aku payah nak perform masa exam...ada masalah masa exam...bukan masalah ingatan, masalah penyampaian itu....ahhh, lantaklah, aku takkisah...janji aku enjoy.....semasa di universiti..dan

top student bab ni ialah noorhayati rasul dengan markah yang cukup memuaskan

talian akan dibuka mulai selasa 2.9.2008 jam 10 pagi dan ditutup pada 10.9.2008...
0139761020

salam

mohon doa untuk puan asma hannee

assalammualaikum dan salam sejahtera
ada seorang penysrah kita bernama Pn Asma Hannee, dia membantu Cik Asmara dalam menilai pembentangan moddle tempuhari, kecil molek orangnya.. masih ingat?

sekarang pn asma hanee berada dihospital, kemalangan jalan raya pada 22 ogos yang lalu. suaminya meninggal dunia ditempat kejadian, sekarang, pn asma hanee betul betul mengharapkan doa dari kita semua, kerana hanya Allah jua yang dapat berikan pn asma hanee ketenangan, kesabaran dan kecekalan dalam menghadapi ujian tuhan kali ini.

' Ya Allah, ya tuhan kami, semoga diberikan kekuatan kepada diri sahabat kami, asma hanee, kecekalan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan darimu Ya Allah, tempatkan roh suaminya ke tempat orang yang kau redhai...insya Allah...Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

markah yang cik asmara janjikan telahpun aku terima...sesiapa yang ingin nak tau aku akan emailkan atau sms..sila berikan komen anda

salam

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY