...eloklah aku pergi mancing....
Lega..........itulah ungkapan yang dapat aku berikan, kerana tadi, 14 Sept 2008, akhirnya Projek aku siap jugak....Puhhhh...tentang markahnya? tak kisahlah tu...janji aku telah tunaikan tugasan aku dan hantar.
Aku tanya zainal, dia kata dia dah lama hantar dah dapat markah dah...punya lah belagak kawan aku ni...aku tanya yati, ani, jamal dan lain lain...semua kata dah hantar...jadi, aku antara orang yang lewat...
aku buat kajian tindakan untuk membuat cadangan terbaik bagi Guru Besar memperbaiki kepimpinannya supaya dapat mencapai matlamat sekolah dan dalam masa yang sama diterima oleh guru guru. Gaya macamana yang sesuai? Untuk itu digelung pertama ini aku melihat apa persepsi guru tentang gaya kepimpinan GB yang sedia ada..wah..interesting juga...macam macam respon aku dapat...dan bila dibuat kajian ni, barulah tau...rupanya sebagai pentadbiran kita adalah moving target orang bawahan...sampai ke pakai selipar pun cikgu akan ingat, aku kemukakan 50 soalan pendek.12 untuk gaya tindakan 13 untuk gaya proses, 12 untuk gaya kemanusiaan dan 13 untuk gaya idea...cikgu menjawab semua soalan dan 32 responden, seorang saja tak hantar...selepas di analisis....jangan tak percaya, memeranjatkan...dapatannya sungguh menggemparkan...macamana ek?
Itu kau orang kena tengok kertas projek aku, bahagian 6-dapatan kajian dan bahagian 7- perbincangan dan cadangan.
mulanya nak pakai spss...tapi aku naik pening explore spss, maka aku guna kan excell saja..takpa lah tahap ijazah pertama...terima kasih kepada semua yangmemberikan sumbangan idea dan sokongan bahan. budi baik tuan , tuhan saja yang akan membalasnya...
aku tak kisah dapat B- pun (asal jangan C...sebab memang aku buat, bukan tiru) aku tak kisah tak dapat A...( kalau bagi...alhamdulillah) tapi aku enjoy buat projek ni, mencari kefahaman maksud kebenaran dari kajian yang aku buat...aku enjoy berkongsi dengn kawn kawn yang tak dapat peluang belajar...aku sedia tunjuk ajar..agar semua orang rasa berguna...dan dalam enjoy itu barulah hasilnya juga akan sepadan dengan usaha...setakad ini result aku taklah mengeciwakan sangat....B-, B, B+ memang berlambak lambak..dalam masa tu ada jugak terselit A- dan A bulat....Ada yang mengeciwakan dan ada yang tak sangka...
kawan kawan,
percayalah...apa yang kita dapat adalah hak kita dan apa yang kita tak dapat...memang bukan hak kita, aku tak kacau hak orang tapi sapa kacau hak aku....aku istihar perang...
salam
9 comments:
MERDEKA
Dalam erti kata sebenar....barulah merdeka.... pengurusan pendidikan di upsi kohort 5...bila projek 3 siap.
Tahniah akhirnya kau dan kita semua berjaya siapkan tugasan besar tu.
Memang lega bila dah bantar
Semoga terus cemerlang dalam kerjaya.
Sop aku minta dari kau....
email kat aku satu folder kerja2 pjek 3 kau pada aku boleh?...
aku minat dengan kajian kepimpinan tu.....
salam di pertengahan ramadan
boleh
tak ada masalah...elok kau buka yahoo massengger, senang nak pas fail
sop,
tahniah kerana dah dpt siapkan projek 3, aku pun nak jugak tengok kajian kau tu, kau tolong emailkan kat aku sop nanti aku belikanlah kopi untuk kau, ok?
Akum Usop,
Usop...macam aku tak percaya aku dah siap n hantar Projek 3 aku...lega..leganya aku...MERDEKA!!!
Tapi Usop tau..macam sedih pula rasanya tak sibuk dengan kuliah, siapkan asignments dan projek..maklumlah dah 2 tahun biasa sibuk..
aku pun nak jugak usop emailkan projek 3 tu..teringin nak baca respon respenden2 usop tu...
sof, hati-hati dengan ejaan.. pening aku dengan ejaan yang salah tu, bunyinya jadi lain!Kita kan cikgu..
Usop ni, tu la antara masalah utamanya ketika menulis, ejaan kekadang lintang pukang, mungkin agaknya dek tak terkejar idea-ideanya yg berlimpah ruah dan keluar selaju air hujan lebat menuruni lurah....
pembetulan ejaan:
kawn - kawan
setakad- setakat
mengeciwakan - mengecewakan
klim - claim
minta maaf aku dah biasa tegur anak murid dalam karangan harus hati-hati dengan ejaan...
jgn marah sop
tak marah pun...
terima kasih lagi.
kadang kadang aku tak tau aku ni, best kat mana...
salam
Post a Comment