Tuesday, September 29, 2009

Kunjungan Mat ke Terengganu


Sdr. Mohamad telah berjunjung ke rumah saudaranya di Kampung Losong tempat buat keropok tu....dan sempat beraya kat rumah Hassan pada hari raya ke 4. Saya sempat jumpa Mat dan keluarganya ketika berada di rumah Hassan.

Dalam kesibukan menguruskan majlis pernikahan, saya sempat ruangkan sedikit masa untuk meraikan Mat dan keluarganya di rumah Hassan, kemudian membawa mereka ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan seterusnya menjengguh sebentar di depan rumah saya di Kampung Tok Jembal bersebelahan Lapangan Terbang.

Jadi, minta maaflah kepada Mat dan keluarganya kerana tidak dapat memberi layanan sepenuhnya, tetapi demi persahabatan kita, kawan-kawan yang datang ke Terengganu, kami cuba raikan sebaik mungkin, Insyaallah.

Sunday, September 27, 2009

IAB oh IAB....

Aku dipilih untuk menghadiri kursus di IAB pada

27-30 September 2009...kursus kewangan sekolah....patskom baru....aku berjumpa dengan angelie kerana dia juga berkursus ..kursus BM dalam Pengurusan Sekolah.

kemudian aku akan datang ke IAB sekali lagi pada

4-16 oktober 2009...kursus KKPP kerana namaku dipilih oleh pihak JPNP. Kalau tak silap Chong Adjuster Jadual Waktu jugak akan hadir KKPP bersama aku nanti.

Jam 4.30 aku sampai dan bila saja masuk ruang asrama aku rasa amat terharu kerana aku banyak mendapat ilmu disini..terima kasih IAB, JPN dan PPD...aku akan sentiasa bersedia dan tidak akan menolak kursus di sini... Semasa aku singgah dirumah faris tadi, secara lisan faris ada katakan..group kita kemungkinan besar akan di tawarkan ke 41 pada dis 2009 ini. Insya Allah. Kepada yang belum key in untuk 41...cuba fikirkan semula..sebab bimbang...anda melanggar perjanjian dgn KPM.....Nanti kena denda..naiya...naiya. Ikutlah arus dan jangan menongkah arus. Sebab kita ni sapa?

Monday, September 21, 2009

Salam Idil Fitri

Salam idil fitri dan mohon kemaafan pada semua rakan PPGBkohot5.

Idilfitri menjelma lagi. Alhamdulilah, kita diberi kesempatan sekali lagi menyambut idilfitri dalam pelbagai suasana yang masing-masing kita bina dalam kehidupan kita. Dalam usia yang menjelang senja, tentunya pelbagai dugaan dan cabaran hidup telah kita lalui dan tempuhi. Dan setiap tahun jika kita diberi kesempatan, idilfitri kita sambut dalam pelbagi rupa. Apapun pada kesempatan ini, saya sangat berharap dan berdoa agar rakan-rakan dapat menyambut idilfitri dalam keadaan yang terbaik walau apapun dugaan yang kita tempuh. Semoga semuanya diberkati dan dirahmati Allah.

Wednesday, September 9, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



Setahun telah berlalu setelah kita sama-sama menamatkan pengajian di UPSI, Tanjung Malim yang dibawa bersama seribu kenangan. Kenangan pahit manis kita lalui dengan penuh tabah dan pengorbanan dan akhirnya pengorbanan yang kita buat itu berbaloi apabila sebahagian daripada kita sudah diperakukan ke lantikan tetap dan sebahagian lagi dalam proses. Insyaalah semuanya akan mendapat faedah hasil pengorbanan itu.

Kini akan tiba hari raya aidil fitri yang mulia, juga merupakan pengorbanan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Kira-kira 10 hari saja lagi bulan ramadhan kita akan meninggalkan kita. Adakah kita juga berjaya menghadapinya dengan penuh keinsafan atau sebaliknya.

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini saya dan keluarga memohon ampun dan maaf serta halalkan segalanya kepada sahabat-sahabat muslimin dan muslimat. Disamping itu juga saya dengan rasa rendah diri juga mengampunkan dan menghalalkan segalanya jika ada.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Monday, September 7, 2009

H1N1, UPSR dan Pendidikan

Esok, (8.9.09) akan bermula UPSR 2009. Kerja besar hampir 3 suku tahun, sampai ke klimeknya. Masing-masing sekolah seperti sudah khatam segala persediaan dan kehebatan diri bagi melunaskan tanggungjawab besar ini, di sekolah rendah. Kadang-kadang dilihat juga masih ada persaingan untuk mencipta kejutan dan kejayaan yang lebih baik daripada sekolah-sekolah lain. Ini satu persaingan yang sihat, jika dilihat dari satu sudut untuk meningkatkan pencapaian sekolah dari kayu ukur peperiksaan. Dan hasilnya akan dapat diketahui sebulan lebih dari sekarang.

Di tengah-tengah kesibukan persediaan menghadapi UPSR ini, kita dikejutkan dengan H1N1. Wpun ada sesetengah sekolah agak gawat juga sebulan yang lalu, namun hasil pemantauan dan pendidikan kepada murid-murid dan ibu bapa, dilihat memberi kesan yang positif. Keseluruhan sekolah terkawal. Namun demikian, arahan-arahan yang tiba bertubi-tubi ke sekolah untuk mengambil langkah berjaga-jaga, seperti kononnya, virus H1N1 akan menyerang murid-murid yang menduduki peperiksaan. Semua murid diarah memakai topeng muka sepanjang 3 hari peperiksaan dan sekolah juga diarah menyediakan bilik kuanrentin yang lebih besar, 2 atau 3 bilik. Nampak seolah-seolah tumpuannya bukan lagi kepada UPSR dan mendidik, tetapi seperti mengongkong pergerakan guru dan murid. Walhal, pemakaian topeng muka hanya kepada orang yang disyakki sakit (kata Pakar Perubatan Hospital Sg. Petani).

Kadang-kadang kita melihat apa yang berlaku di sekolah, seperti tempat mencari publisiti atau ruang bisnes, atau juga sebagai tempat ujikaji sesuatu dasar. Perkara-perkara yang lebih utama di dalam proses mendidik itu sendiri, seperti banyak yang terpinggir. Sebagai contoh, jika sekolah mengarahkan murid-murid membersih tandas di sekolah, ada suara-suara sinis menegur kita, mengatakan itu bukan tugas murid. Walhal jika dilihat dari sudut pendidikan, itu juga satu cara pendidikan sains kesihatan, kebersihan diri dan persekitaran.

Saya sedang menerapkan pendidikan begini kepada warga sekolah saya, agar semua warga sekolah bertanggungjawab bukan saja kepada diri tetapi juga orang lain dan persekitaran kehidupannya. Namun demikian usaha ini bukanlah senang jika kita tidak bersunguh-sungguh kerana perubahan yang lebih baik itu selalunya dilihat serong pada peringkat awal. Apapun, sekolah yang baik pastinya bermula dengan budaya sekolah yang baik.

Saturday, September 5, 2009

Rindu

Dalam kesibukan bekerja, memilih file dalam folder komputer, tiba-tiba saya membuka folder 'kenangan upsi'. Wpun tidak banyak rakaman gambar, namun sudah cukup membuatkan hati dan perasaan saya kembali ke kampus upsi yang sudah kita tinggalkan setahun yang lalu. Sebahagian foto-foto di sekitar bilik kuliah, panorama upsi dan gelagat rakan2 serumah di kolej menjadikan saya kaku dalam kenangan seketika. Begitu cepat rasanya masa berlalu. Namun kenangan2 manis, suka dan duka kita semua bersama sangat berkesan di hati. Mengenangkan telatah dan geraklaku rakan2 di bilik kuliah saya tersenyum seorang diri. Pelbagai ragam dan kerenah yang sentiasa menghiburkan dalam pelbagai detik yang berbeza mengikut lenggok pensyarah yang bukan saja banyak memberikan input dan ilmu tetapi juga ikatan persahabatan sehingga kini. Mungkin ketika kita semua bersama di menara gading ini, usia kita boleh dianggap sudah empuk, jadi perhubungan yang terjalin sangat memberi kesan di hati. Bukan seorang, tetapi semua kita tergambar dalam suasana yang sangat hebat yang kini sudah semakin jauh. Apa yang tinggal hanya kerinduan di celah-celah kesibukan kita. Semoga kita semua sihat dan bahagia bersama keluarga.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY