Saturday, September 5, 2009

Rindu

Dalam kesibukan bekerja, memilih file dalam folder komputer, tiba-tiba saya membuka folder 'kenangan upsi'. Wpun tidak banyak rakaman gambar, namun sudah cukup membuatkan hati dan perasaan saya kembali ke kampus upsi yang sudah kita tinggalkan setahun yang lalu. Sebahagian foto-foto di sekitar bilik kuliah, panorama upsi dan gelagat rakan2 serumah di kolej menjadikan saya kaku dalam kenangan seketika. Begitu cepat rasanya masa berlalu. Namun kenangan2 manis, suka dan duka kita semua bersama sangat berkesan di hati. Mengenangkan telatah dan geraklaku rakan2 di bilik kuliah saya tersenyum seorang diri. Pelbagai ragam dan kerenah yang sentiasa menghiburkan dalam pelbagai detik yang berbeza mengikut lenggok pensyarah yang bukan saja banyak memberikan input dan ilmu tetapi juga ikatan persahabatan sehingga kini. Mungkin ketika kita semua bersama di menara gading ini, usia kita boleh dianggap sudah empuk, jadi perhubungan yang terjalin sangat memberi kesan di hati. Bukan seorang, tetapi semua kita tergambar dalam suasana yang sangat hebat yang kini sudah semakin jauh. Apa yang tinggal hanya kerinduan di celah-celah kesibukan kita. Semoga kita semua sihat dan bahagia bersama keluarga.

8 comments:

Anonymous said...

I MISSED THE GOOD OLD DAYS WE HAD SPENT TOGETHER!!

anak suluh budiman said...

me too....

chehassan said...

So...what? Why not kita ramai2 sembang di blog ni. Tukar2 idea, kan kita dalam bidang yang sama. Kalau tak cerita pasal kerjapun, banyak perkara lain tentang kehidupan yang boleh dikongsi. Kita 1 Malaysia.

kembara kelana said...

aku setuju...dan selamat hari raya too

kunan said...

Harap Anonymous serlahkan wajah atau namanya kerana kita tak tau sapa tu?

Syukur Alhamdulillah, hari ini saya dan Hassan diperakukan ke lantikan tetap. Semoga disusuli oleh rakan-rakan yang lain. Harap tak ada yang miss ke perlantikan itu.

Saya cuba berhubung dengan Raseli dan Alian mantan tapi tak dapat, mungkin sibuk kot?

kunan said...

Jelous apabila lihat Blog Kumpulan B dilayari oleh lebih ramai rakan-rakannya berbanding Kumpulan A. Ke mana rakan-rakan kita yang lain?

chehassan said...

Entahlah Ku, nak hubung pakai surat menyurat, zaman la ni, tak main la. Saya juga jerlous, walhal di upsi Group kita dilihat lebih akrab dan aktif, tapi ke mana semua tu. Saya kalau boleh, nak bawa budak2 dan guru2 melawat sekolah rakan2 di seluruh negara, macam yang saya buat ke SK Rantau Petronas hari tu. Tapi apa daya, dapat berhubung melalui IT pun sudah cukup bagus.

kunan said...

Masa kat Batang Berjuntai,Kuala Selangor tempat penghulu Aziz bertugas dan bertemu jodoh antara tahun 1984-1989 (pada ketika itu saya sama-sama mengajar di SMK Batang Berjuntai) Kami adakan Program BARAAN (mengziarahi rumah rakan-rakan secara berkumpulan) Biasanya di waktu malam kerana siang kerja.

Jika kita nak buat boleh juga, cuma jarak agak jauh yang memerlukan banyak pengorbanan. Jadi, oleh kerana agak sukar untuk dilaksanakan maka berpadalah dengan bertemu dan berkunjung rakan-rakan seperjuangan apabila kebetulan kita berada di kawasan rakan kita tu...Paling tidak kita sentiasa berhubung melalui blog ini.

Tolong gerakkan rakan-rakan kita yang belum pernah atau slow menggunakan blog kita ini.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY