
Sdr. Mohamad telah berjunjung ke rumah saudaranya di Kampung Losong tempat buat keropok tu....dan sempat beraya kat rumah Hassan pada hari raya ke 4. Saya sempat jumpa Mat dan keluarganya ketika berada di rumah Hassan.
Dalam kesibukan menguruskan majlis pernikahan, saya sempat ruangkan sedikit masa untuk meraikan Mat dan keluarganya di rumah Hassan, kemudian membawa mereka ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan seterusnya menjengguh sebentar di depan rumah saya di Kampung Tok Jembal bersebelahan Lapangan Terbang.
Jadi, minta maaflah kepada Mat dan keluarganya kerana tidak dapat memberi layanan sepenuhnya, tetapi demi persahabatan kita, kawan-kawan yang datang ke Terengganu, kami cuba raikan sebaik mungkin, Insyaallah.
2 comments:
Ku Nan,
Cemburunya tengok Mamat dah sampai ke Tengganu. Rasa macam sekarang gak nak ke sana! Tunggu ye Ku Nan! Nanti saya britau bile nak ke sana. Hm..hm..lazatnya............ keropok lekor. Nanti Ku Nan jamu saya seafood yang goreng ngan tepung tu ye!
Kepada Has dan rakan-rakan yang lain...tak cukup tapak tangan lapangan terbang Sultan Mahmud ditadahkan. Datanglah ke Terengganu. Insyaallah kami raikan semampunya. Untuk makan keropok lekor tak ada hal punya...Biasanya kami memperkenalkan ICT kepada rakan-rakan untuk jadikan kenangan sempena datang ke Terengganu. ICT maksudnya Ikan Cekup Tepung. Semasa Mat datang tak sempatlah nak raikan dengan ICT. Datang lain kalilah pulak Mat...
Post a Comment