
Setahun telah berlalu setelah kita sama-sama menamatkan pengajian di UPSI, Tanjung Malim yang dibawa bersama seribu kenangan. Kenangan pahit manis kita lalui dengan penuh tabah dan pengorbanan dan akhirnya pengorbanan yang kita buat itu berbaloi apabila sebahagian daripada kita sudah diperakukan ke lantikan tetap dan sebahagian lagi dalam proses. Insyaalah semuanya akan mendapat faedah hasil pengorbanan itu.
Kini akan tiba hari raya aidil fitri yang mulia, juga merupakan pengorbanan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Kira-kira 10 hari saja lagi bulan ramadhan kita akan meninggalkan kita. Adakah kita juga berjaya menghadapinya dengan penuh keinsafan atau sebaliknya.
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini saya dan keluarga memohon ampun dan maaf serta halalkan segalanya kepada sahabat-sahabat muslimin dan muslimat. Disamping itu juga saya dengan rasa rendah diri juga mengampunkan dan menghalalkan segalanya jika ada.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
8 comments:
terima kasih Ku kerana berusaha bersama menghidupkan blog.
kepada semua rakan muslim dan muslimat..SELAMAT BERHARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATHIN dari aku sekeluarga...halalkan lah makan dan minum serta silalah berkunjung kerompin...datanglah rumah aku..manalah taukan..
Kepada semua rakan yang mengenaliku.................
Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan buat rakan-rakan dan famili. Aku memohon ampun dan maaf sekiranya selama pergaulan disepanjang 3 tahun yang lalu ada kata-kata yang mengguris jiwa dan perilaku yang menghiris sanubari rakan-rakan sekelian. Juga minta dihalalkan segala yang telah dimakan dan diminum. Bersama-samalah kita berdoa semoga ibadat yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini akan tidak ada susut nilainya selepas ini. Kalau ke Negeri Sembilan silalah singgah di Kuala Pilah. Kecil Kuala Pilah Malaysia aku tadahkan!
Terima buat Tengku untuk segala-galanya. Selamat berpuasa dan menyambut hari raya buat Tengku sekeluarga.
TO EVERYBODY
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
CGY
Selamat Hari Raya Aidil Fitri!!!!
sohmc
Salam untuk semua rakan2 dan kepada rakan2 muslimin dan muslimat..saya dan sekeluarga merakamkan ucapan SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI...mohon maaf dipinta, halalkan makan dan minum...anda semua dijemput hadir beraya ke rumah kami di sabah pada hari raya ke 3...I MISS YOU ALL...
Selamat Hari Raya untuk semua rakan sepengajian. Salah silap semasa bersama di IAB dan UPSI harap dimaafkan. I really miss all the good old days and those memories will always be in my heart.
Hai, everybody,Selamat Hari Raya & Maaf zahir batin.
Miss the fun, the kuih muih, the raya mode.....hahahaha,.....
Semoga semua sihat walafiat....
Take care.
Salam dpd
choong gy
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, jangan lupa kirm kuih melalui blog ini kepada semua. Maaf Zahir dan Bathin.
fr: Low Choon Yen
Post a Comment