Thursday, November 12, 2009

jejak kasih

...
Khas untuk soh meng chun
....ada kawan lama cari youlah...
klik
sini

Wednesday, November 11, 2009

alfatihah


Ibu tercinta
HASSAN BIN EMBONG
telah kembali ke rahmatullah

[ berita dari kunan, tadi ]

Tuesday, November 10, 2009

Sukabumi


Aku tidak lupa peristiwa ini. Kita bersatu untuk menyertai rombongan bersama sebelum berakhir fasa 8 tempuhari. Kita bersama menaiki bas dari kolej kemudian bersama dengan Penasihat undang undang KPM, Pn Mislinda. Kemudian kita bersama menuju ke bangunan parlimen melihat sidang dewan rakyat selama 20 minit secara live. Kemudian kita kembali ke UPSI dengan selamat. Aku nampak betapa cerianya kawan kawan yang pertama kali ke Dewan Rakyat secara live dan dapat bertemu sendiri dengan PUU KPM yang selama ini kita hanya tau khabar beritanya sahaja.

Untuk teman lain yang ingin membawa rombongan ke Dewan Rakyat...atau berjumpa dengan PUU KPM, tidaklah sesukar mana, senang saja caranya. Untuk mengurus semua 53 orang agar jangan ada seorang pun tercicir...itu yang sukar. Mengurus hal teknikal mudah jika ada rangkaian dan tahu caranya. Mengurus kerenah hati manusia, amat sukar...kena pulak malam sebelum bertolak kita ada dialog yang panas hingga bahangnya terasa sampai kehati. Aku cuba elakkan perkara itu dibincangkan kerana bimbang kesan pada rombongan namun desakan dari kekawan...kita bincangkan juga.

Namun atas sikap profesional dan penuh kedewasaan, kesemua 53 orang dari kumpulan kita bersama dari awal hingga akhir. Itu satu bukti bagaimana sokongan yang padu akan membuahkan hasil yang bermutu.

Bagaimana sokongan kepada blog ini? Data menunjukkan blog ini dibaca tetapi KPI nya tidak meyakinkan. Lantaran aku tertanya adakah masih ada sokongan pada blog ini atau perlu aku sukabumikan nya?


Sunday, November 8, 2009

entahlah

aku berjumpa dengan tengku di kuala trengganu. tengku da hassan sedang meneruskan pengajian ke peringkat masters di UMT. Kebetulan UMT tu dekat jer dengan rumah dia orang...so tengku dan hassan dah pun mengorak langkah..dan masuk sem 2, tahun depan habislah pengajian mereka.

aku cuba mendaftar kat UPSI dan Dr Omar berikan laluan untuk aku dan 4 orang kawan aku, lorong special..sebab masa dah tutup...oleh kerana aku kekurangab dokumen, aku gagal menghantarnya yang berjaya ialah che hassan kita...maka che hasan akan mula mengaji peringkat masters bulan 12 ni...tahniah che hassan..kuatkan semangat

aku bertanya kepada kawan kawan dirompin, sapa nak buat masters tahun depan...nak pergi sebuah kereta..alhamdulillah dapat 3 orang ...masuk aku 4 orang...sebab peringkat ni kena ada geng baru ada semangat. Aku dan kawan aku bercadang nak buat di UM dengan kos lebih kurang 6K-7K. Iklan nya akan dibuka pada Jan dan Feb. Perjalanan dapat disingkatkan jika dari rompin atau mungkin di UKM. Tengoklah keadaan. Isi masa... sementara menunggu 44...kata faris...atleast hujung minggu ada kerja....

sedang intai kut kut UMP ada kos pengurusan....

Saturday, October 31, 2009

kenangan lama kita

Sambutan hari guru 2008, kawan kawan kita di Sabah tidak dapat balik. Aku memperlawa kawan sama belajar datang ke Rompin dan menyambut di Sekolah aku. SK Pontian. Winie, Martivi dan Siti Dayang bersetuju dan aku pun membawa mereka. Mereka singgah dibeberapa tempat dan melawat di beberapa sekolah dan lokasi indah di Pahang. Mereka juga menjadi hakim pertandingan kraf tangan di SKP dan melakukan kunjung hormat di banyak sekolah mencari pengalaman bermakna. Ni ialah slid show mereka. Kalau kawan kawna nak ke Rompin, call dan kita set up.



terima kasih kerana sudi ke Rompin...Martivi, Siti Dayang dan Winie..

Friday, October 30, 2009

dah lulus temuduga?




klik sini

semakan online
masukkan no IC
masukan jugak password

lupa password, sendiri tanggung...tak dapek nak nolong..


Tuesday, October 27, 2009

Nak berita? Komen dulu...berikan email.aku send

Kini sekolah sudah sampai hampir penghujung urusniaganya. Diam tak diam dah mula prepair untuk tahun 2010. Pemeriksaan sekolah, pengiraan akaun untuk di tutup, pemulangan buku teks dan proses penyelenggaraan akhir tahun rancak dan sedang berlaku. Masa ni lah datang penyelenggaraan komputer, bilik pemulihan dan macam macam lagi. Cikgu pun dan masuk mood nak bercuti begitu juga pelajar semua.

Aku dan GPK dah bermesyuarat untuk laporan nilai prestasi tahunan dan dalam proses untuk dihantar ke PPD. Lepas ni kemas kini inventori dan pengurusan aset. Mesyuarat hari penyampaian hadiah dan mesyuarat akhir tahun sekali gus. Kemudian mula berkira kira membuat PATScom dan menyertai pra odit daerah

Kawan kawan macamana? Lama tak dengar berita? no komen, no sms dan no semuanya. Barangkali blog ni dah macam tak perlu kut.. Kalau tak perlu..apa kata nak tau hal hal kita kau orang terus saja ke blog aku atau che hassan atau blog kawan kita yang lain...

Oh ya...ada satu berita..bayaran untuk masters UM Pengurusna Pendidikan ialah 69++. Kalau berminat sila lihat iklan pada bulan jan atau feb. Aku mungkin ke UM sebab dekat sikit kut..lagipun tukar tukar u lah sikit. Baru syok. nak join...sila komen dan berikan email aku akan send melalui email. Sekarang aku nak kemut sikit berita, sapa tak komen tak dapat berita...padan muka kau orang...hahahahaha...nasiblah kan...sekali sekala kena usik sikit kau orang ni..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PPGB 5A IAB-UPSI |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.