Friday, July 13, 2012

Nostalgia ketika bersama

 
1990-1998 aku sering melalui Genting Sempah, di lebuhraya Karak. Setiap kali aku pergi dan balik aku sering ternampak sign board Institut Aminuddin Baki. Terdetik hatiku, bilalah aku dapat berlatih atau menerima latihan di sana.

Masa berlalu.

2004. Pertama kali aku ke IAB. Mengikuti kursus TOT dari EPRD. Aku menjadi Jurulatih kepada jurulatih untuk daerah rompin dalam pengurusan EMIS. Pelbagai kursus lagi menyusur dan akhir sekali pada 2005-2006 aku ditawarkan memasuki kursus NPQH dan Diploma Kepimpinan Pendidikan . Di bawah Program Pensiswazahan Guru Besar Kohort 9.


aku dengan Pak Lah..macam isi dengan kuku


Haji Azmi - Berdisiplin, tajam pemikiran dan
suka menolong...sensitif sikit


Ketika inilah nostalgia yang paling manis berlaku. Kami ada adik ( Kump.29) dan kami ada kakak dan abang ( kumpulan 34 ). Pelbagai projek kami buat bersama, rombongan ke Pulau Pinang, Jamuan Hari Raya, Sambutan Kemerdekaan, Malam Budaya, Menderma Baju terpakai di rumah kebajikan dan Jamuan Akhir Tahun. Kami bersukan bersama, bertanding dan bergembira macam pelajar kolej yang remaja.

Rosli - Dah macam adik beradik dgn aku. Dia pernah tidur rumah aku aku pernah tidur rumah dia, kami berebut dalam banyak hal dan tak nak mengalah.

Aku teringat mata-mata indah dan senyuman menawan semasa aku disana. Oh Indahnya. Semua kawan kawan baik baik belaka.

Aku mendapat Gred 4.0 dengan markah 94%. Di sinilah aku mendapat markah paling tinggi dalam umur hidupku. Terima kasih pensyarah dan pengajar di IAB. Aku menjadi sangat bermotivasi. Thanks to Cik Aundey Low, penyelia aku pada masa itu. Baik, manis dan lemah lembut.

Selepas aku graduat di UPSI aku menjadi Guru Besar dan sejak itu aku berkali kali dipanggil ke IAB dalam pelbagai kursus untuk GB. Banyak ilmu aku perolehi dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan pendidikan.

Aku meneruskan Kursus Sarjana, sekali lagi saban minggu aku melintasi IAB dan berhenti sekali sekali menumpang sembahyang dan bertemu sahabat lama.

Kini aku berada di BPSH, KPM. Aku sentiasa bercita cita hendak menjadi pensyarah di IAB agar aku dapat terus berada di sana kerana aku suka cuacanya yang sejuk dan nyaman, sunyi dan menenangkan. Selepas aku menerima Ijazah Sarjana ini barangkali aku akan cuba memohon untuk berkhidmat disana, Aku bayangkan, aku akan berjumpa kembali kawan kawan yang berkursus dan meleraikan rindu kerana sudah lama tidak berjumpa.

IAB sentiasa dihatiku dan antara pentas dunia yang indah pernah aku singgah dalam kembara kehidupanku.

Tangga sehat...aku barangkali dah terlalu tua untuk menduga kau.....
 
 
Salam 

No comments:

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY