Wednesday, January 26, 2011

Thursday, January 20, 2011

dimanakah anda berada sekarang?

Ada berita baik, semua peserta PPGB akan di jemput untuk satu seminar lestari anjuran pihak Universiti. Di dalam seminar itu adalah agenda dan pengisiannya...tu no 3.

Perkara pertama dimanakah anda berada? Sekolah baru, rumah baru, alamat baru...no telefon baru...sebab surat jemputan akan dihantar oleh pihak urusetia kepada tuan puan semua.

Di mana anda berada sekarang...? Yang terkini?

Perkara ke dua...sudikah anda menghadirinya? Resolusi dari seminar ini amat penting untuk kita hantar ke pihak atasan.

Nak tau siapa penggeraknya? Sila respon

Monday, January 17, 2011

Nasib

Kita hanya merancang dan tuhan menentukan segalanya. Samada rancangan kita itu berjaya atau tidak, soal tuhan, namun perancang yang baik biasanya base pada ilmu dan kemahiran serta pengalaman yang ada padanya. Nilai tambah ada disitu.

Sebaik saja kita tamat, delima melanda kepada guru DG32. Sebab mereka just one step lagi nak ke DG 34 dan jawatan Guru Besar. Bulan 8/2008 hingga sebelum mereka ditawarkan. kira kira bulan 9/2010 adalah tempuh masa yang amat kritikal. Jika mereka mendapat tawaran 34 terlebih dahulu sebelum 41 ...maka mereka adalah sisa sisa laskar pajang. Atau golongan yang terselamat dan terakhir diselamatkan oleh keadaan. Jika mereka menerima 41 kemudian baru surat 34 sampai..maka mereka diminta melepaskan kembali jawatan GB 34 tu kerana dalam amalan penjawat awam...TIDAK DIBENARKAN PENJAWAT AWAM MEMERIMA JAWATAN YANG LEBIH RENDAH DARI GRED YANG DISANDANGNYA...41 tak boleh terima 34. Kes ini melanda Raseli, Hj Alias, Rohani dan Halipah. Namun Alias dan Raseli selamat sebab menolok tawaran 41 dan membuat permohonan semula. Sementara Ani dan Lipah, diarah melepaskan jawatan 34 itu sebab mereka berdua telah menerima 41. Ini lah yang dikatakan kes 'kempunan'

Ada juga tidak memohon 41, dan menanti 34 dengan sabarnya. Akhirnya 34 muncul dan selepas itu baru Online 41. Mereka hilang senioriti 41 namun mereka tidak termasuk kes kempunan. Ini adalah seperti Shahar Fazillah dan Mat sungai Gau. Shahar kini GB di Kajang dan Mat GB di SK Cherating, Kuantan.

Dan ada beberpa orang lagi yang aku tak tau.

Kemudian ada juga yang agak terlambat memohon 41 dan sehingg a sekarang masih tidak menerima tawaran dan masih lagi dalam gred lama walau masa telah lama berlalu,..apa nak dikatakan...salah sendiri dan untuk kes malas nak key in online 41 ni....totaly salah sendiri...harganya ialah, orang lain dan menikmati ganjaran tunggakan, kenaikan EKA, ITP dll dia masih di tahap sama....harga yang mahal untuk sebuah 'kemalasan' ..Tak dapek nak nolong.

Ada yang sedang merancang nanti dah dapat 44 nak kuar ke Pejabatatau Bahagian lain..Jawapannya ...sorry, 44 tu hanya kerana ko orang berada di sekolah...kalau mohon nak tukar ke bahgian lain...jangan harap BSN akan lulus, maka if u want 44....stay at school...sampai pencen...kalau ada nasib...48 disitu.

Menariknya, ramai yang telefon dan sms kat aku bertukar pendapat dan bertanya itu dan ini, dan aku menjawablah apa yang aku tahu...namun dalam hati..... Aku terasa dihargai sangat sangat. Terima kasih bebanyak...Cuma kena ingat...siapalah aku ni, bukan ada apa apa kelebihan pun.

Apapun ini hanyalah untuk share saja bukan nak highlightkan sesiapa...jangan marah yer..iktibarnya, kita hanya merancang..tuhan menentukan segalanya, dan rancanglah dengan keilmuan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman ..kita gunakan OPV kalau perlu...sebelum membuat keputusan. Maaf...berceloteh panjang pulak aku...

Thursday, January 13, 2011

Reunion: Ke Kolokium di IAB Utara: Jom

Kalau nak reunion, kena ada lokasi dan kena ada sebab nak pergi....jom kita mohon untuk ke kolokium di IAB Utara...sila ke SPKOnline IAB. Mohon disitu dan kalau ada rezeki kita ..jumpa...Jommmmmmmmmm.

Saturday, January 8, 2011

Hotel Muslim

Aku meneruskan perjuanganku disem 2/masters/Pengurusan Pendidikan/UPSI. Aku membawa keretaku dan sampai di Kompleks Proton City dan terdengkut dengkut menuju ke PC1, Prof Dr Omar telah memulakan Pengajarannya 15 minit. Aku kini disahkan mengidap penmyakit radang tumit. Tumit kaki kananku terasa amat sakit sekali...dan kekadang aku terpaksa bertongkat untuk kemana mana, terutama bila bangun tidur.

Selpas itu aku terus berkejar mengisi perutku yang lapar sebab aku masih belum makan tengahari sehingga jam 5.30 petang. Aku makan di Aman Gado Gado dan aku makan gado gado dengan lahapnya, Kemudian aku ke hotel muslim menunaikan solat dan kemudian terus ke kedai komputer untuk installs SPSS versi 17 untuk kuliah esok.

Selepas solat magrib dan isya secara jamak aku ke PC14 untuk kelas Dr Jamal dan berakhir pada pukul 11 malam, aku port dengan kumpulan aku berbincang mengenai tajuk Globalisasi dan Implikasi pada pendidikan yang akan di bentang pada 14 jan depan, Jam 12 15 aku ke restoren sebab Che Hassan mengajak aku minum air dan bersembang.

Selepas sejam aku berundur dan menuju ke hotel muslim, dan disana sudah ada 12 perjuang yang sudah bergelimpangan di lantai melepaskan penat. Aku berkemas, dan menulis tugasan dalamlaptop dan menulis blog yang telah lama aku tinggalkan. Namun demi kawan kawan aku kirimkan juga tulisan ini. Hotel Muslim ini banyak memberikan manafaat pada UPSI dan disinilah pelajar masters menumpang tidur. Hotel Muslim tetap akan aku kenang seumur hidupku...Surau Lama UPSI

Esok kuliah SPSS bersama Prof Hariri dan kalau ada rezeki Kuliah POP dengan En Ibrahim Tamby Chek. Jam 2 petang aku akan pulang kerumah dan mengurus anak anak pula dirumah.

Kalau takut pada rintangan jangan bicara tentang perjuangan. Ketika kawan kawan dalam zon selesa aku pulak dalam zon siksa...dan semoga aku diberikan kekuatan dalam fisabilillah ini. Amin

Sunday, January 2, 2011

Sekolah sesi 2011

Sebenarnya saya tidak suka mengucapkan, selamat kembali ke sekolah, kerana sebagai pendidik dan pembangun pendidikan, kita sebenarnya sentiasa berada di sekolah. Wpun sekolah, murid dan guru bercuti panjang, tapi kita sebagai 'tauke' sekolah, tak boleh tutup kedai. Hari ini, 3 Januari 2011, seluruh negara bermula sesi persekolahan 2011. Pada saya, sekolah ibarat suatu perniagaan yang harus diurus dengan baik agar memperoleh 'keuntungan' yang besar. Teringat saya ketika kita sama-sama berkuliah dengan Dr Zul, Strategi Memasarkan Sekolah. Jika sekolah harus dipasarkan dengan baik, bererti fokus kepada keperluan pelanggan menjadi keutamaan. Jadi, marilah kita, baik pemimpin mahupun para pendidik di sekolah, utamakanlah pelanggan iaitu kanak-kanak dan remaja. Semoga mereka membangun dengan baik bersama negara kita, dunia dan akhirat.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY