Wednesday, July 29, 2009

Tahniah GB Azmi : Lantikan Tetap 41

Kawan kawan,

selalulah semak dalam spp online tu, aku mendapat berita GB Azmi di SK Ulu Melaka Pulau Langkawi telahpun mendapat keputusan temuduganya...LANTIKAN TETAP.... sedang kawan kawan kita sedang berdebar menunggu proses temuduga, Azmi sudahpun mendapatkan keputusannya. Tahniah Mi, hang memang no 1 sokmo....gitulah kalau selalu tolong orang lain..

Kawan kawan yang sedang bertemuduga...sabaq na, yang baru isi e permohonan ...lagi sabaq...yang belum isi e permohonan....tepuk dada tanyalah selera...

Salam

Tuesday, July 28, 2009

Suasana Temuduga di Terengganu

Hari ini 28 Julai 2009. Pagi-pagi lagi saya bersiap sedia dan bersemangat untuk pergi ke tempat temuduga di Hotel Sri Malaysia dengan membawa 2 clear folder. 1 dokumen ori punya dan 1 lagi salinan yang disahkan. Kaedah yang saya buat itu membuahkan hasil, di mana semua dokumen yang diperlukan ada dan tidak timbul apa-apa masalah. Manakala Hassan Embong tersalah isi borang Laporan Sulit kena buat lain, Ismail tak bawak pengiktirafan universiti dan ada rakan kita daripada kumpulan lain tertinggal dokumen. Dokumen salinan yang disahkan saya serahkan dengan foldernya sekali.

Kira-kira jam 9.00 pagi saya sampai, bertemu dengan sdr Sobri dan isterinya Kak Ros, Kak Jah (GB Rantau Petronas) berada di ruang Lobi Hotel. Pada masa tu sdr. Hassan sedang berada di ruang menunggu untuk ditemuduga dengan penuh bersemangat berbual dengan sdri. urusetia, sedangkan si Ismail, Joni bagi sesi jam 7.30 pagi masih belum ditemuduga. Takpalah saya turut tumpang semangat itu untuk bersama-sama rakan-rakan yang sekian lama tak berjumpa sehingga ditegur oleh urusetia kerana membuat bising. Itulah identiti kita apabila bertemu tak reti berhenti bercakap dengan suara seperti mengajar di dalam kelas.

Sesi temuduga disempurnakan oleh En. Wan Hamzah bin Wan Daud (pengerusi SPP). Kebanyakannya lebih kepada berbual dengan bertanyakan tentang pengalaman, bidang tugas dan sedikit motivasi. Ada juga ditanya tentang EQ/IQ dan PIPP, tetapi bukan memerlukan jawapan yang begitu ilmiah. Manakala saya dan Kak Jah (Kuala Berang) ditanya tentang e-book. Nasib menyebelahi saya kerana saya banyak menghadiri majlis yang melibatkan YB Razif (Exco Pendidikan dan.....) dimana beliau selalunya menyentuh isu-isu semasa pendidikan di Terengganu termasuk isu e-book.

Selepas sesi temuduga, saya tinggalkan sdr. Raseli dan beberapa orang lagi untuk balik ke rumah untuk melepaskan penat berfikir tentang urusan temuduga ini. Seolah-olah satu beban besar telah hilang. Di samping itu marilah kita berdoa agar semua diantara kita yang telah dan akan ditemuduga akan berjaya.

Saturday, July 25, 2009

ani kena temuduga ilmiah

hai kawan kawan
ada orang bernasib baik mereka hanya dikehendaki bersembang sembang hal yang biasa biasa saja. namun ada yang kena temuduga secara ilmiah

kawan kita , ani...kena tanya bab kbsr, apa konsepnya, macamana penilaian kbsr, perlaksaaan dalam meningkatkan modal insan dalam kbsr...amat ilmiah dan hal umum apa dia agro perlancungan....memusing ani menjawab, berpeluh peluh otak dia memikir nak habiskan sesi 20 minit tu....sampai ditegur....senyumlah sikit...sebab ani tak sempat nak senyum...begitulah yang diceritakan kepada aku...

jadi jangan anggap mudah dan jangan tak hadir...kena prepair jugak.....

selamat bertemuduga

Thursday, July 23, 2009

maaf

maaf kepada kekawan sebab ada masalah teknikal sikit. semasa belajar blog dgn rakan maya cikgu za, saya menukar alamat url blog saya...dulu diarikembarakelana.blogspot...saya pi tukar pada kukembaraberkelana.blogspot, hingga link yang terbina di blog ppgn, blog faris dan blog usop dll tak berfungsi....

alamat blog saya sekarang ialah seperti link sebelah atau klik ini

kesulitan mengakses adalah dikesalkan, [ saja jer beritau...terutama sahabatku usop sipan, yang sentiasa geram padaku ]

Wednesday, July 22, 2009

Terima kasih Sabahan

17 - 21 Julai aku dan rombangan 35 orang GBdan keluarga dari Kedah berkunjung ke negeri di bawah bayu, Sabah. Ini kali kedua aku ke KK, sebelumnya pada 26 Jun kerana ditugaskan oleh MGB untuk menguruskan rombangan lawatan ke sana. Yang nak aku ceritakan di sini, hebatnya rakan2 kita di sabah. Mawi antara yang paling banyak membantu aku, bukan saja ketika aku membuat servay dan tempahan tetapi ketika lawatan kami, Mawi sedia mengambil cuti dan bertanggungjawab sebagai pemandu pelancong. Aku berterima kasih juga kepada Siti Dayang dan Winie yang telah bekerjasama menyediakan sesi lawatan kami ke Ranau dan ke sekolah St. Benadict, sekolah Winie. Aku terkejut dengan sambutan yang dibuat Winie dengan warga sekolahnya serta makanan yang ditempah Siti Dayang, walaupun kami bayar tetapi makanan dan jumlah yang disediakan sangat memuaskan hati kami. Winie seperti biasa, wpun sibuk kerana terpaksa menghadiri kursus di Kundasang, tetapi beliau sempat balik dan meraikan kehadiran kami. Dengan keramahan dan keceriaan beliau, kami rasa begitu dihargai dan terhibur dengan bukan saja persembahan tarian Sumazau drp anak didiknya tetapi juga, kami turut diajak menari bersama. Terasa suasana yang sangat meriah sekali. Sayangnya Siti Dayang tidak dapat bersama kami pada pagi itu kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di KK. Pendek kata, lawatan singkat kami mungkin tidak akan berjaya tanpa Mawi, Siti Dayang dan Winie. Aku dan isteri sempat juga bertemu dan dinner bersama Sherly dan adiknya kerana kebetulan dia menghadiri PTK di KK dan sehari kemudian beliau bersama kami satu penerbangan ke Penang kerana bersama-sama kontinjen Sabah dalam pertandingan Syarahan BM SJK(C) peringkat kebangsaan di Sungai Petani. Jadi aku mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada gang Sabahan kita.

Thursday, July 16, 2009

terima kasih


aku tersenyum sendiri, seolah menjadi mentor pulak kepada GB kanan, GB dan GPK serta GC dalam group aku, aku seirng mendapat telefon tanya itu ini tentang temuduga atau apa apa perkembangan...dari shelley sampai ke Anjalay....Chong sampai ke Hasaan Embong Trengganu. Kawan kawan masih telefon aku dan bertanya khabar. Ini menunjukkan kawan kawan kita tetap best walaupun telah lama berpisah...tak keberatan pun dan saling bantu membantu antara satu sama lain...aku bergurau dan bertanya mereka...hello, kau orang ingat aku penghulu lagi ker? dia orang jawab...haah u masih penghulu lagi...sampai bila bila....aiyoo, teruklah macam ni....anyway thanks bro and sis kerana masih contact aku dan citer citer dgn aku

terharu bila teah, teh, choong dan meng cun sambut aku kat muar..belanja makan lagi, choong kata...usop ah, awak penghulu kami sampai bila bila , sampai pencen ....hahahahahha...semua orang ketawa...kemudian sharin datang belanja makan kat kuantan, che hassan datang ke jitra ajak jalan jalan, yati, shimah....kami berjumpa di jitra..kami seronok macam kat upsi..itulah dia perkenalan yang hanya akan berakhir dengan kematian...

Semoga kawan kawan terus berbahgia ditempat masing masing dan saling berhubung antara satu sama lain...perkenalan kita sebenarnya baru bermula...dan ingat AKU BUKAN PENGHULU LAGI......ingat tu, aku hanya kawan baik kau orang semua.

Aku? teringat indahnya zaman kita belajar bersama dengan semua group A, B atau Penuh masa..kita kawan NPQH 9 dan semua kawan kawan sila daftar diri menjadi ahli Majlis NPQH Kebangsaan klik sini baca...kemudian skroll kebawah sekali...isi dan post. Ingat semua ahli Group B, sila jadi ahli da jika dah isi, beritau aku melalui sms atau komen untuk aku pastikan.

Ada banyak gunanya jika kita bersatu..


Wednesday, July 15, 2009

ada yang tak key in 41 lagi?

orang ni ada macam macam kelebihan dan kekurangan, tetapi sedih jugak dengar cerita ada orang
kawan kawan kita masih tak mengisi atau key in online jawatan 41...tenu ada sebab dan musababnya, pelbagai entri telah faris masukkan dan aku copykan tentang kedudukan kita dan masa yang kita sedang harungi ini....

ada yang nak menunggu jadi GB dulu,
ada yang rasa gaji PTK dulu...

untuk pengetahuan semua, tahun ini SPP uruskan penjawatan 41 dengan cepat dan sesiapa yang key in tahun ini akan dipanggil temuduga segera...

tepuk dada tanya selera....jangan sampai tertinggal keretapi,

salam

Tuesday, July 14, 2009

Saturday, July 11, 2009

siri gambar kenangan lama


di hadapan rumah Pn Martivi semasa aku menggembara di Sabah.
Rumahnya mengadap gunung kinabalu.
Macamana aku jalan sampai ke sini ek?
Susah nak gambarkan....terima kasih kepada martivi, suami dan keluarga nya kerana menerima kunjungan aku kesana....

berita baru

Aku mendapat berita dari Mahasiswa tahun akhir USIM Nilai, kebetulan aku bertandang kerumah ayahnya...prof dr arbakaria arif...UPM. tidak lama lagi goole akan mengenakan bayaran kepada blog, gmail, facebook, google doc, picasa web album dll. Jadi sebelum apa apa terjadi, jika sayang kepada maklumat yang tersimpan tu...ambillah langkah proaktif dengan membuat backup...walaupun murah RM29 setahun tetapi...kita biasanya tak mau bayar dengan begitu mudah sebab dah biasa free kan...benar atau tidak...terserah, aku dah mula download apa patut.

Friday, July 10, 2009

terima kasih Guru Besar Kedah

Aku ucapkan terima kasih kepada rosma, halil, ya ansuri, ya lazim, che hassan, zalila, zul dan kawan kawan Guru Besar kedah kerana menyambut kedatangan kami di Jitra tempuh hari...terasa amat bahgia dengan keramahan, kemesraan dan baik hati mereka....hubungan antara kita tetap terus terjalin walau terpisah sekian lama...nanti aku masukkan gambar semasa di jitra.

Aku? Terharu.

Tuesday, July 7, 2009

First foto Imikimi


Sambil-sambil kerja, sambil-sambil memikir dan membuat persediaan untuk menghadapi temuduga pada 28 julai nanti. Sambil-sambil juga belajar aplikasi dalam http//www.photofunia. com. serta http//www.imikimi.com. maka terhasillah gambar yang disertakan ini.

Saturday, July 4, 2009

pengalaman aku ditemuduga

aku dah selamat, aku tak nak naip dua kali...kau orang nak baca,
klik disini
pengalamanku
semoga kawan kawan semua selamat dan berjaya

Thursday, July 2, 2009

nyaris yati tak dapat temuduga

aku datang awal kekuantan, sebab aku nak cari bilik di btpn, check semua dokumen kat urusetia, manalah tau kalau ada masalah boleh aku atasi dan ada masa untuk aku selesaikan masalah tu. tiba tiba dengar berita yati tak dibenarkan temuduga..sebab dia tak bawak surat tawaran ke iab yang ori...urusetia spp tegas!! maka dia ditangguhkan 3 bulan lagi. aku datang dan sampai keadaan yati di dalam kesedihan itu, masa tulah bateri tipon kong....tiba tiba...datang idea, surat ori salinan GB tentu ada kat sekolah...yati pun terus kesekolah , yes yes yes..memang ada, dia rayu pada urusetia dan dapat temuduga sebagai calun akhir sekali...yati punya pasal aku temankan dia.

hari sebelum tu ada GB tak bawak gambar, dah kena delay juga flight dia..pi bergambar dulu

ada juga calun bawak macam macam sijil, sijil dia jadi jawatan kuasa masjid pun bawak...semua tak payah..

sila bawa
1 gambar ukuran paspot sekeping
2. ic dan salinan
3. surat beranak dan salinan
4. spm dan salinan
5. stp dan salinan [ kalau ada ]
6 ijazah dan salinan
7. transkrip dan salinan
8. sijil/diploma guru dan salinan
9. pengiktirafan dan salinan
10. salinan buku perkhidmatan terkini [ mesti ada kenyataan belajar di IAB - masa pergi ke jpn atau ppd hendaklah tberi salinan surat dan sijil ]
11.surat tawaran ori dan salinan
12. prestasi khas + laporan tatatertib dan maklumat tambahan [ kena lakri atau dalam envelop]

chek dulu..yang ori masuk dalam clear folder ikut turutan macam dalam surat panggilan temuduga.

yang salinan masuk dalam fail dan beri kat urusetia..

ingat tu....jangan ada yang kena tangguh 3 bulan lagi....SELAMAT BERTEMUDUGA

Wednesday, July 1, 2009

Alhamdulilah, selamat temu duga.

Pagi tadi saya (che hassan) telah selamat temu duga. Saya bersyukur penemuduga tu masih ingat saya ketika kami sama-sama di EPRD, Datin Norhayati Abd. Rashid, bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jab Pendidikan Teknik. Jadi taklah teruk sangat, just sembang2 pasal pengurusan sekolah. Beliau tanya juga sedikit sebanyak pasal PIPP, FPK, Teori Pembelajaran dan KBSR. Pada padangan saya rakan2 kena buat study sikit perkara2 tu, kerana saya tengok penemuduga ada menggunakan skema jawapan berkaitan perkara2 tadi. Saya percaya, penemuduga yang lainpun menggunakan salinan yang sama, sebab budak fresh teacher yang temu duga bersama saya, soalannya berkisar di situ. Cuma kita GB, mereka lebih banyak tumpukan kepada pengurusan sekolah dan implemen segala hukum hakam berkaitan pendidikan. Saya juga agak bernasib baik, kerana dalam kumpulan saya tadi, hanya saya seorang sahaja GB, maknanya tidaklah perlu bersaing dengan yang lain. Budak2 fresh teacher, macam2 ditanya dan perlu menghafal sepenuhnya berkaitan perkara2 tadi. So, saya dah lepas, kepada rakan-rakan yang lain, buat yang terbaik. Go41.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY