Tuesday, July 28, 2009

Suasana Temuduga di Terengganu

Hari ini 28 Julai 2009. Pagi-pagi lagi saya bersiap sedia dan bersemangat untuk pergi ke tempat temuduga di Hotel Sri Malaysia dengan membawa 2 clear folder. 1 dokumen ori punya dan 1 lagi salinan yang disahkan. Kaedah yang saya buat itu membuahkan hasil, di mana semua dokumen yang diperlukan ada dan tidak timbul apa-apa masalah. Manakala Hassan Embong tersalah isi borang Laporan Sulit kena buat lain, Ismail tak bawak pengiktirafan universiti dan ada rakan kita daripada kumpulan lain tertinggal dokumen. Dokumen salinan yang disahkan saya serahkan dengan foldernya sekali.

Kira-kira jam 9.00 pagi saya sampai, bertemu dengan sdr Sobri dan isterinya Kak Ros, Kak Jah (GB Rantau Petronas) berada di ruang Lobi Hotel. Pada masa tu sdr. Hassan sedang berada di ruang menunggu untuk ditemuduga dengan penuh bersemangat berbual dengan sdri. urusetia, sedangkan si Ismail, Joni bagi sesi jam 7.30 pagi masih belum ditemuduga. Takpalah saya turut tumpang semangat itu untuk bersama-sama rakan-rakan yang sekian lama tak berjumpa sehingga ditegur oleh urusetia kerana membuat bising. Itulah identiti kita apabila bertemu tak reti berhenti bercakap dengan suara seperti mengajar di dalam kelas.

Sesi temuduga disempurnakan oleh En. Wan Hamzah bin Wan Daud (pengerusi SPP). Kebanyakannya lebih kepada berbual dengan bertanyakan tentang pengalaman, bidang tugas dan sedikit motivasi. Ada juga ditanya tentang EQ/IQ dan PIPP, tetapi bukan memerlukan jawapan yang begitu ilmiah. Manakala saya dan Kak Jah (Kuala Berang) ditanya tentang e-book. Nasib menyebelahi saya kerana saya banyak menghadiri majlis yang melibatkan YB Razif (Exco Pendidikan dan.....) dimana beliau selalunya menyentuh isu-isu semasa pendidikan di Terengganu termasuk isu e-book.

Selepas sesi temuduga, saya tinggalkan sdr. Raseli dan beberapa orang lagi untuk balik ke rumah untuk melepaskan penat berfikir tentang urusan temuduga ini. Seolah-olah satu beban besar telah hilang. Di samping itu marilah kita berdoa agar semua diantara kita yang telah dan akan ditemuduga akan berjaya.

2 comments:

chehassan said...

Tahniah semua, semua semua ok dan segera dilantik. Suasana begitu, biasa bila menghadiri temuduga. Bezanya kali ini, kita ada rakan2 seperjuangan dalam satu kumpulan, jadi taklah rasa tertekan sangat. Cuma saya tak dengar cerita, abang angkat saya abang jef tu, lagu mano? Sonyap jer...

kunan said...

Abang Jef menghadiri temuduga hari ini 29 Julai 2009 jam 7.30 pagi di Hotel Sri Malaysia K. Terengganu. Abg Jef datang ke KT malam tadi dan sempat kami makan roti tempayan dengan kari kambing bersama Abg Hassan dan dia menginap di rumah Abg Hassan. Jam 11.00 tadi dia berkunjung pulak ke IPGM Kampus Dato' Razali Ismail dan SK Mengabang Telipot kerana tidak ada slip pengiktirafan universiti sambil-sambil berjumpa dengan saya dan Hassan untuk menceritakan pengalaman ditemuduga. Abg Jef selamat ditemudugakan.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY