Saturday, October 31, 2009

kenangan lama kita

Sambutan hari guru 2008, kawan kawan kita di Sabah tidak dapat balik. Aku memperlawa kawan sama belajar datang ke Rompin dan menyambut di Sekolah aku. SK Pontian. Winie, Martivi dan Siti Dayang bersetuju dan aku pun membawa mereka. Mereka singgah dibeberapa tempat dan melawat di beberapa sekolah dan lokasi indah di Pahang. Mereka juga menjadi hakim pertandingan kraf tangan di SKP dan melakukan kunjung hormat di banyak sekolah mencari pengalaman bermakna. Ni ialah slid show mereka. Kalau kawan kawna nak ke Rompin, call dan kita set up.



terima kasih kerana sudi ke Rompin...Martivi, Siti Dayang dan Winie..

Friday, October 30, 2009

dah lulus temuduga?




klik sini

semakan online
masukkan no IC
masukan jugak password

lupa password, sendiri tanggung...tak dapek nak nolong..


Tuesday, October 27, 2009

Nak berita? Komen dulu...berikan email.aku send

Kini sekolah sudah sampai hampir penghujung urusniaganya. Diam tak diam dah mula prepair untuk tahun 2010. Pemeriksaan sekolah, pengiraan akaun untuk di tutup, pemulangan buku teks dan proses penyelenggaraan akhir tahun rancak dan sedang berlaku. Masa ni lah datang penyelenggaraan komputer, bilik pemulihan dan macam macam lagi. Cikgu pun dan masuk mood nak bercuti begitu juga pelajar semua.

Aku dan GPK dah bermesyuarat untuk laporan nilai prestasi tahunan dan dalam proses untuk dihantar ke PPD. Lepas ni kemas kini inventori dan pengurusan aset. Mesyuarat hari penyampaian hadiah dan mesyuarat akhir tahun sekali gus. Kemudian mula berkira kira membuat PATScom dan menyertai pra odit daerah

Kawan kawan macamana? Lama tak dengar berita? no komen, no sms dan no semuanya. Barangkali blog ni dah macam tak perlu kut.. Kalau tak perlu..apa kata nak tau hal hal kita kau orang terus saja ke blog aku atau che hassan atau blog kawan kita yang lain...

Oh ya...ada satu berita..bayaran untuk masters UM Pengurusna Pendidikan ialah 69++. Kalau berminat sila lihat iklan pada bulan jan atau feb. Aku mungkin ke UM sebab dekat sikit kut..lagipun tukar tukar u lah sikit. Baru syok. nak join...sila komen dan berikan email aku akan send melalui email. Sekarang aku nak kemut sikit berita, sapa tak komen tak dapat berita...padan muka kau orang...hahahahaha...nasiblah kan...sekali sekala kena usik sikit kau orang ni..

Thursday, October 22, 2009

Perhatian


azmi....GB 38 [ bakal KUP 41 ] seronok SK Ulu Melaka? kalau seronok, kau bakal stay situ sampai bila bila bila terima 41 nanti...

Selepas belajar semua peserta NPQH-PPGB UPSI - IAB wajib melaporkan diri kepada kementerian, ini adalah disebabkan pembelajaran anda adalah ditaja oelh KPM. Maksud lapor diri itu ialah memohon DG41 secara online dari website SPP. Sesiapa yang tidak melapor diri atau ertikata lain jika anda tidak key in permohonan untuk gred DG41 , anda dianggap sebagai ingkar perjanjian. Mereka akan di arah untuk tunjuk sebab. Apa pun alasan anda, berikanlah di dalam surat tunjuk sebab itu....demikian menurut sumber dari IAB. Pihak IAB telah sempurna menguruskan kita semua sebaik saja kita konvo itu hari. Lainnya..urusan sendiri....

Keduanya, bagi Guru Besar yang sudah bermohon gred 41, insya Allah kita akan menerima surat tawaran tidak berapa lama lagi, dan sebaik saja surat tawaran itu diterima dan kita respon dengan mengikut semua prosedurnya. Maka semua Guru Besar tidak boleh dipindahkan kemana mana sekolah melainkan atas izin Bahagian Sumber Manusia. Hanya BSN KPM sahaja yang boleh membuat keputusan pergerakan GB ke sekolah lain. Ada beberapa kes yang telah mengesahkan perkara ini. Jadi kalau kau orang selesa dengan sekolah sekarang, jangan pindah..stay there...kalau rasanya jauh sangat, susah dan sukar maka uruskanlah pertukaran sekarang sebelum kau orang terima gred 41 tu...

Bagi GPK yang menerima gred 41 dan belum lagi menerima jawatan Guru Besar....berusahalah dengan cara masing masing agar dipertimbangkan, baru baru ini ada surat tawaran DG34..cepat cepat isi dan tebalkan dengan profil pembangunan diri yang ada. Agar menang dalam persaingan yang begitu sengit sekarang.

Anyway selamat berjaya dan kita adalah golongan yang diharapkan dapat 'berbuat sesuatu' mengatasi kemelut dalam dunia pendidikan sekarang. Ilmu dan kemahiran, pengalaman dan pendedahan yang ada dalam diri kita amat berkualiti dan buat lah sesuatu yang ada kelainan dari pemikiran biasa.

Tuesday, October 20, 2009

Kepada Semua Rakan Rakan

Insyaallah.... pada 21 Oktober 2009 jam 11.00 pagi saya Abdullah Hashim (Pak Lah panggilan di UPSI) dan isteri akan mengerjakan fardhu haji 1430 hijrah. Oleh yang demikian saya dan isteri memohon maaf dhazir dan batin. Khasnya saya, sekiranya sepanjang kita bersama-sama belajar di IAB dan di UPSI terdapat kesalahan kata-kata, tersentuh hati atau termakan yang tak sepatutnya, saya dengan rendah hati memohon maaf dan meminta halalkan apa yang telah berlaku.

Sunday, October 18, 2009

email dari kawan: Kekadang kita tak terfikir pun...


R E N U N G A N B E R S A M A

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no..2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

T E T A P I... KITA JUGA LUPA....SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU..
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur ..
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kitapun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebihkurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya.........infiniti. .......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassalam.

Jemputan hari raya

aku dan keluarga menjemput semua

kawan kawan - sekeluarga - yang mengenali aku
datang untuk jamuan doa selamat
[ kak long lanjutkan pelajaran ke UPM dan birthday anakku mardiahtul laila yang ke 5 ]
dan
sempena Hari Raya Aidil Fitri
3 dalam 1

di rumah aku

1312B Qtrs Guru Bandar Lama
Jalan Pahlawan Ahmad
Kuala Rompin
Pahang


Doa selamat kul 1.45 petang
dan
Masa makan
2.00-6.30 petang

sorry lambat jemput.....

Saturday, October 17, 2009

lets picture talk


Yati ...nyanyi di wacana diraja...depan kebawah duli tu


Yati Rasul, wanita 1001 warna....


Thursday, October 15, 2009

Kongsi Maklumat

AWAS !!!
Tanpa disedari kita & anak-anak terdedah kepada bahaya fluorida setiap hari.

Apa itu fluorida? Layari www.muslimconsumer.org.my/fluorida

Fluorida merupakan silent killer yang terdapat pada lebih 80% ubat gigi dipasaran, fluorida boleh mengancam organ & menyebabkan pelbagai penyakit. Elakkan penggunaan produk berfluorida terutamanya dikalangan kanak-kanak.
Fluorida boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit
AWAS !!!
BAHAYA FLUORIDA
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.
Pernahkah anda melihat amaran ini pada belakang kotak ubat gigi anda?
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

© 2009 Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM )
Print Message Reply

Kenangan Terakhir Tanjung Malim

Ini adalah antara koleksi gambar-gambar yang menjadi kenangan kepada kita semua ketika mana kita sama-sama menghadiri satu Majlis Perpisahan. Mungkin gambar-gambar ini dapat mengimbau kembali kenangan silam kita.

PENGHULU SEPANJANG ZAMAN

En. Shukry, pensyarah paling glamour..!!


Artis kita...

Yes..!!! Mawi

Abang Hassan, Tn. Haji Nazirmuddin dan See

Alias mantan

Paling depan belum berpunya kut..!!

Masa tu dua-dua kelihatan agak tembam...

Tak dapat nak senyum lebih-lebih....penat!!!


Dayang buat apa tu? Ani tengok-tengok.

Lain-lain gambar tunggu kehadirannya....



Monday, October 12, 2009

happy deepavali


happy deepavali to

vairam
kupayee
angelie
saraswathy

and

your family

juga tidak lupa pada
semua pensyarah dari keturunan india di

IAB dan UPSI


....dari kami semua, ahli PPGB kumpulan A...

admin

kepimimpinan instruktional

GB adalah pemimpin intruksional, sedap bunyinya tapi apa bendanya tu, sana sini riuh rendah para akademik membicarakannya...macam kepimpinan kurikulum ke? kursus di IAB akan refresh ingatan kita, dengan kesungguhan pensyarah Dr James memberikan penekanan, bertambahlah faham aku maksudnya Pemimpin kurikulum..GB kena tau apa? Apa peruntukan undang undang, kehendak dasar kurikulum, apa mp yang perlu di ajar, peruntukan jadual waktu, bahan pengajaran dan perincian tentang waku mengajr, minimum dan maksimumnya.

Pemimpin instrucktional pula , GB kena tau bagaimana p&p dijalankan kaedah, penyeliaan P&P, penggunaan teknologi, penggunaaan data dalam membuat post mortem dan sebagainya.

Kalau GB tak tau apa pun tentang APA dan BAGAIMANA ni... maka kepimpinan kurikulum dan kepimpinan instruktional tidak wujud disekolah itu..maka malanglah warga sekolah tu..nak buat camana..

Sunday, October 11, 2009

tahniah

Tahniah diucapkan kepada

SITI DAYANG

kerana telah dilantik menjadi

GURU BESAR

kami ucapkan dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan apply segala ilmu yang di pelajari selama ini.

IAB dan gambar di sana sini


angelie..kursus BM dlm pengurusn


Pelajar Masters..Faris [ Pengurusan ] Zaidi [ Sastera ] dna Muhid [ IT ]

" hotel muslim - surau UPSI "


Open House rumah Yati Aziz


..terima kasih tie....


Aphong, Che Hassan, Shelley, dan aku


Aphong dan Cikgu Mokhtar

Saturday, October 10, 2009

Yati, Laptop dan Faris

Hari ini aku dapati IAB sibuk mengurus majlis sambutan hari raya peringkat KPM kut, entah aku pun tak pasti. Lepas asar aku turun ke Batang Kali dan menuju rumah yati..Norhayati Aziz atau usikan kita dulu...mother board..[ jangan marah tie..gurau jer...] untuk raikan acara rumah terbukanya, pelbagai kuih raya, kek coklat, satey, lemang, ketupat dan mee rebus pun ada...aku terkejut melihat ramainya orang dan kereta bersusun susun..eh yati ni kenduri kawin ke?

Suami Yati menyambut aku dan aku cepat menyesuaikan diri kerana aku tau tuan rumah sibuk melayani tetamu..dalam hati aku kagum dengan kemeriahan yang berlaku di majlis itu, tercapai hajat tuan rumah dengan kehadiran kawan kawan seramai itu...aku suka buat kenduri dan aku dapat rasakan perasaan yati dan suami bila suasana begitu..

Aku magrib di surau antik UPSI dan sempat berjumpa faris untuk mengambil lappy kak long yang dia dah upgrade dan lengkapkan semua installkan semua hardware dengan drivernya..yang sesuai..aku kemudian malas nak balik ke IAB sebab jauh dan aku pun dah letih
aku lepak di surau UPSi selepas ronda ronda kolej dan TM ..hati nak tipon kawan, tetapi malas nak ganggu, kemudian aku minum teh dgn faris dan kawannya. Aku ujilari lappy kak long dengan round internet sebelum aku tidur

Terima kasih Yati dan Faris ...dua kawan baik yang sukar dicari.....dan kak long....laptop kau dah siap...

Friday, October 9, 2009

UPSI, Dr Shukri, Shahdan, Yati dan Durian


aku dengan dr shukri

dr shukri dan shahdan

Semalam aku ke UPSI, oh rindunya aku...ibu kandung suluh budiman. Bangunan yang besar dan indah telah tersergam lambang kemegahan Univerisiti ke 5 terbaik di Malaysia, kilang untuk mengeluarkan guru guru , jurutera sosial untuk generasi bangsa. Aku ke IPS { institut pengajian siswazah } nak bertanya bagaimana cara nak menyambung masters.

Malangnya permohonan telah ditutup pada 30 November kira kira seminggu yang lalu, namun aku tidak berputus asa aku telefon Pro Dr Omar dan alhamdulillah, Prof meluluskan permohonan secara manual dg sayarat aku kena siapkan esok..[ jumaat ] di opisnya. Aku rasa amat gembira. Tetapi bila kau mengisi borang , ternyata borang itu memerlukan salinan ijazah pulak , sedangkan aku berada di IAB, Sijil dan Ijazah ada di Sekolah...aduiiii...gagal. Aku tak dapatlah nak lanjutkan ke peringkat masters pada pengambilan disember ini. Namun aku berikan borang pada che hassan, dan insya allah che hassan akan menghantarnya hari ini.

Aku kemudian nya berjumpa dengan En Shukri dan bersembang dengan beliau bersama shadan. Kami makan gado gado di Aman Gado Gado.

Kemudian aku kerumah shadan dan numpang solat di rumah nya dan kami kemudiannya makan malam di Batang Kali..sedap....rupanya masakan kat situ. Aku juga dijamu oleh shadan durian tembaga dirumah nya dan mengetahui bahawa jumaat ini ada open house di rumah yati aziz. Semua kawan kawan dijemput hadir..dan yati sebenarnya baru je baik dari sakit...kau orang call lah dia kalau nak tau sakit apa , macamana dan sebagaimana...



Thursday, October 8, 2009

Susahnya kita untuk berkongsi

Berkongsi bermakna memberikan sebahagian apa saja yang kita ada kepada orang lain. Perkongsian berlaku bergantung kepada nilai diri yang dipegang oleh seseorang. Wpun perkongsian itu agak mudah dan tidak memerlukan perbelanjaan, tetapi bukan semua orang bersedia berkongsi dengan orang lain, wpun kadang-kadang orang yang berdiri di depannya sangat buntukan perkongsiannya. Memang pilihan bergantung kepada setiap individu untuk berkongsi hak yang ada padanya. Tetapi apa yang ingin saya perkatakan di sini, nilai perkongsian yang kita pegang sejak kita mula menerima pendidikan. Ia juga berkait rapat dengan latar belakang kehidupannya. Sesetengah kita, begitu senang sekali berkongsi apa saja yang dia ada dengan orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Minat dan keinginan untuk berkongsi sentiasa ada bila melihat banyak orang lain yang memerlukannya. Mudahnya kita kata, tidak lokek dan sentiasa bersedia membantu.
Terima kasih kepada rakan2 yang banyak berkongsi bukan saja ketika sama-sama berjuang di upsi tetapi sehingga hari ini.

Wednesday, October 7, 2009

wajah baru blog kita

WAJAH BARU baru blog kita
[
sila beri komen anda ]

semoga lebih ramai minat membaca dan memberikan komen
dari masa kesemasa

JIKA ADA
maklumat terbaharu sila salurkan kepada
admin

waibim@gmail.com

Tuesday, October 6, 2009

Saturday, October 3, 2009

Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan

Aku tidak memilih kursus ini sebab syaratnya jelas..sesiapa yang telah menghadiri kursus NPQH tidak perlu hadir..namun KKPP pula di kira sebagai setaraf dgn PTK....kemudian ada penggilan dari IAb dan JPN menyuruh aku hadir kursus ini. Sedang aku ada banyak perkara nak seatlekan di SKKA. Serba salah aku dibuatnya.

Kalau JPN dah suruh pergi, maka jelaslah aku tiada pilihan, aku harap GPK aku akan uruskan apa apa pentadbiran disekolah, sementara aku disini.

Difahamkan ada ramai juga kawan kawan akn berkursus sama..mudah mudahan dengan pertemuan dengan kawan lama akan mengeratkan lagi silaturahim dan memudahkan lagi apa apa tgasan semasa KKPP ini

Aku akan kembali ke SKKA pada 16 Oktober ini.

60 tahun China merdeka

Semalam, saya berkesempatan menonton sambutan ulang tahun 60 tahun kemerdekaan negara China melalui CCTV9. Sangat menakjubkan. Itu yang dapat saya gambarkan. Negara kita menyambut 52 tahun merdeka ogos lalu. Hanya 8 tahun bezanya. Tapi bila menonton cara rakyat dan negara China menyambut kemerdekaan negara mereka, rasanya seperti langit dengan bumi jika dibandingkan dengan kita.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah tentang NILAI. Nilai diri, patriotik, dan budaya yang melambangkan keutuhan negara dan rakyatnya. Perarakan di Tiananmen Square yang disertai beratus ribu peserta menunjukkan kepada dunia, bahawa negara china penuh dengan nilai, seni dan budaya. Saya sangat kagum melihat kreativiti kereta berhias dan kumpulan perarakan bukan saja ramai tetapi penuh warna warni yang menggambarkan rakyat mereka begitu berjiwa besar dan maju di dunia. Wlaupun kebanyakannya simple, tetapi mempunyai nilai yang sangat tinggi dari segi makna, kesenian, budaya dan ilmu. Salah satunya pada pengakhiran perarakan, sekumpulan (2 ribu) kanak-kanak yang membawa sejambak ikatan belon berwarna-warni pelbagai saiz dan dilepaskan ke udara ketika berada betul-betul di hadapan pentas VIP, kelihatan begitu hebat dan mengkagumkan. Begitu juga ketika beribu-ribu burung merpati dilepaskan hampir memenuhi ruang udara Tiananmen Square itu, menampakkan kepada kita seperti burung-burung itu juga turut serta memeriahkan acara dengan penuh semangat patriotik. Kereta berhias dari setiap negeri direka penuh makna dan kreatif menonjolkan kehebatan bukan saja seni dan budaya tetapi nilai yang ingin mereka tonjolkan tentang diri dan negara.

Apa yang ingin saya gambarkan di sini ialah, bezanya nilai diri kita dan negara kita yang telah 52 tahun merdeka ini jika di bandingkan dengan mereka. Kita masih lena dibuai mimpi dengan budaya mengampu pemimpin dan merebut keuntungan di sebalik sambutan yang kita adakan. Begitulah saban tahun. Kita tidak pernah ambil peduli, nilai diri, budaya dan patriotik yang sebenarnya kita. Banyak buktinya, lihatlah apa yang berlaku di sekolah, tempat kita mendidik diri dan bangsa negara kita. Kita hanya mementingkan nilai A dalam peperiksaan, biarpun pelajar kita belum tentu dapat menyanyikan Negaraku dengan betul dan jelas.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY