GB adalah pemimpin intruksional, sedap bunyinya tapi apa bendanya tu, sana sini riuh rendah para akademik membicarakannya...macam kepimpinan kurikulum ke? kursus di IAB akan refresh ingatan kita, dengan kesungguhan pensyarah Dr James memberikan penekanan, bertambahlah faham aku maksudnya Pemimpin kurikulum..GB kena tau apa? Apa peruntukan undang undang, kehendak dasar kurikulum, apa mp yang perlu di ajar, peruntukan jadual waktu, bahan pengajaran dan perincian tentang waku mengajr, minimum dan maksimumnya.
Pemimpin instrucktional pula , GB kena tau bagaimana p&p dijalankan kaedah, penyeliaan P&P, penggunaan teknologi, penggunaaan data dalam membuat post mortem dan sebagainya.
Kalau GB tak tau apa pun tentang APA dan BAGAIMANA ni... maka kepimpinan kurikulum dan kepimpinan instruktional tidak wujud disekolah itu..maka malanglah warga sekolah tu..nak buat camana..
1 comment:
Definisi Kepimpinan Instruktional
“Kepimpinan pengajaran merujuk kepada kepimpinan berkait secara langsung dengan proses-proses pengajaran di mana guru, pelajar dan kurikulum berinteraksi. Untuk menggunakan kepimpinan ke atas proses ini, seorang pengetua/GB mesti bertindak dari segi penyeliaan, perkembangan staf dan perkhidmatan.”
(Acheson dan Smith, 1986)
Post a Comment