Saturday, October 3, 2009

60 tahun China merdeka

Semalam, saya berkesempatan menonton sambutan ulang tahun 60 tahun kemerdekaan negara China melalui CCTV9. Sangat menakjubkan. Itu yang dapat saya gambarkan. Negara kita menyambut 52 tahun merdeka ogos lalu. Hanya 8 tahun bezanya. Tapi bila menonton cara rakyat dan negara China menyambut kemerdekaan negara mereka, rasanya seperti langit dengan bumi jika dibandingkan dengan kita.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah tentang NILAI. Nilai diri, patriotik, dan budaya yang melambangkan keutuhan negara dan rakyatnya. Perarakan di Tiananmen Square yang disertai beratus ribu peserta menunjukkan kepada dunia, bahawa negara china penuh dengan nilai, seni dan budaya. Saya sangat kagum melihat kreativiti kereta berhias dan kumpulan perarakan bukan saja ramai tetapi penuh warna warni yang menggambarkan rakyat mereka begitu berjiwa besar dan maju di dunia. Wlaupun kebanyakannya simple, tetapi mempunyai nilai yang sangat tinggi dari segi makna, kesenian, budaya dan ilmu. Salah satunya pada pengakhiran perarakan, sekumpulan (2 ribu) kanak-kanak yang membawa sejambak ikatan belon berwarna-warni pelbagai saiz dan dilepaskan ke udara ketika berada betul-betul di hadapan pentas VIP, kelihatan begitu hebat dan mengkagumkan. Begitu juga ketika beribu-ribu burung merpati dilepaskan hampir memenuhi ruang udara Tiananmen Square itu, menampakkan kepada kita seperti burung-burung itu juga turut serta memeriahkan acara dengan penuh semangat patriotik. Kereta berhias dari setiap negeri direka penuh makna dan kreatif menonjolkan kehebatan bukan saja seni dan budaya tetapi nilai yang ingin mereka tonjolkan tentang diri dan negara.

Apa yang ingin saya gambarkan di sini ialah, bezanya nilai diri kita dan negara kita yang telah 52 tahun merdeka ini jika di bandingkan dengan mereka. Kita masih lena dibuai mimpi dengan budaya mengampu pemimpin dan merebut keuntungan di sebalik sambutan yang kita adakan. Begitulah saban tahun. Kita tidak pernah ambil peduli, nilai diri, budaya dan patriotik yang sebenarnya kita. Banyak buktinya, lihatlah apa yang berlaku di sekolah, tempat kita mendidik diri dan bangsa negara kita. Kita hanya mementingkan nilai A dalam peperiksaan, biarpun pelajar kita belum tentu dapat menyanyikan Negaraku dengan betul dan jelas.

2 comments:

kembara kelana said...

che hasan
memang betui apa yang cuba mkasudkan itu....jumpa di IAB

kunan said...

Mungkin rakyat bosan dengan suasana politik yang ada. Disamping itu semangat patriotik gagal dirangsang termasuk daripada pihak media. Mungkin rakyat boleh tolak terhadap perasaan politik mereka dengan menukar kepada semangat cintakan negara sekiranya mereka melihat pihak kerajaan juga bersungguh-sungguh menghidupkan semangat itu. Bulan puasa bukan penghalang untuk kita meraikan ulangtahun kemerdekaan negara yang kita kasihi ini.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY