Tuesday, December 30, 2008

Azam, Matlamat dan Impian

Kedatangan tahun baru sinonim dengan azam. Di mana-mana kita dengar orang akan becakap tentang azam baru sempena tahun baru. Di radio, tv hatta di sekolah, kita juga selalu dengar guru-guru bercakap tentang azam baru. Tapi jarang kita dengar orang bercakap tentang matlamat dan impian. Apa lagi untuk memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan. Kebanyakan kita hanya melalui kehidupan seharian dengan rutin yang biasa. Kalaupun ada hanyalah angan-angan atau sedikit perancangan apa yang akan dibuat nanti. Tapi pastinya ada juga orang yang benar-benar serius membina impian, meletakkan matlamat dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Jika diteliti dan difahami dari segi maknanya, antara azam, matlamat dan impian ini pastinya ada perbezaan. Tapi jarang orang yang ambil peduli ini semua. Kata-kata berazam pada setiap tahun baru hanyalah sebagai penyedap hati atau boleh kita kata hanya angan-angan sahaja. Mengapa begitu? Kerana kebanyakan kita tidak faham makna-makna terminologi tadi dan jika faham pun kita tidak menulis atau menggambarkannya sebaik mungkin sebagai satu perancangan strategik diri.

Dalam usaha menentukan kejayaan, perkara paling utama ialah dream atau impian. Impian bermakna apa yang diinginkan oleh seseorang itu dalam hidupnya. Sebagai contoh, inginkan pekerjaan yang baik, kereta yang besar dan cantik, rumah yang besar dan sebagainya. Proses ini dipanggil 'membina impian'. Antara cara terbaik membina impian ialah dengan mendekati apa yang diinginkan tadi dengan cara menampal gambar2, melihat dengan lebih dekat seperti mengunjungi dan cuba duduk di dalam sebuah kereta mewah di bilik pameran jika seseorang itu berimpian memperolehinya. Secara psikologi, jika kita sentiasa melihat impian2 kita hampir setiap hari, ia akan mempengaruhi pemikiran bawah sedar kita untuk mendorong kita berusaha untuk mendapatkannya. Sebagai contoh, seseorang yang sering melihat dan memuja gambar kekasihnya, akan merasa dia akan mampu memilikinya walau apa juga cabaran yang akan ditempuh. Begitulah kuatnya pengaruh impian yang dibina berbanding kata-kata azam yang sering diucapkan menjelang tahun baru.

Impian yang tidak disertai dengan matlamat dan pelan tindakan serta usaha untuk mendapatkannya, akan hanya tinggal impian. Justeru, letakkanlah matlamat mengikut jangkaan kita sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Matlamat ialah tahap-tahap pencapaian kita ke arah kita mencapai impian.

Seterusnya, sudah semestinyalah usaha. Tanpa usaha pastinya akan gagal. Kadang-kadang kita kurang jelas maksud usaha wpun kita sentiasa berusaha untuk membuat sesuatu kerja. Usaha yang baik seharusnya didorong oleh matlamat dan impian yang jelas. Banyak antara kita, berusaha bersungguh-sungguh dalam kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Tetapi usaha itu tidak dibuat berasaskan impian yang sebenar. Jadi, apa yang kita buat hanyalah sebagai satu rutin biasa di dalam kehidupan.

Selamat tahun baru. Wahai anak-anakku, beranilah 'bermimpi'.

Tahniah Jamaludin

Tadi aku mendapat sms dari Tetuan Jamal, Lawyer kita dari Temerloh...anak Jamal mendapat keputusan 8A dalam PMR yang diumumkan hari ini.

Kami semua mengucapkan tahniah kepada Jamal dan juga kawan kawan lain di atas kejayaan anak masing masing dalam PMR tahun ini..satu permulaan yang baik untuk menggambarkan potensi anak kita semasa peringkat remaja. Sudah tentu di belakang kejayaan mereka ialah ibubapa yang smart dan hebat.

Salam

Monday, December 29, 2008

MOHON BANTUAN KAWAN

salam sejahtera

aku sedang melengkapkan senarai subjek dan pensyarah yang mengajar kita di UPSI ..untuk di letakkan di sisi kiri blog..oleh kerana hd lap top aku dah rosak saya telah banyak kehilangan maklumat..maka mohon jasa baik kawan kawan semak dan berikan maklumat melalui ruangan komentar nanti

Maklumat ini penting untuk kita link dan buata kenangan

salam

Sunday, December 28, 2008

kumpulan B dah mula menerima keputusan

Alhamdulillah, bersyukur kepada tuhan, akhirnya...kawan kawan kita dari kumpulan B telah mula menerima keputusan mereka bagi sem 4 iaitu untuk pengajian fasa 7 dan 8. Aku baru menerima email dari sahabat aku, Usop Sipan@Usop Muo@Labu@tukang sampok@YBS tadi.

Aku wakil semua kawan kawan kumpulan A mengucapkan tahniah kepada semua kawan kawan Kumpulan B dan dah tentu keputusan mereka jauh lebih hebat dari kita semua...sebab mereka kerja lebih tekun dan kerasa dari kita.... anyway...sama sama kita raikan semasa konvo bulan Mac nanti...Jumpa di UPSI

Adakah mereka sudi berkongsi maklumat macam kita? terserahlah...

Saturday, December 27, 2008

Aku & Maarof Take 5

Ketika aku menghantar anakku melapor diri di Uitm Sri Iskandar, Perak pagi Jumaat, 26 Dec kelmarin, aku sempat berkunjung ke rumah kawan kita, Maarof. Kebetulan Sri Iskandar, hanya 40km dari Setiawan. Terima kasih Maarof, isteri dan anak2 yang melayan dengan baik aku 3 beranak walaupun kami hanya singgah untuk sembahyang jumaat. Walaupun sudah 4 bulan berpisah, tapi maarof macam biasa, mesra dan pandai mengusik. Cuma ketika kami rancak berbual, taklah dia mintak 'take 5' untuk solat Jumaat. Alhamdulilah, dia sekeluarga sihat walafiat. Inilah untungnya ada kawan, sekurang2nya tidaklah kosong jika kita sampai di mana2 di negara kita ini. Aku sangat berharap perhubungan begini diteruskan, satu hari aku akan sampai di Rompin, Muar, Kuantan, dll dengan disambut mesra rakan2 ppgb upsi.

22 tahun yang lalu, aku pernah berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Pantai Remis menggunakan jalan Lumut Setiawan ini. Aku sangat terkejut, bila melihat Sri Iskandar, sebuah bandar baru yang wujud di kawasan yang dulunya dipenuhi belukar, tanah bekas lombong tinggal. Tapi hari ini, Sri Iskandar semakin pesat membangun. Dulu, aku pernah melalui jalan ini pada waktu malam yang sunyi kerana menjalankan tanggungjawab kepada isteri yang baru dikahwini yang mengajar di Pantai Remis ketika mula2 posting dahulu. Aku di Kuala Lumpur. Jadi hampir dua bulan, aku berulang alik dengan kereta mitsubishi buruk yang aku pinjam drp abangku melalui jalan ini yang sunyi dan gelap. Dek kerana kasih sayang dan kehangatan perkahwinan, aku tidak sedikitpun merasa takut, walaupun jalan ke pantai remis semakin sunyi menjelang tengah malam.

Tapi hari ini, semuanya berubah. Tidak terfikir olehku akan membangun sebuah universiti di tengah belentara 20 tahun dahulu. Dan kita, semakin dewasa dengan perhubungan dan kehidupan yang semakin mencabar ini.

Friday, December 26, 2008

selamat menyambut maal hijrah

satu muharam detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota mekah ke kota madinah

...lagu nasyid yang amat mengesankan dan selalu di dendangkan semasa maal hijrah.

Pada hari ini umat islam akan bekumpul dimasjid untuk membaca doa akhir tahun..selepas asar dan doa akhir tahun selepas magrib..kemudian digalakkan juga kita membaca surah dari alquran samaada Yassin atau surah Taba. Apapun amalan bergantunglah kepada keupayaan dan kemahuan individu itu...

Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam. Maal Hijrah kepada semua rakan muslimin dan muslimat semua...agar silaturahim kita terus berpanjangan dan berkekalan...Jumpa Mac nanti dengan seribu senyuman

Admin

Rasa Simpati Kat Yati 29

Kumpulan PPGB sepenuh masa (group 29 masa di IAB dulu) dah pun mendapat posting masing-masing. Ada yang dapat apa yang mereka mohon dan ada yang dapat sebaliknya.

Adik Yati (29) kita dah buat rumah besar di Kuala Berang, Hulu Terengganu dengan niat untuk memenuhi impian keluarga mereka menginap di rumah kesayangan itu. Malangnya Yati dapat posting di Sekolah Alias mantan (SK Rantau Petronas), manakala suaminya di Cheneh, Kemaman. Jarak dari Kuala Berang amat jauh. Yati beritahu mereka akan berulang alik dari Kuantan di mana tempat mereka tinggal sekarang.

Yati ada bagitau kepada saya untuk bertanya jika ada kawan-kawan di JPT. Apabila saya rujuk dengan kawan saya di bahagian pertukaran, beliau memberitahu lewat bagi tahu, surat dah keluar, nak ubah amat sukar. Kini Yati dan suaminya terpaksalah bertugas di tempat yang telah ditentukan. Jika ada ruang mungkin bulan Mac 2009 boleh buat sekali lagi rombakan pertukaran, masa tulah nama Yati dan suaminya akan dipindahkan ke kawasan yang dikehendaki (Kuala Berang)

Untuk maklumat kawan-kawan, saya suka pergi ke Kuala Berang untuk beli jagung segar dan kacang tanah rebus segar. Tahu tak saya beli jagung nak buat apa? Ha.., makanan kegemaran saya ialah bubur jagung Terengganu. Saya sanggup kupas kulit jagung dan rincis halus-halus isi jagung supaya senang orang rumah masak masakan kegemaran saya itu.

Berbalik kepada Yati, saya nak ucapkan terima kasih kerana banyak juga bantu beri nota-nota ketika belajar di UPSI tempoh hari, walau pun tak dapat markah yang tinggi (cukup seadanya), buka salah orang lain, tapi salah sendiri tak ambil peluang yang ada sepenuhnya. Jika boleh saya bantu lagi supaya Yati dapat memenuhi impian tinggal di rumah sendiri dan dapat bertugas berhampiran dengan rumah itu, Insyaalah saya cuba berhubung dengan rakan saya di bahagian pertukaran apabila tiba masanya nanti.

Meningkatkan Imej Diri


Berapa tinggikan nilai harga diri atau peribadi kita? Tidak ramai diantara kita merenung sejenak menilai diri. Kadang-kadang kita menilai diri terlalu tinggi, sedangkan sebenarnya adalah sebaliknya, ada juga menilai dirinya terlalu rendah sehinggakan merasakan dirinya tidak berguna lagi.

Mari kita ukur harga diri yang sebenar dengan memberi jawapan "Ya" atau "Tidak" kepada persoalan di bawah;

1. Adakah anda selalu bersikap tegas dalam menghadapi masalah hidup anda tanpa berhelah melarikan diri atau pura-pura melupakannya atau menangguhkan usaha-usaha menyelesaikannya selewat yang mungkin, atau mengharapkan pertolongan orang lain.

2. Adakah anda mempunyai kebolehan membuat keputusan-keputusan yang tegas?

3. Adakah anda laksanakan sesuatu yang anda fikir benar walaupun bertentangan dengan kepentingan-kepentingan kebendaan anda?

4. Adakah anda dapat berdiri tegak dengan pendirian anda tanpa terpengaruh kepada fikiran sahabat dan kaum kerabat yang bertentangan dengan pendirian anda biarpun mereka memang jujur kepada anda, dan tanpa terpengaruh kepada kritik-kritik yang datang dari luar?

5. Adakah anda ragu-ragu lagi akan tampil menentang perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh yang dilakukan ke atas mana-mana orang dagang atau orang yang baru datang ke kampung.

6. Adakah anda tampil campur tangan untuk memberhentkan perbuatan-perbuatan yang menyakiti binatang atau kanak-kanak?

7. Adakah anda benci atau menentang sebarang perbuatan beza-membeza sama ada kerana perbezaan agama, kaum, bangsa atau perbezaan politik, taraf dan ekonomi?

8. Adakah anda bersedia mendengar pendapat-pendapat dari mereka yang bertentangan dengan anda?

9. Adakah anda selalu bersikap tidak suka mengejek orang lain biarpun bagaimana ganjil peribadinya, luar biasa pendapatnya, buruk namanya dan malang kehidupannya?

10. Adakah anda patuh kepada dasar-dasar akhlak dan menggalak orang lain supaya bersikap seperti anda.

11. Adakah anda memandang hina kepada diri anda sendiri bila anda melakukan perbuatan-perbuatan mengambil kesempatan dari orang-orang yang kurang mengerti, orang yang lemah dan orang-orang yang sayangkan anda?

12. Adakah anda boleh memberi nasihat yang benar-benar jujur dengan erti anda tidak pernah memesongkan nasihat-nasihat agar sesuai dengan kehendak-kehendak anda yang sebenar?

13. Adakah orang ramai yakin boleh mendapat layanan-layanan yang adil saksama daripada anda?

14. Adakah kawan-kawan anda mengaku bahawa sebarang janji anda dapat dipegangi dengan kukuhnya?

15. Adakah kawan-kawan anda tahu bahawa sikap anda memandang hina kepada perbuatan bermuka-muka?

16. Adakah kawan-kawan anda mengaku bahawa anda seorang sahabat setia yang boleh diharap?

17. Adakah anda adakan disiplin ke atas diri anda sendiri supaya selalu mengawal diri, bersikap sederhana dan menjauhkan diri dari segala perbuatan yang cuarang?

18. Adakah anda lebih mudah memberi maaf dan melupakan yang telah lalu dari menyimpan perasaan dendam dan melarut-larut dalam bersedih?

19. Adakah anda seringkali memikirkan masalah-masalah yang serius?

20. Adakah anda bersahabat baik dengan diri sendiri dengan erti anda sentiasa merasa senang dan bahagia bila berada seorang diri melayang-layang dengan fikiran anda?



Sila berikan 5 mata kepada setiap jawatan "Ya". Jumlah 70 mata bermaksud darjah yang gemilang. 60-70 sangat baik. 50-60 Baik. 40-50 Puas hati. 30-40 Sederhana dan bawah 30 Rendah.


Soal selidik ini dipetik daripada buku 1001 Masalah Jiwa Manusia, karangan Yusoff Zaky Yacob.

Wednesday, December 24, 2008

Norhayati Oh Norhayati

Dalam kelas kita ada dua Norhayati
Pertama Norhayati Aziz..orang Penang, menetap di Kg Rasa Tambahan...Batang Kali. Hitam manis dan luhur budi bahasanya, suka menolong dan sangat menyenangkan. Best Friend. Berbakat juga dalam syarahan dan pengucapan sebab memang Guru Cemerlang Bahasa. Baru baru ini menjalani pembedahan mata dan naik gred DGA34 sebagai GC.
Kedua Norhatai Rasul, cukup terkenal dengan suara emasnya, kuning langsat, menarik, bergaya dan kadang kala menggoda jugak...[ bagi yang mudah tergodalah..] Asal rawang ,menetap di kuantan..suka menolong dan sangat menyenangkan.Best Friend jugak.

Kedua duanya bijak dan berbakat. Ada ciri kempimpinan. Berketrampilan dan mudah mesra. Semua kawan kawan kenal dia dan selama kita bersama tidak pernah mereka berdua memberikan masalah kepada kita.

Tadi yati Rasul datang kerompin menziarah aku dan ani. kami makan makan dan kemudian dia kembali ke kuantan bersama alif anak bungsunya.

Semoga kawan kawan saling berhubung antara satu sama lain dan terus bersahabat hingga sampai bila bila....yang memutuskan silaturahim antara kita ialah kematian. Janganlah 'matikan' diri awal awal...

salam

Tuesday, December 23, 2008

orang melayu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

aku org melayu..apa nk jadi ngan bangsa aku..kembalilah kita kepada suruhan nya dan tinggal lah apa yg di larang nya..minta lah keampunan kepada Allah s.w.t
akhir nya kita pasti kembali kepada nya.. fikir-fikirkan lah!

Monday, December 22, 2008

Dr Omar Karem: Kami terhutang budi padamu

kali ini aku cetuskan kembali kenangan lama bersama pensyarah kita seterusnya. Selepas Abang Angkat, Abang Aji, Dr Kamalia dan Che Zul...kini aku nak cerita pada Dr Omar

klasiknya [ nakal nakal ] kami di ajar oleh dua Omar. Satu kami panggil Dr Omar satu lagi kami panggil Omar Apai. Dr Omar mengajar kami masa mula mula masuk U. Subjeknya HRM. Aku yang sentiasa duduk belakang..kini duduk depan sekali...beri perhatian sungguh..sebab seronoknya belajar dgn Dr Omar. Aku beli pelbagai buku tentang HRM dan memang subjek ini amat aku minati..selain content khowledgenya, aku juga gembira dan sesuai dengan kaedah Dr mengajar. Simple, mudah faham dan selesai masalah. Dr Omar selalu memotivasikan kami yang dah berusia ini dan menarik pemikiran kami jauh ke luar kotak pemikiran orang biasa. Dia menjelaskan hidden curicullum di Universiti yang tak pernah ada pensyarah lain ceritakan.

Sesungguhnya Dr Omar banyak mengubah kehidupan aku dan menyentuh hati dan perasaan aku. Dia selalu menjadi idola aku dan aku sangat respect pada dia. Kami semua terhutang budi padamu wahai Dr. dan semoga Dr sentiasa sehat, gembira, berjaya dan bahgia dunia dan akhirat

Nak Mohon Kursus di IAB?

kawan kawan

tadi aku baca blog cikgu usop sipan..dia ada link kan permohonan kursus di IAB secara online
jadi kalau ada antara kita nak kursus lagi klik disini

semoga berjaya berkursus.

kursus jangan tak kursus...kursus sampai tua...hahahaha

dimana nak cari ramai orang melayu?

Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kampong orang melayu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Blog: Tuan Punya dan Penulis Undangan

Salam

Bila kau orang buat blog...kau dipanggil blogger. Bagi Blog Kumpulan macam PPGB ni perlu ada ramai penulis undangan..[ dikalangan members ] jika tidak blog itu telah menjadi blog peribadi. Sejak 2007 hingga 2008 aku seorang saja menulis dalam blog kumpulan ini..memang sungguh memenatkan, namun sejak akhir ini, tengku, hassan dan dollah menjadi penulis jemputan blog ini. Maka blog menjadi semakin segar. Mereka juga mempunyai blog peribadi untuk kita link kan.

Bagi Penulis Jemputan [ Constributor ] ni ada dua taraf
1. Grant Admin [ boleh menghantar news, post, entry ]
2. Revoke Admin [ boleh mengedit]

Cara nak menjemput ahli atau kawan menjadi constributor ialah
klik customize klik setting klik permissions klik add autor dan masukkan email kawan kita tu dan klik send. [ kalau salah atau tersilap..belasah sekali lagi...]

Harap sangat kawan kawan menerima undangan untuk menjadi contributor bagi blog ini dan kepada kawan kawan yang ada blog...kalau nak jemput anak anak menulis blog kita....Selamat mencuba

Sunday, December 21, 2008

tips semasa membaca blog

kawan kawan

kadang kadang...kita nak baca, susah..sebab fontnya kecik sangat..sakit mata.. senang saja penyelesaiannya... klik control [ ctrl ] dan jangan lepas kan...klik pula pada [ + ] beberapa kali...maka paparan dalam blog akan membesar setiap kali kita klik [ + ] tu..kalau besar sangat, dan nak undo..klik [ ctrl ] dan [ - ]

selamat mencuba...jangan risau .... jangan susah hati tak pakai cermin mata.

salam

Saturday, December 20, 2008

tahniah

seorang lagi kawan kita kini mempunyai blognya tersendiri. Jangan tak percaya, dia ialah Pn Hajah Halipah. Walaupun beliau seorang wanita tradisonal, tetapi telah aku katakan dulu, dalam ruangan KKK [ kenali kawan kita ] Pn Hajah Halipah adalah wanita, guru, ibu dan pentadbir yang mempunyai wawasan. Dia mengikut perkembangan. Perkembangan masa kini ialah setiap orang pantas menguasai IT. Dengan IT yang telah didedahkan kepada kita sebanyak 9 credit hours, Segala selok belok IT ni, jangan nak bohong kat kita, kita dah tau sedikit sebanyak, Pn Halipah telah mengorak satu lagi langkah..iaitu mempunyai blog sendiri. Nanti aku akan linkkan add blog nya sebaik saja aku dapat alamat blognya.

Blog amat penting untuk kita memberikan pandangan, sebagai catatan peribadi, tempah meluahkan perasaan secara profesional, jambatan dan rangkaian untuk kita berinteraksi tanpa sempadan. Blog dapat memudahkan kita mengakses laman web yang kita kehendaki dengan cepat dan mudah. Dalam Blog kita boleh link kan semua website yang penting dgn tidak perlu search setiap kali kita ingin melayarinya

Memang tidak dapat dinafikan, tak semua suka masuk melayari internet, dan tidak semua ada masa dengan mengurus blog. Memang soal ini banyak bergantung kepada minat dan kesediaan kita...namun kita tak ada masa ke, kita tak suka ke, teknologi.. internet terus menguasai hidup kita.

why not? why you late?

Jangan marah.

Friday, December 19, 2008

keputusan Group A: Atas permintaan kawan kawan

BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN KAWAN KAWAN DALAM GROUP A
SEMOGA TERUS MENJADI GURU YANG CEMERLANG DAN MENJANA PERUBAHAN DI SEKOLAH MASING MASING [ atas permintaan kawan kawan…]

Chong YL 3.8+ 1st Class, Shelley 3.8+ 1st Class,Meng Chun 3.75 - 1st Class

Nafsiah 3.73, Ani 3.72,
Yen 3.68, Yati Rasul 3.67, Choong Muar 3.67, Low 3.64

Teo 3.6+, Teah 3.6+, Chan Pang Kor 3.62, Hasmah 3.6+, Sharin 3.66

Dollah 3.59,Yusof 3.56,Mat Sg Gau 3.56,Wong 3.5+,Wai 3.5+,Yati Aziz 3.55,See Kedah 3.55
Mala 3.54,Zainal 3.52,Goen 3.50,Vairam 3.47

Che Hasan 3.46,Azmi 3.4+,Tang Tai Ko 3.4+,Rosli 3.4+,Aphong 3.49,

Makrof take 5 3.37,Jamal 3.33,Lipah 3.32,Tengku 3.27,Hj Lias 3.2+,Raseli 3.21,Lias Mantan 3.1+

Chin Tenom,Ct Dayang,Mar TV,Mawi,Hassan E,Zubaidah,Saras,Wazir Gus Dur,Midah, Shahar F
Seah,Chu Jasin,Lau,Aphong , Angelie,Kupayee-

siaran ini untuk motivasi kendiri sahaja bukan untuk beza banding .. saja nak kongsi kegembiraan,

[ kalau salah, plz respon dalam comment atau sms pada aku untuk diperbetulkan ]

admin

Che Zul: Pensyarah Profesional

salam krismas,
semoga sukses selalu

seterusnya aku teringat pulak pada seorang pensyarah hebat UPSI, Che Zul. Orangnya bertubuh lansing, selalu senyum dan bersikap profesional dalam kelas. Kehebatan Che Omar ialah pada EQ dan ulasannya dalam kelas.

Beliau memberikan peluang yang banyak untuk komunikasi dua hala dengan para peserta. Kami membentangkan isu pemasaran dalam pendidikan seperti tajuk yang diberikan dan dalam pembentangan itu ramai yang memberikan argumen dan pendapat...meskipun pendapat kami tak sampai ke mana, Che Zul tak pernah memandang rendah dan terus bermanis mulut pada kami yang sudah berusia ini..pelbagai ilmu pemasaran diberikan dan kami amat berpuashati kepada kaedah pengajaran beliau. Seperti Abang angkat, abang aji, dr kamalia, kami juga memberikan 5 bintang kepada Che Zul.

Kami mendoakan Che Zul terus berbakti kepada UPSI dan menjadikan UPSi universiti yang hebat..kami amat berpuashati gaya dan cara beliau...dan banyak kenyataan dan pesanan beliau kami semat dihati....semoga kita terus berkenalan, berkawan dan bersahabat namun kami tetap menyemat rasa hormat tak terhingga kepada Che Zul.

Salam hormat

Wednesday, December 17, 2008

Cuba kita ubah, walaupun sedikit

Persiapan buka sekolah 2009 berjalan lancar. Berpandukan check list, semua persiapan dibuat sebaik mungkin, dengan harapan 2009 lebih baik daripada 2008. Sebagai pemimpin sekolah, GB dan PK2, seharusnya berganding bahu, berkongsi kebolehan, kepakaran dan pengalaman dengan niat yang satu, kecemerlangan pendidikan. Prasangka, salah faham, busuk hati, besar diri dan semua kelemahan ini seharusnya diketepikan demi tanggungjawab yang suci, mendidik. 2009 yang bakal mendatang semestinya menjanjikan dugaan dan cabaran yang lebih besar sebesar tanggungjawab yang kita pikul ini sebagai pemimpin pendidikan.


Hari ini, sekolah semakin dihambat pemodenan global yang sukar dibendung. Teknologi terkini berkembang sukar digambarkan dengan kata-kata. Namun, kebanyakan sekolah masih terkial-kial mencari indentiti dan harga diri. Pemimpin sekolah silih berganti dengan wawasan dan lenggok pimpinan yang tidak menentu, sehingga sekolah seperti yoyo, tanpa watak dan karisma, apa lagi harga diri yang diharapkan dalam visi dan misi. Kita tahu, bukan senang untuk membangunkan sekolah kerana di sekolah kita berhadapan dengan manusia yang pelbagai dari umur awal kanak-kanak sehinggalah rakan-rakan guru dan staf yang sudah hampir ke penghujung.


Bukan senang untuk membuat perubahan, tetapi kita masih berkesempatan dan kita berkemampuan. Untuk mengubah sesuatu, kita akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Tetapi untuk maju ke hadapan, kita mesti berubah.


Saya mengajak rakan-rakan untuk sama-sama membuat perubahan, walaupun sedikit. Kita sering melihat, banyak pemimpin sekolah yang stereotype dan tidak berani membuat perubahan. Hatta Perancangan Strategik Tahunan Sekolah, kebanyakan disalin bulat-bulat daripada tahun2 sebelumnya. Setengahnya pula, masih ada sekolah yang tidak bersedia dengan perancangan tahunan semasa, sebaliknya mengguna pakai apa yang digunakan pada tahun sebelumnya tanpa mengkaji, menyelidik dan membuat post mortem akan kesesuaiannya. Inilah contoh daifnya kepimpinan sekolah. Walhal hari ini, dengan teknologi IT yang canggih, kita boleh mempelbagaikan perancangan sekolah dan perubahan2 serta penambahbaikan yang boleh membawa guru-guru dan murid-murid teruja menghadapi sesi persekolahan baru. Inilah yang dikatakan perubahan. Apa maknanya seorang pemimpin, jika dilihat dan dinilai anak buah, kosong. Mesyuarat guru pertama, hanya cakap2 pemimpin yang berupa housekeeping, bukan mesyuarat yang berbentuk developmental. Sebagai pemimpin, kita sering dilihat dan dinilai perubahan yang akan kita lakukan. Jadi, kepada rakan-rakan GB, beranikan diri, buatlah perubahan. Duduk, berfikir, merancang dan bertindak. Gunakanlah ilmu yang telah dipelajari sebaik mungkin. Buktikan PPGB adalah berjaya dan terbaik. Kepada rakan-rakan PK yang belum jadi GB, jangan terlalu mengharap, berikan sepenuh komitmen dan tunjukkan kebolehan anda sebagai pemegang Ijazah Sarjanamuda Pengurusan Pendidikan. Bukan menunjuk-nunjuk. Aku sangat yakin, anda semua hebat dan berani membuat perubahan.


Bagi aku, banyak perubahan yang akan aku lakukan untuk tahun 2009. Antara lain, ialah e-pentadbiran, pengurusan prestasi, pengurusan pembangunan kualiti staf, dan Projek Gemilang 2012. Semua urusan pentadbiran sekolah akan diuruskan melalui eletronik seiring dengan dasar e-pentadbiran peringkat PPD dan JPN Kedah. Pengurusan prestasi akan diuruskan seawal Januari menggunakan makenisma dan instrumen penilaian semasa secara kendiri oleh guru dan staf. Pengurusan pembangunan kualiti staf akan dipertingkatkan melalui dasar LDP dan kelebihan yang ada sebagai sekolah PTJ. Projek Gemilang 2012 bagi kurikulum dan kokurikulum menggunakan modul-modul khas. Sehingga kini hampir semua persiapan telah dibuat. Walaupun jangkaan awal akan ada perubahan2 secara try & error, tetapi yang pentingnya adalah MEMULAKAN PERUBAHAN. Cubalah kita ubah, walaupun sedikit.


Aku sangat berharap kita semua boleh berkongsi idea yang baik dan berani menjelang sesi persekolahan baru yang bakal tiba.

Keputusan Aphong

tadi aphong menyatakan rasa leganya yang amat sangat kerana mendapat result fasa8, beliau berjaya mengumpul 3.49 dan hilang segala kebimbangannya....mengenai kedudukannya dalam peperiksaan...biasalah pong...lu jauh ma...lambat sikit.

anyway tahniah untuk aphong dan kawan kawan lain...dan ada juga permintaan agar disiarkan kembali pointer kawan kawan kita tu..ye ke? sila respon..kalau ramai nak nengok aku akan siarkan kembali..tak ada masalah..namun yang kemut result tu macamana? tak adil kan..

secondly aku melepaskan rindu nipon abang angkat kita...tadi, lama tak dengar suara, lagipun sejak akhir ni ada junior kita asyik nipon aku tanya itu ini, walhal yang first class depa tak tanya pun..
lepas aku p.o sikit, rupanya ..aku dan beberapa kawan lain di promosi oleh pensyarah kita...buat diri aku tak ada masalah, kalau nak nolong apa patut...ilmu hak tuhan, faham tak faham tak sama, pensyarah hanya menyampaikan saja...aku akan bantu apa yang aku faham...aku juga berkongsi berita dengan abng angkat, kejayaan yati, kejayaan kita semua dan yang paling aku syok bercerita dengan abg angkat aku, ialah kejayaan aku mendapat A penuh dalam 3 subjek dia..penyeliaan, kajian tindakan dan projek 3...berkat tunjuk ajar abang angkat aku ini lah aku dapat meraih kejayaan dalam subjek tadi...terima kasih brother...selamat datang ke rompin..

sini dulu corat coret...kali ini...

Monday, December 15, 2008

TAHNIAH Yati Rasul

"Kalau tidak ah... ada yang punya,
Mari kita ah... jalan bersama...."

Begitulah dendangan Yati Rasul dalam pertandingan Nyanyian lagu P.Ramlee & Saloma, MSKPPK Peringkat Kebangsaan di Auditorium P. Ramlee, Penang. Aku, isteri dan 2 orang anakku antara penonton yang memberi sokongan kepada kawan kita ni.

Daripada 30 peserta seluruh negara, Yati berjaya meloloskan diri ke peringkat final. Dan malam tadi ketika final, aku bukan saja terpesona dengan suara lunak Yati dan lenggang lenggoknya, tetapi juga kehebatan semua 8 peserta akhir. Yang hebatnya Yati ni, wpun hanya kostum yang bersahaja jer, tapi dapat memikat hati para hakim sehingga memilih beliau untuk Naib Johan. Hebat tu, peringkat kebangsaan. Aku turut merasa bangga.

Nak jadikan cerita, salah seorang peserta saringan pada sebelah paginya itu adalah guru sekolah aku. Tapi di gagal ke peringkat akhir. Tapi aku bangga jugalah dalam bahagian wanita, wakil kedah Johan dan Yati naib Johan.

Lepas tamat acara tu aku ambil kesempatan melayan kawan kita ni dengan bawan makan ayam tandori special. Nak rasa, mailah penang. Habis makan, aku terus hantar Yati ke perkampungan di USM. Aku ni wpun tau jalan2 di penang, bila masuk USM sesat terpusing-pusing mencari kolej yang dijadikan perkampungan semua kontinjen. Dek kelewatan itu, hampir 1 pagi aku dan keluarga sampai di rumah Sungai Petani. Dari riak air muka Yati, aku tahu dia merasa puas dan seronok kerana ada kawan yang melayan dia. Tapi yang hebatnya, bini aku yang beria-ia benar nak tengok si yati ni menyanyi, bila aku khabarkan Yati ni hebat. Jadi, malam tadi dia enjoylah dapat jumpa dan kenal dekat dengan Yati. Jangan salah anggap, bini aku ni bila aku cerita pasal kawan2 semuanya dia respet. Jadi aku tak kekok bila bercerita. Aku harap yati merasa ok dengan layanan aku dan keluarga.

Sunday, December 14, 2008

selamat menyambut hari krismas 2008

Kepada semua kawan kawan
Mood Penuh Masa PPGB
PPGB Kump A
PPGB Kump B
Semua Pengunjung Blog


kami semua mengucapkan selamat menyambut hari krismas kepada smeua penganut kristian dan semoga krismas kali ini membawa erti yang mendalam dan lebih menmggembirakan.

semua kawan kawan PPGB Kump A

YUSOF BIN MOHAMAD

Friday, December 12, 2008

Kesihatan Eksekutif

Antara salah satu tajuk yang aku suka ketika NPQH di IAB. Aku percaya rakan2 masih ingat dengan Dr....Singh ( Aku tak ingat nama dia, nak kena check di IAB). Satu slide yang menunjukkan perut yang buncit, dengan telatah pensyarah ni yang mencuit hati, kelas jadi gamat dalam sinis yang jelas. Maksud aku, kita ketawa dalam diri yang tidak insaf.
Jarang antara kita yang benar-benar mengambil peduli akan kesihatannya. Pada dia, selagi dia boleh bernafas, bergerak dan bekerja, dia merasakan dia sihat. Gah dan bangga. Yang jadi pelik dan anehnya hari ini, dah ada penyakit (3 serangkai) tu pun diri masih merasa bangga. Dijajanya cerita dia sakit, makan ubat macam2, mahal-mahal, masuk hospital swasta dan bayar mahal2 dengan rasa gah dan hebat. Heran aku. Kadang-kadang, macam ada kelab, berkumpullah beberapa 'ahli' menceritakan pengalaman masing-masing dan berkongsi bagaimana treatment diambil, doktor mana, farmasi mana, hospital mana, lebih hebat daripada agenda yang dibincangkan di dalam meeting tadinya. Inilah gaya hidup hari ini. Jika kita tak dapat cerita kita masuk hospital swasta dengan bayaran mahal atau tunjuk kad medical yang mahal-mahal, macamlah kita ni hidup takda gaya.
Aku pernah membaca satu buku tentang gaya hidup sihat. Antara inti pati yang dapat aku kongsikan di sini ialah, 4 faktor kesihatan optimum ialah: Pemakanan yang seimbang, Senaman yang cukup, Rehat yang cukup dan sentiasa berfikiran positif.
Cuba kita renungkan, adakah kita amalkan dengan keempat-empat ini? Aku ingin mengajak rakan-rakan bukan sahaja berfikir, tetapi terus bertindak. Mengapa aku katakan begini, sepanjang 3 tahun bersama-sama kalian, berapa orangkah yang sanggup meluangkan masa berjogging atau bersenam dengan apa2 cara, baik di iab atau di upsi. Pengalaman aku, ketika sering berjoging seorang diri di upsi dan iab, kadang-kadang aku menjadi bahan sindiran rakan2. Tapi aku tidak kisah itu, kerana aku sudah biasa berjogging seorang diri. Pengalaman menarik aku juga ketika di iab, aku join gang iab bermain badminton bersama-sama dengan pensyarah dan staf iab termasuk dr. rafi dll, sehinggakan ketika aku menghadiri kursus seminggu di sanapun, aku sudah seperti sebahagian ahli kelab sukan iab dan boleh bermain bersama-sama mereka pada bila2 masa.
Apa yang nak aku kongsikan di sini, memang betullah dan sangat sesuai tajuk ini untuk kita pelajari dan menjadi sebahagian daripada amalan kita sebagai pemimpin eksekutif di sekolah. Sekolahlah sepatutnya melahirkan ahli sukan dan rakyat yang sihat. Jadi jika kita tidak sihat, aku percaya sekolah juga seperti tidak sihat. Pengalaman aku sebagai GB ketika bersama-sama guru menjalankan kokurikulum di sekolah, banyak guru terkejut bila melihat aku lengkap berpakaian sukan dan bersama-sama mereka serta murid-murid turut serta bersukan. Mungkin GB sebelum ni, mereka tak lihat macam aku. Kesannya, guru2 dan murid-murid menjadi sangat teruja dan bersemangat melakukan aktiviti sukan dan kokurikulum. Satu perkara lagi, di daerah aku sepanjang aku bersukan dan bermain badminton, hanya aku dan 2 orang rakan GB yang bermain badminton secara aktif. Yang lain, kata mereka, kami dah masuk kelab penyakit 3 serangkai. Jadi fikir2kanlah.

Ibu Abdullah Hashim Sakit

kawan kawan
berita terbaharu aku terima melalui telefon, ibu kepada kawan kita pak lah tanjung, sakit dan sedang di rawat di Teluk Intan.

Jika kawan kawan disana yang ada kesempatan dan berdekatan ..silalah melawat Pak Lah dan melihat kondisi ibunya sebagai tanda persahabatan antara kita.

Marilah kita berdoa untuk ibu Pak Lah Tanjung semoga cepat sembuh.

Tuesday, December 9, 2008

bukan senang mengurus guru

kawan kawan

pengalaman aku, [ macam che hassan jugak lah ni, kongsi pengalaman ] tidak lah sehebat mana.
masa aku menajdi ketua warden, aku mula terasa sukarnya mengurus kawan sejawat..baru 3 orang warden dan seorang pt...bila jadi penghulu KIP aku kena urus kerenah hati manusia yang bernama guru seramai 70 orang dan keluarganya [ kadang kadang ], jadi GPK aku membantu GB mengurus antara 25- 32 guru di sekolah, masa penyelia di PPD aku membantu mengurus 41 GB, 123 GPK SK, 18 Pengetua dan 44 GPK SM, dan ratusan guru yang berkepentingan..

wah..tidak susah, namun bukan senang juga. terpaksa kita kenal guru ni dgn cepat dan perlu ada sikap positif...semua orang suka di tolong dan mereka [ guru-guru] berkemahiran mengesan keihlasan kita dalam berurusan dengan mereka, mereka peka dan sensitif, mereka mahir bercakap dan berintraksi, mereka selalu mengarah di sekolah dan di kelas dan sangat tak suka di arah arah... kebanyakkan mereka rendah diri dan suka menolong...

aku menggunakan prinsip ' membantu...apa yang patut '...akhirnya prinsip ini menghasilkan kesan yang amat positif dalam berhubungan dgn kaum guru. aku rasa semua orang begitu, namun ada juga yang tidak begitu...ada pegawai yang suka mengusik, membuli, mengenakan orang, bias, prajudis dan syak memanjang...jika ini lah sikap yang dipakai...nescaya hubungan akan renggang..

apa pendapat kawan?

Sunday, December 7, 2008

Penilaian Prestasi 2008

Pagi ni, aku ke PPD hantar borang prestasi 3 orang PK aku, selepas aku buat penilaian dan bagi markah sebagai PPP. Sedang aku mengira-ngira markah depa ni, aku teringatlah kepada diri sendiri. Sejak tahun 1992 (tahun mula2 ssb), dan sejak aku terjerumus ke bidang kepimpinan ni, aku tak pernah walau sekalipun diberi APC. Seingat aku, kerja aku 'push' anak2 buah supaya dapat. Pada awalnya, aku ingat oklah, kerana selepas dapat melintang tahun 1992 tu, aku terus jadi Penyelia Petang wpun aku baru 8 tahun mengajar. Tapi, kira punya kira sehingga 2008 ni rupa-rupanya dah 16 tahun. Dan aku tak pernahpun dapat APC. Tak kisahlah, takda rezeki. Mungkin rezeki aku, cepat naik pangkat, dan cepat merasa dan dah lama merasa gaji yang lebih sikit banding dengan kwn2 yang sama mengajar dgn aku (1986).

Sembang pasal penilaian prestasi dan APC ni, aku teringat kepada En... apa dah nama dia, orang pahang tu, yang mengajar prestasi ketika kita di IAB. Kata dia, kalau cikgu tak perbetul kesilapan yang ada pada hari ini (cara pengurusan prestasi), maknanya sia-sialah cikgu datang belajar dengan saya di IAB dan lepas ni nak buat ijazah di UPSI.

Jadi, aku nak ajak kawan2 cuba renung balik dan beri komen pasal penilaian prestasi yang kita sedang buat hari ini. Pada aku memang banyak tak betul dan tak kenanya. Tapi malangnya kita mengiiiiikut juga. Pasal apa? Aku dah mula cuba2 buat penambahbaikan. Pertama, cikgu memang kena buat SKT berdasarkan senarai tugas, manual prosedur kerja dan fail meja. Kerana kalau tak buat SKT, mana hala tuju dan pelan (atau perancangan strategik) kerja tahunannya. Bukan saja cikgu tak tahu hala tuju dan pelan kerja tahunannya, kita sebagai pemimpin sekolah juga tidak tahu. Bila tidak ada dan tidak tahu, bagaimana nak menilai? Tidak ada perancangan, KPI dan matlamat kerja yang jelas.

Satu lagi, aku sedang merancang untuk menyediakan satu makenisme penilaian yang menggunakan instrumen khas merangkumi kerja dan tugas guru di sekolah yang sangat rencam itu dibandingkan dengan kaki tangan awam yang lain. Melalui instrumen ini, guru juga mudah membuat SKT dan perancangan kerja mereka. Sebagai pemimpin, kita dengan mudah melihat dan menilai perkembangan semasa setiap guru jika menggunakan instrumen ini. Dan rasanya adil, serta kita sentiasa boleh berbincang dengan guru tentang prestasi mereka dari masa ke semasa. Jika ada kawan2 yang dah buat apa yang aku tulis ni, bolehlah dikongsikan. Aku sudah merancang, hari kedua selepas mesyuarat pertama persediaan buka sekolah 2009 ni, aku akan bengkelkan dengan guru-guru untuk menyediakan SKT dan Fail Meja masing-masing.

Sebenarnya aku tak setuju dengan KPPK yang mengatakan cikgu tak payah buat SKT, cukup dengan buku rekod mengajar. Apa komen kawan2?. Pada aku, tak cukup, sebab orang boleh tulis BRM sebaik mungkin, tapi lain-lainnya tak seberapa. Sedangkan di sekolah, ada macam2 tanggungjawab yang memerlukan kebolehan, kepakaran dan komitmen guru. Inilah ruang dan peluang cikgu nak tonjolkan kecemerlangan.

Pasal penilaian prestasi GB, aku sangat kecewa. Sebab aku rasa banyak yang tak kenanya. Orang yang jadi penilai kita tu, sama ada PPD atau Pengarah, sekali setahun pun dia tak mai sekolah kita, tengok apa yang kita buat, tanya guru dan staf kita bagaimana kita bekerja dan tanya ibu bapa sekolah kita bagaimana hubungan kita dengan depa. Jadi bagaimana depa menilai? Adilkah? Tambah pula aku ni jenis suka bercakap bila meeting, dan bukan kroni MGB, jadi, jauh panggang dari api. Apapun aku tidak berdaya mengubah kuasa di atas, tapi alangkah baiknya, jika aku dapat membuat perubahan dan menilai bukan saja adil dan saksama, tetapi juga memberi kesan yang sangat baik kepada perkembangan staf dan sekolah seluruhnya. Renung2kanlah..

Terima kasih dari semua kawan kawan

Sejak keputusan keluar aku banyak menerima sms dari kawan kawan dan ada juga call terus. aku minta maaf sebab sejak aku transfer sim card ke set hp yang baru [ hp lama rosak ] banyak no telah drop , aku harap kawan kawan tak kecik hati bila aku sms balik dengan pertanyaan ..siapa ni?

actually tak syoklah.

tadi dapat sms dari raseli..why u late, dari kak mah...sorang, sorang..dari low tai chi, pulau ketam, 3 kali dari shelley bendahari comel aku, aphong tanya dia punya result tak dapat, dari abg jamal, dari dr kamarudin dua kali, aku call angel balik pulau, dll

semua ini membuktikan setiakawan dan hubungan kita yang best tau..aku suukaaaa sangat.

terima kasih juga kepada pak lah tanjung kerana entrinya, dalam blog..ceria keluarga pak lah. kawna kawan nak buat blog aku ada masukkan entri macamana nak buat blog, sumbangan simantan guru..cikgu wahab. kalau ada nak nulis dalam blog ni ? berikan email aku akan invite macam che hassan, tengku dan dollah...yati masih gagal menjadi contributor..aku pun tak tau kenapa..ajar, ajar dah..choong GY dari muar aku dah invite, tapi tak sudi nak jadi contributor..

tahniah kepada yati rasul kerana mewakili pahang lagi dalam pesta kebudayaan di penang pada 11,12 dan 13....pak lah tanjung, hang tolong yati kat sana..apa apa yang perlu di tolong....jangan harap pada rosli, dia jauh...

sekian dulu...nak tengok pointer member..cepat..lepas 10 dis semua paparan mengenai pointer itu akan di keluarkan. terima kasih kerana berikan kerjasam...

bye

Selamat Aidil Adha




Saya Pak Lah Penang dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha kepada semua rakan-rakan yang seagama dengan saya dan selamat bercuti kepada rakan yang yang mengenali saya. Banyakkanlah berkorban.. kerana berkorban adalah tinggi darjatnya disisi allah. rakan-rakan yang mendapat keputusan First Class tu ucapan tahniah.... yang lain tu tahniah juga... buka senang orang tua dapat keputusan yang anda dapat tu... Kepada pensyarah UPSI yang membaca blog ini.. saya Abdullah Hashim mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha semoga dipanjangkan umur, bahagia bersama keluarga dan dimurahkan rezeki oleh allah.

kupayee dan angelie tak dapat result?

hairan hairan hairan...

ada juga kawan kita yang tak dapat keputusan lagi...harap mereka dapat result dengan kadar segera...Group B? anas ada teelfon dari sabah, tanya kenapa kumpulan dia tak dapat keputusan lagi? what happens?

aku tak tau...apa ke sebab nya, entah entah ada masalh teknikal dimana mana, aku tak tau hujung pangkal, aku sms dr kamarudiin ..tiada jawapan..aku cadangkan kepada anas, eloklah minta kerjasama faris untuk jengah jengah di FPE ..apa citer yang berlaku...

yang paling menakjubkan ...kupayee...dah tentu dekat dengan UPSI..so, sis kupayee..cuba tanya apa citer disana.

sila buat blog sendiri

salam semua

bersama ini aku link kan cara untuk membuat blog sendiri

kalau semua orang ada blog, ada rumah..blog ini hanya sebagai penyambung kepada blog tuan tuan
tahniah kepada tengku dan yati yang dah ada blog sendiri

cara buat blog

Yusof Mohamad

Saturday, December 6, 2008

Makan Durian di Rumah Shahdan

Sebelum peperiksaan akhir tempoh hari Shahdan jemput semua rakan-rakan ke rumahnya untuk menikmati durian, pulut dan mee hun dan air (nanti tercekik pula tak ada air...kan?). Kebetulan ketika itu musim durian di Tanjung Malim menjadi. Tengoklah gambar sebelah tu...peminat setia buah durian, sebelah kanan ada yati aziz, yati rasul, manakala sebelah kiri siti dayang dan ada tak nampak sebelah kiri lagi ialah nafsiah.

Sdr. Shahdan menyediakan juadah untuk semua rakan-rakan kita, tapi tak ramai yang pergi, tapi nak buat macam mana? Mungkin pada masa itu kebetulan ramai yang stress untuk menghadapi peperiksaan, manakala kami yang pergi pula bukannya tahu nak stress-stress ni.

Teringat pula study leaf 3 hari, kami habiskan di Kuala Lumpur pergi ke rumah nafsiah, ke rumah adik hassan embong, rumah anak saudara raseli. Kemudian ke rumah keluarga angkat saya di Batang Berjuntai, sempat juga jenguh ke sekolah mula-mula posting dulu, rumah sewa dan banyak lagi nostalgia. Dan lagi kami sempat pergi ke Ipoh kerana Raselipun nak bernostalgia di Ipoh, call Midah tak dapat-dapat, akhirnya pergi makan nasi goreng udang di bandar Ipoh tu (tak jumpa nasi, banyak sangat udang).

Berbalik kepada durian, tak lupalah juga kepada Chan yang turut belanja makan durian di garaj felo tempoh hari. Terima Kasih Chan..!

sabah sabah muar

tajuk kali ni ialah Sabah Sabah Muar

3 orang yang mendapat 1sr class dari group kita adalah Shelley { Sabah } Chong Yee Lan { Sabah } dan Soh Meng Cun { Muar } nanti masa jumpa mereka jangan suruh mereka belanja, tetapi kita belanja dia orang..cuma masih ramai lagi kawan kita yang tak mahu beri info pointer terakhir yang dapat mereka kumpul. Tak Syok lah macam ni kan...

Jaga diri, Jumpa Mac nanti dengan keluarga...konvo kita, aku lepas konvo akan ke Utara menziarahi dua abang aku di sana, di Sg Petani dan Alor Star. Kemudian ke Perlis hingga padang besar lepas tu ke langkawi sehari. Saja bawa isteri dan anak anak aku makan angin.

Jumpa nanti.

pemergian buat selamanya

kawan kawan
kenal tak cikgu zalila? dari graoup B. Ceria, selalu senyum dan bergaya juga. Aku biasa panggil Datin kerana ketrampilannya. Selama dia berkawan dengan kita, aku tidak pernah ada masalah dengannya, sikapnya yang peramah dan mudah tersenyum memudahkan saluran komunikasi antara aku dengan dia.

Tadi jam 9.30 pagi aku mendapat sms dari Che Hassan, ayah Pn Zalila, telah pergi buat selamanya, dan sebagai kawan kawan kita sama seperjuangan dari IAB hingga ke UPSI, aku diri aku dan keluarga aku serta semua kawan dari kumpulan A mengucapkan takziah kepada Pn Zalila sekeluarga dengan ucapan bersabarlah menempuh dugaan tuhan ini, setiap yang bernyawa semuanya akan pergi menghadap tuhan dan mana yang tinggal perlu redha dan banyaklah beramal salih, kerana amalan anak yang salih akan sentiasa memberikan kesenangan kepada yang pergi.

Al Fatihah

[ salurkan berita tuan2 dan puan2 kepada saya dan contributor untuk di siarkan dalam blog ini dari masa kesemasa...agar kita terus berkongsi suka dan duka bersama -admin]

Friday, December 5, 2008

Ghaya Aji di Kelate

Aku rasa ramai yang tahu bagaimana suasananya ghaya aji di kelate, sehinggakan aku di kedah ni selalu terdengar depa cakap ghaya aji di kelate lebih meriah drp tempat lain. Sebenarnya ada benarnya cakap2 tu berdasarkan pengalaman aku sendiri di kedah dan di kelate.

Aku teringat kisah beberapa tahun yang lalu, aku bawa mak mentua aku beraya aji di kelate. Aku ni pun macam dah tak ingat situasi di kelate. Aku keluar dengan keluarga termasuk mak mentua aku ni nak sembahyang raya di satu masjid, aku terkejut tengok orang dah selesai sembahyang pada hal waktu tu baru 8.30 pagi. Jadi kami tak sempat. Niat nak sembahyang sunat ni masih kuat, aku pedeghah kereta aku ke masjid lain. Terkejut jugak aku kerana masjid ni pun baru selesai. Jadi tak sembahyanglah kami hari tu. Ikhtibarnya, di kelate ni barulah aku ingat, rupa-rupanya depa nak cepat sebab nak nak buat kerja korban (nak sembeleh lembu), kalau lambat, macam2 halangan, panas dan sebagainya.

Satu lagi yang menarik, aku bawa mak mentua aku jalan2 ziarah ke rumah sanak saudara di kelate. Dia terkejut, sebab sepanjang jalan dia tengok di sana sini kumpulan orang sedang melapah korban, yang jarang dia dan aku nampak di kedah.

Sebenarnya suasana raya haji di kelate, sejak zaman berzaman memang macam tu. Hari raya pertama tu, sehinggakan 3/4 tuan korban menghantar daging korban ke rumah kita. Dan cara depa berkorban aku tengok lebih afdal daripada cara orang bandar (KL) buat kerja korban. Sampai hari ketiga tu pun masih ramai yang menjalankan ibadat korban ni Pengalaman aku sejak kecil, aku masih ingat arwah mak aku setiap tahun korban, dah tak terkira lagi. Macam dah jadi kebiasaan walaupun hidup kami dalam kedaifan waktu itu.

Rakan2 yang tak pernah ada pengalamn raya Aji di kelate, cuba2lah ke sana.

tahniah tahniah tahniah

Tahniah

Kepada penyandang title Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan Kelas Pertama
1. Shelley
2. Choong Cooling Down
3. Soh Meng Chun

Kepada contributor blog
1. Che Hassan Open School - bingkisan utara
2. Pak Lah Tanjung - Penang Mari
3. Ku Nan - Trengganu Kite

Kepada blogger
1. Serisuryati
2. Tengku Adnan

Kepada
Semua kawan kawan yang memberikan pointer untuk dikongsikan bersama.

SEMUA INI AMAT MENGGEMBIRAKAN

Selamat Menyambut Aidil Adha 1429

Isnin akan datang inshaalah kita sama-sama akan menyambut Hari Raya Korban atau Aidil Adha 1429. saya mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha dengan kelaurga yang tersayang. Tahun ini hangpa kuat korban ke? Saya tak... kena korban aja. Apa pun bergembira bersama keluarga yang tersanyang. Dah tak berulang dah. kepada rakan-rakan yang balik kampong tu... berhati-hatilah memandu... kalau letih tu... berhenti di tepi jalan... lena dulu.... kalau daha patah kaki.... hilang mata sebelah... hilang anak seorang... menyesal pun tak berguna.
Akhir kata saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya kepada semua rakan-rakan yang membaca blog ini.
Terima kasih Usop... kerana kau akau menulis......

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...


Saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 48 kepada Che Hassan yang kebetulan tarikh ulangtahun kelahirannya sama dengan saya iaitu pada 01.12.2008 yang lepas dan tak lupa kepada abang Jef (Alias Othman_mantan) yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 16.12.2008. Semoga diberi keberkatan dan kesihatan bersama keluarga tersayang. Jaga diri baik-baik khususnya kepada Che Hassan yang suka bermain badminton, jika penat berhenti cepat-cepat dan jangan paksa bermain kerana umur kita semakin bertambah tetapi tenaga berkurang, kita tak seperti muda-muda dulu tenaga kuat. Abang Jef pun kena jaga juga apa-apa yang patut. he..he!! dan tak lupa kepada Hj. Alias dan Hassan Embong. Pengalaman kita bersama dalam satu rumah di Tanjung Malim tidak akan dilupakan dan persahabatan kita perlu dikekalkan sampai bila-bila.

7 RULE TO BE HAPPY

1. Never hate

2. Don’t worry

3. Live simple

4. Expext a little

5. Give a lot

6. Always smile

7. Know SOMEONE nice like …?

PRASANGKA OH PRASANGKA

Ada prasangka baik
Ada
prasangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas
Orang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk
Orang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka jahat
Orang jahat disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah (berbincang ) disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang cantik menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir
Mana tahu yang senyum itu kerana nak bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang cantik menawan itu kerana bersih hati dan minda
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdas
Jauhi sikap suka berprasangka
Kerana ia bakal memusnahkan persaudaraan
Seperti musnahnya kayu dimakan api


Waras

Ni episod akhir dalam tajuk Keras, Beras dan Waras

Maksud wak jawa yang berpesan tu amat mendalam sekali

Jaga Kewarasan. Sebelum menjadi waras, semasa waras dan selepas menyaksikan kewarasan orang lain. Sebelum menjadi waras [ zaman kecik kecik..dalam keluarga , anak2 kita ] semasa waras, jaga fikiran kita, emosi kita, rohani kita agar waras. jaga juga isteri kita sama [ saling jaga menjaga ] dan menyaksikan kewarasan ialah selalulah mengaji dgn orang alim sebab mereka ini antara orang yang terwaras sekali dalam masyarakat kita.

Isteri akan lari jika , suami tidak hiraukan anak-anak, Isteri akan lari dan benci jika kita sentiasa marah marah dan bertindak tidak waras dan mencaabar kewarasan fikirannya. Isteri juga kan ras akeciwa kalau kita jarang ke masjid, tak suka mengaji dan belajar agama sebab kita tidak menghormati dan mencontohi kewarasan alim ulama.

Pesanan Wak Jawa tu , kau jagalah keras, beras dan waras...amat ringkas tetapi mendalam. Bunyinya macam lelucon saja tetapi huraiannya...hebat. Sebab itulah kita kena selalu menilai kata kata hikmah orang tua tua, tak kisahlah dia jawa ke bugis ke , aceh ke...

kaitan dengan blog kita? Gunakan kewarasan semasa ber blogging

Salam

Antara GB Cemerlang, GB SK Perkasa dan GB

Beberapa minggu lepas, aku baca tulisan usop tentang 'perbezaan' (darjat, kasta dll) yang dikaitkan dengan kumpulan besar kita sejak iab hingga tamat upsi. Aku setuju sangat apa yang ditulis usop. Senerio ni mmg tak pernah lekang drp dasar yang kita amalkan selapas kita dilepas penjajah. Sikap meniru tu, dah berakar umbi dan dah bercucu cicit. Meniru yang baik, sangat baik jadinya.

Minggu lepas aku terima memo di email sekolah aku ada satu perjumpaan GB Cemerlang (DG38) dan GB Sek Perkasa (bukan perkosa) dengan Datuk KPPM di SK Jitra. Aku rasa perjumpaan biasalah roadshow Datuk KPPM sebelum buka sekolah.Tapi yang aku heran dan terasa sangat hanya dijemput 2 kelompok gb tu sahaja. Apa kena dengan GB 32, 34, 41 dan 44? Tak cemerlang kah mereka?

Ni yang aku tak mampu dok diam. Sikap pemimpin yang mengkelaskan anak2 buahnya. Macam ni ke nak maju, nak realisasikan PIPP. Aku nak ajak kawan2 semua renung2kan perkara ini. Kalau dah diberi tanggungjawab menjaga sebuah sekolah tu, berilah sepenuh kepercayaan dan hormatilah semua pemimpin sekolah tak kira apa grednya. Siapa yang mengredkannya? Jadi kepada rakan2 yang dg38 dan gb sekolah perkasa ni, kalau dah menghadap datuk KPPM tu, tolonglah buka mulut tanya datuk tu, mengapa buat macam ni. Janganlah hampa (kamu semua) pula rasa diri semacam jer..(aku hebat..).

Sebut pasal GB Cemerlang (38) ni, aku cadangkan hampa pakatlah supaya tak lagi menggunakan title tu. Sebab...la ni dah adapun GB 41 dan 44. Siapa yang lebih cemerlang?. Aku dari dulu lagi tak setuju sangat dengan title ni, guru cemerlang dan lain2 cemerlang lagi. Gunakanlah istilah lain yang lebih harmoni. Sebab kalau ada beberapa kerat yang cemerlang, yang lain tu dinilai macam mana? Kebolehan seseorang pelbagai cara, sebagai pemimpin nilailah dan hargai dengan sebaiknya agar tidak meninggalkan yang terkemudian atau terlambat itu.

Hari ini, pada aku tak mustahil lagi, gb boleh sampai ke JUSA C. Jadi kerja kuat dan sama-sama kita perjuangkan. Yang belum jadi GB, tunjukkan keupayaan dan kebolehan, rezeki tetap ada selagi kita berusaha pada jalan yang benar.

Thursday, December 4, 2008

selamat hari raya aidil adha

Kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA kepada semua pengunjung blog semoga semuanya ditahmati Allah dan berbahgia bersama keluarga masing masing.
Salam

Wednesday, December 3, 2008

Antara banjir dan result upsi

Sekali lagi tahniah kepada semua. Dah dapat result tu, maknanya group kita tak ada masalah. Semua sampai, walaupun naik bas dok belakang ( Jamal Bolok ). Aku dok tengah2 bas, sekali sekala, pi belakang bas ganggu kawan2. Alhamdulilah, semua selamat sampai. Apa lagi yang nak dikatakan. Tak puas hati, tepuk dada tanya diri. Pada aku, sangat puas hati dengan ukuran kemampuan diri. Yang paling aku puas hati, kekuatan yang ditunjukkan oleh semua tok guru kita. Tak kira apa cara pun, depa semua ni memang hebat dan layak jadi tok guru di pertapaan upsi ni. Masing-masing dengan kelebihan dan kekuatan diri. Tabik untuk Ibu Kandung Suluh Budiman.


Dalam keseronokan kita dapat result ni, aku nak tarik perhatian rakan2 kepada rakan2 kita di sebelah pantai timur, terutama kelate dan teganu. Aku baru dapat perkhabaran daripada Ayahku (Tengku) bahawa rumahnya dinaiki air hingga paras paha. Tapi sekarang ni dah mula surut dan kerja membersih rumahlah pula. Semoga ujian tuhan ini tidak berpanjangan dan kita sama-sama dapat meraikan kejayaan ini serta menyambut idil adha yang bakal menjelang.

beras

salam
maksud dalam jaga..keras, beras waras....dalam kehidupan ini aku teruskan.

Beras
makan utama, simbul kepada rezeki dan tanggung jawap. contohnya mencari wang untuk membeli beras, menjaga beras bila disimpan, menggunakan beras dengan penuh penjimatan, jangan membazir, recycle balik nasi sejuk buat nasi goreng ...[ jimat ] keluarkan zakat beras untuk fitrah,
menanam padi untuk mendapatkan beras..memastikan beras sentiasa ada dirumah adalah tugas penting si suami...luasnya bendang padi [ punca beras ] adalah lambang betapa kukuhnya ekonomi dan sebagainya.

disebalik itu, beras juga melambangkan betapa 'muai'nya, padatnya, betapa stabilnya rumahtangga sesaorang itu. Jika fikirannya waras...dan $%#@#$% nya keras...tetapi dirumah tak ada beras..maka itu tiada tanggungjawap..akhirnya rumah tangga tidak stabil... kehidupan pun menjadi kucar kacir...

iktibarnya ...jangan pentingkan keras dan waras saja....beras juga perlu di utamakan... dalam kes kita ni...ramai yang berikan beras pada blog..maka blog kita akan lebih stabil lah..kini telah muncul ayahku [ tengku ], choong muo, lipah, dll..terima kasih...
nanti sambung bab waras pulak..

dari Hajah Halipah Aziz

kak pah
memang special sikit bagi aku, rumahnya paling hampir nanti bila aku pencen 2017 untuk aku lawati [ mintak panjang umur] Yang dikatakan special, aku mula menapak kaki aku ke upsi adalah bersama kak pah dan jamal. kami 1st time masuk UPSI dan round kemudian makan tengahari di masjid tanjung malim..berbekal lauk dan nasi kak pah...aku, isteri aku dan mak mertua aku dah berkunjung kerumahnya...malah aku juga membawa rombongan sabahan [ ct dayang, mar tv, vinie ke rumah kak pah...memang satu hari tu kak pah mintak alamat blog, aku lupa nak balas sebab credit habis..leka leka..lupa...[ bukan malas nak layan...salah anggap tu...] tadi aku check...ada komen dari kak pah...
kawan kawan ,
bacalah...

ASLMKUM & slmt pagi,ptng atau Mlm buat rakan yg bkn beragama islam. Kini saya buat kali pertama membuka blog yg diusahakan oleh Adinda Usop.TAHNIAH atas keputusan yang dicapai usop yang sentiasa sibuk dpt ok juga dan buat semua rakkan seperjuangan yang telah menerima keputusan msg2. Buat Usop tak apelah tak kuasa nak layan utk memberikan alamat blog krna tak patut akak tak simpan alamat itu klu nak seribu daya ,melalui Ani Rompin maka berjayalah ,Dengan kemampuan spt kura-kura maka akak dptlah 3.32 itulah kemampuan yang dicapai bagi orang biasa-biasa spt saya.Yang pasti jasa semua pensyarah dari IAB hingga ke UPSI amat dihargai.Di samping itu rakan seisi rumah amat mmembantu saya yang seperti kura-kura merangkat tidak berjalan atau berlari seperti anda semua.Kepada guru awal ICT USOP, Wazir, Mala ,Tengku dan ramai lagi tidak dilupakan. Kerana anda semua kini kita sama-sama mengecapi Kejayaan. Alhamdulillah.(Hjh Halipah A.AZIZ)

lihat lah satu contoh kawan kita yang ikhlas...

kehebatan

kawan kawan

ingat, "kehebatan sesaorang tu bukan kerana kuat marahnya, tetapi kerana ketajaman akalnya dan keikhlasan hatinya serta keteguhan imannya"

salam

Keras Beras Waras

Kawan kawan

Di Johor, ramai kawan kawan aku adalah keturunan Jawa, masa aku sekolah menengah, anak anak jawa merupakan majoriti ler pulak, jadi aku dari keturunan melayu ni kena buli pulak dengan anak anak jawa ni. tetapi satu yang baiknya aku dapat sesuatu dari mereka, kebaikan hati, keluhuran jiwa, keras semangat dan sikap tolong menolong mereka.

ada satu gurauan dari orang2 tua keturuan jawa, dia orang kata...orang perempuan tidak akan lari kalau kau jaga ...keras, beras, waras. aku tak mahu mendalami setiap maksud tersirat dari 3 perkataan yang puitis itu satu persatu, hari ini aku nak mengajak kita melihat pesanan pada perkataan keras.....sebab ada juga maksud sebaliknya

keras- bukan saja pada di maksudkan kepada #@$%#@ tu sahaja, yang tu mestilah kena keras....kalau tak keras..memang lelaki itu [ maaf cakap ] akan diperlekehkan dan tidak disukai oleh pasangannya......namun perkataan keras itu membawa maksud ada juga keras yang tak di[perlukan...seperti cara kita bercakap, menulis berdebat, verbal dan non verbal kita. aku selalu ditegur oleh kawan kawan kerana aku agak keras dalam bergurau, bersembang, menulis dll, ada guna perkataan menyakat, ada kata aku brutal, ada kata lembutlah sikit sop... ada yang belasah aku balik, ada yang menjauhkan diri dan berkata, orang kata ke dia tak boleh, dia kata ke orang boleh....usop tu beranginlah...Jadi ramai orang orang [perempuan terutamanya...] tak suka pada keras. kekerasan dan di keraskan. [ wah...ni dah melalut dah ni...] yang lain fikirlah sendiri kan...

sekarang kita dah tamat belajar, dan balik kelubuk masing masing...ada jamuan perpisahan .
adakah tamat segalanya? masuk kelubuk ertinya tidak mahu lagi mengingat kawan kawan sepermainan? perpisahan yang dijamukan itu perpisahan yang sebenar benar berpisah?

blog ini penyambung ikatan silaturahim kita....pernah satu ketika aku dah mati angin, blog tak ada sambutan....namun ramai kawan kawan yang menafikan hal ini ialah seperti, Low Pulau Ketam, Choong Muar, Che Hassan OS, Yati R, Dollah JPN, Nafa, Tengku, Hasmah, Ani, Chan Tai Ko [ KFC], Ct Dayang..kawan kawan group B seperti Usop sipan, Faris, mpmn, teropong, simantan guru, waruna, dan ramai lagi...[ termasuk penulis blog, graoup B, pengunjung blog dll ] memberikan semangat dan menyabarkan aku...terima kasih semua

lantaran itu aku terus bersemangat menulis dan meneruskan blog ini walaupun kadang kadang tidak bermaya....kemunculan che hassan dan dollah sebagai contributor menceriakan lagi blog ini [ cuma che hassan ni kadang kadang pemanas sikit...]aku tidak suka memaksa, sebab aku tak suka dipaksa. kawan kawan ....

kesimpulannya....jangan keras sangat...berilah kerjasama.....dan tepuk dada tanya selera

nanti kita cerita pulak bab beras dan waras

TABIK BUAT JAMAL BOLOK

Tabik buat Jamal Bolok. Aku fokus di pasal Jamal ni, untuk dijadikan ikhtibar kepada semua orang. Bukan pasal perangai dia (sorry jamal) tapi prinsip yang dia pegang dalam kejiwaan dan keresahan dirinya. Mungkin kawan2 yang rapat dengan Jamal, atau yang serumah dan sebantal dengan Jamal, tak setuju dengan pandangan aku ni. Aku cuma nak fokus ayat yang Jamal pernah sebut "Jangan terlalu taksub sehingga menjejaskan perhubungan, kita dalam satu bas. Aku naik bas yang sama, insyaAllah aku akan sampai juga". Hari ini Jamal buktikan. Tabik Jamal.
Apa yang aku nak ajak korang renung dan ambil ikhtibar ( yang setuju dengan aku lah) bahawa dalam kumpulan yang besar, tak payahlah kita terlalu nak bersaing sehingga menjejaskan perhubungan kita. Cerita benarnya, korang boleh ingat sendirilah. Macam2 yang aku dengar terutama rakan2 perempuan. Sehingga tak bertegur sapa sebab terlalu kemut apa yang dia dapat, taknak dikongsi dengan rakan2 yang lain. Aku ni, pandai korek2 rahsia, dan aku tahu banyak yang korang tak tahu. Dengan kata lain, ramai yang pentingkan diri. Naik bas tu, kalau boleh nak tolak kawan2 lain turun tengah jalan. Sorrylah jika aku kasar sikit. Tapi sapa yang makan cili, dialah pedasnya.
Aku masih ingat, ketika di iab, group kita cuba boikot si Jamal ni, kerana keceluparannya. Dan aku juga ingat, aku mengambil pendekatan mendekati Jamal dan menasihatinya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, apa yang konflik di dalam diri Jamal. Dan alhamdulillah aku nampak dia cuba berubah sikit. Tapi aku tahu, jauh di dalam dirinya seperti rasa disisihkan. Alhamdulilah juga, bila kita masuk upsi, Jamal dapat gang sebilik yang agak ok dengan dia. Mat Sg. Gau, Rosli Prof, Ayah mi Langkawi dan lain2, sehinggakan rumah depa ni terpaksa 'sewa' tong gas besar dari rumah Shahdan. Mcm ni kira oklah. Tak mcm gang aku, skima lebih, satu fasa je aku boleh tunjuk kehebatan aku sebagai tukang masak, lepas tu depa masing2 buat hal. Mungkin mulut aku celupar sangat, cepat membebel jika ada yang malas basuh pinggan atau pandai makan, tapi tak tau nak basuh periuk belanga.
Sebagai pemimpin, sepatutnya kita kena terapkan prinsip kekitaan dan kebersamaan. Tak perlulah nak jadi enau di dalam belukar. Antara pengurus sekolahpun aku nampak sikap ni, sikap pentingkan diri. Taknak berkongsi idea takut sekolah orang lain lebih hebat. Entahlah, korang fikirlah sendiri...
TAHNIAH untuk anda semua, kerana aku yakin, kalau Jamal yang menumpang bas kita ni pun sampai, orang lain pun mesti sampai.

Tuesday, December 2, 2008

Tahniah Meng Chun

Kawan kawan tersayang

Soh Meng Chun atau kami panggil dalam kelas Ah Chun atau Meng Chun
berasal dari muar, johor. simple, friendly, sangat menolong dan selalu pergi bilik air. sebab dia tak tahan sejuk ma..

Kami mengucapkan TAHNIAH kerana muncul sebagai salah seorang yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan dengan kelas pertama oleh senat UPSI

Sekalung tahniah juga kepada semua kawan kawan yang berikan kerjasama , berkongsi kegembiraan dengan memberikan pointer kepada aku. Jangan marah kerana ini adalah satu blog perkongsian maklumat. Kalau ada sapa sapa yang ada maklumat terbaharu..sms atau email atau kirimkan dalam ruangan comment di kaki entri blog ini...

aku? tumpang bangga.

Jom Kongsi Kongsi

kawan-kawan

Jangan malu jangan segan, kita semua kawan kawan. semua dah berakhir, sila berikan maklumat keputusan periksa kita agar kita sama sama enjoy melihat keikhlasan hati kita dalam berkongsi maklumat, aku call meng chun....dia on the spot beritau, aku pun beritau aku punya..steady.. itu satu contoh dari kawan kita yang ikhlas dalam berkawan.

tahniah pada meng chun..dapat 1st Class. Tumpang bangga sebab aku dengan meng chun satu kampung ma...

che hassan, yati, dll please collect maklumat, dan masukkan dalam comment biar aku paparkan di sisi kanan blog....sama sama puas hati kan.

boleh dapat ke? tak taulah..kita cuba dulu

Group B

Kawan kawan,

di sebalik kegembiraan kita menerima keputusan, kawan group B masih tak apat slip keputusan mereka, aku dapat berita dari usop sipan, faris dll. aku kirimkan no telefon Hasrey PT FPE, untuk dia orang tanya.

Semoga tiada masalah teknikal dan mereka juga berkongsi berita baik dengan kita.

Harap bersabar.

Monday, December 1, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Tahniah kepada rakan2 yang telah menerima keputusan akhir UPSI. Apapun, aku sgt yakin dan percaya, semuanya sepadan dengan usaha yang diletakkan. Terima kasih kepada Ani, Nafa (yang baru menjenguk) blog ni dan menceritakan keputusan anda di sini. Tahniah sekali lagi.
Aku, tak macam korang. Lebih rendah, 3.46. Tapi aku sangat bersyukur, kerana usop kata dia malas, rasanya aku lagi malas. Sejarah 1 tahun iab, dan 2 tahun di upsi, aku tak pernah baca buku dan nota untuk persediaan exam. (Kecuali buat asgnment) Tak percaya tanya, Haji Lias, Lias Mantan, Raseli, Tengku dan Hassan Embong. Bahkan, sesekali aku 'mengganggu' gang serumah ni nak stady, dengan mengajak depa ni keluar ke KL hanya nak bersantai sambil makan2 pengat pisang dan bihun sup di Chow Kit. Bukan nak menunjuk2, dari masa aku sekolah, aku jadi rimas dan hilang tumpuan jika aku baca buku nak exam. Aku lebih suka bersantai. Aku masih ingat ketika suatu hari minggu, (kebetulan aku tak balik kedah) depa serumah ni sibuk baca buku dan discus, aku sengaja 'mengganggu' dengan berkemas rumah, mop lantai dan cuci bilik air. Aku cakap pada mereka, hari minggu, orang kemas rumah bukan baca buku. Lepas tu, sempat lagi aku 'menggoda' Hj Lias dan Lias mantan untuk ikut aku ke KL semata-mata aku rimas tengok kawan2 study. Tapi alhamdulillah, aku dipermudahkan Allah ketika exam. Aku masih ingat, ketika paper Sains, secara tak sengaja sebelum masuk tandas, aku 'tertengok' (tak bacapun) nota Chan (tauke balak), bila masuk exam, aku terkejut apa yang aku tengok nota Chan tu semuanya keluar, alhamdulillah. Aku juga terkejut satu hari, Hj. Lias, cakap pada aku, aku dapat keputusan yang lebih baik drp gang serumah kerana berkat aku selalu memberikan keselesaan kepada orang lain dengan setiap hari berkemas, bersih rumah dan cuci jamban yang tempat melepas tu. Terdetik dalam hatiku, mungkin benar juga kata Hj. Lias. Dan aku jadikan ikhtibar, kerana untuk menyumbang wang ringgit aku mungkin tidak ada. Begitu juga ketika jwb paper kewangan, aku tak pernah tele buat penyesuaian bank, tapi entah macam mana hari exam tu, sekali buat je, tele. Alhamdulilah, Paper Thamby Chik ni aku dpt A.
Keputusan akhir aku ni antara yang terbaik di upsi. (Aku la, bukan banding dengan korang, jangan salah baca) Pada aku di luar jangkaan, kerana aku memang tak study. Kewangan A, Perundangan A, Penyeliaan A, Projek 3 A, IT dan Kaunseling B+. Alhamdulillah.
Berkongsi kesukaran ketika menghabiskan study di upsi, aku rasa aku menghadapi pelbagai dugaan yang lebih teruk drp korang semua. Tapi, kerana pesen aku yang sentiasa kemas dan stedy, ramai yang tidak tahu apa yang sedang aku pikul, kecuali Hj. Lias dan Mantan Lias, yang aku anggap macam abang2 aku. Pernah aku memecut dari Sg. Petani ke UPSI sejauh 300km+ tu hanya 2jam sahaja kerana dikejar masa dan dugaan yang menimpa. Aku rasa tak payah cerita banyak pasal ni, kerana korangpun akan kata korang pun ada dugaan& cabaran juga.
Cerita pasal kemut keputusan ni, aku teringat kepada kawan kita, Hassan Embong. Bukan nak memburukkan dia, kalau dia baca blog ni pun, pasti dia senyum kambing. Si Hassan Embong ni, punyalah kemut keputusan dia sehinggakan dia sendiripun tak tahu, sebab kertas keputusan tu tak dibukanya. Kononnya nak buka ketika sampai keputusan akhir. Pada aku, biaq pi lah itu hak dia. Tapi aku jangkakan dia ni mesti lebih tinggi drp kami serumah ni. Satu hari, tuhan punya kuasa, ketika bersama Dr Zul (pemasaran), Dr Zul ni mintak keputusan semua orang melalui penghulu, ketika tu, Wazir. Jadi dia kelam kabut sebab, dia sendiri tak pernah tengok keputusan dia. Apa lagi, macam kucing hilang anak kawan aku ni, terpaksa menjenguk website upsi untuk tengok, result dia. Kebetulan, ketika Tengku membantunya aku sempat 'tertengok' dan dia nampak kecewa sekali, kerana resultnya tidak seperti yang dijangka, memandangkan dia punya asgnmnt sentiasa siap awal, dan nilainya, timbang kilo. Akupun terkejut sama, bila aku bandingkan dengan aku sendiri. Jadi, ini satu lagi ikhtibar yang aku belajar ketika di upsi. Hassan Embong, jangan marah, aku sekadar berkongsi suka duka ketika kita bersama di upsi. Dan jangan malulah, kerana bukan hang sorang yang kemut keputusan tak bagi kawan2 tengok, si Usop ni pun dia mengaku dia tak bagi kawan2 tengok keputusan dia, sehinggalah hari ni, dia diklere satu Malaysia melalui blog ni. Dan aku percaya ramai lagi kawan2 kita yang 'semacam' je bila time nak preksa dan dapat result. Dan aku yakin, kita dah tamat ni pun, akan ada rakan2 yang akan berahsia sampai mati. Aku pun tak tahu kenapa, korang fikirlah sendiri.
Sedang, aku turut gembira macam korang juga menerima result ni, aku sebenarnya terlalu sibuk menyiapkan perancangan sekolah untuk Tahun 2009. Aku tahu korang pun sibuk juga. Tapi aku punya alasan tersendiri, untuk buat yang terbaik kerana banyak sebab, antaranya sekolah yang aku jaga sekarang ni, satu masa dulu antara sekolah terbaik di Sungai Petani, tapi now agak ketinggalan. Jadi aku bertekad untuk 'menghidupkan' kembali sekolah ini. Satu lagi perkara, kerana aku rasa, aku tidak perlu lagi meninggalkan sekolah, setelah tamatnya upsi. Niat untuk buat master, aku rasa aku nak simpan dulu, memandangkan, 3 tahun lagi, insyAllah, bergerak ke DG44 bersama rakan2 yang lain. Wawasan aku adalah jadi GB terbaik berbekalkan ilmu yang aku warisi daripada pensyarah2 yang hebat di upsi dan iab. Terima kasih semua. Anda semua yang terbaik dan didoakan semoga diberkati Ilahi.

Sunday, November 30, 2008



Lagu Burung Pungguk 1978 oleh penyanyi asalnya
Saloma- Memang klasik sop..[ semoga kau terhibur]
dedikasi untuk cikgu yusof@YBS@ tukang Sampuk@Jampuk

klik
lagu burung pungguk

maaf ...lambat sikit, sabau, sebab lagu lama...file dah duduk bawah sangat.
Bila dengar, kau klik gambar dua kali untuk baca liriknya...sesuai sungguh lagu ni untuk kau.
sedih sop sedih....huhuhuhuhuhuhu

kawan kau yang jauh dimata dekat dihati
soprompin

Saturday, November 29, 2008

Berita Terbaharu dari UPSI

Kawan kawan

Jam 9.40 malam tadi aku menerima telefon dari Open School Che Hassan, dia menerima berita dari Yati Aziz sahabat kita yang tinggal berhampiran dengan UPSI, result fasa 7 dan fasa 8 dah keluar. Yati Aziz mendapat Second Class Upper. Tahniah Yati. Kau memang cantik manis, cute dan montel..maka terus aku masukkan entri ini.

Kawan kawan yang lain?

Suspen menanti surat kiriman dari UPSI, bawak bersabar na...tak kan lari gunung di kejar. Kalau dapat First Class harap dapat beritau kat kita semua,

Selamat menunggu keputusan Fasa 7 dan Fasa 8 [ sem 4 ] PPGB dari UPSI

Aku? Lulus sudahlah...

Lagu Penawar Rindu

Penawar Rindu pada mu seorang
mengapa selalu semangatku dikau puja

lagu ni telah ada 7 versi dari pelbagai penyanyi. Semua best sebab , lagunya best dan evergreen
kalau buka blog, kadang kala kita boring.

cuba dengar dari penyanyi asalnya Datuk Orchid Abdullah

klik link lagu penawar rindu

Check Saman JPJ

Kawan kawan

Sisipan kiri blog ini di bawah menu Modal Sosial...ada dimasukan Check Saman JPJ , cuma masukkan IC dan submit.

Terutama usop sipan yang selalu keluar 3 hari, seri yang suka memandu laju dan che hasse juga yang suka meroda sana meronda sini. Dollah, Rosli yang tak habis habis meeting, atau cikgu wahab yang selalu berjalan sebab dah pencen. [ mana pergi orang tak larang] dan juga sesiapa saja pengunjung blog.

Komen sangat di alu-alukan untuk menambah baik blog.

Lagi pun macamana lagi nak tolong kawan kan.

Hebatnya kawan lama

Selepas subuh tadi aku dikejutkan dengan satu call, dari kawan lama, Taifor Mahyidin. Hampir 2 tahun dia tak call aku. Selalunya bila ada sesuatu yang baru, barulah dia call. Rupa-rupanya dia baru dapat DG48 sebagai Kaunselor Cemerlang, JPN Kelantan. Jadi panjang juga cerita aku dengan dia ni. Sebelum kami tamatkan perbualan dia sempat memberikan alamat blognya. Apa lagi aku terus lawati blognya. Daripada cerita2 di blognya, ternyata guru hebat yang bertugas di SMK Hamzah, Macang Kelantan ini mempunyai karisma tersendiri sebagaimana yang aku kenal sejak dulu lagi. Dan aku terbaca satu tulisan beliau tentang Kaunseling dan Disiplin. Jadi mungkin boleh dijadikan bahan pengetahuan untuk kita semua aku perturunkan di sini dengan kebenarannya. Walaupun agak panjang, aku harap usop tak marahkan aku.
KAUNSELING DAN DISIPLIN
Taifor Mahyidin
SMK Hamzah, Macang Kelantan.

Definisi Kaunseling
Kaunseling ialah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran lalu menghasilkan perubahan atau pembentukan tingkahlaku, matlamat dan nilai.
Atau,
Dapat kita simpulkan bahawa kaunseling adalah proses pertolongan yang bertujuan membantu individu memahami diri dan alamnya. Beberapa perkara penting perlu dianalisis di dalam definisi kaunseling ini yang dapat memberikan celik akal bagaimana kaunseling dapat digunakan dalam menangani permasalahan disiplin ini.
Kaunseling ialah satu proses pertolongan. Oleh kerana ia satu proses maka kaunseling memerlukan beberapa elemen penting iaitu:
  • Waktu,
  • Langkah,
  • Pengetahuan/ilmu yang khusus
  • Sikap/fahaman
  • Kaedah.
Waktu
Kaunseling memerlukan sedikit waktu untuk menjalankannya. Waktu ini bergantunglah kepada kes yang dibawa, kadang kala ia hanya memerlukan satu pertemuan yang singkat 30 atau 40 minit sahaja untuk mengurusakannya, tetapi terdapat juga proses ini perlu lebih panjang lagi mungkin 5 atau 6 kali barulah kes dapat diurus dengan baik.
Langkah
Langkah bererti peraturan yang berturutan dalam satu proses kaunseling yang baik. Proses yang baik harus dimulakan dengan:PenstrukturanPenstrukturan yang dapat membantu klien memahami apa yang akan dilakukan dalam usaha membantu dan menolong mereka. Penstrukturan yang baik dapat membawa unsur: jangkaan waktu/masa sesi akan berlangsung peranan klien menceritakan atau membincangkan perkara yang perlu dibincangkan peranan kaunselor untuk mendengar, memahami dan membantu akta kerahsiaan di mana kes dijamin oleh kaunselor untuk dirahsiakan selagi tidak membahayakan diri klien dan orang lain. Bentuk rawatan ( treatment) yang akan dilaksanakan. Penstrukturan ini dapat memberikan klien rasa selamat, selesa dan percaya dengan sesi yang terancang. Penerokaan Meneroka isu yang dibawa oleh klien juga adalah merupakan langkah yang tidak boleh dilangkau. Dalam sesuatu isu, hanya klien sahaja yang memahami dan tahu akan masalah yang sebenar. Langkah meneroka akan membawa kepada kaunselor dan klien memahami masalah dengan baik. Langkah menganalisis isu juga perlu dijalankan untuk membantu mengenal pasti apakah masalah utama yang dialami klien. Ditahap ini juga kadang kala klien mendapat celik akan dan dapat menguruskan pemasalahan mereka sendiri tanpa memerlukan khidmat kaunselor seterusnya. Antara faktor yang membezakan kaunseling dan nasihat ialah adanya proses perbincangan alternatif atau tindakan. Perbincangan diperlukan untuk memastikan langkah yang bakal diambil itu bersesuaian deangan kebolehan dan dipersetujui oleh klien. Alternatif tidak semestinya datang dari klien sahaja, kaunselor berhak memberikan saranan atau cadangan, tetapi cadangan dan saranan tidak perlu diperbincangkan. Ini bertujuan agar sesuatu keputusan yang dipersetujui diambil dilaksanakan oleh klien dengan betul.
Pengetahuan dan Ilmu
Proses kaunseling juga memerlukan pengetahuan dan ilmu. Pengetahuan yang penting dimiliki oleh kaunselor yang berkaitan rapat dengan manusia. Seperti tabii manusia mengapa masalah terjadi dan bagaimana pula kaedah membantu dan menolong dalam sesuatu bidang. Jika anda memberi pertolongan kepada seorang klien yang terlibat dengan dadah misalnya, pengetahuan mengenai dadah dan tabii manusia ini sangat diperlukan. Kerana setiap maasalah adalah unik dan tersendiri. Ini adalah kerana tidak ada masalah yang standard. Oleh itu penyelesaiannya juga tiada yang standard.
Sikap dan fahaman
Proses kaunseling memerlukan berapa sikap kaunselor antaranya: Kaunselor yang jujur dengan dirinya Mesra Menerima tanpa syarat Berempati Sikap ini pula berkait rapat dengan falsafah dan fahaman kaunselor terhadap perkhidmatannya dan bagaimana kaunselor melihat klien. Kaunselor perlu mempercayai bahawa: Manusia itu berpotensi unutk menguruskan masalahnya. Manusia itu ingin sentiasa mencari kebaikan dan kesempurnaan diri. Manusia berbakat dan berkebolehan Manusia berbeza antara satu sama lain. Manusia boleh berubah. Kepercayaan di atas dapat membantu anda sebagai kaunselor untuk lebih memahami dan berkesan dalam proses memberi bantuan.
Kaedah
Dalam menjalankan proses kaunseling anda juga akan melibatkan kaedah yang perlu digunakan berasaskan teori atau pendekatan yang sesuai. Pemahaman kaunselor kepada teori dapat membantunya memilih kaedah yang sesuai untuk dibuat intervensi. Bagi permasalahan yang berhubung dengan perubahan tingkah laku mungkin perlu kaedah tingkah laku dll.
Memahami Diri
Dalam kontek kaunseling yang paling utama ialah kesejahteraan diri. Oleh itu fokus dalam proses pertolongan adalah untuk membantu individu memahami dirinya. Sudah pastilah anda berandaian manusia memang telah memahami dirinya. Tetapi andaian begini adalah satu perkara yang sangat jahil. Terdapat ramai inidividu yang tidak mengenali dan memahami dirinya. Dalam kontek memahami diri ini termasuklah memahami:
  • kekuatan diri
  • kelemahan diri
  • konsep diri
  • kebolehan diri
  • personaliti
  • bakat yang ada
  • minat
  • pemasalahan yang dihadapi
  • kematangan
  • tahap kecerdasan
  • kehendak diri
Senarai diatas adalah ciri diri yang perlu dikenali dan difahami oleh individu. Individu yang tidak memahami dirinya mungkin akan menghadapi masalah dalam menguruskan permasalahan dalam hidupnya dan membuat keputusan yang baik. Dengan itu berlakulah tingkah laku yang melencong dari norma masyarakat hasil dari ketidakfahaman terhdap diri.
Memahami Alam
Alam merangkumi manusia, benda-benda, data, ilmu pengetahuan, teknologi, dll. Keperluan memahami alam ini dan kaitan dengan diri adalah satu usaha yang penting. Alam sentiasa berubah dan ini memerlukan diri juga berubah. Kegagalan diri menyesuaikan diri dengan alam atau kegagalan diri mengawal alam akan membawa kepada permasalahan atau kecelaruan diri. Oleh itu kaunseling bermatlamat membantu individu memahami diri dan alamnya. Pengunaan kaunseling dalam permasalahan disiplin.
Khidmat kaunseling sama ada berbentuk individu atau kelompok dapat digunakan didalam membuat usaha pencegahan, pemulihan dan membina potensi insan. Kaunseling adalah bermatlamatkan perubahan dan perubahan ini adalah berpandukan kepada nilai dan norma yang betul mengikut agama dan nilai masyarakat. Kaunseling dalam pencegahan penyelewengan t/l. Mencegah adalah lebih mudah dari memulih. Sebagai kaunselor di IPT anda perlu melaksanakan program untuk mencegah penyelewengan t/l . Selain dari aktiviti memberikan maklumat yang tepat, lengkap, dan terkini mengenai gejala sosial semasa pelajar mempunyai keperluan untuk merasakan diri mereka dihargai dan diberikan perhatian.
Khidmat kaunseling tidak perlu diberikan setelah pelajar terlibat dengan sesuatu gejala atau bermasalah sahaja. Pelajar juga perlu diberikan peluang untuk memahami dirinya dan alamnya sebelum mereka menghadapi apa apa masalah. Khidmat kaunseling yang memberikan ruang pelajar berinteraksi dengan kaunselor dalam situasi kaunseling akan memberikan pengalaman yang baik kepada pelajar. Pelajar dapat belajar melahirkan perasaan, pendapat, dan pandangan dengan bebas dan mudah tanpa rasa dinilai atau dihukum. Oleh itu pekhidmatan kaunseling sama ada berbentuk individu dan kelompok harus diberikan kepada semua pelajar, agar mereka dapat melihat adanya ruang untuk mereka menyatakan perasaan dan pendapat di kampus, selain dari dalam bilik kuliah. Suasana bilik kuliah yang terlalu beroriantasikan akademik selalunya tidak memberi ruang kepada semua pelajar untuk melahirkan perasaan, pendapat dan idea tanpa dinilai dan diketawakan atau dimarah oleh kawan-kawan dan pensyarah. Suasana kaunseling yang menerima dan mendengar, dan mesra perlu dialami oleh pelajar. Agar pelajar bukan sahaja yang bermasalah tetapi yang lain juga akan merasa ianya dihargai dan diterima dengan baik.
Khidmat kaunseling yang dapat membantu pelajar memahami diri dan alam sekitar adalah merupakan satu strategi penting dalam usaha mencegah sebarang gejala sosial. Melalui perkhidmatan kaunseling pelajar dapat dibantu:
  • mengenali kekuatan dan kebolehan diri
  • memahami bakat diri
  • memahami nilai yang dipegang
  • memahami tingkah laku yang positif
  • memahami tingakah laku yang negatif
  • memahami minat mereka
  • mempelajari kemahiran sosial, seperti berkomunikasimempelajari ”coping skill” yang berkesan
  • mempelajari gaya membuat keputusan
  • mempelajari kaedah menguruskan diri
  • memahami dinamik kekeluargaan
  • memahami konflik dalaman diri
  • memahami konflik antara rakan
  • memahami konflik antara pelajar / pensyarah
  • memahami dinamik antara rakan-rakan
  • menguruskan nilai yang bercelaru
  • mampu membentuk matlamat yang mantap.
Dengan adanya pemahaman dan kemahiran menguruskan kehidupan besar kemungkinan pilihan untuk berlakunya penyelewengan t/l ini menjadi minima. Kaunseling samada berbentuk individu dan kelopok ini boleh dirancang oleh kaunselor secara berstruktur agar pelajar yang memerlukannya mudah mendapatkan khidmat tersebut tanpa merasa malu atau tidak tahu akan wujudnya perkhidmatan tersebut. Pencegahan dapat dibuat kepada tiga sasaran pelajar iaitu:
  • keseluruhan pelajar kampus yang memerlukan maklumat dan perkhidmatan kaunseling pembangunan atau perkembangan diri
  • pelajar yang berisiko dilihat dari segi terdedah kepada pola rakan sebaya yang negatif keluarga yang mencabar umur remaja yang mencabar kemungkinan mudah mendapatkan maklumat negatif.
  • pelajar yang terdapat tingkah laku seperti merokok atau melakukan kesalahan tingkah laku yang dianggap melencong.
Ketiga kumpulan ini memerlukan khidmat kaunseling tetapi kumpulan dua dan tiga mungkin perlu diberi lebih perhatian dan perancangan pencegahan yang khusus. Oleh itu anda sebagai kaunselor selain dari memberikan komunikasi yang berkesan, latihan tegas diri, aktiviti ko kurikulum yang lain juga membantu usaha pencegahan ini.
Beberapa Kata Kunci Kaunseling;
Penstrukturan
Penerokaan
Penganalisisan
Sikap dan fahaman kaunselor
Memahami diri
Memahami alam
Sekian. Maklumat berkaitan boleh diperolehi di : http://taifor.blogspot.com/

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY