Sunday, December 7, 2008

Penilaian Prestasi 2008

Pagi ni, aku ke PPD hantar borang prestasi 3 orang PK aku, selepas aku buat penilaian dan bagi markah sebagai PPP. Sedang aku mengira-ngira markah depa ni, aku teringatlah kepada diri sendiri. Sejak tahun 1992 (tahun mula2 ssb), dan sejak aku terjerumus ke bidang kepimpinan ni, aku tak pernah walau sekalipun diberi APC. Seingat aku, kerja aku 'push' anak2 buah supaya dapat. Pada awalnya, aku ingat oklah, kerana selepas dapat melintang tahun 1992 tu, aku terus jadi Penyelia Petang wpun aku baru 8 tahun mengajar. Tapi, kira punya kira sehingga 2008 ni rupa-rupanya dah 16 tahun. Dan aku tak pernahpun dapat APC. Tak kisahlah, takda rezeki. Mungkin rezeki aku, cepat naik pangkat, dan cepat merasa dan dah lama merasa gaji yang lebih sikit banding dengan kwn2 yang sama mengajar dgn aku (1986).

Sembang pasal penilaian prestasi dan APC ni, aku teringat kepada En... apa dah nama dia, orang pahang tu, yang mengajar prestasi ketika kita di IAB. Kata dia, kalau cikgu tak perbetul kesilapan yang ada pada hari ini (cara pengurusan prestasi), maknanya sia-sialah cikgu datang belajar dengan saya di IAB dan lepas ni nak buat ijazah di UPSI.

Jadi, aku nak ajak kawan2 cuba renung balik dan beri komen pasal penilaian prestasi yang kita sedang buat hari ini. Pada aku memang banyak tak betul dan tak kenanya. Tapi malangnya kita mengiiiiikut juga. Pasal apa? Aku dah mula cuba2 buat penambahbaikan. Pertama, cikgu memang kena buat SKT berdasarkan senarai tugas, manual prosedur kerja dan fail meja. Kerana kalau tak buat SKT, mana hala tuju dan pelan (atau perancangan strategik) kerja tahunannya. Bukan saja cikgu tak tahu hala tuju dan pelan kerja tahunannya, kita sebagai pemimpin sekolah juga tidak tahu. Bila tidak ada dan tidak tahu, bagaimana nak menilai? Tidak ada perancangan, KPI dan matlamat kerja yang jelas.

Satu lagi, aku sedang merancang untuk menyediakan satu makenisme penilaian yang menggunakan instrumen khas merangkumi kerja dan tugas guru di sekolah yang sangat rencam itu dibandingkan dengan kaki tangan awam yang lain. Melalui instrumen ini, guru juga mudah membuat SKT dan perancangan kerja mereka. Sebagai pemimpin, kita dengan mudah melihat dan menilai perkembangan semasa setiap guru jika menggunakan instrumen ini. Dan rasanya adil, serta kita sentiasa boleh berbincang dengan guru tentang prestasi mereka dari masa ke semasa. Jika ada kawan2 yang dah buat apa yang aku tulis ni, bolehlah dikongsikan. Aku sudah merancang, hari kedua selepas mesyuarat pertama persediaan buka sekolah 2009 ni, aku akan bengkelkan dengan guru-guru untuk menyediakan SKT dan Fail Meja masing-masing.

Sebenarnya aku tak setuju dengan KPPK yang mengatakan cikgu tak payah buat SKT, cukup dengan buku rekod mengajar. Apa komen kawan2?. Pada aku, tak cukup, sebab orang boleh tulis BRM sebaik mungkin, tapi lain-lainnya tak seberapa. Sedangkan di sekolah, ada macam2 tanggungjawab yang memerlukan kebolehan, kepakaran dan komitmen guru. Inilah ruang dan peluang cikgu nak tonjolkan kecemerlangan.

Pasal penilaian prestasi GB, aku sangat kecewa. Sebab aku rasa banyak yang tak kenanya. Orang yang jadi penilai kita tu, sama ada PPD atau Pengarah, sekali setahun pun dia tak mai sekolah kita, tengok apa yang kita buat, tanya guru dan staf kita bagaimana kita bekerja dan tanya ibu bapa sekolah kita bagaimana hubungan kita dengan depa. Jadi bagaimana depa menilai? Adilkah? Tambah pula aku ni jenis suka bercakap bila meeting, dan bukan kroni MGB, jadi, jauh panggang dari api. Apapun aku tidak berdaya mengubah kuasa di atas, tapi alangkah baiknya, jika aku dapat membuat perubahan dan menilai bukan saja adil dan saksama, tetapi juga memberi kesan yang sangat baik kepada perkembangan staf dan sekolah seluruhnya. Renung2kanlah..

12 comments:

kembara kelana said...

bab ni boleh bincang lama lama, sebab banyak 'kerosakan' menilai telah berlaku akibat pelbagai faktor. tapi, sebab ni hari raya, aku pause dulu.

chehassan said...

Aku tak kira rayapun aku nak ajak hangpa bincang. Ni time depa nak bagi prestasi kita. Sop aku dah buat blog, chehassantunkuismail.blogspot.com, so hang linkkan dengan blog ni.

kembara kelana said...

steady mu se
mu memang ganas se..hahahaha

kembara kelana said...

hasan
mengenai penilaian prestasi ni, antara kelemahan yang masih aku lihat ialah
1. guru tidak di nilai dengan adil
2. GPK dan GB juga tidak dinilai dengan adil
2. Penyelia dan Pegawia PPD pun sama pegawai penyelia JPN, tidak dinilai dengan adil dan saksama

ok, aku fokus pada Guru dahulu

Sepatutnya cerita LNPT ni bermula pada awal tahun, Sekitar akhir Januari setiap awal tahun semua guru mesti telah menyediakan apakah sasaran kerja yang hendak mereka capai. Minggu ke2 feb, bermula perjumpaan 1 antara GPK dgn Guru untuk membincangkan sasaran kerja terhdap tugas yang diamanahkan kepada mereka. GB menjadi pengerusi dan tahusegala isi perbincangan itu secara bertulis dan rasmi. Guru perlu diberikan credit kepada semua sumbangannya, tingkahlakunya, kerjasama dan perhubungannya semasa bekerja. setelah habis sesi pertemuan antara majikan dan pekerja itu, barulah kita mencerap, menilai dan memantau, proses klinikal dan mentoring juga berjalan untuk membaiki kelemahan.
jika ini berjalan, guru akan terasa puas dan tahu mengapa prestasi mereka begini dan begitu.
sekarang?
LNPT dibuat hujung tahun, tiada skt yang jelas, PK hem dan PK ko tidak memberikan input secara rasmi, pertemuan awal tahun, tengah tahun dan akhir tahun tak dilakukan..markah diberi ikut emosi dan tiada pembuktian yang sempurna...pihak nazirpun satu, dia orang lebih kepada penilaian, diaorang tidak melakukan pencerapan dan pemantauan, jauh sekali klinikal dan mentoring. datang terus beri skala 1-7. Jadi bila nazir ajar begitu, semua instrumen pemantauan diskolah pun berbentuk skala macam nazir.. Ini belum lagi kita masuk bab triargulasi..emm lagi jauh, sebab itu penilaian yang kita beri pada cikgu perlu di re engineering semula.. buatlah dengan teliti agar guru terasa berbaloi kerja di sekolah..macam mu se, mu kena buat perubahaan di sekolah mu, jangan takut..mu dah ngaji, ilmu ada, position ada, amanahmu kali ni lebih berat lagi..jangan teruskan kerangka yang usang dalam LNPT tu
[ baru satu tu..nanti sambung ]

chehassan said...

Ok dah tu. Maknanya mu sokong aku. dan aku rasa ramai lagi yang dah lepas NPQH & PPGB ni, sepatutnya perjuang dan perbetulkan ini. MGB sepatutnya mengadakan seminar dan begkel di peringkat PPD masing2 dan tunjukkan kpd PPD dan JPN apa yang sepatutnya dilakukan. Bukan ikut membuta tuli apa yang tak betul. Satu lagi, cadangan KPPK supaya cikgu tak buat SKT sepatutnya dibantah oleh MGB dan PKPSM. Biarlah kita tak popular kpd KPPK, yang penting kita menilai dgn adil dan memberi kesan positif kepada staf dan organisasi sekolah kita. Aku menyeru kepada semua pendidik khususnya GB dan Pengetua yang baca blog ni, berikan komen dan cadangan dan kita sama-sama buat yang terbaik. Sesungguhnya di sekolah kita hari ini terlalu banyak isu yang harus kita selesaikan jika kita ikhlas untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, bukan ritorik semata-mata.

kembara kelana said...

san
LNPT juga merupakan amanah besar, sebelah kaki masuk neraka, sebelah lagi syurga kata Tn Hj asyaari IAB. Beliau juga membuka pekung, bahawa, hal sepenting itu tetapi taklimat sekadar dua hari kepada P/GB. Masa taklimat pulak ada yang 50% tak dengar...balik masing masing berlagak pandai dan tidak mahu memeningkan kepala kepada pengurusan perubahan dari sistem SSB kepada SSM. Baru baru ini ada satu lagi 'internal order' pihak sekolah berikan APC mengikut kategori..contoh dalam SK ada 4 kategori, 41, 34,32 dan 29. setiap kategori tu mesti ada calon APC..Ni apa citer ni, adil ke? kalau 41 ada 4 orang..maka setiap 3 tahun mamat 41 tu akan dapat APC walaupun tak perform..macaman 29? kalau ada 28 orang? peluang APC akan menjadi amat tipis. Walhal dalam satu oragnisasi..8% dari bil ahli organisasi layak menerima APC..tak ada di nyatakan kategori, yang ada ialah Anugerah itu untuk Perkhidmatan Cemeelang..punyalah bebal minda mereka kat atas tu , tak tau nak cakaplah..

kembara kelana said...

se
tak leh link, kau biar betul eja alamat blog kau tu, salah satu huruf , tak mau dia

kembara kelana said...

ok se..berehhh

Anonymous said...

pasal prestasi ni biarlah kita sebagai pemimpin adil dan telus.

kita perlu ada satu mekanisma untuk menilai staf kita, walaupun dalam borang tu dah ada dinyatakan tapi ianya terlalu luas skopnya.

awal2 tahun lagi kena beri tahu apa yang kita nak, supaya staf kita tahu apa yg kita mau dan mereka dapat menjalankan tugas seperti mana yg kita mau.

sebagai GB / PK, mereka ini perlu ada satu senarai semak catatan mengikut bidang mereka masing2.guru2 yg telah melaksanakan tugas/ perform dgn baik ditanda supaya dihujung tahun guru2 ini dpt dinilai tanpa prejudis.

se dan sop , kawe dah maklumkan kpd pk2 kawe, mereka mesti calon sekurang2nya 4 orang setiap bidang.kawe pun calon 4 juga. sekiranya ada nama2 staf yg tersenarai dicalonkan oleh setiap pk dan gb, maka staf tu memang layak diberi pengiktirafan.memang mereka layak betul.

kenapa kawe buat macam ni? sebab setiap pk2 mereka menilai staf yg perform ikut bidang mereka.

dari pengelaman kawe semasa menjadi PKKK dulu, gb tak pernah pun meminta pandangan ttg calon yg hendak dicalonkan. padahal kawe memang ada calon yg hendak dicadangkan. dia gomol dgn pk 1 saja buat penilaian. mana adil dan telusnya ?

kita mesti mesyuarat dengan semua pk2 kita, walaupun memang pk1 sbg penilai pertama, tapi dia juga perlu pandangan dari pk2 lain.

cara ini lah yg kawe gunakan, dan tak timbul masalah pun.

kembara kelana said...

baru betuiii

chehassan said...

Aku setuju dengan teropong tu. Kot ya pun bincanglah dengan PK. Kerana yang lebih tahu kerja buat guru ni ialah PK2 ni mengikut bidang masing-masing. Tapi aku cadangkan kita pakat buat satu instumen penilaian khas untuk guru-guru di sek mengikut bidang pengurusan sek, kurikulum, hem dan koko. Sebab cikgu ni ada kepakaran tersendiri dalam bidang-bidang ni. Barulah penilaian kita adil. Walaupun kurikulum tu, kobisnes, tapi yang aktif di padang bukan makna dia tak bagus di dlm kelas.

chehassan said...

Alamatatu dah betul la tu. aku tengok hang dahpun masuk blog aku. terima kasih sop.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY