Tuesday, December 23, 2008

orang melayu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

aku org melayu..apa nk jadi ngan bangsa aku..kembalilah kita kepada suruhan nya dan tinggal lah apa yg di larang nya..minta lah keampunan kepada Allah s.w.t
akhir nya kita pasti kembali kepada nya.. fikir-fikirkan lah!

5 comments:

kunan said...

Sop..! bagus cerita ni sebagai muhasabah diri khusus untuk orang-orang Melayu, kemudian cari jalan bagaimana nak jadi orang Melayu yang hebat di mata dunia. Kalau ada cerita-cerita tentang kehebatan orang2 Melayu bagus juga sebagai "benchmarking" supaya setiap kelemahan itu dapat ditukar kepada kelebihan.

Sebenarnya Tuhan (Allah) jadikan sesuatu ada kelebihan dan kelemahan, tidak ada sesuatupun yang dijadikan mempunyai kelebihan semata-mata, pasti terdapat kelemahan, supaya kita tidak angkuh terhadap sesuatu pencapaian yang kita perolehi atau suatu kebolehan dan ilmu yang tinggi yang kita ada. Dalam kata lain kita bolehlah menganggapkan bahawa semua orang lain lebih hebat daripada kita, kerana zaman Imam Ghazali, Imam Shafie dan lain-lain Imam belajar antara satu sama lain kerana mereka percaya bahawa terdapatnya kekurangan ilmu dalam diri mereka.

Sebagai membuktikan bahawa kita tidak sehebat mana di sisi Allah subhanahuwataala. Mari kita renung kata-kata Prof. Hamka; Matinya orang putih kerana pangkat, matinya Cina kerana harta, matinya India kerana makan dan matinya Melayu kerana angan-angan. Semuanya menuju kepada kematian. Manakala setiap sesuatu mungkin kita fikir ada kelebihan masing-masing, tetapi saya suka nak katakan bahawa semuanya mempunyai kelebihan dan semuanya menuju kematian.

chehassan said...

Tugas memperbetulkan orang Melayu, KITAlah. Selagi kita mengaku kita ini pendidik, atau guru. Pada saya, terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam pendidikan kita. Beranikan diri, ubahlah, walau sedikit.

Anonymous said...

Menyedari ttg wujudnya begitu banyak kelemahan dan keburukan di kalangan orang Melayu adalah suatu perkara yg baik dan positif. Namun dengan asyik dan sering mendedahkannya tidak banyak mendatangkan manfaat. Sesuatu yg praktikal perlu dilakukan.....!!!

chehassan said...

Aku setuju dengan tukangsampok. Jadi kita yang diamanahkan sebagai pendidik jalankan tanggungjawab yang terbaik,sebab semua rakyat Malaysia takkira Melayu dll akan melalui alam pendidikan di sekolah. Buatlah perubahan yang sepatutnya. Berikan tumpuan kepada semua aspek, bukan jumlah A sahaja, sebab yang takda A ni selalunya lebih menjadi 'insan' daripada yang banyak A. Aku terkenang ketika aku di Kuala Lumpur,murid yang selalu aku herdik, rotan tapak tangan dan kadang-kadang lebih teruk dari itulah yang menegur aku di jalanan dan belanja minum selepas mereka dewasa. Yang ada A ni, selalunya memandang sinis kpd guru wpun mereka berjawatan besar ( Tapi bukan semua )

kunan said...

Jika ikutkan pandangan Dr. Mahathir suatu masa dulu, bahawa Melayu kurang dua (2) perkara iaitu KURANG RAJIN DAN KURANG BERSUNGGUH-SUNGGUH. Jika dua perkara ini dapat dielakkan saya yakin ianya akan memberi suatu perubahan besar kepada ORANG MELAYU.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY