Tuesday, December 30, 2008

Azam, Matlamat dan Impian

Kedatangan tahun baru sinonim dengan azam. Di mana-mana kita dengar orang akan becakap tentang azam baru sempena tahun baru. Di radio, tv hatta di sekolah, kita juga selalu dengar guru-guru bercakap tentang azam baru. Tapi jarang kita dengar orang bercakap tentang matlamat dan impian. Apa lagi untuk memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan. Kebanyakan kita hanya melalui kehidupan seharian dengan rutin yang biasa. Kalaupun ada hanyalah angan-angan atau sedikit perancangan apa yang akan dibuat nanti. Tapi pastinya ada juga orang yang benar-benar serius membina impian, meletakkan matlamat dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Jika diteliti dan difahami dari segi maknanya, antara azam, matlamat dan impian ini pastinya ada perbezaan. Tapi jarang orang yang ambil peduli ini semua. Kata-kata berazam pada setiap tahun baru hanyalah sebagai penyedap hati atau boleh kita kata hanya angan-angan sahaja. Mengapa begitu? Kerana kebanyakan kita tidak faham makna-makna terminologi tadi dan jika faham pun kita tidak menulis atau menggambarkannya sebaik mungkin sebagai satu perancangan strategik diri.

Dalam usaha menentukan kejayaan, perkara paling utama ialah dream atau impian. Impian bermakna apa yang diinginkan oleh seseorang itu dalam hidupnya. Sebagai contoh, inginkan pekerjaan yang baik, kereta yang besar dan cantik, rumah yang besar dan sebagainya. Proses ini dipanggil 'membina impian'. Antara cara terbaik membina impian ialah dengan mendekati apa yang diinginkan tadi dengan cara menampal gambar2, melihat dengan lebih dekat seperti mengunjungi dan cuba duduk di dalam sebuah kereta mewah di bilik pameran jika seseorang itu berimpian memperolehinya. Secara psikologi, jika kita sentiasa melihat impian2 kita hampir setiap hari, ia akan mempengaruhi pemikiran bawah sedar kita untuk mendorong kita berusaha untuk mendapatkannya. Sebagai contoh, seseorang yang sering melihat dan memuja gambar kekasihnya, akan merasa dia akan mampu memilikinya walau apa juga cabaran yang akan ditempuh. Begitulah kuatnya pengaruh impian yang dibina berbanding kata-kata azam yang sering diucapkan menjelang tahun baru.

Impian yang tidak disertai dengan matlamat dan pelan tindakan serta usaha untuk mendapatkannya, akan hanya tinggal impian. Justeru, letakkanlah matlamat mengikut jangkaan kita sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Matlamat ialah tahap-tahap pencapaian kita ke arah kita mencapai impian.

Seterusnya, sudah semestinyalah usaha. Tanpa usaha pastinya akan gagal. Kadang-kadang kita kurang jelas maksud usaha wpun kita sentiasa berusaha untuk membuat sesuatu kerja. Usaha yang baik seharusnya didorong oleh matlamat dan impian yang jelas. Banyak antara kita, berusaha bersungguh-sungguh dalam kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Tetapi usaha itu tidak dibuat berasaskan impian yang sebenar. Jadi, apa yang kita buat hanyalah sebagai satu rutin biasa di dalam kehidupan.

Selamat tahun baru. Wahai anak-anakku, beranilah 'bermimpi'.

3 comments:

kembara kelana said...

ganas mu se..mu memang ganas, tahniah kepada entri yang menarik dan ilmiah ini..selamat tahun baru se

chehassan said...

Terima kasih sop. Nampaknya kita berdua saja di blog ni. Selamat Tahun baru.

Al-Manar said...

Azam, matlamat dan impian adalah tiga perkara yang boleh dibincang tanpa kesudahan. Pada satu masa saya pernah merenung masa hadapan saya. Saya impikan sesuatu dalam hidup. Akhirnya segala gala diasatukan dalam erti kata satu ‘doa’. Satu malam, dalam suasana kesejukkan, sunyi, berseorangan, jauh dari ibu bapa dan sanak saudara, jauh dari kawan sebaya anak Melayu, saya catatkan satu doa. Lima puloh tahun (50) tahun dahulu. Masih rumaja, bujang, saya berdoa. Doa yang saya catatkan itu munkin sebelum cikgu dilahirkan. Inginkah cikgu renumgkan? Bukan untuk mendabit dada. Tetapi sekadar satu bayangan hidup. Imbasan kepada satu waktu yang cikgu tak pernah lalui. Kepada saya itu lah catatan titik perjalanan hidup saya. Pernahkah cikgu membuat satu catantan yang cikgu boleh sati hari, 50 tahun kemudian, renung dan bersyukur segala galanya ditangan Illahi. Impian, idaman, doa. Jemput keblog saya dan renungkan apa yang saya doa kan pada satu malam 1.1.1959.
Selamt tahun baru dan maju jaya.
Maaf bahasa Melayu yang serba kekurangan.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY