
Berapa tinggikan nilai harga diri atau peribadi kita? Tidak ramai diantara kita merenung sejenak menilai diri. Kadang-kadang kita menilai diri terlalu tinggi, sedangkan sebenarnya adalah sebaliknya, ada juga menilai dirinya terlalu rendah sehinggakan merasakan dirinya tidak berguna lagi.
Mari kita ukur harga diri yang sebenar dengan memberi jawapan "Ya" atau "Tidak" kepada persoalan di bawah;
1. Adakah anda selalu bersikap tegas dalam menghadapi masalah hidup anda tanpa berhelah melarikan diri atau pura-pura melupakannya atau menangguhkan usaha-usaha menyelesaikannya selewat yang mungkin, atau mengharapkan pertolongan orang lain.
2. Adakah anda mempunyai kebolehan membuat keputusan-keputusan yang tegas?
3. Adakah anda laksanakan sesuatu yang anda fikir benar walaupun bertentangan dengan kepentingan-kepentingan kebendaan anda?
4. Adakah anda dapat berdiri tegak dengan pendirian anda tanpa terpengaruh kepada fikiran sahabat dan kaum kerabat yang bertentangan dengan pendirian anda biarpun mereka memang jujur kepada anda, dan tanpa terpengaruh kepada kritik-kritik yang datang dari luar?
5. Adakah anda ragu-ragu lagi akan tampil menentang perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh yang dilakukan ke atas mana-mana orang dagang atau orang yang baru datang ke kampung.
6. Adakah anda tampil campur tangan untuk memberhentkan perbuatan-perbuatan yang menyakiti binatang atau kanak-kanak?
7. Adakah anda benci atau menentang sebarang perbuatan beza-membeza sama ada kerana perbezaan agama, kaum, bangsa atau perbezaan politik, taraf dan ekonomi?
8. Adakah anda bersedia mendengar pendapat-pendapat dari mereka yang bertentangan dengan anda?
9. Adakah anda selalu bersikap tidak suka mengejek orang lain biarpun bagaimana ganjil peribadinya, luar biasa pendapatnya, buruk namanya dan malang kehidupannya?
10. Adakah anda patuh kepada dasar-dasar akhlak dan menggalak orang lain supaya bersikap seperti anda.
11. Adakah anda memandang hina kepada diri anda sendiri bila anda melakukan perbuatan-perbuatan mengambil kesempatan dari orang-orang yang kurang mengerti, orang yang lemah dan orang-orang yang sayangkan anda?
12. Adakah anda boleh memberi nasihat yang benar-benar jujur dengan erti anda tidak pernah memesongkan nasihat-nasihat agar sesuai dengan kehendak-kehendak anda yang sebenar?
13. Adakah orang ramai yakin boleh mendapat layanan-layanan yang adil saksama daripada anda?
14. Adakah kawan-kawan anda mengaku bahawa sebarang janji anda dapat dipegangi dengan kukuhnya?
15. Adakah kawan-kawan anda tahu bahawa sikap anda memandang hina kepada perbuatan bermuka-muka?
16. Adakah kawan-kawan anda mengaku bahawa anda seorang sahabat setia yang boleh diharap?
17. Adakah anda adakan disiplin ke atas diri anda sendiri supaya selalu mengawal diri, bersikap sederhana dan menjauhkan diri dari segala perbuatan yang cuarang?
18. Adakah anda lebih mudah memberi maaf dan melupakan yang telah lalu dari menyimpan perasaan dendam dan melarut-larut dalam bersedih?
19. Adakah anda seringkali memikirkan masalah-masalah yang serius?
20. Adakah anda bersahabat baik dengan diri sendiri dengan erti anda sentiasa merasa senang dan bahagia bila berada seorang diri melayang-layang dengan fikiran anda?
Sila berikan 5 mata kepada setiap jawatan "Ya". Jumlah 70 mata bermaksud darjah yang gemilang. 60-70 sangat baik. 50-60 Baik. 40-50 Puas hati. 30-40 Sederhana dan bawah 30 Rendah.
Soal selidik ini dipetik daripada buku 1001 Masalah Jiwa Manusia, karangan Yusoff Zaky Yacob.
3 comments:
terima kasih ku, atas entri ini..
Sop...dapat berapa markah?
Assalamualikum ,Salam Maal Hijrah buat usop sekeluarga dan rakan pembaca blok yang lain.Terimakasih kak Pah dapat 80 markah, rasa kalau orang lain menilai tak taule...yang pasti semoga dapat meningkatkan Imej Diri.tq Siarkan makna tahi lalat...seronok juga ..
Post a Comment