Wednesday, December 3, 2008

TABIK BUAT JAMAL BOLOK

Tabik buat Jamal Bolok. Aku fokus di pasal Jamal ni, untuk dijadikan ikhtibar kepada semua orang. Bukan pasal perangai dia (sorry jamal) tapi prinsip yang dia pegang dalam kejiwaan dan keresahan dirinya. Mungkin kawan2 yang rapat dengan Jamal, atau yang serumah dan sebantal dengan Jamal, tak setuju dengan pandangan aku ni. Aku cuma nak fokus ayat yang Jamal pernah sebut "Jangan terlalu taksub sehingga menjejaskan perhubungan, kita dalam satu bas. Aku naik bas yang sama, insyaAllah aku akan sampai juga". Hari ini Jamal buktikan. Tabik Jamal.
Apa yang aku nak ajak korang renung dan ambil ikhtibar ( yang setuju dengan aku lah) bahawa dalam kumpulan yang besar, tak payahlah kita terlalu nak bersaing sehingga menjejaskan perhubungan kita. Cerita benarnya, korang boleh ingat sendirilah. Macam2 yang aku dengar terutama rakan2 perempuan. Sehingga tak bertegur sapa sebab terlalu kemut apa yang dia dapat, taknak dikongsi dengan rakan2 yang lain. Aku ni, pandai korek2 rahsia, dan aku tahu banyak yang korang tak tahu. Dengan kata lain, ramai yang pentingkan diri. Naik bas tu, kalau boleh nak tolak kawan2 lain turun tengah jalan. Sorrylah jika aku kasar sikit. Tapi sapa yang makan cili, dialah pedasnya.
Aku masih ingat, ketika di iab, group kita cuba boikot si Jamal ni, kerana keceluparannya. Dan aku juga ingat, aku mengambil pendekatan mendekati Jamal dan menasihatinya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, apa yang konflik di dalam diri Jamal. Dan alhamdulillah aku nampak dia cuba berubah sikit. Tapi aku tahu, jauh di dalam dirinya seperti rasa disisihkan. Alhamdulilah juga, bila kita masuk upsi, Jamal dapat gang sebilik yang agak ok dengan dia. Mat Sg. Gau, Rosli Prof, Ayah mi Langkawi dan lain2, sehinggakan rumah depa ni terpaksa 'sewa' tong gas besar dari rumah Shahdan. Mcm ni kira oklah. Tak mcm gang aku, skima lebih, satu fasa je aku boleh tunjuk kehebatan aku sebagai tukang masak, lepas tu depa masing2 buat hal. Mungkin mulut aku celupar sangat, cepat membebel jika ada yang malas basuh pinggan atau pandai makan, tapi tak tau nak basuh periuk belanga.
Sebagai pemimpin, sepatutnya kita kena terapkan prinsip kekitaan dan kebersamaan. Tak perlulah nak jadi enau di dalam belukar. Antara pengurus sekolahpun aku nampak sikap ni, sikap pentingkan diri. Taknak berkongsi idea takut sekolah orang lain lebih hebat. Entahlah, korang fikirlah sendiri...
TAHNIAH untuk anda semua, kerana aku yakin, kalau Jamal yang menumpang bas kita ni pun sampai, orang lain pun mesti sampai.

5 comments:

kembara kelana said...

hasan
aku rasa aku antara orang yang amat memahami jamal. buktinya sampai sekarang jamal tak putus hello dgn aku. malam tadi pun hello jugak.
terima kasih pd entri blog tu cuma perenggan akhir aku ada edit sikit sebab kau dah masukkan dalam komen sebelum ini. aku juga tak berapa gembira perkaraa 'si usop suruh'. aku tak ada niat lansung nak suruh suruh sesiapa, aku mohon kerjasama dan bantu...kadang kadang manalah tau shelley call u ke, sembang2 dia pun citer pointer dia..dapat satu maklumat..kemudian kau sembang dgn shahar ke..sembang sembang dapat satu maklumat...sapa2 lah yang dekat dan rapat dgn kau. jadi maklumat itu kita share kan..maka yang berat akan jadi ringan...tu pun kalau kau sudi...tak sudi tak apa, lagi pun sapa aku nak suruh hang? so,aku harap dan mohon dimengertikan..malah aku juga mohon kerjasama yati, vairam dan dollah..dan sapa sapa saja..kalau kita dapat collect 53 keputusan..satu kejayaan pada penrkongsian keikhlasan antara kita. harap abg hasse maklum
salam

Anonymous said...

curahan rasa seorang yusof....

kembara kelana said...

dah dapat ke sop, keputusan tu.

Anonymous said...

Sop, aku mintak maaf kalau hang terasa. Aku tak niat mengata hang, tapi aku ikhlas dan berterus-terang. Walaupun ada kwn2 yang aku rapat, tapi aku rasa malu muka kerana pertanyaan aku tak dijawab. Yang jwb bagi result hanya vairam dan yati aziz. Jadi, mungkin benar kata hang, aku ni pemanas sikit. Tapi dalam panas dan 'keras' aku ni, aku rasa ada yang boleh kita ambil ikhtibar. Orang yang jujur dan syer suka duka dia di blog ni kita hargainya. Tapi yang taknak , mgkin tak kesempatan, takpalah. Aku sangat hargai usaha hang mengumpul 53 keputusan akhir ni, tapi seperti yang pernah aku cakap, ada orang tak sanggup nak buka keputusan dia. Dia lebih rela p konvo dengan tak tahu poiter dia. So, what?... Jangan marah sop, aku nak hang kongsi 2 lagi tu, beras dan waras..

kembara kelana said...

bereh hasse...
aku juga sama..terus terang saja...
mari kita uji keikhlasan hati kawan kita...senarai tu pun hanya sampai 10 dis sahaja...biaq pi depa kemut se
jangan marah ke depa. mai kita tengok hati depa.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY