Friday, December 12, 2008

Kesihatan Eksekutif

Antara salah satu tajuk yang aku suka ketika NPQH di IAB. Aku percaya rakan2 masih ingat dengan Dr....Singh ( Aku tak ingat nama dia, nak kena check di IAB). Satu slide yang menunjukkan perut yang buncit, dengan telatah pensyarah ni yang mencuit hati, kelas jadi gamat dalam sinis yang jelas. Maksud aku, kita ketawa dalam diri yang tidak insaf.
Jarang antara kita yang benar-benar mengambil peduli akan kesihatannya. Pada dia, selagi dia boleh bernafas, bergerak dan bekerja, dia merasakan dia sihat. Gah dan bangga. Yang jadi pelik dan anehnya hari ini, dah ada penyakit (3 serangkai) tu pun diri masih merasa bangga. Dijajanya cerita dia sakit, makan ubat macam2, mahal-mahal, masuk hospital swasta dan bayar mahal2 dengan rasa gah dan hebat. Heran aku. Kadang-kadang, macam ada kelab, berkumpullah beberapa 'ahli' menceritakan pengalaman masing-masing dan berkongsi bagaimana treatment diambil, doktor mana, farmasi mana, hospital mana, lebih hebat daripada agenda yang dibincangkan di dalam meeting tadinya. Inilah gaya hidup hari ini. Jika kita tak dapat cerita kita masuk hospital swasta dengan bayaran mahal atau tunjuk kad medical yang mahal-mahal, macamlah kita ni hidup takda gaya.
Aku pernah membaca satu buku tentang gaya hidup sihat. Antara inti pati yang dapat aku kongsikan di sini ialah, 4 faktor kesihatan optimum ialah: Pemakanan yang seimbang, Senaman yang cukup, Rehat yang cukup dan sentiasa berfikiran positif.
Cuba kita renungkan, adakah kita amalkan dengan keempat-empat ini? Aku ingin mengajak rakan-rakan bukan sahaja berfikir, tetapi terus bertindak. Mengapa aku katakan begini, sepanjang 3 tahun bersama-sama kalian, berapa orangkah yang sanggup meluangkan masa berjogging atau bersenam dengan apa2 cara, baik di iab atau di upsi. Pengalaman aku, ketika sering berjoging seorang diri di upsi dan iab, kadang-kadang aku menjadi bahan sindiran rakan2. Tapi aku tidak kisah itu, kerana aku sudah biasa berjogging seorang diri. Pengalaman menarik aku juga ketika di iab, aku join gang iab bermain badminton bersama-sama dengan pensyarah dan staf iab termasuk dr. rafi dll, sehinggakan ketika aku menghadiri kursus seminggu di sanapun, aku sudah seperti sebahagian ahli kelab sukan iab dan boleh bermain bersama-sama mereka pada bila2 masa.
Apa yang nak aku kongsikan di sini, memang betullah dan sangat sesuai tajuk ini untuk kita pelajari dan menjadi sebahagian daripada amalan kita sebagai pemimpin eksekutif di sekolah. Sekolahlah sepatutnya melahirkan ahli sukan dan rakyat yang sihat. Jadi jika kita tidak sihat, aku percaya sekolah juga seperti tidak sihat. Pengalaman aku sebagai GB ketika bersama-sama guru menjalankan kokurikulum di sekolah, banyak guru terkejut bila melihat aku lengkap berpakaian sukan dan bersama-sama mereka serta murid-murid turut serta bersukan. Mungkin GB sebelum ni, mereka tak lihat macam aku. Kesannya, guru2 dan murid-murid menjadi sangat teruja dan bersemangat melakukan aktiviti sukan dan kokurikulum. Satu perkara lagi, di daerah aku sepanjang aku bersukan dan bermain badminton, hanya aku dan 2 orang rakan GB yang bermain badminton secara aktif. Yang lain, kata mereka, kami dah masuk kelab penyakit 3 serangkai. Jadi fikir2kanlah.

3 comments:

kunan said...

Kini kami IPKT (Institut Perguruan Kuala Terengganu)sedang membicarakan atau berbual-bual mengenai masalah kesihatan sepertimana yang diutarakan oleh Che Hassan ni. Pokok perbualan ialah mengenai Sakit Jantung (bukan "ada jantung"...kerana semua orang ada jantung. Terkini seorang rakan saya berumur 32 tahun dah kena serangan jantung menyebabkan beliau kena CPR sebanyak tiga kali dan kini terlantar di Hospital KT. Kemudian disusuli oleh bekas pembantu saya yang berumur seawal 40-an.

Apa yang sedang bermain dalam benak fikiran saya sekarang ialah..Apakah yang menyebabkan terjadi demikian? Kerana beberapa perkara yang dinyatakan oleh Che Hassan atau lain-lain. Nak kata pemakanan, kawan saya yang berumur 32 tahun itu makannya tak seberapa, tubuhnya slim, stress? Tak perasan pulak, kerana masa dia kerja tak nampak stress pun.

Walau apapun, cadangan Che Hassan hasil daripada pensyarah Singh kita dulu tu memang patut diamalkan. Saya dah pasang niat untuk mula berjogging atau senaman ringan. Mudah-mudahan saya boleh lakukan secara beristiqamah.

Pada masa yang sama, bila kenang kembali terhadap apa yang berlaku kepada Dato' Hj. Razali Ismail, rakan saya di IPKT dan kalau tak silap Dato' Rafie tempoh hari, yang mana mereka sedang bermain badminton, tetapi meninggal dunia ketika bermain atau selepas bermain. Jadi kita boleh ambil iktibar di situ bahawa bermain, kawal makan dan bersifat positif ada hadnya supaya kita tidak tertipu dengan keadaan.

Menurut Prof. Hamka bahawa kita perlu sentiasa bersifat sederhana dalam semua hal, termasuk bermain, makan, bersikap atau bersifat positif dan lain-lain aktiviti, termasuk beramal ibadat.

Wallahuwaklam.

chehassan said...

Terima kasih ku atas respon yang baik. Sebenarnya saya banyak mendalami pengetahuan tentang kesihatan dan punca2 penyakit sejak saja menjadi pengedar makanan kesihatan amway. Saya banyak membeli dan mambaca buku2 berkaitan. Apa yang pasti 4 faktor iaitu pemakanan seimbang, senaman yang cukup, rehat yang cukup dan sentiasa berfikiran positif. (Kita orang islam jika ditambah yang ke5, beribadat, nescaya hasilnya sangat baik untuk kesihatan. Kelima2 faktor ini saling berkaitan. Biar saya jelaskan sedikit. Pemakanan seimbang bermakna kita mengambil makanan yang lengkap dari aspek keperluan badan kita (vitamin, mineral, protin, fibre,lemak, kaborhidrat, dan air yang bersih). Setiap kali kita makan, kita tidak pernah mengukur dan memang sukar untuk kita mengukur kandungan perkara2 tadi dalam diet kita. Justru kita disaran mengambil makan tambahan yang baik untuk mengimbangkan diet kita. Dalam kehidupan kita seharian, gaya hidup iaitu bagaimana kita hidup (termasuk 5 faktor tadi) adalah penentu kepada kesihatan kita. Gaya hidup termasuk, bagaimana kita makan, bekerja, bersosial, berkeluarga dan beribadat. Bagaimana yang dikatakan gaya hidup sihat, bermakna kesemua 5 faktor di atas kita dapat uruskan dengan baik supaya, segala-galanya tentang tubuh badan kita yang dipengaruhi perkara2 tadi sentiasa terurus.

Senaman bererti berusaha menggerakkan seluruh anggota badan yang membolehkan badan berpeluh dan denyutan jantung bergerak sihat akan membolehkan peredaran darah berjalan lancar ke seluruh tubuh termasuk ke otak. Apabila badan berpeluh, sistem perkumuhan kita akan mengeluarkan segala kekotoran yang terdiri daripada redikal bebas yang kita ambil tanpa sedar melalui bahan yang kita makan dan segala pencemaran termasuk pencemaran udara yang kita sedut setiap kali kita bernafas. Jadi berusahalah supaya badan kita berpeluh dan bergerak seadanya. Terdapat kes, kematian ketika bersukan sebenarnya bukan disebabkan keterlaluan atau sukan itu tidak baik. Sebenarnya, orang yang mati itu dia sudah sememangnya sakit. Orang yang sakit seharusnya mendapatkan nasihat doktor atau pakar sebelum mengamalkan aktiviti sukan yang keterlaluan.

Rehat yang cukup bermaksud, kita mengambil waktu tidur yang sempurna, termasuk jumlah jam dan tempat yang selesa. berrekrasi dan bersoisal juga boleh dianggap sebagai aktiviti rehat di mana kita merasa tenang, seronok dan bahagia.

Sentiasa berfikiran positif bermaksud kita sentiasa merasakan kita bersedia menghadapi apa saja dugaan dan cabaran dengan berdoa dan bertawakal. Kebanyakan orang, sentiasa berkata "masalahnya...." cuba kita tukarkan perkataan masalah itu dengan " ah, itu satu cabaran yang harus saya tempuh..."

Syabas jika ayahku, sudah bersedia untuk memulakan aktiviti riadah untuk kesihatan. Sepatutnya, ayahku sudah mula bersama-sama saya ketika di iab dan upsi lagi. Nasihat saya, aktiviti senaman yang baik ialah berjogging atau skipping. Buatlah secara ansur maju. Sebenarnya jogging juga mempunyai peraturan dan kaedah2 tersendiri. jadi cuba dapatkan buku2.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY