Friday, December 5, 2008

Antara GB Cemerlang, GB SK Perkasa dan GB

Beberapa minggu lepas, aku baca tulisan usop tentang 'perbezaan' (darjat, kasta dll) yang dikaitkan dengan kumpulan besar kita sejak iab hingga tamat upsi. Aku setuju sangat apa yang ditulis usop. Senerio ni mmg tak pernah lekang drp dasar yang kita amalkan selapas kita dilepas penjajah. Sikap meniru tu, dah berakar umbi dan dah bercucu cicit. Meniru yang baik, sangat baik jadinya.

Minggu lepas aku terima memo di email sekolah aku ada satu perjumpaan GB Cemerlang (DG38) dan GB Sek Perkasa (bukan perkosa) dengan Datuk KPPM di SK Jitra. Aku rasa perjumpaan biasalah roadshow Datuk KPPM sebelum buka sekolah.Tapi yang aku heran dan terasa sangat hanya dijemput 2 kelompok gb tu sahaja. Apa kena dengan GB 32, 34, 41 dan 44? Tak cemerlang kah mereka?

Ni yang aku tak mampu dok diam. Sikap pemimpin yang mengkelaskan anak2 buahnya. Macam ni ke nak maju, nak realisasikan PIPP. Aku nak ajak kawan2 semua renung2kan perkara ini. Kalau dah diberi tanggungjawab menjaga sebuah sekolah tu, berilah sepenuh kepercayaan dan hormatilah semua pemimpin sekolah tak kira apa grednya. Siapa yang mengredkannya? Jadi kepada rakan2 yang dg38 dan gb sekolah perkasa ni, kalau dah menghadap datuk KPPM tu, tolonglah buka mulut tanya datuk tu, mengapa buat macam ni. Janganlah hampa (kamu semua) pula rasa diri semacam jer..(aku hebat..).

Sebut pasal GB Cemerlang (38) ni, aku cadangkan hampa pakatlah supaya tak lagi menggunakan title tu. Sebab...la ni dah adapun GB 41 dan 44. Siapa yang lebih cemerlang?. Aku dari dulu lagi tak setuju sangat dengan title ni, guru cemerlang dan lain2 cemerlang lagi. Gunakanlah istilah lain yang lebih harmoni. Sebab kalau ada beberapa kerat yang cemerlang, yang lain tu dinilai macam mana? Kebolehan seseorang pelbagai cara, sebagai pemimpin nilailah dan hargai dengan sebaiknya agar tidak meninggalkan yang terkemudian atau terlambat itu.

Hari ini, pada aku tak mustahil lagi, gb boleh sampai ke JUSA C. Jadi kerja kuat dan sama-sama kita perjuangkan. Yang belum jadi GB, tunjukkan keupayaan dan kebolehan, rezeki tetap ada selagi kita berusaha pada jalan yang benar.

6 comments:

Anonymous said...

aku segan jugak nak masuk blog ni. blog ni utk PPGP members only. nanti orng kata aku nyampok pulak. orang nyampah. aku bukan members ppgb

tapi maaf lah aku masuk jugak. sebab entry ni bagus.

boleh aku komen sikit?
1. nanti giliran dg 41 tu sampai jugak. -cuma kena sabo le.

2. taitel cemerlang tu memang dah kena tukar nama lain. sebab gb pun dah lebih dr cemerlang.

3.tapi bagilah cadangan pktn ape nak guna. diorang tu bukan tau jugak.

sori, aku guna anonymous (memang tak suka sangat nak guna)sebab rasa malu jugak nak bagi komen pd orang yang hebat-hebat belaka ni.

kembara kelana said...

Jangan begitu, kebetulan nama blog ini di namakan begitu ..masa tu digunakan untuk belajar di UPSI, bukan ahli pun semua welcome, dunia tanpa sempadan,cadangan yang baik dari che hassan dan anony, aku ok jer, sebab yang penting majikan kita ialah Allah Taala.. yang lain tu semua dunia belaka..GB32, GB 34, GB 38, GB 41, GB 44 semua menempuh mati dan meninggalkan belangnya masing masing..yang ikut bersamanya ialah
amalan solehnya, ilmu yang di pergunakan dan doa anak yang solleh. Orang lain habis habis kudrat akan dapat anak 16 orang tetapiu GB? anaknya kadang kadang mencecah seribu orang..lantas rebutlah peluang terbuka dan jadikan sekolah itu ladang pahala kamu supaya dapat kita tuai hasilnya di akhirat.. apa ada pada nama.

Anonymous said...

anonymous, tidak menjadi kesalahan menjengah blog ini dan memberi komen, tapi kalau tidak keberatan jgn ler guna anonymous jer, gunakan ler nama sebenar atau nama samaran ke (ada ler identiti....)

Anonymous said...

aku setuju sangat laa dgn kata2 kau tu Labi @ kelana .....insaf gitu kan?

kunan said...

Sebenarnya memang bagus wujudnya jawatan GB cemerlang ni atau lain-lain nama yang lebih sesuai, tapi yang jadi masalahnya ialah orang yang layak mengikut prosedur pengurusan tak dapat. Orang yang jarak layaknya jauh dah dapat. Kadang-kadang saya dengar cerita GB menyatakan kerana mereka dah nak pencen tak diberi peluang untuk kenaikan pangkat tersebut, ada juga dengar cerita yang tak lulus ptk pun diberi kenaikan pangkat GB cemerlang, yang lulus tak dapat, macam mana ni..? Satu lagi yang saya nak kongsi kalau tak silap ketika berlaku perubahan gaji, pegawai DGA34 yang berada di jabatan atau kementerian sebanyak beberapa peratus (dah lupa..12% ke? )akan diberi peluang ke DGA38, tapi kini senyap je. Tak tahu pula apa cara untuk mohon. Jika ada rakan-rakan kita yang ada maklumat, sila kongsi dalam blog ni..ok? Walaubagaimana pun ending cerita dapat ke, tak dapat ke GB cemerlang , semuanya bergantung kepada rezeki. Bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha ke arah mendapatkan jawatan GB cemerlang, jika dinilai cemerlang, maka dapat jawatan itu. Saya doakan semoga kita semua dapat jawatan atau pangkat yang lebih baik dan perlu bekerja setaraf dengan jawatan itu, kerana jawatan bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan kerana di sebalik jawatan itu ada tanggungjawab dan setiap tanggungjawab itu akan dipersoalkan di akhirat nanti. Jangan seronok sangat.

Anonymous said...

Terima kasih atas komen hampa (kena baca loghat kedah). Seronok tajuk ni, dan sebab kita pemimpin, aku ajak korang bincang. Tak payah segan2 nak masuk blog ini. Ini peluang dan ruang kita bincang dan kongsi idea untuk kebaikan dunia pedidikan di negara kita. Sebab, pada pandangan aku, pendidikan di negara kita perlu banyak diperbetulkan. Dan kita sebagai pemimpin, kitalah bertanggungjawab. Jangan takut dan ikut-ikut saja. Sebab beribu kanak-kanak yang akan keluar dari sekolah kita, kitalah pencetus kemungkinan arah tuju hidupnya. Pasal pertanyaan Ayahku tu, saya rasa sebab titlenya GB Cemerlang, jadi depa tak boleh bagilah kepada orang yang tidak GB. Riuh rendah pulak la suku sakat MGB ni, sebab depa kata hak depa. Tapi betul juga ketika gred 38 ni diwartakan depa sebut Guru Besar Cemerlang. Pada tahun pertamanya, ada rakan2 penyelia di PPD yang dapat 38 terpaksa turun balik ke sekolah. Entahlah, dalam perjawatan guru ni, aku tengok banyak yang tak kenanya. Dan kita pulak, asyik bertengkak sesama sendiri tak ada kekuatan dan kebersamaan. Tengok contoh Yayasan Guru Malaysia, hidup segan mati tak mahu. Cuba tengok dan bandingkan Yayasan Angkatan Tentera, sampai berjaya wujudkan bank angkatan tentera. Macam ni lah yang dikatakan sepakat.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY