Tuesday, November 6, 2012

Ucapan Akhir Tok Penghulu

salam semua,
semoga sehat...malam ni aku santai saja, baru selesaikan masalah projek 3 aku dalam spss dan tegah explore spss...memang hebat perisian itu. patutlah dia orang pakai..kita yang terlewat guna rupanya

ada yang minta salinan ucapan aku masa jamuan akhir..nak email, lecehlah. maka aku post kat blog sajalah..kau orang bacalah...yang aku nak tergelak si makrof tetap kacau mintak take five, bukan saja dalam kuliah, dalam ucapan aku pun dia mintak take five...aku ada lagi nak cakap tapi..maklumlah hidangan dah depan mata..maka aku stoplah..

Bismillah hirrahmanir rahim
Yang di hormati Tuan Pengerusi Majlis
Yang Berbahgia lagi dihormati Dr Khuan Wai Bing
Ketua Jabatan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UPSI
Pensyarah-pensyarah Kanan UPSI
Tetamu Jemputan kita semua pada malam ini
AJK Jamuan Majlis Bertemu Kasih PPGB 5 Kump A
Rakan rakan seperjuangan, sahabat saya dari segenap pelusuk negara Dari Perlis hingga kesabah
Rakan Melayu, Cina India, Dusun, Iban,Kadazan
Assalammualaikum dan salam Sejahtera
Semoga semua sehat dan sejahtera, gembira dan ceria
Pertama
Saya memanjatkan kesyukuran kepada tuhan, kerana dengan limpah dan kurnianya dan dengan izin serta inayahnya ..kita semua dapat berkumpul di Restoren Permata Bonda Sungai Ingki, di Kalumpang Resort Training Centre ini. Di Pertengahan sebuah bukit, dengan persekitaran yang amat aman damai. Untuk Majlis Bertemu Kasih, Jamuan Akhir Tamat Pengajian bagi Program Pensiswazahan Guru Besar Kohort 5 anjuran IAB-UPSI.
Saya selaku Penghulu Kumpulan mengalu-alukan kedatangan KJ FPE Dr Khuan Wai Bing, Penyarah jemputan...dengan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kesudian meluangkan masa bersama kami. Saya juga ingin menyampaikan salam dari Dekan FPE Dr Norlia kepada semua yang hadir malam ini, beliau memohon ampun dan maaf kerana secara tiba-tiba terpaksa membuat keputusan untuk tidak hadir kerana anak beliau yang berumur setahun lebih itu demam..dan menurutnya tidak tergamak pulak hati beliau hendak meninggalkan anaknya dalam keadaan begitu. Saya membalas pesanan beliau dengan mengatakan saya dan kawan kawan semua amat gembira jika Dr Norliah hadir, namun kami juga faham kenapa Dr Norliah tidak dapat hadir... Beberapa pensyarah yang lain juga ada menghantar sms kepada saya mengatakan rasa terharu kerana menjemput mereka, namun memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat hadir. Dari dorongan rasa hormat yang terbit dari hati kamilah yang mendorong kamu mengundang semua 30 pensyarah yang mengajar kami, dan rasa hormat itu tidak hilang...walaupun mereka tidak hadir bersama kami.
Saya mengucapakan tahniah dan syabas kepada Tuan Hj Azmi dan Jknya kerana bersuah payah menguruskan Majlis ini untuk kita semua.. panjang kisahnya untuk diceritakan bagaimana Majlis ini akhirnya berlansung disini...apapun juga.. saya difahamkan dan diberitahu, oleh kerana kita ada orang tempatan disini iaiitu Pn Norhayati dan Shaadan..maka segalanya menjadi mudah dan clear..
Sebelum saya berucap lebih jauh..ingin saya menerangkan kepada semua hadirin aturcara majlis dan pengisiannya secara ringkas..
Majlis ini bukanlah majlis rasmi...ianya separuh rasmi dan lebih santai dan relaks sahaja....Selepas ucapan aluan saya, Kita akan mendengar ucapan dan pesanan dari Dr Khuan Wai Bing selaku KJ FPE , mewakili semua pensyarah khasnya, dan UPSI amnya kepada kita...seterusnya kita akan makan malam...selepas itu acara akan disulami dengan pelbagai acara selingan yang telah diatur oleh pengacara majlis kita... saya harap tuan tuan dan puan puan, bersikap agak sporting sedikit malam ini kerana ada yang akan diminta menyumbangkan persembahan dan jangan mengelakkan diri...supaya kita sama sama enjoy dan gembira...majlis ini bukan majlis air mata dan menangis tetapi satu majlis bertemu dan berkasih....
Ada juga acara tukar hadiah sesama peserta yang akan di uruskan oleh en Hassan embung dan mereka yang memberi hadiah boleh meminta yang menerima hadiah satu permintaan...jika mereka mahu...
Para tetamu..plz join us, as long as u can...para peserta ..jangan balik aawal...sebab acara kemuncaknya ialah bersalam-salaman.....sesama kita sambil bermaaf maafan..
Tuan tuan dan puan puan sekelian
adat gunung timbunan awan,
adat bukit timbunan kabus,
adat teluk timbunan kapal,
adat lurah timbunan air,
adat pemimpin timbunan umpat,
adat guru timbunan ilmu
kerana itulah dengan izin tuhan, kami 53 orang bersama sederap langkah mengharung pelbagai dugaan bemrula 15 julai 2005 hingga lah tadi 5 ogos 2008 dan berakhir sebenarnya pada 16 september 2008...tarikh akhir menghantar projek...kebetulan tarikh itu jugak menjadi tarikh yang saban disebut dalam media, tahun ini.kerana senario politik yang agak celaru masakini dan .tarikh itu juga tarikh pembentuk Malaysia negara kita yang tercinta ini..
....adat guru timbunan ilmu.. sebagai seorang guru, yang begelumang dengan ilmu, adakala kami sebagai pemberi, penasihat dan adakala kami pula sebagai penerima dan meminta nasihat.... selama kami disini, kami dibimbing dengan penuh hikmah dan bestari oleh tuan tuan pensyaah semua...kami tahu kami sedar..inilah pedoman kami semasa belajar
harta yang paling menguntungkan adalah SABAR,
teman yang paling akrab adalah AMAL,
pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM,
bahasa yang paling manis adalah SENYUM,
dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Dan pesanan dari orang orang tua pula...
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa



Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman



Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur



Kepada para pensyarah yang amat kami hormati dan sayangi...saya mewakili semua peserta ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluhuran hati, ketulusan jiwa tuan tuan semasa mengajar kami...walaupun kami ni ada yang dah berumur 50 tahun, tapi kami tetap anak murid...kami sedar anak murid dewasa seperti 

Mengajar anak muda umpama mengukir diatas batu
Mengajar orang tua umpama mengukir di atas air...


Namun tuan puan sabar dan prihatin..sikap dan cara tuan puan penyarah amat menyentuh rasa dan menjadikan kami rasa bersalah sendirian..kenakalan orang tua-tua kadang boleh mencetus seperti rasa kurang hormat, kedegilan orang lama kadnag kadang mengusik perasan hati, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf..jangan simpan didalam hati...

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga



Pada kami ..tuan tuan semua telah banyak mengubah kehidupan kami dan menyentuh hati sanubari kami...sebab itu lah pada kami tuan tuan semua memang special dan amat istimewa kepada kami...

Hadirin semua
Malam ini bukanlah malam perpisahan. Malam ini adalah malam permulaan kepada satu episod perkenalan yang lebih hebat dalam membimbing kedewasaan kita. Setahun di IAB dua tahun di UPSI selama lapan fasa...menjadikan kita semua sebuah keluarga yang akrab dan hebat...maka selepas malam ini..marilah sama sama kita berikrar dihati bahawa Friendship remain and never can end... rantaian kasih yang terjalin antara kita biarlah menjadi sahabat sejati...percayalah kita akan saling memerlukan dalam setiap masa dan ketika ...Cuma bilakah ketikanya itu kita tidak mengetahui...marilah kita jadikan pertemuan selepas ini pertemuan yang lebih bermakna...dan berterusan ...lantaran itu malam ini kita namakan malam bertemu kasih bukan nya malam perpisahan.....

Mungkin selepas ini kita berpisah, jasadnya sahaja, namun kenangan yang tercalit dalam memori tidak akan tertanggal dari ingatan...namun sebelum jasad kita kembali ke halaman masing masing...hulurkanlah tangan bermaaf maafan dan lupakanlah semua kesilapan semasa bersama....
Saya berkewajipan memberitahu bahawa .....kita semua simpati kepada abg wazer kita yang tidak bersama kerana mengurus kenduri aruah ibu mertuanya...yang baru meninggal dunia dan juga puan shahar fadzilah yang terpaksa bersama suami tersayang yang baru saja menjalani pembedahan jantung...kedua nya berkirim salam dan memohon ampun dan maaf...walau keduanya tidak bersama...namun mereka tetap dihati kita.. semoga mereka tabah menerima ujian dan dugaan tuhan..
Pelbagai dugaan kita tempuh...dengan tabah dan penuh kekuatan yang ada....1001 dugaan yang tidak tercerita....ada yang kehilangan ibu tercinta, ada yang kehilangan bapa tersayang...ada yang kehilangan adik beradik...ada yang bergoncang rumah tangga, ada yang menagih kasih baru...ada yang hampir tergoda, ada yang menangis kesaorang terkenang keluarga apabila tahu anak sakit dan isteri derita....saya sendiri kehilangan abang angkat yang saya kasih... saya menahan kepedihan meninggal isteri tersayang dalam keadaan sakit dan anak yang sedang bermanja ...
Percayalah...sesiapun yang menderita... anda tidak kesaorangan... kita adalah satu keluarga...terima kasih kepada semua kaawan kawan yang memberikan kerjasama dan meminjamkan bahu ketika kita kesedihan dan memohon pertolongan...itu lah kita...kumpulan A tercinta...kumpulan terbaik yang pernah saya sertai seumur hidup saya.. terima kasih kepada semua tok penghulu dan AJKnya dari IAB sampai ke akhir fasa....semua yang terlibat untuk kita bersama....very special to my bendahari yang comel pn shelley yang banyak menolong saya selama dua fasa...mengutip wang dengan penuh kesabaran...dan semua AJK saya yang lain...terima kasih banyak banyak....setakad ini sahaja yang saya termapu laksanakan ...ampunkan segala salah silap sayadan jawatankuasa saya zahir dan bathin, selama saya bertugas sebagai ketua tuan dan puan puan...saya sedar saya hanya manusia biasa biasa saja...tidak terlepas dari segala dosa....

Anaklah dara bergaya jalan bergaya
Singgah memberli lah sayur bertahil tahil
Iman dan khoja berdosa lagi berdosa
Inikan lah jahil saya yang jahil


Sebelum saya menutup ucapan saya saya bacakan gurindam orang tua tua...

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.


Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.


Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.



Jangan


Pinjam ekor sembilang,
Pinjam-pinjam hilang.


Tua-tua keladi,
Makin tua makin jadi.

Tua-tua langkuas,
Makin tua makin buas.


Tikar pucuk tikar mengkuang,
Pakaian raja Tanah Melayu,
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah taruk kayu.


Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup



Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang



Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang



Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang



Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali



Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah



Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan



Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah



PERJUANGAN IBARAT MATA RANTAI…kita bukan orang yang pertama dan kita bukan orang terakhir


Loves Starts From Eyes
Grows with dream
& Ends with Tears


But friendship
Starts with a Smile
Grows with an Understanding
& Ends with Death.

Sekian, terima kasih....


YUSOF BIN MOHAMAD
PENGHULU KUMPULAN A
PPGB KOHORT 5

4 comments:

serisuriyati said...

one for all and all for one...
well done yusof
11.30pm/13 ogos 2008

cikgu yusof said...

memang panjang jugak la sof ucapan kau tu... anyway tahniah la krn dapat menyediakan ucapan tsb dan berjaya pula menyampaikannya, banyak yg tersurat dan banyak jugak yg tersirat...

moga kau terus menjadi seorang yg komited dalam apa jua bidang yg diceburi, selamat maju jaya!!!

kunan said...

Memang layak menjadi penghulu sepanjang hayat. Teks ucapan ini akan menjadi pedoman kepada ramai orang apabila ia tercatat di dalam blog ini.

Anonymous said...

Tahniah buat mu memang layak untuk bkn saja jadi penghulu lebih dari itu memang layak..

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY