Monday, September 7, 2009

H1N1, UPSR dan Pendidikan

Esok, (8.9.09) akan bermula UPSR 2009. Kerja besar hampir 3 suku tahun, sampai ke klimeknya. Masing-masing sekolah seperti sudah khatam segala persediaan dan kehebatan diri bagi melunaskan tanggungjawab besar ini, di sekolah rendah. Kadang-kadang dilihat juga masih ada persaingan untuk mencipta kejutan dan kejayaan yang lebih baik daripada sekolah-sekolah lain. Ini satu persaingan yang sihat, jika dilihat dari satu sudut untuk meningkatkan pencapaian sekolah dari kayu ukur peperiksaan. Dan hasilnya akan dapat diketahui sebulan lebih dari sekarang.

Di tengah-tengah kesibukan persediaan menghadapi UPSR ini, kita dikejutkan dengan H1N1. Wpun ada sesetengah sekolah agak gawat juga sebulan yang lalu, namun hasil pemantauan dan pendidikan kepada murid-murid dan ibu bapa, dilihat memberi kesan yang positif. Keseluruhan sekolah terkawal. Namun demikian, arahan-arahan yang tiba bertubi-tubi ke sekolah untuk mengambil langkah berjaga-jaga, seperti kononnya, virus H1N1 akan menyerang murid-murid yang menduduki peperiksaan. Semua murid diarah memakai topeng muka sepanjang 3 hari peperiksaan dan sekolah juga diarah menyediakan bilik kuanrentin yang lebih besar, 2 atau 3 bilik. Nampak seolah-seolah tumpuannya bukan lagi kepada UPSR dan mendidik, tetapi seperti mengongkong pergerakan guru dan murid. Walhal, pemakaian topeng muka hanya kepada orang yang disyakki sakit (kata Pakar Perubatan Hospital Sg. Petani).

Kadang-kadang kita melihat apa yang berlaku di sekolah, seperti tempat mencari publisiti atau ruang bisnes, atau juga sebagai tempat ujikaji sesuatu dasar. Perkara-perkara yang lebih utama di dalam proses mendidik itu sendiri, seperti banyak yang terpinggir. Sebagai contoh, jika sekolah mengarahkan murid-murid membersih tandas di sekolah, ada suara-suara sinis menegur kita, mengatakan itu bukan tugas murid. Walhal jika dilihat dari sudut pendidikan, itu juga satu cara pendidikan sains kesihatan, kebersihan diri dan persekitaran.

Saya sedang menerapkan pendidikan begini kepada warga sekolah saya, agar semua warga sekolah bertanggungjawab bukan saja kepada diri tetapi juga orang lain dan persekitaran kehidupannya. Namun demikian usaha ini bukanlah senang jika kita tidak bersunguh-sungguh kerana perubahan yang lebih baik itu selalunya dilihat serong pada peringkat awal. Apapun, sekolah yang baik pastinya bermula dengan budaya sekolah yang baik.

3 comments:

kunan said...

Saya bagi pihak bukan pentadbir sekolah mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR kepada semua anak-anak pelajar tahun 6 yang menghadapinya tahun ini. Semoga kalian dapat menghadapi dengan baik dan cemerlang.

Kepada Pentadbir dan Guru-guru terima kasihlah di atas pengorbanan yang kalin lakukan. Semoga Allah jua yang membalasnya.

Mohon daripada Allah taala agar H1N1 tidak lagi menjadi suatu bala yang menakutkan. Amin.

kembara kelana said...

semua orang ada peranannya ku..

chehassan said...

Betul, semua ada peranan. H1N1 pun ada peranan sebagai bala yang boleh menginsafkan kita semua.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY