12 Dec yang lalu saya kembali sebagai pelajar master di UPSI. 300 orang lebih mendaftar, seorangpun tiada kelibat yang kenal, baik daripada group kita (A,B dan 29) mahupun senior dan junior kita. Saya keseorangan. Sebahagian kecil sebaya saya, yang lain muda2 belaka. Yang mengkagumkan saya ada yang mendaftar Phd, masih muda remaja. Agak gementar juga saya dalam sesi sehari suntuk itu, bila terpaksa indefenden dalam semua hal. Bukan lagi macam pelajar prasiswazah PPGB yang boleh diurus secara kumpulan. Semuanya kena pandai2 sendiri dan kebanyakannya diurus melalui sistem. Sesi bersama dekan Institut Pengajian Siswazah dan ikrar pelajar serta nyayian lagu Ibu Kandung Suluh Budiman, meremangkan bulu roma saya sebagai pelajar tua yang cuba meneroka lebih jauh dalam dunia pendidikan. Kandungan ucapan Prof Omar Abdull Kareem, selaku dekan IPS, wpun ringkas tapi cukup memberikan semangat bukan saja untuk terus belajar tetapi juga untuk mengajak rakan2 melangkah lebih jauh. Kata beliau, bagaimana Korea begitu maju hari ini, sedangkan sekitar tahun 70an mereka sama dengan kita Malaysia, adalah kerana dunia pendidikan mereka begitu hebat berkembang. Korea antara negara yang mempunyai paling ramai pemengang Phd.
Rupa2nya baru saya tahu, warna latar belakang gambar kad matrik pelajar adalah membezakan antara pelajar prasiswazah, master/phd dan kpli. Dulu ketika kita sebagai pelajar prasiswazah ppgb, latar belakang gambarnya berwarna biru, tapi bila sebagai pelajar master/phd latar belakangnya kuning. Teringat saya ketika saya dan beberapa rakan disapa pelajar muda bertanyakan cikgu buat master?, ada yang mengangguk. Kalaulah pelajar tu tahu, bezanya warna latar gambar matrik itu, malunya. Itu semua sebahagian sejarah kita bersama. Cuma melalui nukilan saya ini, saya mengajak rakan2 marilah kita mencuba, melihat lebih jauh dunia pendidikan yang kita cintai ini sebagai satu wadah pembangunan negara yang kita sayangi ini. Peluang sentiasa ada dan terbuka.

11 comments:
Tahniah Che Hassan,
Tuanlah penyambung cita-cita kami yang belum kesampaian. Doa saya semoga tuan akan terus maju jaya. Jangan jadikan umur sebagai penghalang. Walaupun saya belum lagi berpeluang untuk seiring dengan tuan, ianya amat memotivasikan saya.
TAHNIAH.
tahniah moga anda akan tabah menghadapi semua cabaran yang bakal mendatang.Kami sentiasa mendoakan anda akan sukses. ANDA BOLEH !!!!!!
jgn guna anda..guna abng...abng boleh....cam tu puteri azizul
hasse
kau kayuhlah dulu, aku nak stabilkan keadaan aku dulu, selagi ada kemahuan selagi itu ada jalan.
TAHNIAH CHE HASSAN,
HEBAT LE, TAPI I TAK LEH IKUT, NANTI DARAH LAGI NAIK.
MEMANG PATUT SPT KATA ORG PUTIH -
AIM SOMETHING HIGH AND GET SOMETHING LOW.
TAHNIAH LAGI SEKALI CHE HASSAN.
Terima kasih maarof. Kawepun harap semuanya berjalan lancar.
Che Hassan,
Sekarang zaman berdikari. Segala2nya sendiri. Lainlah sewaktu kita prasiswazah dulu yang diuruskan oleh orang lain. Lepas ni nak cari kelas, nak cari pensyarah dan nak buat group merupakan cabaran seterusnya. Lebih haru bila assignment datang mencurah2. Selamat mengharungi cabaran.
Yusof tu tak tahulah bila dia nak stabil. Asyik tak stabil aje.... Jangan marah Sof. He he he ...
InsyaAllah Faris, mungkin kita ada sedikit kelebihan, sebab kelaspun kita dah tahu di mana dan sebahagian pensyarah juga kita kenal. Cuma saya rasa yang agak menjadi cabaran kpd saya ialah sebahagian besar dalam group adalah budak2 muda. Mungkin payah sikit nak ngam.
Che Hassan,
budak2 muda ni semangat tinggi tapi dalam penghujahan mereka kurang. lecturer akan lebih dengar pandangan dan pendapat kita. bila dia orang tahu kita GB, apa kita cakap mereka ingat semuanya betul. itu advantagenya. dari segi kerja, dia org ni rajinlah.
Tahniah San....I salute you..I pray for your success..
Didahului dengan ucapan Tahniah kerana terpilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga tabah menghadapi cabaran.
Terima kasih Ku dan Dayang. InsyaAllah saya cuba yang terbaik. Alhamdulilah, pensyarah di UPSI sebagaimana yang kita kenal semuanya baik dan bagus. Now UPSI antara universiti pendidikan terbaik di rantau ini.
Post a Comment