Pada 10 Julai lalu saya sempat menziarahi Sdr. Che Hassan di Sg. Petani bersama isteri dan anak-anaknya yang sedang mengendalikan satu pertandingan Hoki. Kalau tak silap 12 pasukan dari 12 buah sekolah sekitar Sg. Petani menyertainya. Ini adalah gambar lewat petang setelah sempat kami menonton 2 pasukan bertanding di peringkat separuh akhir dan akhir. Selepas kami minum petang kami terus ke Hotel Nothern untuk menginap dan keesokannya sempat sekali lagi makan roti canai dengan Che Hassan di warung berdekatan tempat kami menginap. Kemudian kami terus ke Kulim untuk menghantar anak ke dua untuk melaporkan diri melanjutkan pengajian peringkat ijazah di UniKL. Terima Kasih kepada Keluarga Che Hassan menyambut kami walaupun sibut mengendalikan Pertandingan Hoki.

3 comments:
wah, masih mantop dan segak Che Hassan kita tu ya..tu la hasil dari aktif 'beriadah'..
Terima kasih KU, singgah di Sungai Petani dan entry ini. Maaf dalam kesibukan tak dapat memberikan layanan yang terbaik, insyaAllah lain kali mai lagi. Nap, u tak pernah kurang dengan pujian. Terima kasih, setakat ni Alhamdulilah, diberikan kekuatan dan kesihatan. Saya seronok dapat melakukan sesuatu untuk sekolah dan sukan negara.
Post a Comment